ShareThis

Saturday, August 18, 2012

Wedding Dinner comrade Theva dan Santana



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SALAM RAMADAN UNTUK MU 
Bulan Rahmat menegur pribadi  
Kemanusiaan disambut gelombang sakti
Betapa perkasanya rakyat tercinta ini  
Dunianya bergetar ... membelai jati diri
    Tetap merempuhi kubu kekejaman 
         Yang bangsat menanti 
Lantas memuliakan lagi Hari Raya 
       Yang menyentuhi jiwa insani


Dari keseluruhan Ahli dan Kepimpinan Parti Sosialis Malaysia

Maaf zahir dan Batin

Teruskan Perjuangan untuk dunia yang lebih adil dan saksama 

Thursday, August 16, 2012

Membuat Tinjauan terperinci di Ladang Tumbuk

Menganalpasti masaalaj
Ladang Tumbuk terletak di Tanjung Sepat di Kuala Langat. Ladang ini dulu dimiliki oleh Maika Holdings. Kini 12 keluarga masih menetap di ladang ini dan mereka masih menanti rumah yang dijanjikan semasa mesyuarat antara mereka dengan Maika Holdings. Hari ini kami membuat tinjauan untuk menyelesaikan masalah ini.

Membuat Survey rumaha-rumah

Keadaan Ruman Pekerja 

Mesyuarat dengab Penghuni Ladang Tumbuk

Wednesday, August 15, 2012

Pemaju bersama gangsters ceroboh masuk Ladang Bangi

Arul berhujah dengan OCS Ramlan dari Balai Bangi

Penduduk marah kerana polis tidak halang Pemaju
Hari ini Pemaju Transloyal denagana bantuan puluhan gangster upahan ceroboh  masuk ke ladang bangi dengan niat untuk merobohkan rumah pekerja-pekerja ladang yang kosong. Mereka juga memecahkan bumbung asbestos yang boleh mengakibatkan kanser. Pada awalanya polis hanya memerhatikan sahaja.

Para Penduduk terutamanya kaum wanita kemudian bertengkar dan menghentikan perobohan ini. Polis kemudian dapat mengawal keadaan ini.

Ahli Majlis MPKJ Sdr Arul, Mazwan dan Narayanan aajuga hadir untuk memberhentikan operasia yang tidaka mempuanyai kebenaran MPKJ.
Pemaju pecah Bumbung asbestos walaupun undang-undang tidak benarkan


Pesuruhjaya SUHAKAM M.Sani juga datang dan menegur pihak polis kerana tidak memberikan perlindungan yang secukupnya kepada Penduduk.

Penduduk juga ada memabuata aduan polis. Pegarah Bangunan MPKJ Ahmad Saari paaula mengatakan bahawa memang projek ini tiada Kebenaran merancang dan meminta pihak-pihak mendapatkan perintah mahkamah

Kami akan mempertahankan Rumah-rumah kami

Pesuruhjaya SUHAKAM Mohd Sani mendengar aduan rakyat

Pemaju Angguh memecahkan rumah kosong
Penduduk Maarah dengan tindakan Pemajau dan berazam untuk mempertahankan hak mereka sehingga mendapat satu perumahan seperti yang dijanjikan dahulu.

Monday, August 13, 2012

Kes Diskriminasi Gender : 8 Pekerja Guppy Plastic

It’s academic, no case….leave application denied



That’s what happened today, 13 Aug 2012 at the Court 1 Federal Court on the retirement age discrimination case filed by 8 women, ex-workers of Guppy Plastic Industries who were sacked by their employer 11 years ago. Five of them, Periakka age 64, Letchumy age 62, Maree age 65, Danaletchumi age 63 and Yanama age 65 attended the court today.



Watching brief from SUHAKAM, BAR COUNCIL and AWAM were present at the court besides JERIT and Electronic Union members, to give their solidarity support.


They filed the case in April 2012, after they lost at the High Court (2010) and Appeals Court (Mar 2012). Both the Courts squashed the Industrial Court judgement which favored the workers that the company should abolish retirement age discrimination between male and female workers.


11 years ago there was no law in the country but today, as of 27 Jun 2012, the Parliament has passed a new Minimum Retirement Age Act, as such there is no case to proceed, said the 5 team judges led by Yang Arif Raus Sharif. The new law will ensure there is no age discrimination, if the company still has such discriminating practices, the judges are willing to hear the case.

