ShareThis

Tuesday, December 16, 2014

Malam Salam Perjuangan

Jamuan Makan Amal PSM Semenyih telah berlangsung dengan jaya pada Ahad yang lalu.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan kewangan dan tenaga untuk menjayakan program tersebut.Sumbangan anda pasti akan bantu kami untuk terus berkhidmat untuk rakyat. Salam Perjuangan.







Wednesday, December 10, 2014

Malam Salam Perjuangan


Kepada kawan dan Rakan seperjuangan ,

Saya akan menganjurkan makan malam amal tahunan untuk menjana dana untuk Pusat Perkhidmatan Rakyat saya di Semenyih. Makan malam kutipan dana ini akan berlangsung pada 14 Disember 2014 di Dewan Orang Ramai Semenyih. Kami memerlukan RM 36,000 setiap tahun untuk memberikan khidmat masyarakat percuma kepada rakyat . Pusat kami dibuka setiap hari dan mengendalikan pelbagai banyak kes seperti kes-kes yang berkaitan dengan pekerjaan , kes kebajikan, ibu tunggal, isu rumah lelong, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Anda boleh membantu saya dengan cara membeli satu meja atau menaja / menderma sebuah meja yang hanya berharga RM 500 ( untuk 10 orang ) . Sumbangan anda amat penting untuk membolehkan kami membina sebuah negara yang lebih baik dan dunia yang lebih adil untuk semua orang. Sila menghantar saya mesej melalui FB atau e-mel arul.psm@gmail.com atau sms / whats app saya 019-2537791 jika anda berminat untuk membantu dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut seperti nombor akaun bank dan resit.. Kami tidak kenal jutawan tetapi kami berkhidmat untuk jutawan rakyat biasa seperti anda. Terima Kasih dan Salam Perjuangan.  Arul PSM Semenyih

Tuesday, November 11, 2014

Kempen Menandatangani Petisyen Mansuh Akta Hasutan

Kempen kumpul tanda tangan untuk petisyen Mansuh Akta Hasutan telah dijalankan di pekan Semenyih pada 09 Oktober yang lalu oleh ahli PSM Semenyih. Risalah mengenai Gerakan Hapus Akta Hasutan(GHAH) juga telah diedarkan kepada orang ramai pada hari itu.


Sunday, February 16, 2014

Retreat PSM Semenyih

Hari ini, 16/2/2014, PSM Semenyih telah membuat "Retreat" tahunan. Ianya diadakan untuk mengimbas kembali kerja-kerja yang telah dilakukan selama setahun yang lepas serta untuk membincangkan aktiviti dan starategi PSM Semenyih bagi tahun yang akan datang.

Kaunter Aduan Gaji Minima di Pasar Pagi, Semenyih

Hari ini 16/2/2014, PSM Semenyih telah membuka kaunter aduan Gaji Minima di Pasar Pagi, Semenyih. Tujuan utama kaunter aduan ini adalah untuk merekod sebarang aduan berhubung majikan yang enggan membayar gaji minima RM900 kepada para pekerjanya. Kerajaan telah mengumumkan bahawa mulai January 2014, pihak majikan dikehendaki membayar pekerjanya RM900 sebagai gaji minima. Majikan yang gagal melaksanakan perintah ini akan berhadapan denda sebanyak RM10,000.

Di samping, PSM Semenyih turut mengambil kesempatan untuk menjual Akhbar Sosialis kepada orang awam yang mengunjung Pasar tersebut. Sdr. Arul turut berada di Pasar dan bertemu bual dengan para pengunjung.

Sunday, February 9, 2014

ROADSHOW PSM JELAJAH SELANGOR & KL (7,8 & 9 Februari 2014)

PSM DISAMBUT BAIK
DI SEMUA PEKAN DAN BANDAR YANG DIKUNJUNGI


Kempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” selama 3 hari (7 hingga 9hb)di Selangor dan Kuala Lumpur berakhir dengan penuh semangat di Brickfields, KL semalam. Selangor, destinasi kedua dalam jelajah yang telah dilancarkan pada 24hb Januari di Setiawan, Perak dan akan diteruskan lagi ke 11 buah negeri lagi. Jelajah di Selangor dan Kuala Lumpur bermula pada (7hb) dan berakhir pada 9hb Februari 2014.

