ShareThis

Friday, January 30, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

25-1-2009 Makkal Ponggol ke 14 meriah





Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) bersama JERIT dan masyarakat tempatan di West Country telah mengadakan Makkal Ponggol ke 14 (Ponggol Rakyat) di Padang West Country. Program ini penuh meriah dan setiap acara dibanjiri penduduk sekitar. Sambutan yang begitu hangat diberikan. Turut hadir adalah ADUN Bangi Dr. Shafie dan Ahli Majlis Haji Shafie. Dr. Shafie menyumbang RM 1,000 untuk program ini. Antara acara yang diadakan adalah lukisan kanak-kanak disertai oleh 65 kanak-kanak, acara memasak Ponggol, acara tarik tali, acara basikal lambat dan acara memecahkan periuk tanah liat.

Peserta dari PSM Semenyih Berjaya mendapat tempat ketiga dalam Acara memasak Ponggol dan tempat pertama dalam acara memecah periuk tanah liat. Saya turut memberi ucapan dimana saya berkata antara perayaan masyarakat India, Ponggol adalah perayaan yang paling penting kerana ia memberikan beras dan nasi kepada kita. Kita kena berterimakasih kepada masyarakat petani. Saya turut berbincang tentang krisis ekonomi dan kempen yang dibuat oleh PSM dan JERIT.

Syabas kerana kita 14 tahun merayakan Ponggol ini bersama rakyat.

24-1-2009 Ponggol di Rumah Gopal di Desa Anggerik




Saya dijemput untuk member ucapan khas sempena Perayaan Ponggol di rumah Encik Gopal di Desa Anggerik, Semenyih. Gopal seorang yang penuh berprinsip merayakan Ponggol setiap tahun dengan meriah dan pada hari ini, rumah beliau dibanjiri oleh kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga. Gopal juga berhasrat menubuhkan satu JK penduduk disana dan meminta pandangan saya.

Dalam ucapan ringkas saya, saya telah berhujah tentang perayaan Ponggol dan juga telah menyentuh tentang krisis ekonomi. Saya juga bersetuju bersama kawan-kawan PSM menolong masyarakat disana membentuk satu jawatankuasa Penduduk

24-1-2009 Tarian Naga di Broga





Hari ini satu upacara yang cukup berwarna-warni dan hebat telah diadakan di pejabat DAP Broga. Saya dan Cikgu Zulkifli dari PAS menjadi tetamu kehormat program dimana peralatan tarian singa didermakan kepada belia-belia tempatan. Dalam ucapan saya, saya mengucapkan syabas kepada anak muda yang terlibat dalam tarian ini kerana dalam zaman moden ini, ramai anak muda yang lebih suka duduk depan Komputer daripada terlibat dalam program tradisi. Saya juga berbincang tentang kekayaan perpaduan kaum yang mesti kita kekalkan dan mengenai krisis ekonomi yang kita semua kena cuba tangani bersama.

24 Januari 2009 MPKJ rayakan Ponggol buat pertama kalinya

Tahun ini satu sejarah tercatat apabila MPKJ buat pertama kali telah merayakan Perayaan Ponggol di Tapak hadapan Stadium Kajang. Upacara penuh warna warni ini dihadiri oleh YDP dan Timbalan YDP MPKJ dan tiga orang Ahli Majlis iaitu Chandra Mohan, Narayanan dan saya. Hindu Sangam turut bersama menjayakan program ini.

Syabas diucapkan kepada Chandra Mohan kerana inisiatif ini dan kepada semua pekerja MPKJ yang menjayakan program ini. Saya juga kagum apabila melihat tiga daripada lebih 30 orang yang terlibat dalam memasak ponggol adalah dari masyarakat Orang Melayu.

Selain upacara tersebut, terdapat juga nyanyian tradisi dan makanan tradisi dihidangkan.

YDP Dato Hasan Nawawi juga cukup bersemangat dan berkata bahawa pada tahun depan ia harus diadakan di Stadium Kajang. Bagi orang biasa, ,mereka berpendapat ia juga menunjukkan kewibawaan Kerajaan Pakatan rakyat dari aspek toleransi kaum dan budaya.

23 Januari 2009 Protes Bukit Aman - Pembunuhan Kugan





Ahli-ahli PSM Semenyih ke Bukit Aman menyertai rombongan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan untuk menghantar surat protes kepada Ketua Polis Negara kerana tidak boleh menerima pembunuhan seorang anak muda berusia 22 tahun dalam tahanan polis.

