ShareThis

Wednesday, March 25, 2009

23 Mac 2009 - Harga minyak sudah turun, kes Protes masih belum





Harga minyak sudah turun tetapi kes PROTES membantah harga minyak masih berterusan. Mahkamah hari ini menunda kes kepada Jun 24 sehingga 26 dan berkata bahawa ini adalah penangguhan terakhir. Kes ditunda kerana pihak Pendakwaraya baru hari ini menyerahkan dokumen kepada peguam kami. Setiap kali kes ini berlaku, ia seperti Pesta kerana kita dapat bertemu denagan 45 orang rakan perjuangan lain yang ditahan. Selain daripada kepimpinan PSM yang ditahan, turut ditahan adalah Muhammad Sabu, Dr. Hatta, Tian Chua, Badrul Amin, Black, Johnson Chong. Athirah dan ramai lagi kawan. Nama saya adalah nombor satu kerana sayalah orang pertama ditahan. Dr. Nasir, Saras, Rani dan Sugu adalah antara Kepimpinan tertinggi PSM yang ditahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat juga mengeluarkan waran tangkap keatas Ahli JK Pusat PSM Sdr. V Pannerselvam kerana gagal hadir pada masa yang ditetapkan. Selvam kemudian hadir dan waran tangkap dapat dibatalkan oleh Peguam kami Sdr. Roger Chan.

21 Mac 2009 - PSM akan mula sistem nombor giliran




Peningkatan aduan yang tinggi di Pusat Khidmat Masyarakat PSM di Bandar Rinching setiap hari Selasa telah mendorong Jawatankuasa Aduan untuk memperkenalkan sistem nombor giliran. Cadangan ini dibuat untuk melicinkan lagi proses mengambil aduan. Keputusan ini dibuat semasa PSM Semenyih mengadakan Mesyuarat Evaluasi setahun di Port Dickson selama dua hari. Evaluasi juga membincangkan prestasi PSM Semenyih dan program masa depan.

20 Mac 2009 - Pasar Kampung Baru




Hari ini juga kami membuat lawatan tapak ke Pasar kampung Baru Semenyih. Tujuan saya dan Pegawai MPKJ adalah untuk melihat samada untuk membina Honing di Pasar tersebut. Disana kami ditemui oleh Jawatankuasa Penjaja Pasar tersebut. Mereka merunggut dan berkata mereka dianaktirikan kerana MPKJ tidak membantu mereka. Saya mendengar segala masalah mereka termasuk kebocoran atap pasar tersebut. Hujan lebat dikawasan tersebut pada masa itu membuktikan segala runggutan mereka adalah benar kerana air turun dari pelbagai suduh didalam pasar tersebut. Setelah melihat kerosakan, kami berpendapat kos adalah tinggi dan akan membuat satu kertas cadangan budget untuk meminta kelulusan dalam masa dua minggu. Cadangan kita adalah keseluruhan atap ditukar dan khemah honing dibina dikawasan tanah lapang dihadapan pasar yang memang juga diguna oleh penjaja. Saya juga telah berjanji akan mengadakan satu mesyuarat dengan Jawatankuasa Penjaja Pasar sejurus selepas mendapat cadangan dari MPKJ.

20 Mac 2009- Aiyoo Dewan Semenyih




Hari ini kami membuat lawatan tapak di Dewan Orangramai Semenyih bersama dengan Pegawai Azman. Lawatan tapak ini dibuat ekoran isu yang dibawa oleh saya mengenai keadaan teruk Dewan ini. Keadaan di Dewan ini agak teruk tetapi kita tidak mempunyai peruntukkan wang membuat satu perubahan besar. Namun demikian, kita mencadang beberapa perkara iaitu semua tandas diperbaiki, Dewan dicat didalam dan papan nama diletakkan, semua pintu yang rosak diperbaiki atau diganti. Inilah boleh dibuat setakat ini.