Rombongan PSM seramai 40 orang ahli dan pimpinan bertolak dari utara Selangor Sabak Bernam sebagai permulaan perjalanan menjelajah di Selangor. Jelajah kali ini diteruskan dalam keadaan di mana pilihanraya kecil Kajang yang diumumkan dalam keadaan yang kontroversi oleh PKR, di mana Datuk Seri Anwar akan bertanding di Kajang. PSM yang selama ini berkhidmat di Kajang telah diminta oleh ramai penyokong untuk turut bertanding dalam pilihan raya kecil yang mana membuatkan kaum aktivis dan sesetengah rakyat marah kerana PKR menggunakan PRK Kajang ini untuk menyelesaikan masalah dalaman. Justeru, kami meneruskan jelajah ini dengan sedikit tekanan daripada keadaan politik semasa. Walaupun dalam keadaan begini, segala persiapan untuk jelajah hari pertama di Selangor diteruskan dengan penuh semangat dan dengan penuh effisien. Tujuan asal PSM menjalankan roadshow ini adalah untuk memperkenalkan parti kepada rakyat Malaysia dan mempertengahkan isu-isu sebenar yang dirasakan oleh rakyat dan ia merupakan fokus ahli PSM.

Ketibaan kami di Pekan dan Pasar Pagi Sabak Bernam pada hari pertama telah memberikan satu motivasi dan senyuman lebar di muka semua ahli PSM apabila kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk tempatan di Sabak Bernam. Kami tidak sangka bahawa makcik-makcik dan Pakcik-pakcik yang mengunjungi dan berniaga di pasar pagi mengenali PSM serta memberikan sambutan yang cukup bagus dengan memberitahu kami bahawa mereka amat menghormati perjuangan PSM dan mereka kata mereka sentiasa menyokong PSM. Terdapat juga seorang Pakcik yang menderma RM 50 dan berkata anda sedang membuat kerja yang berfaedah.

Sambutan yang sama juga diberikan di kesemua pasar pagi yang dikunjungi seperti di Sungai Besar, Kapar, Klang dan Subang Jaya pada hari kedua dan ketiga. Apa yang kami dapat lihat dikalangan rakyat adalah kemarahan kerana kenaikan harga barang yang drastik serta cadangan kerajaan untuk laksanakan Cukai GST. Rakyat amat marah dan kehadiran kami pada waktu ini telah membantu rakyat untuk memahami lebih lanjut tentang cukai GST dan segala macam isu di Malaysia. Kami turut mengajak kesemua yang telah memberikan sokongan untuk menyertai bantahan membantah GST pada 1hb Mei nanti.

Kami juga meneruskan edaran risalah di beberapa Bandar besar dan pekan-pekan kecil untuk popularkan PSM dan juga mendekati dan memberikan kesedaran kepada rakyat berkenaan cukai GST, perjanjian TPPA, Aduan Akta Gaji Minima dan menjual akhbar Berita Sosialis. Kami turut dikunjungi oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Pada masa yang sama, beberapa pegawai polis khas juga tidak ketinggalan dan turut mengikuti rombongan kami namun tidak banyak gangguan daripada mereka.

Pada hari pertama kami telah edarkan ribuan risalah dalam pelbagai bahasa di tempat-tempat seperti Pekan Sungai Besar, 2 buah Masjid di Sungai besar, Bandar Sekinchan, Bandar Tanjung Karang dan Pasir Penumpang. Kami mendapat sambutan menggalakkan dikesemua tempat ini khususnya di Bandar Sekinchan dan Pasir Penumpang dimana kami dapat berinteraksi bersama ramai penduduk tempatan dan telah memberikan kesedaran tentang Cukai GST khasnya.

Pada hari kedua, kami telah berkunjung ke Bandar-bandar seperti Bandar Bukit Tinggi, Bandar Pandamaran, dan Shah Alam. Semasa kami edar risalah di bangunan PKNS Shah Alam, kami menghadapi sedikit gangguan daripada pegawai keselamatan disana tetapi selepas menerangkan tujuan PSM membuat edaran risalah ini maka kami telah mendapat kebenaran untuk teruskan pengedaran risalah. Apabila kami membuat edaran risalah dikawasan dimana kebanyakan orang Cina seperti Sekinchan dan Bukit Tinggi ramai yang mengenali PSM melalui perjuangan PSM dalam isu Kg Hakka. Kami diterima baik oleh penduduk-penduduk tempatan yang kami percaya amat peka kepada isu dan politik semasa.