Polis tidak boleh mengambil undang-undang dalam tangan. Kematian Kugan bukan isu perkauman kematian seorang India tetapi isu salahguna kuasa yang tidak patut berlaku kepada mana-mana manusia. PSM menyarankan Kerajaan menubuhkan IPCMC kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada PDRM dalam menyiasat pembunuhan ini.

Kami bersimpati dengan keluarga Kugan.

7 soalan saya dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Januari 2009

USUL-USUL DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESUARAT PENUH AHLI MAJLIS – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG


1. Bangunan TNB Sub-station bercantum dengan rumah kediaman


i. Dalam mesyuarat yang diadakan pada 20 Ogos 2008 di Lembaga Perumahan dan Hartanan Selangor telah diputuskan bahawa TNB Sub-Station tidak boleh bercantum dengan rumah bernombor 2, Jalan 5, Taman Bukit Semenyih, 43500 Semenyih.(No Lot PT 17524).
ii. Dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis yang lalu, diberitahu bahawa isu ini kini dalam rujukan Unit Perundangan.
iii. Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil dan saranan Unit Perundangan kerana isu ini melibatkan isu keselamatanan awam


2. CF

i. Apakah tindakan yang diambil oleh MPKJ dalam situasi seorang penghuni yang telah membuat “renovation” rumah sebelum CF dikeluarkan kerana kecuaian pemaju.
ii. Adakah Pemaju projek perumahan tersebut atau Tuan punya rumah yang akan diambil tindakan dari segi membayar denda dan sebagainya
iii. Apakah polisi yang ada untuk menangani isu seperti ini


3. Pengambilan dan Pemberhentian Pekerja di MPKj (Hire and Fire)


i. Berapa banyak pekerja atau kakitangan MPKJ yang telah diambil tindakan tatatertib atau dibuang kerja sejak 2006
ii. Adakah Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) diadakan dalam setiap kes ini dan apakah hasil siasatan tersebut.
iii. Adakah terdapat sebarang kes di mahkamah diambil terhadap MPJK kerana isu pembuangan kerja secara tidak sah (unlawful dismissal)
iv. Saya mengusulkan satu Mesyuarat Khas dipanggil untuk membincangkan polisi pengambilan dan pemberhentian pekerja (hire and fire) supaya ia dapat melindungi dan menepati keadilan dan hak pekerja.

4. Kegawatan Ekonomi

Untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi, saya mengusulkan beberapa tindakan yang boleh diambil di peringkat Majlis tempatan. Saya juga berharap satu perbincangan khas diadakan untuk mengatasi masalah ini

1. Lesen-lesen perniagaan sementera dikeluarkan dan syarat dilonggorkan
untuk memberikan lesen sementera(3 bulan) kepada mereka-mereka yang telah dibuang kerja.
2. Kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin, dan jika mereka tidak mampu membayar cukai pintu, denda ditangguhkan atau dibatalkan.
3. Majlis memberi penelitian dan syarat khas untuk projek masa depan supaya kontrakter yang diambil untuk membuat kerja memberi keutamaan kepada pekerja tempatan

5. Penyelenggaran Rumah pangsa Kos rendah

i. Ini merupakan satu isu besar kerana penyelengaran amat teruk, JMC tidak dapat berfungsi dengan baik dan kutipan penyelenggaran tidak dibayar oleh majoriti penduduk
ii. Diusulkan semua penyelenggaran rumah pangsa kos rendah diselenggarakan oleh Majlis Tempatan termasuk mengutip cukai pinta

6. Kesesakan Jalan Kajang – Semenyih

i. Sistem jalan dari Kajang ke Semenyih telah diperbaiki secara perbandingan relatif dengan masa lalu.
ii. Namun kesesakan jalan yang amat ketara dan serius berlaku di lokasi Sunway Semenyih kerana jalan menjadi sempit tiba-tiba (bottle-neck).
iii. Isu ini mendapat aduan dari ramai pihak dan pengadu juga berharap untuk polis trafik dikerah ke tempat tersebut semasa trafik lebat.