19 Mac 2009 - SPR beri hal kepada logo PSM






Kini SPR pula memberi hal dan berkaitan logo PSM tidak sesuai. PSM telah menghantar satu memorandum kepada SPR hari ini. Diharap warga Semenyih dan di lain-lain tempat akan terus memberi sokongan kepada PSM supaya logo perjuangan gengaman tanagan ini dibenarkan. Dibawah dimuatkan tujuh hujah PSM mengenai logo ini.
Kami berpendirian alasan dan tindakan SPR dalam isu ini adalah tidak adil berdasarkan



1. Pendaftar Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merupakan pihak utama dan autoriti dalam persoalan pendaftaran sudahpun meluluskan pendaftaran PSM termasuk simbol PSM yang termaktub dalam undang-undang tubuh pertubuhan. Justeru itu adalah amat tidak adil untuk SPR untuk merujuk balik ini kepada Pendaftar pertubuhan atau KDN. SPR seolah-olah mempersoalkan budibicara ROS dan KDN dalam persoalan ini. Kami berpendapat sebagai satu badan bebas, bidang kuasa SPR adalah adminsitrative sahaja untuk mendaftarkan Parti yang telah diluluskan pendaftaran dan bukan mempertikaikan kelulusan tersebut termasuk kelulusan simbol parti PSM.



2. Kami juga ingin tegaskan disini bahawa untuk sekian lama pendaftaran PSM tidak diluluskan oleh pihak ROS dan KDN atas alasan menurut mereka, pihak kami tidak mematuhui prosedor ahli 7 negeri dan ancaman keselamatan Negara. Namun demikian, Mahkamah Rayuan dalam kes pendaftaran PSM telah pun mengesahkan dalam penghakimannya bahawa PSM tiada sebarang ancaman kepada keselamatan negara. Tidak pernah sekali alasan simbol PSM dipertikaikan sebagai sebab untuk penolakan PSM.



3. Pihak kami telah menggunakan simbol ini untuk sekian lama dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari orang ramai mengenai simbol tersebut dan sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang pernah mempersoalkan simbol ini dari segi moralnya mahupun melabel simbol ini bercorak kekerasan. Kami menganggap persepsi SPR adalah salah dan tidak kukuh untuk melarang kami menggunakan simbol ini.



4. Jika simbol gengaman tangan ini boleh dianggap sebagai simbol kekerasan, bagaimana pula dengan simbol keris dan roket yang juga boleh diintepretasi sebagai lambang kekerasan.



5. Simbol yang digunakan oleh PSM adalah satu simbol popular perjuangan dan digunakan secara meluas oleh banyak parti sosialis diseluruh dunia. Kami senaraikan dibawah ini sebahagian daripada parti-parti politik di dunia yang menggunakan simbol ini. Mengambil dari Wikipedia, the free encyclopedia yang memberi usul symbol ini iaitu

The fist may represent union (as "many weak fingers can come together to create a strong fist") and is also used to express solidarity, generally with oppressed peoples. This symbolism may have sprung from usage by trade unions.

Antara organisasi yang menggunakan simbol ini adalah The International Socialist Organization (ISO) di Amerika Syarikat , Parti Sosialis Pekerja (SWP) di Britain, Socialist Youth Front di Denmark, Socialist International dan The International Brotherhood of Electrical Workers (IBEW)

6. Tindakan SPR yang tidak memaklumkan kepada kami secara terus dan telus dan dengan serta merta telah menyebabkan kedudukan kami dalam situasi yang ”disadvantage” kerana kami tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kecil baru-baru ini dan pada masa depan. Kami berpendapat tindakan ini mendiskriminasi kedudukan kami sebagai parti politik dan menafikan hak demokrasi kami yang terjamin dalam Perlembagaan Negara.

7. Andaikata simbol PSM ini adalah satu simbol tidak bermoral dan berunsur kekerasan, sudah pasti rakyat Malaysia akan menolak PSM dalam pilihanraya. Adalah tidak wajar untuk SPR memainkan peranan menafikan hak ini untuk rakyat dan PSM tentukan.

Justeru dengan itu, kami berharap pihak SPR sebagai badan bebas dan berkecuali mendaftaran simbol PSM untuk membolehkan PSM bertanding dalam pilihanraya dan berkecimpung dalam politik tanahair. Sudah sepuluh tahun KDN telah menafikan hak PSM bertanding dalam pilihanraya dan kini setelah didaftarkan, kini SPR pula mencari alasan untuk menafikan hak ini.