Pada hari ketiga pula kami telah berkunjung ke Pasar pagi Subang Jaya, kemudian ke Petaling Jaya Old Town dan kemudian edar risalah di Chow Kit, Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Ampang dan akhirnya di Brickfields. Selain edaran risalah, anak-anak muda PSM turut mempelbagaikan roadshow ini dengan membuat persembahan di hadapan Sogo. Lagu-lagu rakyat dinyanyi di hadapan orang awam yang berehat dan berlepak di sekitar Sogo.

Dalam 3 hari ini, ahli- ahli PSM berjaya mengedarkan sekurang-kurangya 40,000 risalah di kesemua tempat yang dikunjungi. Ini adalah melebihi jangkaan kami dan kami gembira kerana kami dapat edarkan risalah kepada orang ramai.

Dua ceramah telah adakan dalam 3 hari roadshow ini. Pada hari pertama ceramah diadakan dihadapan Pusat Perkhidmatan Saudara Manikavasagam. Ia merupakan satu ceramah yang cukup bersemangat dengan sokongan dan laungan daripada penduduk tempatan yang berterusan sehingga akhir ceramah. Antara penceramah-penceramah yang hadir selain MP Sungai Siput dan AJK Pusat PSM Dr Kumar, Setiausaha Agung PSM Saudara Arul adalah Saudara Manikavasagam, Ketua Pemuda Sosialis Bawani, Saudara Chon Kai, AJK Pusat PSM dan Ahli Majlis Kuala Selangor Puan Marina dan Encik Trimurti. Kehadiran lebih daripada 150 orang penduduk tempatan dan mesej untuk membantah GST dan kesemua penceramah dan memohon agar semua rakyat turut serta PSM dan rakan-rakan dan parti politik yang lain pada 1hb Mei, hari Turun Bantah GST di Kuala Lumpur. Pada hari kedua, ceramah telah diadakan Seksyen 7 UITM Shah Alam. Saudara Mat Sabu, hadir untuk beri solidariti kepada PSM . Selain Saudara Sabu, Saudara Adam Adli aktivis mahasiswa turut hadir untuk berikan sokongan.

Roadshow yang bermula di Sabak Bernam telah tamat di Brickfields dengan penuh semangat ini amat bermakna dan memberikan motivasi untuk meneruskan roadshow ini untuk hari kedua yang akan bermula di Negeri Sembilan dan Melaka. Komitmen ahli-ahli PSM yang sentiasa tepati masa, dan membuat edaran risalah tanpa mengira cuaca panas dan terik telah membuahkan hasil. Koordinator Parames yang sentiasa mengingatkan program akan datang dan koordinasi setiap perkara dengan bagus juga antara faktor yang menjayakan roadshow kali ini.

Suasana dimana kami berkonvoi dengan lebih kurang 15 buah kereta dan 2 buah Hilux dengan memasang lagu-lagu rakyat, serta dengan kibarkan bendera PSM sepanjang jalan. Kami dapat melihat ada reaksi daripada orang ramai dengan ada yang akan mengangkat tangan Kiri sebaik sahaja melihat kami di pekan mereka atau ada yang akan hon tanda sokong.

Apa yang pasti, PSM tidak asing lagi untuk penduduk di Sabak Bernam, Sekinchan , Subang Jaya, Pandamaran, Klang, Kuala Selangor dan kesemua tempat yang kami kunjungi.

Untuk segala maklumat lanjut sila layari laman web kami iaiti www.partisosialis.org atau Facebook: https://www.facebook.com/partisosialis atau twitter: @partisosialis

Salam Perjuangan.