The unfair decision made by the High Court and Appeals Court judges cost lot of pain to the 8 women who been struggling for the past 11 years. In actual sense the 8 brave women did not loose the case since the government has introduced a specific law for private sectors on retirement age.


Yet the disappointment on their face today, when the judges said there is no case and no cost, is reflection of the sufferings they endured all these years without having a proper job, the feeling of being cheated and discriminated by their employer and the system and the fact that the decision today did not bring any changes to their life. Who are responsible to pay the cost of the discrimination the women suffered in the past…Human Resource Ministry, the Courts or the Employer?


Letchimi
PSM Kajang


Sunday, August 12, 2012

Mesyuarat Bersama Penduduk Ladang Bangi

Hari ini, mesyuarat bersama penduduk ladang Bangi telah diadakan pada jam 8.00 malam. Mesyuarat ini adalah mesyuarat susulan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu perumahan para penduduk.

Di mesyuarat tersebut, Sdr. Arul telah memberitahu para penduduk perkembangan yang telah berlaku sejak insiden pencerobohan oleh pihak pemaju dan kontraktornya. Beliau memaklumkan bahawa, pihak MPKj telah mengeluarkan "stop work order" maka, pihak pemaju tidak boleh melakukan kerja-kerja penolakan pokok di kawasan "100 meter".

Selain itu, beberapa keputusan penting juga telah diambil di mana, para penduduk telah bersetuju untuk mengutip wang RM10 sebulan, sekeluarga. Wang kutipan ini akan digunakan untuk kerja-kerja perjuangan mereka.


Para penduduk yang hadir sebulat suara bersetuju untuk meneruskan perjuangan untuk perumahan mereka. Malah, belia-belia yang hadir turut bersama dalam perjuangan ibu bapa mereka.

MESYUARAT BERSAMA PENDUDUK FLAT ASA JAYA

SUNDAY, 12 AUGUST 2012
Hari satu mesyuarat susulan telah diadakan bersama para penduduk flat Asa Jaya. Mesyuarat pertama bersama penduduk flat Asa Jaya telah diadakan pada tahun 2008 iaitu selepas pilihanraya. Ketika itu, masalah utama yang dibangkitkan adalah mengenai meter air pukal.

Pada awalnya, kami berpendapat bahawa isu meter pukal telah diselasaikan berikutan maklumat yang diperolehi daripada pihak MPKj. Namun, di mesyuarat ini para penduduk mengatakan ianya masih belum diselesaikan.

Di mesyuarat ini, sebanyak lima isu telah dibangkitkan iaitu masalah meter air, isu "master title", isu rumput  tidak dipotong dan longkang tidak dibersihkan, isu jalan berlubang dan isu penutup longkang telah dicuri.

Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa beliau akan follow up isu-isu ini dengan pihak-pihak berkenaan dan akan mengadakan satu mesyuarat bersama pihak pemaju, COB, MPKj dan para penduduk untuk membincangkan mengenai isu " master title".

Beliau juga memaklumkan bahawa masalah-masalah yang diungkitkan akan dibawah ke perhatian jabatan-jabatan tertentu di MPKj dan akan berbincang di mesyuarat infrakstuktur yang akan diadakan pada hari Rabu.






Selepas mesyuarat, satu lawatan telah diadakan disekeliling flat untuk meninjau masalah-masalah di sana. Ketika lawatan, kami mendapati lebih 30 penutup besi longkang telah dicuri. Para penduduk terpaksa menggunakan kayu-kayu serta papan untuk menutup lubang-lubang tersebut. Di samping itu, longkang di kawasan ini juga dipenuhi sampah sarap dan ini menyebabkan longkang tersumbat dan menghalang pengedaran air.

PROTES AIR DI KAJANG : TOLAK SYABAS

TOLAK SYABAS - KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT


 
12 Ogos, Kajang - Pada pagi ini lebih kurang 50 orang penduduk dari Kajang dan Semenyih mengadakan bantahan terhadap SYABAS dan sebagai tanda sokongan supaya pengurusan air di Selangor diambilailh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sejak kebelakangan ini berlaku masalah bekalan air di Balakong, Kajang dan di Semenyih di Taman Manikavasagam, Flats Sri Tanjung, Bandar Rinching dan Taman Hiew Piow. Ini adalah taktik kotor SYABAS untuk menipu rakyat dan mensabotaj Kerajaan Negeri supaya ia dapat meneruskan pembinaan loji rawatan Langat 2 bernilai RM8.6 bilion yang disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Jadi, sebagai tanda bantahan kepaya SYABAS yang meniagakan air sebagai komoditi demi keuntungan, bantahan ini telah diadakan hasil inisiatif JERIT. Turut hadir sama adalah Sdr Arulchelvan (Ahli Majkis MPKJ dan SUA PSM) dan YB Cikgu Lee (ADUN Kajang). Rakyat yang berkumpul menunut kemudahan asas seperti air tidak diswastakan dan diurus oleh pihak Kerajaan.