18 Mac 2009 - Mesyuarat Infrastuktur MPKJ

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Lalulintas telah diadakan hari ini. Saya menimbulkan isu bahawa perkara yang diungkitkan oleh kita mengambil masa dua bulan untuk dimaklumbalas dan saya berpendapat amalan ini akan menyebabkan kita terlalu perlahan mengambil tindakan. Datuk YDP yang mempengerusikan mesyuarat meminta ia dimasukkan dalam perkembangan masakini pada masa hadapan.

Saya juga menimbulkan isu mengenai jalan teruk di Bandar teknologi dan tiadanya perkhidmatan bas disana walaupun sebelum ini ada. Mesyauarat diberitahu bahawa ini adalah disebabkan terdapat aliran air bawah tanah dan sehingga punca ini dapat dikesan, jalan utama Bandar Teknologi tidak boleh diperbaiki. Saya juga menimbulkan isu mengenai Kampung Sireh dimana Kampung tersebut seperti sesat sehingga tidak ada orang yang pasti Kampung tersebut berada dibawah bidang kuasa siapa. Selain itu, saya juga meminta kawasan belakang EconSave ditar dan satu mesyuarat lalulintas diadakan di Taman Manikavasagam untuk mencari jalan sesuai untuk kenderaan masuk dan keluar ke taman ini.

Selain itu, mesyuarat juga berpendapat jalan dihadapan TNB Kajang amat berbahaya dan meminta pihak JKR membuat perangkap kelajuan untuk memeperlahankan kenderaan.

17 Mac 2009 - Berceramah di Ampangan, Seremban





Hari ini saya berceramah di Ampangan, Seremban dalam satu program anjuran PSM Seremban. Program ini berjaya menarik ramai hadiran. Suratkahabar PSM pun habis dijual. Antara penceramah luar adalah Cikgu Badrul, PKR , Dr. Zulkifli dari PAS, Anthony Loke dari DAP dan bagi PSM, selain daripada saya, turut berceramah adalah Dr. Kumar dan Paremas dari JERIT.

Topik utama adalah krisis ekonomi tetapi ramai penceramah juga menggunakan peluang ini untuk berbincang mengenai pilihanraya UMNO dan Najib. Saya menyifatkan Malaysia dilanda dua bencara - satu adalah krisis ekonomi manakala yang lagi satu adalah -Najib.

16 Mac 2009 Sambutan satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat


Hari ini, satu program telah diadakan di Stadium Kajang sebagai sebahagian daripada program sambutan satu tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan rakyat Di Selangor. Program peringkat daerah Ulu Langat dianjurkan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Program ini gagal dari segi memobilisasi massa kerana hari inin adalah hari bekerja. Ramai yang berpendapat program ini dijalankan secara tergesa-gesa dan kurang perancangan. Bagi saya, Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid telah memainkan peranan yang memuaskan. Ini berdasarkan beberapa program pro-rakyat yang dibuat terutamanya janji beliau untuk melaksanakan akta gaji minima dan memberi 90 hari cuti bersalin untuk kaum wanita. Namun demikian, kita harus bekerja keras dan membuat program-program yang dapat membina kuasa rakyat dan pada masa yang sama menghancurkan budaya UMNO/BN yang telah menjadikan sebahagian rakyat Malaysia mempunyai tendency untuk bodek dan sebagainya. Bagi PSM Semenyih, kita cuba tidak bergantung sangat kepada peruntukan tetapi lebih kepada membina kuasa rakyat dan membina satu dunia baik untuk semua orang.

14 Mac 2009 Bersama Anak Muda




Kem Sosialis Anak Muda PSM kali ini diadakan di Kem Cinta Alam, Kg Keramat, Sg Siput Perak. Ia dihadiri oleh lebihkurang 100 orang belia dari pelbagai latarbelakang dan agama. Sekumpulan anak muda dari PSM Semenyih juga turut hadir dalam program tiga hari ini. Kem kali ini sangat unik kerana buat kali pertama tiga konsep diperkenalkan iaitu pada hari pertama sesi lebih menumpu kepada pratikaliti ( observasi dan pendengaran) dan diikuti pula dengan sesi pada hari kedua yang lebih menumpu kepad teori dan hari terakhir ditumpukan kepada proses penglibatan anak muda dalam pembentukan Pemuda Sosialis secara keseluruhan. Kem anak muda sosialis ini dianjurkan dengan tujuan membenih semangat sama rata dan hak manusia yang harus dipelihara daripada dieksploitasi oleh kaum penindas dikalangan anak muda.