PSM BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Dikeluarkan Oleh,
Nalini E
Penyelaras Media Kempen




PSM Berjuang Bersama Rakyat

Sunday, February 2, 2014

Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Ladang Bangi

Hari ini, 2/2/2014, satu mesyuarat telah diadakan bersama Jawatankuasa Ladang Bangi untuk membincangkan isu perumahan. Pada keesokkan hari, satu menyuarat akan diadakan bersama EXCO Perumahan Kerajaan Negeri Selangor YB Ganapathy Rao untuk membincangkan isu perumahan Ladang Bangi yang masih berlarutan sekian lama.


Penghargaan untuk Sdr Arul di Kuil

Pada 2/2/1014, Sdr Arul telah mendapat penghargaan ketika perayaan di Kuil Sri Maha Mariamman Sg. Rinching, Semenyih. PSM Semenyih juga mengambil kesempatan untuk membuka booth propaganda untuk menjual Berita Sosialis serta mengedar bahan-bahan propaganda seperti risalah GST kepada para pengunjung.


Friday, January 31, 2014

Booth PSM Semenyih di Kuil

Pada 31/1/2014, PSM Semenyih telah membuka booth Propaganda sempena perayaan di Kuil Om Sri Viccharuvaa Maduraveeran di Taman Kesuma Lakes, SEmenyih untuk menjual Berita Sosialis serta mengedar risalah membantah GST, serta risalah-risalah lain kepada para pengunjung kuil tersebut.

Thursday, January 30, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

PSM Semenyih mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ! Gong Xi Fa Cai! Berhati-hati di Jalan Raya !

Tuesday, January 28, 2014

Pelancaran Ops Pantau Akta Gaji Minima!

Hari ini 28/1/2014, PSM bersama Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah melancarkan Ops Pemantauan Akta Gaji Minima. Mulai Januari 2014, pihak majikan harus membayar pekerjanya RM900 sebagai gaji minima. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pengimplimentasian ini akan berkuatkuasa mulai Januari 2014 dan majikan yang gagal melaksanakan gaji minima RM900 akan didenda. Sehubungan itu, PSM dan JERIT yang telah memperjuangkan Akta Gaji Minima ini telah melancarkan pemantauan ini. Jika para pekerja mempunyai sebarang masalah berhubung itu ini boleh menghubungi PSM atau JERIT seperti nombor berikut:


Sunday, January 19, 2014

Kaunter Aduan dan Penjualan Berita Sosialis di Pasar Pagi Kg Bahru, Semenyih



Hari ini 19/1/2014, ahli-ahli PSM Semenyih bersama Sdr Arul telah turun ke Pasar Pagi Kg Bahru, Semenyih. Kaunter aduan telah dibuka dan juga telah mengambil kesempatan ini untuk menjual Berita Sosialis.

Friday, January 17, 2014

Edar Risalah bantah CUKAI GST di sambutan Thaipusam

Hari ini 17/1/2014, ahli-ahli PSM Semenyih telah membuka booth di hadapan kuil Sri Subramaniam, Semenyih untuk mengedar risalah membantah CUKAI GST yang hanya memiskinkan rakyat jelata.

 

Monday, January 13, 2014

Selamat Menyambut Hari Ponggal

Perayaan Ponggal: Hari Memperingati Sumbangan Pekerja dan Petani Sedunia

Perayaan Ponggal disambut pada 14 Januari setiap tahun. Perayaan Ponggal ataupun Pesta Menuai (sama seperti Hari Gawai yang disambuat di Sabah dan Sarawak) merupakan satu amalan tradisi masyarakat India bagi meraikan hari menuai padi. Ponggal disambut demi memperingati sumbangan dan tenaga pekerja terutamanya petani kepada kehidupan manusia. Di India, pada masa dulu kala dan juga sekarang, pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang penting - hari pertama menuai yang selalunya jatuh di pertengahan bulan Januari disambut sebagai hari Ponggal.

Pada hari Ponggal, masyarakat akan menyatakan penghargaannya kepada petani, pekerja sawah, alam semula jadi dan lembu yang digunakan untuk pertanian. Perayaan ini disambut oleh semua tanpa mengira agama yang dianuti.

Kebiasaannya, ponggal akan dimasak dengan menggunakan belanga yang diperbuat daripada tanah liat dengan menggunakan beras dari hasil tuaian pertama. Nasi ponggal akan ditanak menggunakan susu di mana, ketika susu melimpah keluar, para petani akan menyebut “ponggaloo ponggal”. Pada masa kini kebanyakan kita tidak lagi menjalankan pertanian. Maka kenapa kita harus menyambut ponggal?