Berikut ada kenyataan akhbar yang dikeluar oleh JERIT:

KENYATAAN AKHBAR
12 Ogos 2012


TIDAK KEPADA SYABAS!


MILIKNEGARAKAN BEKALAN & PERKHIDMATAN AIR DI SELANGOR


Jaringan Rakyat Tertindas menuntut kepada Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS dari pengurusan swasta dan mengurusnya sendiri. JERIT menuntut sedemikian kerana , SYABAS dibawah pengurusan pihak swasta dengan jelas tidak mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat sebaliknya mengutamakan keuntungan.

Sejak bekalan air di Selangor diswastakan , rakyat Selangor mengalami banyak masalah seperti air tidak bersih, catuan air dan gangguan bekalan air. Bukan itu sahaja pada masa, terdapat gangguan bekalan air, kurang inisiatif dari pihak Syabas untuk menghantar lori air terutamanya ke kawasan luar bandar. Akan tetapi kalau hendak naikkan tarrif air, bukan main cepat dibuatnya malah pelbagai helah digunakan. JERIT juga pernah mengendalikan banyak kes di mana bekalan air dipotong apabila pengguna terutamanya rakyat miskin tidak mampu membayar bil air. Air adalah hak asasi manusia yang wujud dari sumber alam semulajadi. Jadi, menafikan bekalan air terumatanya kepada golongan miskin atas dasar mengaut keuntungan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Air tidak boleh dimiliki secara swasta dan dijadikan komoditi demi keuntungan. Di Negara Peranchis terdapat undang-undang di mana pihak yang membekalkan air harus mendapatkan perintah mahkamah dan tidak boleh memotong bekalan air dengan sewenang-wenangnya.

Fenomena menswastakan bekalan air berlaku secara berleluasa di seluruh dunia. Dua agen kapitalis iaitu Bank Dunia (World Bank) and International Monetary Fund (IMF) sedang menggalakkan penswastaan bekalan air melalui syarikat Eropah dan Amerika Syarikat. Ini dilakukan melalui perjanjian perdagangan dan syarat pemberian pinjaman hutang kepada Negara yang sedang membangun. Program telah bermula sejak awal 1990an dan bermula di Negara seperti India, Bolivia, Chile, Argentina, Nigeria, Mexico, Australia, Filipina dan termasuk Malaysia. Hampir kesemua Negara di atas mengalami masalah yang sama setelah penswastaan berlaku – kualiti air semakin merosot dan tariff air semakin meningkat.

Kini, tidak cukup dengan masalah di atas, SYABAS sedang mencari jalan untuk menaikkan tariff air dengan pembinaan Langat 2 yang berharga RM8.6 bilion yang melibatkan penyaluran air dari Pahang. Sebelum ini Langat 1 telah dibina untuk menyelesaikan krisis hanya pada tahun 2009. Kerajaan Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk Langat 2 kerana bekalan air di 7 buah empangan di Selangor mencukupi. Namun, akibat tekanan dari Kerajaan Persekutuan BN, SYABAS hendak meneruskan projek ini yang akan menyebabkan tariif air meningkat. Apabila Kerajaan Selangor terus menghalang projek ini dan hendak mengambil alih Syabas, CEO yang bersekongkol dengan Kerajaan Persekutuan BN mengugut akan membuat catuan air kerana Selangor akan menghadapi krisis air. Jelas sekali tindakan ini adalah untuk menyebabkan rakyat merana kerana tidak memilih BN sebagai kerajaan negeri.

Air bukanlah alat politik untuk digunakan dalam permainan politik mahupun komoditi untuk dijual beli. Ia adalah sumber alam yang penting untuk manusia hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkannya dan bukan syarikat swasta.

JERIT menyokong hasrat Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan air kerana hak air Selangor akan dikembalikan kepada rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juha berjanji bahawa rakyat Selangor tidak perlu menanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi.