Monday, March 23, 2009

Beberapa cadangan tanah perkuburan Sg. Sekamat

BEBERAPA FAKTA DARI KERTAS CADANGAN TANAH PERKUBURAN BERSEPADU DI SUNGAI SEKAMAT, MUKIM CHERAS, DAERAH HULU LANGAT
1. Konsep
• Taman Pusara berkonsep pembangunan perkuburan bersepadu yang merangkumi kubur bagi beragama Islam dan bukan Islam (Buddha, Hindu dan kristian). Bukan hanya pembinaan krematorium semata-mata.
• Pecahan peratus adalah 55% beragama Islam dan 45% bukan Islam (berdasarkan populasi di MPKJ)

2. Rasional
Populasi meningkat dan kekurangan tanah kubur

• Permintaan dari JK penduduk dan sebagainya

3. Tapak cadangan

• Dibawah rancangan Tempatan Cheras 1997-2010 telah kenalpasti tanah perkuburan sesuai di Sg. Sekamat, Mukin Cheras dan tanah telah diwartakan.
• Cadangan pembangunan telah dibincang di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan dipengerusikan oleh Exco YB Ean Yong Hian Wah untuk kenalpasti tanah perkuburan Bukan Islam dan ekoran itu MPKJ telah diminta buat kertas cadangan
• Cadangan tanah ini melibatkan 5 lot tanah iaitu lot 97, 124, 146, 1043,1044 dan 1217 (semua tnah lot individu). Keseluruhan ambil balik melibatkan lebih RM 30 juta.
• Jumlah kos keseluruhan akan melebihi RM 50 juta

Saturday, March 14, 2009

12 Mac 2009 – Ahli Majlis PSM istiharkan harta





Saya bersama dua orang Ahli Majlis PSM iaitu Sdr Selvam dari MPPJ dan Sivarajan dari MBSA turut mengistiharkarkan harta besama dengan ADUN PSM iaitu Sdr. Dr. Nasir dan Ahli Parlimen PSM, Sdr. Dr. Jeyakumar. PSM menjadi Parti pertama mengistiharkan harta. dibawah dimasukkan kenyataan penuh saya sempena dengan upacara pengistiharan harta PSM.
Saya turut gembira melihat kenyataan yang dibuat oleh Sdr. Affendi dari PKR. Beliau sebenarnya sms saya memberitahu, dia juga nak istihar harta. Afendi adalah salah seorang yang amat berprinsip diantara Ahli Majlis MPKJ. Blog beliau adalah http://kulupsakah.blogspot.com/

MAJLIS PENGISTIHARAN HARTA AHLI PARLIMEN, ADUN DAN AHLI MAJLIS PSM DAN LAPORAN PRESTASI KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT DAN KAWASAN DUN KOTA DAMANSARA
KENYATAAN MEDIA : 12 MAC 2009
MEMBINA KUASA RAKYAT DI KAWASAN PSM MENANG
1. Manifesto & Pilihanraya Lalu
• Dalam Pilihanraya yang lalu, PSM telah bertanding di 4 kawasan. 1 kawasan Parlimen – S.Siput (Dr. Jeyakumar) , Tiga Dewan Undangan Negeri - Kota Damansara (Dr. Nasir Hashim), Jelapang (M.Saraswathy) dan Semenyih (S.Arutchelvan)
• Kita bertanding meminjam logo PKR kerana PSM masa itu tiada pendaftaran walaubagaimanapun kita menggunakan bendera PSM dan manifesto semasa kempen Pilihanraya. Kita bertanding sebagai calon bebas di Jelapang.
• Kita menang di Sungai Siput apabila Dr. Jeyakumar menewaskan Datuk Samy Vellu manakala Dr. Nasir Hashim menang di DUN Kota Damansara.
• Ini memberi implikasi besar kepada kita kerana ini adalah kali pertama seorang sosialis kembali di Parlimen dan DUN selepas 4 dekad
• PSM merupakan Parti pertama dan ulung dimana empat calon yang bertanding mengistiharkan harta sebelem Pilihanraya yang lalu.
• Selepas Pilihanraya, Tiga orang ahli PSM telah dilantik sebagai Ahli Majlis. Tiga orang Ahli Majlis adalah V.Selvam (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), A.Sivarajan (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan S.Arutchelvan (Majlis Perbandaran Kajang)
• Manifesto PSM 2008 berjudul ’ BERSAMA MEMBINA KUASA RAKYAT”
• Manifesto ini mengandungi 7
1. Hak Warga pekerja Dijamin
2. Hentikan Polisi Neoliberal – Kesehahteraan Rakyat Tidak Bolwh diswastakan
3. Hentikan FTA (Perjanjian Perdaganan Bebas) dengan Amerika dan Eropah
4. Perumahan Seleasa untuk Rakyat Kota dan Desa