Ponggal pada masa kini penting kerana, ia merupakan hari untuk memperingati sumbangan pekerja dalam pembangunan negara dan kaum manusia. Pekerja adalah nadi pembangunan sesebuah negara. Hari ini Malaysia maju kerana sumbangan dan pengorbanan pekerja ladang, pekerja kilang, petani, orang Asal dan juga pekerja di sektor lain. Tanpa pekerja, Malaysia tidak akan maju. Mari kita menyambut perayaan Ponggal ini dengan beriktibar untuk memperjuangkan hak pekerja sedunia demi masa depan yang baik.

Selamat Hari Ponggal kepada Pekerja Sedunia

Saturday, January 11, 2014

Bahagian Belakang rumah runtuh di Desa Kenagga Semenyih

Hari ini Sdr Arul mendapat panggilan kecemasan dari penduduk dari Fasa 3 Desa Kenangga Semenyih. Nampaknya lebihkurang 4 rumah di Jalan 3/4 menalami masalah mendapan tanah, keretakan dan keruntuhan dinding ekoran kerja-kerja perparitan yang dibuat oleh MPKj. Sdr Arul dan Rajen telah melawat rumah-rumah tersebut. Sdr Arul juga menghubungi peengarah kejuruteraan MPKj Dr. Anwar dan juga Ketua Bahagian Kejuruteraan Semenyih  Encik Azman untuk segera menyelesaikan masalah ini. Dr. Anwar Pengarah Bahagian kejuruteraan berkata akan menghantar orangnya segera untuk meneliti dan membuat apa yang boleh. Para penduduk juga dinasihatkan berjaga-jaga dan membuat aduan polis. Encik Arul memaklumkan perkara ini kepada YDP MPKj


Kerja perparitan MPKj
 






Melawat Kampung Broga Tarun

Hari ini Saudara Arul membuat lawatan mesra ke Kampung Baru Broga mengunjunji warung-warung makan, bersarapan pagi dan membuat lawatan rumah ke rumah. Turut bersama adalah Alice dan kawan-kawan.


Lama tak Jumpa...Terima Kasih

Kanak-kanak Broga





Melawat Makcik yang tidak begitu sihat




Wednesday, January 8, 2014

Sidang Akhbar Tergempar: Flat Taman Permata Dengkil





Hari ini 8/7/2014, satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Flat Taman Permata Dengkil. Pada awalnya, para penduduk Flat Tmn Permata Dengkil bercadang untuk membuat satu protes di Pejabat PM, di Putrajaya berhubung isu perumahan mereka yang berlarutan lebih 3 bulan. Namun, mereka terpaksa membatalkan protes mereka berikutan surat yang di terima dari Kerajaan Pusat berhubung isu perumahan mereka.





Justeru itu, satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Khemah Flat Taman Permata Dengkil yang dihuni penduduk lebih 3 bulan. Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Arul. Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa para penduduk telah mendapat surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyatakan persetujuan kerajaan Persekutuan untuk membina rumah untuk para penduduk di tanah yang di tapak yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu berita yang mengembirakan para penduduk. Persetujuan ini pasti tidak yang dicapai tanpa perjuangan para penduduk Flat Taman Permata.

SYABAS DAN HIDUP PERJUANGAN RAKYAT!


Tuesday, January 7, 2014

Mesyuarat bersama J/K Ladang Semenyih

Satu Mesyuarat di antara pihak Sime Darby dengan Jawatankuasa Kuil dan gereja serta Jawatankuasa Penduduk Ladang Semenyih telah diadakan pada 7/1/2014 di Pejabat PSM Semenyih. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai isu kuil, gereja dan isu perumahan para pekerja yang masih berlarutan. Saudara Arul telah bersama para penduduk dalam perbincangan ini.