7. Dewan Orang ramai Semenyih dan pekan Semenyih

i. Dewan Orang ramai Semenyih berada dalam keadaan teruk dan mesti diperbaiki serta merta
ii. Longkang jalan di Pekan Semenyih lama terabai dan tidak dibersihkan untuk sekian lama


Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2008/2009

22-1-2009 Usul Penangguhan tentang Krisis Ekonomi dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKJ

Hari ini dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKJ, saya telah membuat ucapan penangguhan mengenai Krisis ekonomi dan tanggugjawab yang patut dimainkan oleh Kerajaan Tempatan untuk mengurangkan beban rakyat.

Ini mungkin kali pertama usul penangguhan sedemikian dibuat diperingkat Majlis Tempatan. Saya cukup gembira apabila usul saya disokong oleh Chandra Mohan dan Tuan Haji Mohd Shafie Ngah. YDP yang pada awalnya tidak begitu berminat terpaksa sekarang membentuk satu Task Force untuk membincangkan usul dan cadangan saya.

Dibawah adalah Usul saya

Krisis Ekonomi yang melanda kita adalah amat serius dan menurut Samsuddin Bardan 200,000 pekerja kilang akan dihentikan dan krisis ini akan berlanjutan untuk 18 bulan. Semasa krisis pada tahun 1998, hanya 885,000 yang dibuang kerja. Krisis ini amat penting dan kita di Kerajaan Tempatan mesti mengambil langkah untuk menguangkan beban rakyat kerana rakyat memang akan menerima kesan daripada krisis ini.

Saya ingin menguatakan beberapa statistik yang mengerunkan


23 Dec 2008: 5,000 pekerja akan dihentikan kerja oleh 137 majikan, menurut Menteri Sumber Manusia S.Subramaniam
13 Jan 2009: 1,500 pekerja Western Digital di Sarawak kehilangan kerja akibat kilang ditutup oleh pemilik syarikat dari US.
300,000 pekerja Malaysia di Singapura dijangka akan kehilangan kerja manakala 17 kilang di Kedah telah membuang 1,429 pekerja setakat ini
19 Jan 2009 : 45,000 pekerja akan kehilangan kerja semasa Tahun Baru Cina untuk 2 atau 3 minggu dan pekerja diminta ambil cutibergaji dan tidak bergaji. Menteri juga juga berkata sejak 12 Januari, 14,000 pekerja dari pelbagai sector telah dibuang kerja

Di kawasan sekitar Hulu Langat, tinjauan kami mendapati
• Solid Gold:20 pekerja dihentikan kerja & Pekerja migran dihantar balik
• Syarikat Sony,Bandar Baru Bangi ditutup dari 25 Dec – 6 Jan 09. Sudah pun hentikan 200 pekerja kontrak. Operasi syarikat dari 24 jam menjadi 17 jam.
• Syarikat Kris Komponen, di Cheras Jaya, Cheras kurangkan hari kerja kepada 4 hari sejak 4/1/09 dan 2 hari dalam seminggu, pekerja dipaksa ambil cuti tahunan atau cuti tidak berbayar; 3 shif jadi 2 shif kerja dan 120 pekerja migran telah dihentikan kerja.
• Guppy Plastik Industries Sdn Bhd: tidak lagi ada Overtime
• Syarikat Asai Kosai: dijangka akan kurangkan pekerja
• Syarikat NSK, di Taming Jaya dijangka akan ditutup
• Syarikat Hitachi juga kurangkan operasi dari 24 jam jadi 1 shif kerja sahaja dan 5 hari kerja jadi 4 hari.
• Ryoka telah mengurangkan masa bekerja dari 12 jam ke 8 jam
• Hitachi Consumer pada May 2008 telah memberhentikan lebih 60 orang pekerja
• Global Manufacturing Solution kini sudah menghantar semua barang mereka untuk dikontrak keluar
• Kilang Onkyo –dijangka akan kurangkan pekerja
• Denso : tiada overtime dam masa kerja 8 hingga 5.30pm
• Kenseisha: tempoh hari kerja dikurangkan sehingga 4 hari

Untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi, saya mengusulkan beberapa tindakan yang boleh diambil di peringkat Majlis tempatan. Saya juga berharap satu perbincangan khas diadakan untuk mengatasi masalah ini
1. Lesen-lesen perniagaan sementera dikeluarkan dan syarat dilonggorkan
untuk memberikan lesen sementera(3 bulan) kepada mereka-mereka yang telah dibuang kerja.
2. Kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin, dan jika mereka tidak mampu membayar cukai pintu, denda ditangguhkan atau dibatalkan.
3. Majlis memberi penelitian dan syarat khas untuk projek masa depan supaya kontrakter yang diambil untuk membuat kerja memberi keutamaan kepada pekerja tempatan
4. Majlis perlu memastikan tidak ada pembaziran dalam program-program membazir wang dan perlu berhati-hati mengunakan wang

20 Januari 2009 MB berdiolog dengan Ahli Majlis

Hari ini dari pagi sampai petang, saya di SUK, Shah Alam. Disebelah pagi, kami mendengar ceramah dari Derek seorang Ahli Majlis MPPJ dan aktivis Alam Sekitar dari Petaling Jaya dan Nadeswaran, seorang pemberita dari SUN. Dua ceramah ini amat berguna kerana penceramah membincangkan tugas Ahli Majlis dan peranan yang patut dimainkan oleh kami sebagai Ahli Majlis. Kemudian satu penerangan telah diberi mengenai Ombusdman, Akta Kebebasan Informasi dan Pilihanraya Majlis Tempatan. Ramai Ahli Majlis telah bersuara dan memberi pandangan. Suasana forum memang baik tetapi adakalanya ada Ahli Majlis yang utarakan isu-isu remeh.

Disebelah petang, YAB Menteri Besar Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan Ahli Majlis. MB memberitahu banyak perkara antaranya bahawa dia tidak boleh sewenang-wenangnya buang YDP Majlis dan Kerajaan Negeri sedang menangani beberapa masalah dari masa ke semasa. Ramai Ahli Majlis pula merunggut kerana kurang elaun. Realitinya kerani Ahli Majlis mendapat gaji lebih tinggi dari Ahli Majlis. Terdapat juga pandangan segelintir kecil Ahli Majlis yang berpendapat bahawa cara Forum ini diadakan tidak baik kerana semua speaker yang dibawa kutuk Kerajaan Pakatan dan kakitangan Kerajaan Negeri.

Saya balik dari Mesyuarat tersebut dengan pandangan bahawa selagi tidak ada pilihanraya Majlis Tempatan, selagi itu kewibawaan Ahli majlis akan sentiasa dipertikaikan. Kerajaan Pakatan Rakyat pula nampaknya belum mengambil langkah drastik untuk mengubah keadaan tetapi mengambil langkah berjaga-jaga. Adakah reform boleh dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat atau adakah Pakatan Rakyat akan mengambilalih tabiat kerajaan BN. Inilah cabaran paling besar bagi Kerajaan Pakatan. Rakyat buat masa ini masih bersama Pakatan tetapi soalan akan terus timbul jika kita gagal melaksanakan program-program yang betul-betul memperkasakan rakyat.

18-1-2009 PSM Buka kaunter aduan di Pasar Semenyih

Hari ini saya ke Pasar Pagi Beranang. Ramai yang ucapkan tahniah kerana kemenangan Pakatan Rakyat semalam di Kuala Terengganu. Kemudian saya ke Pasar Semenyih dimana Pasukan PSM telah membuka kaunter aduan dan menjual suratkhabar parti. Saya sempat menemubual ramai rakyat Semenyih termasuk juga peniaga-peniaga kecil di pasar. Dalam perbincangan banyak isu yang diutarakan antaranya kemudahan di Pasar Semenyih, kesesakan lalulintas, isu kecurian pasir dan isu-isu lain.

PSM Semenyih akan mengadakan kaunter setiap bulan di pasar-pasar pagi di kawasan Semenyih dan Beranang. Rakyat kini boleh membuat aduan terus di kaunter kami.

17 Januari 2009 Dewan orang ramai Kesuma milik siapa ?

Saya telah mendapat aduan dari sebahagian Penduduk Pangsapuri Baiduri, Tasek Kesuma bahawa mereka tidak dapat menggunakan Dewan mereka untuk aktiviti dan jika mereka mahu gunakan terpaksa membayar bayaran tinggi. Saya kemudian telah mengemukakan soalan kepada Bahagian Infrastruktur MPKJ dan saya diberitahu bahawa Dewan di Pangsapuri memang milik bersama penduduk disana dan mengatakan bahawa ada JMC sudahpun ditubuhkan di pangsapuri tersebut dan merekalah mengendalikan urusan Dewan.