5. Politik kaum dan Agama Dihentikan-Kearah membentuk Muhibbah semulajadi
6. Penghapusan dan salahguna Kuasa
7. Hentikan KemusnahanAlam Sekitar

Selain daripada itu setiap calon membuat pledge masing-masing dikawasan masing-masing mengikut kepentingan kawasan tersebut
2. KONGRES KHAS PSM SELEPAS PILIHANRAYA
• PSM telah mengadakan Persidangan Khas antara 5-6 April 2008 di Pulau Pinang untuk membincangkan program PSM di kawasan Menang dan telah mengambil beberapa pendirian
• PSM juga ingin memberi perkhidmatan berlandaskan beberapa konsep berlandaskan Model Sosialis
3. 4 KONSEP UTAMA DIAMBIL
• Membina Kuasa Rakyat. Menghancurkan budaya rakyat yang bergantung kepada peruntukan dan subsidi. Beri keutamaan kepada isu-isu yang boleh membina kuasa rakyat, isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat daripada individu, fokus kepada isu pembangunan dan bukan isu kebajikan semata-mata.
• Pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa turun padang, berani dan ikhlas. Menghancurkan budaya Fuedal –Rakyat Ampu kepada Pemimpin. Menolak bunga malai, Menolak panggilan YB, berpakaian biasa, tidak hidup mewah, senang didampingi dan tidak angkuh.
• Penyertaan dan penglibatan rakyat dalam pengendalian DUN dan kawasan Parlimen . (Politik dari bawah, bukan dari Atas). Pembentukan MPR yang berbincang mengenai peruntukan, program dan sebagainya, maklumbalas soalan dan jawapan di DUN dan Parlimen dan keluarkan Buletin memberi maklumat kepada media.
• Memberi perkhidmatan yang berkesan, tidak membazir dan membina. Hari berjumpa rakyat, Krisis team, turun padang, Pusat Khidmat mobile. Menganalisa isu, mencari penyelesaian jangkapanjang



4. KOD ETIKA UNTUK ADUN DAN AHLI PARLIMEN PSM

1. Meluluskan dan membantah satu Rang Undang-undang
 Bersama Pakatan Rakyat di Parlimen dan DUN
 Hanya ikut garis Parti Pakatan Rakyat jika ia seharuan dengan prinsip dan perjuangan parti PSM
 Jika PR buat usul yang bertentangan dengan Prinsip, Wakil PSM perlu membantah (Break- rank)
2. Peratus potongan dalam gaji - 40 % potongan minima gaji.
3. Kehadiran di Parlimen dan DUN– wajib kecuali tidak dapat dielakkan
4. Pengistiharan harta setiap tahun
5. Tidak boleh menjadi Pengarah Badan Koperat yang bermotifkan keuntungan
6. Menghadirkan diri di Pusat Khidmat sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk berjumpa dengan rakyat

5. PROGRAM NASIONAL PARTI
• Jawatankuasa Nasional PSM yang bersidang dua kali juga telah mengenalpasti empat Kempen Nasional yang PSM akan kecimpung secara aktif
i. Kempen Kegawatan Ekonomi
ii. Kempen Membantah Pengswastaan Hospital dan perkhidmatan Hospital
iii. Kempen Pulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan
iv. Kempen Mansuhkan ISA