Kg. Hakka : Aduan di SIAP

Hari ini 7/1/2014, Penduduk Kampung Hakka, Mantin telah membuat aduan terhadap IPD Nilai di Suruhanjaya Intergriti (SIAP), di Putrajaya. Aduan ini dibuat berikutan salah laku pihak polis serta 'harrasment' polis terhadap penduduk Kg. Hakka. Sdr. Arul turut bersama penduduk Kg. Hakkan dan PSM Seremban.

Friday, January 3, 2014

Kg Hakka : Police Report Lodge at Mantin Police Station


Today 3/1/2014, a police report was lodge at Mantin Police Station against police for harassment against Kampung Hakka Chairperson Mr. Chong and PSM Seremban Coordinator Sdr. Gandi.

Thursday, January 2, 2014

PSM - a reflection 2013 and the year ahead - S.Arutchelvan

PSM – THE YEAR 2013 AND THE YEAR AHEAD


Election 2013

As we move on to 2014, the most important thing which most people remember in 2013 was the long awaited election and the failure to change Government. Ini Kalilah got postponed again. For the PSM, the experience was even bitter and a learning experience on coalition politics. PSM had to face a multi corner fight in three out of the 4 seats it contested. The lesson learned in Kota Damansara was the most difficult reality which the party need to swallow. In spite of PSM compromising in its logo, yet a three corner fight took place.

In spite of all the bad experience, PSM as a party continue to prosper with a record number of young people joining the party. Most Malaysians and voters did not desert us after the elections and in fact, more people seem to appreciate the need for a principle party like PSM. It was also a year that the party for the first time had the pleasure of having members in all states including Sabah and Sarawak.

Left Coalition

The experience also opened up to the formation of a left coalition which would be launched in 2014. The left coalition is a coalition of individuals, left leaning NGOs and political parties with the main aim of building an alternative system against Capitalism. The Coalition will concentrate on research on left alternatives, conducting ideological classes as well as fighting the neo-liberal attack which comes in various forms today like GST, privatisation of health and education and the TPPA. There will be special emphasises on recruiting young members as well as rebuilding the trade union movement. The Left Coalition is not an electoral coalition for now but we have to take one step at a time.

Pakatan Rakyat

Many quarters keep asking us about our relationship with Pakatan Rakyat (PR) and where is it heading. The honest answer is nothing much has happened. PR wrote to us in August officially and said that they have not decided and asked if PSM endorse the Joint memorandum of PR which is the Buku Jingga before they can decide. PSM answered that we have already accepted the Buku Jingga as stipulated in our election manifesto. There has been no answer from PR since. For us the ball is in PR’s court and unless PR registers for a joint Logo like BN, I don’t see we resolving much and the same problems will crop up again. PSM is determined to end the one party hegemony of UMNO-BN and is willing the work with other parties to achieve this.

Rebranding PSM & Nation wide Roadshow

The PSM Congress in 2013 identified one major weakness in PSM. PSM is seen as a small party and not a mainstream National party and there is a need to build the PSM’s profile. Nevertheless, most people acknowledge and recognise that PSM has good politics, hardworking members and humble leaders. PSM also has a very good track record in fighting for the marginalised communities. What is lacking they say is the need to rebrand PSM image as a National party and not one which just focuses on community issues.

With this in mind, the 2013 Party Congress adopted a resolution that PSM conducts a Nation wide road show to popularise the party. Most people remember and envy the party’s earlier initiative in conducting a nationwide paddle for change cycling tour spearheaded by JERIT and the second being calling for UMNO-BN to quit in the famous campaign known as Udahlah-bersaralah. The second nation wide tour led to the arrest of 30 PSM leaders and later 6 people arrested under the Emergency ordinance.

With this in mind, in 2014, the party would be going on its third nationwide tour starting from January; but this time to popularise PSM, its national campaign and its profile. PSM new tagline “berjuang bersama rakyat” or “With the People in Struggle” would see PSM going to all major towns in the Country to tell people what is PSM, what socialism is and what our agenda for a better Malaysia is. The tour will be held for three months and all party leaders are expected to go state by state to explain about PSM and its campaigns.

De-linking Capitalism

We believe that the introduction of GST, the various price hikes, suppression of wages are all due to the nature of the capitalist system which is profit orientated. It is therefore imminent that only by changing the system, can one escape from economic crisis, price hikes and wage deprivation.