Saya kemudian telah meminta satu mesyauarat dipanggil antara Jawatankuasa JMC dan Pemaju untuk membolehkan isu ini dibincangkan terutamanya mengenai kemudahan Dewan. Dengan kerjasama MPKJ, satu mesyuarat telah dipanggil tetapi malangnya yang hadir adalah pihak JMC manakala pemaju tidak hadir. Saya kemudian diberitahu memang perangai Pemaju Agenda Istimewa adalah tidak hadir mesyuarat. Wakil pemaju pula tidak dapat dihubungi walaupun kita mencubanya banyak kali.

Namum, saya sempat mengadakan mesyuarat dengan wakil JMC yang diketuai oleh Pengerusinya Mohd Mazlan. Hasil daripada pertemuan ini saya mendapati JMC tidak dapat berfungsi dengan berkuasa kerana mereka masih belum menerima Perjanjian asal dan juga ada kawasan termasuk Dewan masih belum ada dalam tanggungjawab mereka.

Mendengar keluhan mereka, saya berjanji bahawa pihak MPKJ akan mengarahkan pemaju datang ke Pejabat MPKJ untuk menjawab beberapa soalan termasuk tanggungjawab pemaju yang masih belum dilaksanakan. Rakyat mesti mempunyai hak memimpin dan melaksanakan tanggungjawab mereka. Kadangkala terdapat pihak ketiga yang memonopoli kemudahan awam seperti Dewan dan mereka juga mempunyai hubungan rapat denagan pemaju. Saya mahu bincang denagan pemaju bersama JK penduduk untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini.

17 Januari 2009 Tahniah kerana tolak Najib. Kuala Terengganu milik PAS




Saya bersama dengan Dr. Nasir, Dr. Jeyakumar , Selvam dan Rani telah berkempen dua hari di Kuala Terengganu. Tahniah atas kemenangan PAS. Saya telah diminta menulis pandangan saya dan dibawah adalah komen saya

Untuk editorxkutif@yahoo.com
Referundum Pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan kemenangan majority selesa kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut menewaskan calon UMNO, Barisan Nasional Wan Ahmad Farid dengan majoriti 2,631. Calon bebas Azharudin pula hanya menerima 193 undi dan tidak dapat mempengaruhi undi seperti pilihanraya yang lalu. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 80%.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini sebenarnya adalah pilihanraya besar kerana ia merupakan satu referendum samaada rakyat Malaysia dapat menerima kepimpinan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri malaysia yang keenam atau tidak. Ini merupakan pilihanraya pertama dimana Najib berkempen sebagai bakal Presiden UMNO dan Bakal Perdana Menteri.

Datuk Najib sendiri mengakui kesignifikanan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu kerana beliau sendiri berkata ia merupakan pilihan raya yang penting bagi dirinya samada rakyat dapat menerima UMNO dan BN. Pilihanraya ini dilihat sebagai pilihanraya yang dapat member nafas
baru kepada UMNO-BN atau pilihanraya yang akan menguburkan UMNO-BN sama sekali.
Justeru itu, pilihanraya kali ini dilihat sebagai satu referendum keatas kepimpinan Najib Tun Razak. Najib pun turun padang setiap hari dan mengetuai kempen pilihanraya Kuala Terengganu. Najib memang tahu bahawa Kuala Terengganu perlu dimenangi BN.

Kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat terbukti bahawa rakyat menolak Barisan Nasional dan menolak Najib Tun Razak sebagai penganti Abdullah Ahmad Badawi. Rakyat Malaysia khususnya rakyat di Kuala Terengganu memberi isyarat penting bahawa isu-isu tradisi seperti hudut dan wang pembangunan tidak lagi dapat mempengaruhi mereka. Rakyat kini
terutamanya generasi muda tidak termakan umpan Barisan Nasional yang suka bermain dengan politik wang dan mengapi-apikan sentiment perkauman.

Namun sepanjang kempen tersebut dan semasa saya berada di KT, saya diberitahu bahawa undi Melayu 50-50 dan diharapkan adalah undi kaum Cina. Namun keputusan ini menunjukkan bahawa undi kaum melayulah yang telah menyebabkan kemenangan PAS dan ini amat signifikan sekali, kerana ia memberikan implikasi bahawa rakyat Melayu islam menolak UMNO.

Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional ini akan terus melemahkan parti yang telah 50 tahun memerintah Negara. Nampaknya kali ini, tanda-tanda kehancuran BN semakin ketara dan menanti masa lenyap dari scenario politik tanahair. Walaubagaimanapun harimau yang luka akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya. UMNO akan balik kepada penggunaaan ISA sebagai penyelamatnya, namun adakan komponen BN yang lain dan rakyat jelata dapat menerima penggunaan ISA sedimikian dan keadaan krisis ekonomi yang semakin parah akan menajamkan fikiran rakyat marhaen untuk terus berjuang demi perubahan.

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
PSM

11-1-2009 Taman Mawar- Pemaju terpaksa tunda Mesyuarat





Untuk sekian lama, penduduk Pangsapuri Sri Mawar di Semenyih tidak mendapat komitmen dari Pemaju. Maka kerja-kerja penyelengaraan Pangsapuri kos rendah tersebut terbiar dan terabai. Penduduk telah menghubungi Sdr. Arul dari PSM untuk membantu menyelesaikan isu ini. Setelah mengadakan satu mesyuarat dengan penduduk tempatan, kami telah berusaha untuk memanggil pemaju untuk menyelesaikan isu penduduk tetapi telah menjadi amat sukar untuk mendapat pemaju hadir ke mesyuarat. Justeru itu, Sdr. Arul telah mendapat khidmat Unit COB dari MPKJ untuk mendesak pemaju hadir ke Mesyuarat. Kami telah memanggil Pemaju hadir ke MPKJ pada 13hb. Januari tetapi Pemaju pula akhirnya memanggil satu mesyuarat pada 11hb. Januari 2009.

Pada 11hb. Januari 2009, kami turun dengan Unit COB MPKJ. Turut hadir adalah Ahli Majlis kawasan tersebut Sdr. Ong. Penduduk pun memulakan mesyuarat dengan meluahkan pelbagai isu tidak puas hati mereka. Antara isu mereka adalah Jawatankuasa mereka tidak didaftarkan walaupun pemaju menjanjikan akan mendaftarkan mereka, mereka juga meminta penjelasan mengenai insuran api yang dibayar, pejabat mereka dan lain-lain isu.

Pemaju pula cuba berkata beliau hendak menubuhkan JMC (Jawatankuasa bersama) tetapi kami menegur pemaju kerana beliau gagal menepati undang-undang asas untuk menubuhkan JMC. Atas desakan kami, mesyuarat ini ditunda dan satu tarikh baru dikenal pasti . Pemaju juga bersetuju menyelesaikan beberapa isu yang diutarakan oleh penduduk. Akhirnya pemaju turun juga dan kini penduduk kena bersatu untuk memajukan pangsapuri mereka.

11 Januari 2009 Gotong Royong di Bandar Rinching




Denggi menjadi isu yang amat serius di Negeri Selangor yang menj di negeri ketiga paling tinggi insiden di Malaysia. Di Selangor pula, daerah Ulu Langat menjadi Daerah ketiga paling tinggi di Selangor. Di zon saya pula di MPKJ, kawasan yang paling tinggi insiden Denggi adalah Seksyen Dua, Bandar Rinching.

Sempena dengan perang keatas Denggi oleh Kerajaan Negeri Selangor, semua Majlis diminta mengadakan gotong royong secara serentak. Kami telah mengadakan gotong royong di Seksyen 2, Bandar Rinching. Gotong Royong telah berjalan selama 4 jam dan sekitar lebihkuang 30 oang penduduk tempatan menyertai Gotong Royong ini. Kami juga mengedarkan risalah dan ubat jentik-jentik.

Gotong Royong ini turut melibatkan Jabatan Kesihatan, Alam Flora dan MPKJ

Kami mendapati masalah utama ialah rumah kosong terbiar disamping ada tempat dimana sistem longkang tidak diurus dengan baik. Jumlah orang yang turun padang terlibat dalam gotong royong ini tidak memuaskan. Kita gagal membentuk satu masyarakat yang benar-benar peka dan mempunyai semangat kemasyarakatan untuk turun bersama. Adakah sistem kapitalisma yang kita anuti telah menjadikan manusia ini terlalu berkepentingan individu?