Oleh itu, JERIT menyeru agar kerajaan Selangor mengambil alih bekalan air bagi Selangor demi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Jangan biarkan syarikat swasta untuk melelongkan hak rakyat.


Simon
Sekretariat JERIT
12 Ogos 2012





Thursday, August 9, 2012

Mesyuarat bersama Penduduk Ldg Semenyih

Thursday, 9 August 2012

Hari satu mesyuarat telah diadakan bersama para penduduk ladang Semenyih. Mesyuarat ini telah diadakan di rumah Sdr. Maniam untuk membincangkan mengenai isu perumahan mereka. Sehingga kini, tiada sebarang tanda-tanda rumah mereka akan didirikan. Para penduduk juga khuathir dan tidak pasti kenapa sehingga kini rumah yang dijanjikan oleh majikan mereka masih tidak didirikan.



Sdr.Arul telah memaklumkan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak majikan  untuk tidak mendirikan rumah adalah kerana mereka masih belum mendapat senarai nama. Oleh kerana sebilangan penduduk tidak hadir ke mesyuarat ini, maka, ia ditunda ke hari ini.

Sunday, August 5, 2012

Isu Perumahan Ladang Denudin

Sunday, 5 August 2012

Hari ini, jam 5 petang, satu perjumpaan khas telah diadakan bersama para penduduk ladang Denudin di pejabat Penghulu, Semenyih. Sdr. Arul telah mempengerusikan mesyuarat ini. Isu utama yang dibincangkan adalah mengenai isu perumahan ladang Denudin. Pihak majikan ladang iaitu Inch Kenneth telah menjual ladang ini kepada pihak UEM yang akan memajukan ladang ini. Namun, isu perumahan ladang ini masih belum diselesaikan.



Perjumpaan dengan Belia Ldg. Bangi

Sunday, 5 August 2012

Hari ini, jam 3 petang, satu perjumpaan telah diadakan bersama beberapa orang belia di Ladang Bangi. Memandangkan ladang Bangi dalam krisis, para belia telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa kerja. Mereka juga berpendapat bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab dalam perjuangan ibu bapa mereka yang menuntut hak perumahan.

AGM di Flat Sri Permai, Kg. Bahru

Sunday, 5 August 2012,

Hari ini, jam 2 petang, AGM Flat Sri Permai, Kg. Bahru, Semenyih telah dijalankan. Sdr. Suresh pengerusi JMB telah memberi laporan kewangan kepada para penduduk yang hadir.


Oleh kerana kehadiran penduduk tidak ramai, maka, pemilihan AJK baru tidak dapat dijalankan dan AGM terpaksa ditangguh.

Edar Risalah Pilihanraya

Sunday, 5 August 2012

Hari ini, kerja-kerja edaran risalah pilihanraya telah diadakan di tiga kawasan iaitu Kampung Sentosa, Kampung Sri Tanjung dan Taman Sri Tanjung.



Ketika di Kampung Sentosa, kami terserempak dengan seorang pakcik yang berkongsi banyak perkara. Malah, kami juga sungguh tertarik dengan slongan-slongan yang terdapat di rumah beliau.

Pakcik Raja juga memaklumkan bahawa beliau telah menolak pemberian RM500 (BR1M) kerana khuathir dengan pemberian wang ini dan telah menulis surat kepada Jabatan Veteran berhubung perkara ini. Beliau juga telah menunjukkan kami koleksi-koleksi akhbar yang disimpannya.

Thursday, August 2, 2012

Perbincangan Mengenai Pejuang P. Veerasenan

Thursday, 2 August 2012

Hari ini, sempena pertandingan bola sepak piala pejuang P. Veerasenan, satu perbincangan telah diadakan. Tetamu khas saudara Kattayah yang juga merupakan salah seorang ahli kesatuan telah hadir ke perbincangan ini. Saudara kattayah telah berkongsi maklumat mengenai kesatuan sekerja pada tahun 1940an dan sumbangan mereka dalam kemerdekaan serta perjuangan mereka menuntut hak para pekerja.



sebahagian hadirin

Lebih kurang 50 orang telah hadir ke perbincangan ini. Malah, mereka juga mengambil kesempatan ini untuk mengajukan pelbagai persoalan kepada saudara Kattayah. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan maklumat berhubung P. Veerasenan tidak dapat diperolehi di Malaysia kerana telah rahsiakan.


Pengerusi PSM Semenyih memberi cederamata kepada Sdr. Kattayah