The BN adopts the neo liberal capitalist agenda to its core. On the other hand, the PR believes that it is not the system at fault but the application. They believe that by good governance and curbing corruption, the problem will be solved. PSM sees that Capitalism itself is problematic as it promotes high growth, high investments and high profits. It has no answers to income disparity, income and wealth distribution and it has no answers to the environmental problems faced by the world today like climate change and global warming. PSM is taking a different road. This is illustrated in our annual Socialism 2013 forum which calls for Delinking Capitalism. This is the route taken by a growing numbers of countries in Latin America and it seems to be the call today by the majority of working people and youths around the world. We believe this anti capitalist movement worldwide will grow. Delinking from capitalism, perhaps the only way to save the earth and its habitants.

The year which saw many prominent leaders pass away

Many great people left us in 2013. One person whom I consider was a huge loss with no comparison was the death of Hugo Chavez on 5 Mac. Chavez was a great inspiration to the left and its his idea of socialism in the 21st century gave a new momentum to the left in Latin America and all over the world. Other prominent deaths was the death of General Giap who is considered an all time giant in South East Asia politics and only second to Ho Chi Ming. Mandela death recently was yet another great reminder on the fight against racism, imperialism and the apartheid system.

On the local scene, two very prominent lefties died in 2013. Ibu Suraini @ Eng Ming Ching in Mac and who can forget the death of Chin Peng on Malaysia Day. Even his ash being brought back brings shivers to the ruling UMNO who continues to deny the role played by the MCP in ensuring an early independence for Malaya. PSM also organised a first open forum on Chin Peng in 2013 which also shows that most Malaysians have departed from the fear of the Red herring used so successfully by UMNO-BN to create fears and divisions.

PSM and young blood

In January 2013, Bawani KS shot to fame after a famous LISTEN video which went viral. This opened up the whole question of democracy in campus besides focusing on the issue of free education – a campaign started by PSM Youth. Bawani has since enhanced her role in fighting for free education as well as spearheading the campaign in building the Socialist Youths in PSM.

Today with the aid of social media, many youths have access to progressive politics. In PSM itself, many of our new members become members from on-line registration. They make the bulk of the new membership. They are also shaping the view that the party should not be afraid to experiment new ideas and new visions. Most young people also feel that it is cool to be radical, anarchist and being a communist. PSM Youth wing is therefore tasked to build young members and build their perspective and capacity in understanding real issues. The head must be grounded to the realities and the challengers in the ground.

Court Battles

2013 also saw Dr. Jeyakumar losing the high profile case where he took the Malaysian Government to task for not allocating development funds to his constituency. Though the case was defeated as the courts did not have the guts to open up the floodgates on how these funds are managed. Yet it raised many pertinent issues on how the rakyat’s money is being used and how it is managed. Dr. Kumar being the sole PSM MP in Parliament, continues to inspire by raising crucial issues and being the voice of the marhaein in Parliament. Besides Kumar, Soh Sook Hwa another PSM Central Committee member also lost her final bid in the Federal Court on the case where she challenged the Universities and University Colleges Act (UUCA) for taking action against her for being punished by USM for her involvement in the 2004 general election in campaigning for an opposition candidate.

On the brighter side, PSM won a consent agreement where the Government agreed to pay RM 200,000 as compensation for unlawfully detaining 6 PSM members, also known as the EO6 in 2011. Though the sum maybe low, yet it is seen as a morale victory where the State finally admits and pay damages for their blatant misuse of power in trampling on human rights in Malaysia. None of the lawyers and none of the EO6 wanted the money for themselves and hence the party has decided to use the money to assist on future bail cases, a revolving fund for publication and to assist party members who have major health expenditure.

Grassroots Activism and Protest

At the grassroots level, PSM communities continue to consistently fight rigorously. PSM along with JERIT continues to fight for the resettlement of 400 ex plantation workers now staying dangerously in Taman Permata to their new terrace houses. In Mantin, Negeri Sembilan, PSM members defend and protect a Hakka Community facing forced eviction in a land they have occupied for over a hundred years. The battle will continue in 2014.

In Cameron Highlands, the people from Green Cow after many arrest, court battles and occupying finally won land and compensation. In Sungai Buloh, Sungai Siput farmers won compensation after developers amd State Government wanted to take away their land.