10 Januari 2009 Polis Israel di Bumi Malaysia



Itulah perasaan marah kami apabila PDRM bertindak ganas menyerang serta menahan 21 orang aktivis kerana ingin mengadakan perhimpunan aman menyalakan lilin membantah perang di Gaza dan Sri Lanka. Kami ditahan walaupun kami mengatakan kepada polis bahawa jika mereka tahan kami kerana demo ini maka seluruh dunia akan ketawakan Malaysia. Memang itu yang terjadi kerana di Israel sendiri, rakyat dapat berhimpun secara aman membantah tindakan Negara tersebut pergi ke Perang tetapi di Malaysia, kita tidak dapat berhimpun secara aman.

Isu ini terus digunakan di Kuala Terengganu dan terus dipaparkan disemua blog. Menteri Dalam Negeri memberi pelbagai alasan mengapa protes ini tidak dibenarkan dan satu daripada alasan bodoh beliau adalah kerana ia melibatkan Sri Lanka. Yang anihnya, pada malam itu, PSM juga telah mengadakan protes nyalaan lilin di Ipoh, Seremban, Johor Bharu dan Pulau Pinang tetapi tiada insiden. Nampaknya Polis Dang Wangi lagi ganas kerana mereka telah jadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Darurat. Kami semua termasuk beberapa orang dari PSM Semenyih juga ditahan. Kami dibebaskan sebelum tengahmalam dan disambut oleh ramai penyokong di luar Balai Polis Dang Wangi. Seperti kata Dr. Nasir, apa yang dirasai oleh rakyat Palestine lagi teruk dari kita dan kita rela dipenjarakan demi memperjuangkan nasib rakyat Palestine dan Sri Lanka.

9 Januari 2009 Sertai protes selepas Sembahyang Jumaat


Saya dan Dr. Nasir menyertai ribuan rakyat Malaysia membantah tindakan Israel keatas rakyat Palestine di hadapan kedutaan Amerika Syarikat. Serangan kerajaan Yahudi keatas rakyat Israel berpunca dari Idelogi Zionisma. Kerajaan Yahudi ini pula disokong oleh banyak kerajaan Imperialis terutamanya Amerika Syarikat. Isu penindasan Israel keatas Palestine tidak harus dilihat sempit sebagai isu agama Islam. Kebanyakan gerakan besar menentang Israel didunia ini diketuai oleh kumpulan-kumpulan kiri. Malah Presiden Venezuela Hugo Chavez dan Evo Morales dari Bolivia lebih berprinsip berbanding dengan Negara-negara islam seperti Jordon dan Mesir. Selain daripada itu, di Israel sendiri puak Kiri menentang kerajaan mereka sendiri dan terdapat juga askar Israel yang dipenjarakan kerana mereka tidak mahu berperang. Tindakan Kerajaan Israel adalah tindakan Zionist yang mahu merampas tanah rakyat Palestine. Kita harus turun ke jalanraya membantah Tindakan Israel kerana ia adalah salah dan satu pencerobohan dan penjajahan kuasa dunia keatas negara miskin.

Kita wajib sertai himpunan raksasa bantah ISA




29 Disember 2008 - Pelancaran Perhimpunan Raksasa Kempen Mansuhkan ISA

Satu perhimpunan raksasa Mansuhkan ISA anjuran GMI bersama-sama dengan parti politik dan NGO dicadang diadakan pada 21hb. Mac 2009. Perhimpunan ini dijangka akan menghimpunkan mobilisasi rakyat paling besar iaitu lebih besar dari perhimpunan BERSIH.

Pelancaran Kempen ISA ini telah diadakan pada 29 Disember 2008 di Bandar Baru Bangi dan dirasmikan oleh Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS. Turut serta adalah Pengerusi PSM Sdr Dr. Nasir Hashim, Sdr. Mohamad Sabu (PAS) dan Shamsul Iskandar dari Angkatan Muda Keadilan. Saya sempat memberi ucapan dalam pelancaran Kempen ini. Ini adalah peluang paling baik untuk kita memansuhkan ISA kerana kini parti komponen BN sendiri tidak setuju dengan penggunaan ISA.

Adalah diharap warga Semenyih akan turun penuh bertenaga dalam program ini kelak. INgat 21 Mac 2009 – tarikh untuk kita turun dan tuntut ISA dimansuhkan.

MANSUHKAN ISA !

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA !