ShareThis

Sunday, November 22, 2009

20 Nov - Mesyuarat Infra - 6 soalan dari Sdr. Arul

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

20 November 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI NOVEMBER 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Saujana Impian

Jalan susur ke Tesco Kajang. Ada satu lubang besar di tengah-tengah jalan yang boleh menyebabkan kemalangan.(Pengadu 019-6693412)

ii) Taman Bangi Raya


Di Taman Bangi Raya, Jalan 1, semua lampu jalan tidak menyala selama 2 minggu lepas. (nota: salah satu tiang lampu ada tulis JKR 4) tetapi dikatakan semua lampu dibuat dengan tiang besi (Pengadu 019-6693412)

iii) Seksyen 5, Bandar Rinching

1. Jalan Bandar Rinching 5, jalan keluar. Jalanraya yang dikorek dan ditar dengan tidak sempurna. Jalan berlubang dan berlobak (012-6602253)
2. Kawasan sekolah Seksyen 5- tak ada lampu dekat sekolah an papanBesi buruk mencemarkan pandangan ke sekolah


iv) Jalan Semenyih, Klinik Kesihatan Kajang


Jalanraya utama di hadapan klinik Kesihatan Kajang dah lama berlubang dan makin besar. Kalau hujan, penunggang motosikal menghadapi bahaya kemalangan.
(012-6602253)

iv) Taman Paling Jaya

1. Jalanraya dihadapan Taman Paling jaya yang menuju dari Sem,enyih ke kajang. Manhole terlalu tinggi dari[ada bonggol. Dah lama dan agak bahaya bila kenderaan laju dijalan tersebut (012-6602253)
2. Jalan Paling Jaya. Pokok telah menyebabkan longkang pecah dan menjadi sempit ( 012-6048254)

v) Kampung Sirih

Tidak ada sebarang papannama kawasan tersebut.Diharap papan nama boleh diletakkan di dua lokasi dan jalan masuk dicantikkan.

vi) Sungai Rinching

• Aduan telah dibuat mengenai lampu jalan tidak bernyala. Nombor aduan 0565/03/08 pada tahun 2008 tetapi tidak dibaiki walaupun ada tiang (016-3575956)


Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

19-11-09 Siapa cakap gaji pekerja Ladang RM 1,700





Jawatankausa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menuntut Menteri tarik balik kenyataan palsu berkaitan gaji pekerja ladang dan meminta maaf secara terbuka kepada pekerja ladang.

Kami mahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok tarikh balik kenyataan palsu yang dikeluarkan di Parlimen mengenai isu pekerja ladang yang mengatakan gaji pekerja ladang adalah sehingga RM1700.00 sebulan dan meminta maaf secara terbuka kepada pekerja ladang. Kami juga menjemput Menteri untuk datang ke ladang-ladang dan melihat sendiri reaksi marah pekerja ladang akibat daripada pembohongan.

Ini adalah cabaran yang diserukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald oleh JawatanKuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang merupakan salah satu gabungan daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam satu persidangan akbar yang telah diadakan di Parlimen pada pagi ini. Pagi ini JSML bersama dengan MP Sungai Siput Dr. Jeyakumar telah mengadakan suatu persidangan akbar di lobi Parlimen bagi membidas kenyataan palsu Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Cerit alnjut ke : jerit.org

18-11-2009 Mesyuarat Khidmat bandar - saya kemukan isu 4 kawasan

S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791

18 November 2009

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG NOVEMBER 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Bandar Rinching


