ShareThis

Friday, January 30, 2009

11-1-2009 Taman Mawar- Pemaju terpaksa tunda Mesyuarat





Untuk sekian lama, penduduk Pangsapuri Sri Mawar di Semenyih tidak mendapat komitmen dari Pemaju. Maka kerja-kerja penyelengaraan Pangsapuri kos rendah tersebut terbiar dan terabai. Penduduk telah menghubungi Sdr. Arul dari PSM untuk membantu menyelesaikan isu ini. Setelah mengadakan satu mesyuarat dengan penduduk tempatan, kami telah berusaha untuk memanggil pemaju untuk menyelesaikan isu penduduk tetapi telah menjadi amat sukar untuk mendapat pemaju hadir ke mesyuarat. Justeru itu, Sdr. Arul telah mendapat khidmat Unit COB dari MPKJ untuk mendesak pemaju hadir ke Mesyuarat. Kami telah memanggil Pemaju hadir ke MPKJ pada 13hb. Januari tetapi Pemaju pula akhirnya memanggil satu mesyuarat pada 11hb. Januari 2009.

Pada 11hb. Januari 2009, kami turun dengan Unit COB MPKJ. Turut hadir adalah Ahli Majlis kawasan tersebut Sdr. Ong. Penduduk pun memulakan mesyuarat dengan meluahkan pelbagai isu tidak puas hati mereka. Antara isu mereka adalah Jawatankuasa mereka tidak didaftarkan walaupun pemaju menjanjikan akan mendaftarkan mereka, mereka juga meminta penjelasan mengenai insuran api yang dibayar, pejabat mereka dan lain-lain isu.

Pemaju pula cuba berkata beliau hendak menubuhkan JMC (Jawatankuasa bersama) tetapi kami menegur pemaju kerana beliau gagal menepati undang-undang asas untuk menubuhkan JMC. Atas desakan kami, mesyuarat ini ditunda dan satu tarikh baru dikenal pasti . Pemaju juga bersetuju menyelesaikan beberapa isu yang diutarakan oleh penduduk. Akhirnya pemaju turun juga dan kini penduduk kena bersatu untuk memajukan pangsapuri mereka.

1 comment:

UNIT COB, MPKj said...

Ingin memperbetulkan ayat : "menubuhkan JMC" dan yang sebetulnya "menubuhkan JMB". Untuk makluman JMB adalah Badan yang bertanggungjawab mengurus & menyenggara kawasan sesuatu bangunan, manakala JMC adalah ahli jawatankuasa yang dilantik oleh penduduk bagi menjalankan kerja-kerja yang telah diperuntukkan kepada Badan. Secara ringkasnya :
JMB - bahasa inggerisnya Joint Management Body atau bahasa Malaysianya Badan Pengurusan Bersama
JMC - bahasa inggerisnya Joint Management Community atau bahasa Malaysianya Ahli Jawatankuasa.

Sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah layari blog Unit COB, MPKj di www.cobmpkj.blogspot.com