Dikeluarkan Oleh

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

12 Mac 2009

11 Mac 2009 – Brief meeting with Tarek Fatah



Today I met with Tarek Fatahi organized by the Canadian Embassy. In fact Tarek asked the Canadian Embassy that he wants to meet the socialist in Malaysia and that is how we came in to contact. Tarek spoke on many interesting thing and one which interest me most was his view that the Islamic banking system is a sham that in the name of heaven , they make more profit than ordinary banks.
Tarek Fatah (born November 20, 1949) is a secular Muslim Canadian political activist, writer and TV host. He is the author of "Chasing a Mirage: The Tragic Illusion of an Islamic State"[1], published by John Wiley & Sons. In the book Fatah challenges the notion that the establishment of an Islamic state is a necessary prerequisite to entering the state of Islam. He suggests that the idea of an Islamic state is merely a mirage that Muslims have been made to chase for over a millennium.
He is the founder of the Muslim Canadian Congress. Fatah's advocacy for a separation of religion and state, opposition to Sharia law, and advocacy for a liberal, progressive form of Islam have been met with considerable criticism from various Canadian Muslim groups, such as the Canadian Islamic Congress.

7 Mac 2009 – PSM lancar Pejabat Cawangan Bercham










Hujan turun dengan begitu lebat. Namun sambutan pelancaran Pejabat PSM Bercham di Negeri Perak diteruskan jua. Pada ketika ada Pejabat PR yang ditutup kerana kehilangan peruntukan wang negeri untuk mengendalikannya, namun PSM terus membuka satu lagi pejabat di DUN Bercham. Sambutan ini turut disertai dan pelbagai pihak memberi ucapan antaranya ucapan Pengerusi PSM, Dr. Nasir Hashim, Timbalan Pengerusi M.saraswathy dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Sdr. Dr. Kumar. Saya juga memberi kan penutup tirai dalam program ini. Dengan adanya satu lagi Pejabat, diharap PSM dapat memberikan perkhidmatan yan lebih menyeluruh kepada rakyat Negeri Perak

6 Mac 2009 – Ulangtahun merayakan kejatuhan Samy Vellu




Saya sempat ke Sungai Siput untuk merayakan sambutan satu tahun kemenangan calon PSM Dr. Jeyakumar keatas Gergasi BN iaitu Datuk S.Samy Vellu. Dr. Jeyakumar menunjukkan beberapa slide pencapaian dan kerja yang dilakukan sejak menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut. Beliau juga melancarkan buku mengenai perbahasan yang dibuatnya di Parlimen. Antara cabaran beliau yang amat besar adalah melawan budaya kepada wang yang telah disemai di hati rakyat Sungai Siput oleh Samy Vellu.

Sambutan ini dihadiri oleh lebihkurang 500 orang. Ramai penceramah memberi ucapan mengenai keadaan politik di Perak. Dr. Nasir, selaku Pengerusi PSM juga memberikan ucapan dalam program yang agak sederahana tetapi meriah ini.

5 Mac 2009 – Turap jalan belakang Econsave


Jalan belakang Exonsave buat masa ini tidak diturap. Tedapat aduan daripada blog ini yang meminta jalan ini diturap. Saya telah meninjau kawasan ini dan telah menghantar surat kepada Bahagian yang berkenaan di MPKJ untuk mengambil tindakan.

5 Mac 2009 – Mangsa Banjir Beranang






Pagi ini, Kerajaan Pakatan Rakyat menghulurkan bantuan bencana banjir kepada Ketua Kampung beberapa kampong di Kawasan Beranang yang ditimpa banjir. Sdr. Dr. Xavier menghulurkan bantuan kewangan kepada ketua-ketua Kampung. Dalam ucapan beliau, beliau terus memberi penerangan mengenai pertelingkahan krisis air Negeri Selangor dan Persekutuan dan mengenai masalah konraktor sampah. Kerajaan Negeri hendak menurunkan air manakala Syabas hendak meningkatkan air. Dr. Xavier juga berkata Kerajaan Negeri Selangor adalah stabil dan tidak akan runtuh seperti di Perak. Jalanraya menuju Dewan Beranang dipenuhi sampah sebagai protes yang dibuat oleh kontrakter pro-UMNO yang semakin risau mereka akan kehilangan kontrak apabila kontrak mereka tamat pada akhir bulan ini. Sdr. Samsul, Ahli Majlis juga meminta rakyat supaya sentiasa waspada dengan muslihat BN.