• Pembuangan sampah merata-rata tempat di jalan 1/6C Bandar Rinching depan Sekolah rendah dan juga empat permainan kanak-kanak pula menjadi tempat membuang sampah (Pengadu 013-3917784)
• Longkang digali disekeliling padang permainan Sek 1, bandar Rinching terbiar selama 4 tahun. Dipenuhi air, tiada pengaliran air dan banyak nyamuk. (Pengadu 016-2469141)
• Longkang dibelakang rumah Jalan 1/5, Seksyen 1, bandar Rinching tersumbat dab aliran air tersekat, berbau dan banyak nyamuk (017-3728281)

ii. Kampung Sireh


Pemilik lori sampah selalu parking lori dengan memenuhi sampah di kawasan perumahan yang menimbulkan bau dan pencemaran kepada penduduk. (Pengadu – 012-6305352)

iii. Taman Manikavasagam

• Longkang tidak dibersihkan, Jalan 1, Taman Manikavasagam (016-6186391)
• Sisa Longkang di belakang baris kedai tidak dikutip

iv. Kayangan Apartment, Kajang Utama

Jalan 3/10, Kayangan Apartmen di Kajang Utama, langkang sampah teruk di taman permainan (Santhi 012-3195429)

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,



S. Arutchelvan
Ahli Majlis

Tahun Baru Komuniti Shan, Burma



Semasa saya menghadiri sidang akhbar SUARAM, saya tertarik dengan persembahan dan aktiviti Masyarakat Shan Burma yang menyambut tahun baru mereka di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor. Begitu ramai mereka hadir dan suasananya cukup ceria. Malaysia masih belum menandatangai konvensyen Peminta Suaka 1951 dan Protokol 1969.

17-11-2009 – Sambutan 20 Tahun SUARAM




SUARAM adalah satu pertubuhan hak asasi yang paling ulung di Malaysia memperjuangkan isu seperti hak asasi manusia, ISA, salahguna kuasa polis, pekerja migrant dan sebagainya.

Saya telah bekerja selama 11 tahun dalam organisasi ini dan kini menjadi salah seorang Pengarahnya. Sidang Akhbar hari ini dipanggil untuk membuat publisiti program 10 tahun perayaan SUARAM pada 6hb. Disember 2009.

Untuk keterangan lanjur layari http://suaram.net

15 November 2009 – Mesyuarat Parti kiri Asia Tenggara kali ini paling Berjaya





Mesyuarat Asia Tenggara kali ini paling berjaya dengan kehadiran peserta dari semua Negara ASEAN termasuk Singapura. Parti-parti Kiri dan wakil yang hadir adalah PRP (Indonesia) - Mahendra K, PRD (Indonesia) - Dominggus Oktavianus,
KPRM-PRD (Indonesia) - Zely Ariane, KASBI (Indonesia) – Simon, PLM (Philippines) - Teody Navea, Laban ng Masa (Philippines) - Dodong
Turn Left (Thailand) - Vipar Daomanee, SDP (Singapore) - Gandhi Ambalam, A.M. Jayalam, Muhd Khalis dan dari PSM Malaysia yang diwakili oleh Ahli JK Pusat

Mesyuarat membincangkan beberapa program bersama antaranya
- Kenyataan akhbar bersama
- Forum Sosialisme 2010 & 2011
- Memantapkan
- Arkib kertas sosialisme silam
- Solidariti dan rayuan segera
- Isu pekerja migrant

15 Nov- Asean left united on Neo-Liberalism






The second day Sosialism 2009 forum was on the Impact of Neo-liberal policies and building resistance against neo-liberal offensive. There was good number of foreign and local popular panellists such as Dr. Farish Noor, Charles Santiago, Francisco Dodong from Philippines & many others.

Dominggo, the first panellist from Indonesia is very distressed with the fact that more informal sectors (about 70%) causing weakening of unionization among workers. More workers in the industrial site getting laid off and in the labour market, the supply is more than the demand. So, wages goes down, quality of live goes down, education and health goes down but inflation growing and so does consumption. Meaning people can’t save and they are embedded with debt. He said that 115 million people in Indonesian surviving with less that USD2 a day. Why? Neo-liberalism

The second panellist odong spoke more about his government’s involvement in implementing Neo-liberal policy and it seems Philippine is the fist country to embrace neo-liberalism in the region. Obviously, since they have ‘special relationship’ with the Americans. He is furious with the national bourgeoisie who were given tons of money by the government but took a shortcut by becoming sub-contractors to many industries established overseas and they failed to build technology in their own country.

