ShareThis

Tuesday, December 16, 2014

Malam Salam Perjuangan

Jamuan Makan Amal PSM Semenyih telah berlangsung dengan jaya pada Ahad yang lalu.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan kewangan dan tenaga untuk menjayakan program tersebut.Sumbangan anda pasti akan bantu kami untuk terus berkhidmat untuk rakyat. Salam Perjuangan.







Wednesday, December 10, 2014

Malam Salam Perjuangan


Kepada kawan dan Rakan seperjuangan ,

Saya akan menganjurkan makan malam amal tahunan untuk menjana dana untuk Pusat Perkhidmatan Rakyat saya di Semenyih. Makan malam kutipan dana ini akan berlangsung pada 14 Disember 2014 di Dewan Orang Ramai Semenyih. Kami memerlukan RM 36,000 setiap tahun untuk memberikan khidmat masyarakat percuma kepada rakyat . Pusat kami dibuka setiap hari dan mengendalikan pelbagai banyak kes seperti kes-kes yang berkaitan dengan pekerjaan , kes kebajikan, ibu tunggal, isu rumah lelong, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Anda boleh membantu saya dengan cara membeli satu meja atau menaja / menderma sebuah meja yang hanya berharga RM 500 ( untuk 10 orang ) . Sumbangan anda amat penting untuk membolehkan kami membina sebuah negara yang lebih baik dan dunia yang lebih adil untuk semua orang. Sila menghantar saya mesej melalui FB atau e-mel arul.psm@gmail.com atau sms / whats app saya 019-2537791 jika anda berminat untuk membantu dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut seperti nombor akaun bank dan resit.. Kami tidak kenal jutawan tetapi kami berkhidmat untuk jutawan rakyat biasa seperti anda. Terima Kasih dan Salam Perjuangan.  Arul PSM Semenyih