Mac 3 , 2009 Buat Referundum mengenai AIR!

Hari ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu taklimat kepada Ahli Majlis di SUK, Shah Alam. Isu yang diungkitkan adalah mengenai krisis air dimana Kerajaan Negeri Selangor ingin menguruskan air secara sendiri manakala Kerajaan Persekutuan mahu meneruskan dengan Syabas. Kerajaan Negeri menjanjikan harga air akan turun manakala Syabas pula akan meninggikan kadar air jika dibenarkan terus berniaga dengan air di Negeri Selangor. YAB Menteri Besar Selangor juga turut hadir memberi pandangannya. Antara perkara yang menarik dalam ucapan MB adalah kenyataan beliau bahawa jika Persekutuan nak main dengan air, kita juga boleh beri masalah dengan tol.

Dalam sesi soaljawab, saya telah meminta MB dan Kerajaan Negeri supaya tidak membuat dua tindakan iaitu i) mengambil kes di Mahkamah dan kedua ii) Meminta nasihat dari Sultan kerana mereka berdua tidak ada dalam kawalan kita. Saya menyarankan satu referundum diadakan di Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor memilih samaada hendak air diuruskan oleh Syabas atau oleh Kerajaan Negeri. Biar rakyat Selangor menentukan masa depan air negeri. Sesuatu referundum memang boleh dijalankan dan MajlisDdaerah, Pejabat JKK , Pejabat Ahli majlis dan lain-lain Dewan boleh digunakan sebagai tempat mengundi.

Dibawah adalah kenyataan dari Pejabat Menteri Besar

3 MAC 2009 TAKLIMAT PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

Tuesday, 03 March 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini telah mengadakan sesi Taklimat Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada semua Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis Tempatan serta semua pegawai perhubungan awam di peringkat PBT.

Taklimat diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air Selangor dan pembentangan telah dibuat oleh YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Taklimat ini telah berjaya menjelaskan isu sebenar berkaitan penstrukturan air ini bermula dari latarbelakang, kedudukan semasa serta isu-isu utama termasuk matlamat Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu ini. Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk selalunya memberi maklumat dan informasi penuh kepada rakyat di bawah prinsip urus tadbir yang baik.

Peserta taklimat juga telah dimaklumkan tentang kebenaran yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memimpin skim penstrukturan semula industri air pada tahun 2008. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melantik ahli-ahli Panel Penilai Air bagi membuat kajian teliti serta menerajui pimpinan penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor.

Keputusan memberi tawaran pembelian aset (RM4.6b) dan ekuiti (RM1.1b) syarikat-syarikat konsesi dari Kerajaan Negeri Selangor adalah cukup berpatutan setelah mengambil kira keuntungan semua pihak tanpa membelakangkan kepentingan rakyat Selangor. Tawaran ini bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak. Kerajaan Persekutuan kemudian mencelah dan mengumumkan pada 18 FEB 2009 bahawa mereka akan mengambil-alih pimpinan penstrukturan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi air. Seterusnya pada 20 FEB 2009 tawaran Kerajaan Negeri telah ditolak oleh syarikat-syarikat swasta terbabit.

Campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu membelakangkan hak Kerajaan Negeri Selangor seterusnya akan menguntungkan kantung sesetengah pihak. Keputusan Kerajaan Persekutuan juga dilihat cubaan menyekat matlamat Kerajaan Negeri yang ingin membekalkan air dengan kadar harga yang murah bagi meringankan beban penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Kerajaan Negeri Selangor mahu mengamalkan pendekatan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan mengambilkira kepentingan semua pihak antaranya mengekalkan dasar air percuma 20m3 serta matlamat menurunkan kadar air sekarang sebanyak 10%.