Our third speaker, comrade Charles Speaker expanded the discussion to international level e.g. the Free Trade Agreement bilateral and unilateral dialogues that is currently going on in the region. He also reminded the audience of how much privatisation in Malaysia e.g. water, rice, electricity, health and so on is burdening the grassroots. While on the other hand, government is absorbing loss of the corporate sectors who lacks expertise in the industries they invested and making huge loss. And yet the government reduce the tax of the corporate sectors from 40% (1988) to 26% (2009) while planning to implement Goods and Service Tax that was suspended 2 years back. Meaning the public, 25 million Malaysians will pay tax for every single thing purchased. It’s not a problem at all for the 6% richest in the country, it is certainly too much for the 70% poor and the middle class!

Third speaker, Comrade Farish took us to the global arena. His point of view is that War on Terror is strongly linked to Neo-Liberalism. How? Terrorism is basically a form of resistance. The impact of free market since the 1970’s and the intervention of the FDI – foreign direct investment as well as Structural Adjustment Policies introduced by IMF and World Bank led to social upheaval to many countries in SEA. In order for capitalism to grow, the unions and the leftist who were against the free market were squashed. He says, the resistance also came in the form of ethno nationalist and religio-communalist! The suffering from the neo-liberal policies are immeasurable thus the resistance is growing and how do you counter it? Anti-terrorist campaign of US and it’s cronies get full support from the ASIA countries as well.

After hearing about the evil of neo-liberal economics, Another group of panels, Comrade Mahendra from Indonesia, Vipar from Thailand, Teodorico from Phillipines and Sivarajan from Malaysia. They spoke about “Building Resistance against Neo-liberal Offensive”.

Number of propositions prompt from this discussion – building workers force, working class party, factory occupations and workers self management, joint campaign by SEA left groups, creating the hegemony through various party e.g. Islamic groups, green movement and the socialist. There was strong commendation that we should be upfront in countering capitalist hegemony and called for class consciousness in the region to fight these emerging trends of capitalism.

Time to time and each speaker almost stressing on the same issue – build the third force driven by the masses by radicalising them and that would able them to make informed decision in determining who hold the power in the government – Islamists, capitalists, liberalists or socialists.

14 Nov Sosialisme 2009 - Debat hebat Sistem 2 Parti












Forum Sosialisma adalah satu acara tahaunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan sejak tahun 2005. Namun setiap tiga tahun sekali. PSM juga menganjurkan Sosialisma Peringkat Antarabangsa.

Pada tahun ini, Sosialisme 2009 adalah peringkat nasional tetapi jemputan juga dibuka kepada penyertaan peserta-peserta dari Parti kiri di Asia Tenggara. Pada tahun ini, penyertaan peserta Asia Tenggara dari Indonesia, Thailand, Phillipina, Singapura akan turut bersama untuk memantapkan debat dan perbincangan.

Topik Sosialisme 2009 yang dipilih adalah Sistem Dua Parti – suatu analisa Kritikal. Sejak Tsunami Pilihanraya Mac 8, 2008. Politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa Barisan pembangkang – Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk memerintah negara buat kali pertama. Harapan ini mencetuskan debat bahawa Malaysia semakin matang untuk pergi ke sistem politik dua parti.

Namun beberapa persoalan terus wujud dari segi keberkesanan sistem dua parti dan pengalamana di negara lain, persoalan samada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan ketiga samada ada, teori politik berperingkat (stages) merupakan satu pengalaman yang wajib dilalui sebelum perjuangan sebenar dilaksanakan.

Jumlah kehadiran untuk Sosialisme 2009 yang buat pertama kali dibuat di Dewan Perhimpunan Cina Berjaya menarik penyertaan luarbiasa sehingga jumlah kehadiran adalah penuh dan terus penuh sepanjang program.

Dr. Nasir Hashim merasmikan program ini dan antara topik yang dibincang adalah BN vs PR Apakah Masa depan Sistem Dua parti di Malaysia ? dan sjuga mengenai Kuasa Ketiga

Antara yang menjadi ahli Panel adalah Haris Ibrahim, Vipar Daomanee – Turn Left, Thailand, Dr. Jeyakumar , Wakil Saifuddin Nasution,- Encik Wong, Wong Chin Huat, Khalid Samad, Toh Kin Voon , Muhammad Sabu dan saya sendiri. Dr. Rohana Ariffin, Amer Hamzah dan Kohila Y menjadi moderator sesi-sesi ini.

13 November 2009 Mesyuarat MPP ke 4




Lebih 20 perwakilan MPP zon menghadiri mesyuarat kali ke empat. Kali ini semua wakil termasuk dari Taman Pelangi Semenyih hadir. Mesyuarat membincangkan mengenai memorandum ke JKR, Aduan semasa dan Deraf Rancangam Tempatan Negeri Selangor,

Antara beberapa keputusan yang diambil adalah membuat lawatan tapak ke Sekolah Bandar Rinching, menghantar surat bantahan kepada TNB dan mengambil peranan aktif dalam membuat bantahan terhadap pelan Rancangan Tempatan.

10 Nov – PSM Klang anjur Forum Bajet 2010






Hari ini, saya merasmikan forum anjuran PSM Klang mengenai bajet 2010. Ini merupakan forum pertama anjuran PSM Klang yang baru ditubuhkan. Para speaker untuk forum ini adalah adalah Dr. Dzukkifli dari PAS, Charles Santiago dari DAP dan Dr. Jeyakumar – Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.

Dr. Jeyakumar menghujah bahawa bajet ini adalah tidak baik kerana ia tidak mengutamakan rakyat berpendapatan rendah. Dr Zul bercakap bahawa jika kita tahu ekonomi, maka bajet kita tidak masuk akal kerana ia adalah bajet deficit 60% manakala Charles Santiago pula menghujah bahawa tahap pinjaman sektor rumahtangga dalam tahap merisaukan dan isu kemiskinan Bandar kini mengatasi kemiskinan desa.

Saya semasa ucapan perasmaian berkata bahawa ekonomi adalah segala-galanya dalam ajaran Karl Marx. Bajet dibincang di Parlimen kerana ia adalah wang rakyat dan justeru itu rakyat sepatutnya mempunyai hak mempersoalkan bajet ini.Kumar pula berkata jangan harapkan Ahli Parlimen. Kami boleh bercakap tetapi perubahan mesti dilakukan dari bawah.

Syabas kepada PSM Klang dan kepimpinan Krishnan kerana Berjaya menganjurkan satu program yang amat memanfaatkan rakyat di kawasan tersebut.

9 November 2009 Ahli Majlis cabar KCB untuk saman mereka


Selepas mengangkat sumpah menjadi Ahli Majlis pada tahun lalu, Ahli Majlis baru telah membatalkan satu kontrak yang memberi satu syarikat swasta hak monopoli mengurus baner dan banteng MPKJ. Kami merasakan sistem memberi hak monopoli kepada syarikat swasta mengendalikan kerja yang sebelum ini dilakukan oleh MPKJ amat mencurigakan. Sebagai seorang Ahli Majlis Sosialis, saya turut dapat melibat bagaimana neo-liberalisma cuba meresap kedalam PBT.

Nasib baik, Ahli Majlis Baru PR Berjaya membatalkan kontrak ini dan kemudian Syarikat yang ditawarkan Kontrak tersebut menulis satu surat menuduh sebahagian Ahli Majlis sebagai bersikap diskriminasi dan pelbagai tuduhan lain.

Pada Mesyuarat penuh Ahli Majlis 28 Oktober yang lalu, saya telah mengemukan satu soalan kepada Full Board bertanyakan perbezaan pendapatan atau hasil yang diperolehi pada tahun ini apabila MPKJ mengendalikan dan berbanding dengan masa KC Bizs menjalankannya.