PSM branches continue to champion issues in many other areas from plantation workers, urban settlers, farmers and Orang asal communities. PSM with JERIT also opened a hotline on Minimum wage and serviced thousands of complaints on minimum wage. We also filed complaints to the Human Resource Ministry on more than 800 companies for failing to implement Minimum wage.

After the election in 2013 when many people were tired to go to the streets, PSM continued to mobilise protest on the issues of GST, TPPA and minimum wage.

PSM in the year ahead for 2014

2014 will be a challenging year. It is a year which will start with massive price hikes on many basic amenities and we expect more forceful eviction to take place. The ruling Government is also determined to use some new draconian laws to curb public assemblies and take a hard line on demonstrators.

With massive price hikes announced, it is going to be an angry year for the people. Can the frustration of the masses be channelled into some serious form of opposition or movement?

PSM has geared to launch several new campaigns as well as built on some of the older campaigns.

i. Minimum wage – the battle to implement it

PSM is convinced that the Human Resource Minister is going to give further leeway in not implementing the minimum wage which is supposed to be fully in force from January 2014. PSM and JERIT will monitor and campaign to ensure the Government does not to any more U turns. Meanwhile with the rising prices, inflation, the current minimum wage of RM 900 and RM 800 is not feasible anymore. PSM along with progressive trade unions will continue to fight for RM 1,500

ii. Bring down the price of houses

PSM is now working towards in bringing down the price of house prices which are too high and unrealistic. Rental have also raised to a new heights. PSM would organise a round table discussion with state holders and build a strong campaign to take public housing out of the speculative market. House is traditionally a use value and not an exchange value. We believe most Malaysian today cannot afford to buy a decent home and if they buy with the current prices, they will have serious financial problem as well debt problems which we believe they cannot handle. A strong campaign is needed to ensure house is for a living and not for a profit.

iii. Bring back local Government elections

PSM would intensify in its campaign to bring back local Government election and campaign with both BN and PR Government to bring back voting rights to the municipal level. A leaflet campaign as well as mock elections will be done to ensure these positions are elected. PSM would also participate in local Government election if the PR Government starts it. Selangor plans to start local election is some councils.

iv. TPPA

PSM played a key role in fighting this battle in the last one year and managed to delay it. It looks like the BN Government is going to bring the TPPA to parliament and then sign the agreement. PSM would intensify its campaign early 2014 to stop the TPPA. The TPPA is an issue which the Malaysian public is not aware off. US Imperialism is all set to push the agenda in TPPA next year and we have a duty to protect our key industries from Global Capitalism dominance.

v. GST

PSM and JERIT have declared 2014 as the year to fight GST. Since the GST will impact on the entire nation, we call for a referendum to be held. The Government has done massive campaign to promote the GST. The GST is a mechanism to make every person pay but will be felt most by the middle and lower income group. A massive demonstration against GST is planned on May 1, 2014.

vi. Public Transportation

As a means to save the environment, PSM has in the last two years formed a network to fight for a better public transportation system. It is time we end campaigns for cheaper cars and thing seriously about our environment and healthy lifestyle. Going green is not planting trees on earth days. Going Green means a political shift in the way we develop our nation and it is not compatible with capitalism and its growth orientated model. PSM would build nation wide dialogues in all states to improve public transportation.

vii. Fighting Neoliberals

This is an ongoing battle to save our public hospitals, to fight for free quality education and to nationalise public institutions which have been privatised. Water, electricity and public transportation must be in the hands of the State. Currently privatisation of our public utilities have only resulted in making a few individuals super rich and making the majority of the rakyat to supper under their rule.

Conclusion

PSM with its new tagline and renewed energy will continue to built the capacity of the people at local level and nationally. It is time to fight to built our capacity not only to fight day to day issues but to built capacity and perspective to bring socialism to the people as a legitimate alternative to the corrupt system people live in today. We always say people are the bosses but 1 % people rule our lives and make us take their shit. It is time to fight back and it is time to fight the system and not just its symptoms.

Happy New Year 2014

PSM – Berjuang Bersama rakyat

With the People In Struggle

S.Arutchelvan

PSM Secretary General

(019-2537791)