“Bail-out” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk syarikat-syarikat konsesi air ini adalah bukti kegagalan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional. Ini ternyata akan mencabar kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang telah lama mentadbir tanpa sebarang pembaharuan berkaitan soal kebajikan kepada rakyat.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Thursday, March 12, 2009

Majlis Perundingan Rakyat di Taman Manikavasagam







Pada 8 March 2009, Sdr. Arul bersama-sama rakan-rakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan perjumpaan kedua bersama penduduk di Taman Manikavasagam. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan perkembangan bagi aduan-aduan yang dikemukakan oleh para penduduk ketika Majlis Perundingan Rakyat (MPR) pertama yang diadakan pada bulan Jun 2008.

Sebelum memberi penjelasan terhadap aduan-aduan, Sdr Arul telah menjelaskan kepada para penduduk berhubung dua isu yang sedang berlaku di Kerajaan Negeri Selangor iaitu isu sampah dan isu air. Kemudian, Sdr Arul memaklumkan tindakan-tindakan yang telah diambil berhubung aduan-aduan para penduduk.

Di mesyuarat ini, para penduduk telah membangkitkan sebanyak sembilan isu baru untuk perhatian sdr. Arul. Antaranya adalah isu tadika yang tidak beroperasi sejak tahun 2008, jalanraya berlubang, pembinaan gelanggang permainan dan sebagainya. Antara isu hangat yang dibincangkan kali ini adalah mengenai tiadanya jalan terus dari jalan utama ke Taman Manikavasagam walaupun taman ini adalah taman pertama dibangunkan di kawasan tersebut. Sdr. Arul mengatakan akan meminta JKR dan bahagian kejuruteraan MPKJ datang untuk buat satu side visit untuk melihat samada satu jalan masuk boleh dilakukan.

Wednesday, March 4, 2009

1Mac 2009 – Seminar Pekerja di Semenyih

Pada 1/3/2009, PSM Semenyih bersama-sama dengan Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT telah menganjurkan satu seminar yang bertemakan Krisis Ekonomi dan Hak Pekerja.

Seminar ini diadakan berikutan aduan-aduan yang diterima Pusat Perkhidmatan PSM berhubung isu pekerja. Seramai 80 peserta telah mengambil bahagian dalam seminar ini yang diadakan di Dewan Orang Ramai Semenyih.
Pihak penganjur telah menjemput saudari Kohila (Penyelaras JERIT), Sdr Arul (Ahli Majlis) dan juga wakil dari Kementerian Sumber Manusia (KSM). Namun, wakil KSM yang berjanji untuk hadir ke program ini akhirnya tidak datang.

Seminar ini dimulakan oleh Sdr. Simon yang mengalu-alukan para peserta dan memaklumkan tujuan seminar ini diadakan. Ini diikuti oleh Saudari Kohila yang telah memaklumkan bagaimana krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini berlaku serta impak-impak yang dialami oleh pekerja seluruh dunia.

Seterusnya, Sdr. Arul telah bercakap mengenai hak para pekerja. Beliau memaklumkan perkara-perkara yang tertera dalam Akta Pekerjaan dan bagaimana para pekerja harus memperjuangkan hak mereka. Di samping itu, beliau juga menerangkan program-program yang disediakan KSM dan Kerajaan Negeri Selangor. Malah, beliau juga memaklumkan mengenai usul tergempar yang dibawah olehnya untuk membincangkan mengenai krisis ekonomi di peringkat MPKJ.


Seminar pada hari ini juga menjadi lebih rancak apabila para peserta memberi pandangan serta cadangan-cadangan kepada para penganjur. Malah, para peserta juga tidak ketinggalan untuk menanya pelbagai soalan untuk mengukuhkan pengetahuan mereka.


Akhir sekali, saudari Paremes, telah mengucapkan terima kasih kepada para peserta dan memaklumkan tuntutan JERIT serta PSM kepada pihak kerajaan. Beliau juga meminta para peserta untuk menaikkan banner-banner krisis ekonomi di kawasan masing-masing serta menghubungi penganjur jika memerlukan bantuan.

Seminar pada hari ini, berakhir dengan pembukaan kaunter aduan. Di mana, ramai peserta mengambil peluang ini untuk mengemukakan aduan mereka kepada kami.