Jawapan yang saya perolehi adalah amat menakjubkan iaitu antara Mei 15, 2008 sehingga 19 March 2009 , KC Biz menapat pendapatan sebanyak RM 131,250 iaitu purata RM 13,125 sebulan, manakala MPKJ untuk tempoh 20 march 2009 sehingga 30 September 2009 memperolehi RM 236,235 iaitu purata RM 37,500 sebulan.

Ini bererti dibawah MPKJ , kita memperolehi keuntungan 300% lebih tinggi berbanding dengan syarikat swasta.

Kini sebahagian Ahli majlis termasuk saya yang tidak menyokong pengswastaan ini mencabar Syarikat ini untuk menamakan nama alam surat bantahana mereka atau menyaman kami.

Hari ini pengswastaan dijalankan bukan kerana ia lebih berkesan tetapi kerana ada orang mahu buat duit.

8 Nov - Sukan Deepavali di Taman Manikavasagam







Jawatankuasa Penduduk Taman Manikavasagam yang baru ditubuhkan berjaya mengadakan program keduanya dengan berjaya iaitu pertandingan sukan. Antara pertandingan yang diadakan adalah sukaneka, bolasepak dan pertandingan untuk golongan veteran. Makan tengahari dan juga hadiah telah diberikan termasuk hadiah untuk warga tua di taman ini. Syabas kepada jawatankuasa ini dan kepada Setiausaha Sdr. Ravi yang telah memainkan peranan utama dalam menerajui sukan ini bersama AJK yang lain.

8 Nov 2009- Latihan untuk Setiausaha Dan Bendahari cawangan


Hari ini, saya selaku Setiasusaha Agung PSM dan A.Sivarajan selaku Bendahari Kehormat telah mengadakan kursus untuk setiauasaha dan bendahari cawangan di Ibupejabat parti di Brickfields. Setiausaha dan Bendahari cawangan Semenyih Sdr. Rajen dan Bendahari Lenin Ganesan telah turut mengikuti kursus ini.

Kurusus ini antara lain membincangkan cara memfail, menyimpan rekod dan membimbang cawangan untuk lebih berkesan dari aspek mengendalikan program mahupun organisasi.

7 November 09 Melawat Taman Sri Tanjung




Hari ini saya membuat satu lawatan ke Taman Sri Tanjung. Antara isu yang dibangkitkan oleh Encik Karim dan Ahli Jawatankuasanya adalah mengenai longkang terbiar dekat Pejabat Orangramai dan keperluan pagar dikawasan tersebut. Antara isu lain ialah mengenai padang permainan yang tiada rumput dan keperluan penyandang gol. Saya juga turut melawat surau dimana ia perlu ditar dan jalan 11 dimana ada permintaan untuk cermin sisi tetapi ditolak oleh pihak MPKJ.

5 Nov 09- Aduan ke SUHAKAM oleh petani Cameron Highland





Pada hari ini, satu memorandum telah diserahkan di SUHAKAM berkenaan penafian hak untuk memiliki rumah dan tanah pertanian di Cameron Highlands. Memorandum ini telah disediakan melalui Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) Cameron, salah satu kumpulan di bawah PSM Cameron. Aduan telah dibuat ke atas Dato Hj Mohamad Noor, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Pegawai-pegawai Daerah Cameron sebelum ini dan Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands (PTDCH)

Memorandum ini telah diterima oleh Dato' Siva Subramaniam, salah seorang ahli suruhanjaya SUHAKAM. Memorandum ini adalah berkenaan penafian hak oleh Pegawai Daerah dan PTDCH untuk memberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada petani dan pemilik rumah di Cameron. Sebanyak 8 orang pengadu telah membuat aduan.

Aduan ini dibuat apabila Pegawai Daerah Cameron, Dato Hj Mohamad Noor, tidak ingin bertemu penduduk yang mempunyai masalah tanah dan rumah. Aduan ini diketuai oleh Ahli perwakilan PSM di Cameron. Saya turut serta untuk memberi sokongan solidariti.