ShareThis

Sunday, September 30, 2012

Isu pekerja Len Cheong Furniture Company di Senawang

berbincang dengan pekerja di taman terbuka
Hari ini Sdr Arul bersama wakil JERIT dan PSM Negeri Sembilan mengadakan perbincangan dengan pekerja Len Cheong yang kalah di Mahkamah Rayuan. Mesyuarat berbincang " apa lagi yang boleh dilakukan" ?mahsetelah mahkmah tidak berpihak kepada mereka walaupun mereka menang di Mahkamah buruh.

Bengkel kesedaran hak Polis di Taman Budiman, Balakong

 Satu bengkel had kuasa polis telah diadakan di tempat letak kereta Taman Budiaman Balakong. Kehadiran kurang menggalakkan. Namun mereka yang hadir telah bertanyakan banyak soalan mengenai kuasa polis. Isu yang biasa ditanya ialah mengenai tangkapan rambang polis dan hak semasa membuat soalsiasat.

JMB Kamoung Baru Semenyih sudah lantik AJK Baru

 JMB Pangsapuri Kampung baru Semenyih akhirnya berjaya melantik JK Baru untuk kendalikan JMB setelah ada sedikit masalah ekoran tidak ada orang yang mahu ambilalih.

Akhirnya Sdr Suresh meneruskan tanggungjawab untuk menyambung semula JMB dengan satu JK baru



Kuil Bandar Teknologi dan Metro Kajang ?

 Hari ini saya dijemput oleh satu JK Kuil di Bandar Teknologi. Kuil tersebut terletak di kawasan terpencil dekat dengan tangki Syabas. JK Kuil pula menerangkan bahawa tempat tersebut dibenarkan setelah rundingan dengan Pemaju Metro Kajang.

Saya  mengulas perlu berbincang dengan pihak Metro samada betulkah mereka terlibat dalam pemindahan kuil tersebut sebelum ini.


Saturday, September 29, 2012

CDC anjur Jamuan Perkahwinan Theva dan Santana

Pusat Pembangunan Masyarat (CDC) telah menganjurkan satu jamuan khas untuk pengantin baru Sdr. Theva dan Santhana yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 2/8/2012. Adalah menjadi amalan di CDC untuk menganjurkan jamuan sebegini ketika seseorang rakan seperjuangan berkahwin.

Dr. Nasir memberi ucapan kepada pengantin baru

Hadiah khas untuk pengantin baru

mereka bertemu cinta di perjuangan

Jamuan ini telah diadakan di dewan MPKj dan dihadiri lebih kurang 150 orang dan kebanyakan adalah orang-orang dari kawasan organisasi Dengkil dan rakan -rakan NGO. Jamuan ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian, tarian dan ucapan hadirin.

Thursday, September 27, 2012

Lawatan tapak isu perumahan Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat

 Hari ini satu lawatan Tapak telah dibuat untuk melihat rumah dan tanah yang bakal diberikan kepada Penduduk Ladang Tumbuk






Sunday, September 23, 2012

Sok Hwa berhujah dalam Freedom Film Fest anjuran KOMAS



Retreat Taman Permata di Port Dickson

 Jk Taman Permata Dengkil iaitu bekas pekerja dari 4 ladang yang kemudiannya berpindah untuk memberi laluan kepada Putrajaya telah mengadakan mesyuarat evaluasi selama 2 hari di Port Dickson.

Saturday, September 22, 2012

Hari terbuka Raya Cabang Hulu Langat PKR

 Hari ini saya menghadiri Majlis Hari Raya anjuran Cikgu Rashid bagi cabang Hulu Langat. Majlis tersebut juga membantu dan menjemput anak yatim dan OKU ke program yang sederhana dan bermakna. Turut menjayakan program adalah PRO-Rakyat, satu kumpulan NGO yang pro kepada isu-isu rakyat.



JMB Perdana kurang sambutan

 JMB Perdana anjuran Exco Perumahan di Kuiz kurang mendapat sambutan. Ini kemungkinan besar ia dianjur pada saat akhir.


Friday, September 21, 2012

Gugur tuduhan keatas aktivis dan penduduk Green Cow - Rayuan kepada Peguam Negara

PUTRAJAYA- Gabungan Penduduk Green Cow Cameron Highlands memohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengugurkan rayuan dan tuduhan ke atas mereka dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilihat berunsur 'mala fide'.
Menurut penduduk berkenaan, pihak peguam negara harus berpihak kepada kehendak rakyat tetapi setelah melihat pendakwaan oleh pihak timbalan pendakwaraya seolah memberikan laluan kepada pemaju untuk terus menjalankan aktiviti tanpa menghindar keselamatan penduduk.
Tuduhan pertama melibatkan dua orang penduduk Green Cow yang didakwa di bawah seksyen 341KK kerana menghalang lori pemaju.
Manakala tuduhan kedua melibatkan seorang aktivis PSM dan dua penduduk Green Cow sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Cameron kerana tiada kes bagaimanapun pendakwaraya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh. Kes ini akan disebut semula pada 2 Oktober ini.
Mewakili rombongan menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara di sini Suresh Kumar berkata, mereka bertindak menghalang pemaju kerana nyawa penduduk Green Cow terancam dengan kerja-kerja pemaju.
Malah beliau percaya, polis Cameron Highland dari awal lagi berpihak kepada pemaju dan ingin membalas dendam kerana kalah dalam kes pertama.
Buktinya, kata beliau, polis menahan penduduk dan aktivis PSM di atas tanah milik persendirian tanpa perintah mahkamah pada 13 Oktober 2011.
Malah tambahnya, polis tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas pemaju walaupun penduduk ada membuat banyak laporan polis, selain tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pemaju yang menggunakan gangster dan pistol untuk pecah kandang kambing penduduk.
Beliau menyifatkan dakwaan ini 'mala fide' apabila pihak berkuasa menggunakan seksyen 341KK yang mana ia digunakan untuk salahlaku mengurung atau menghalang seseorang, malangnya dalam kes ini polis Cameron Highlands mentafsirkan seksyen ke atas mereka yang cuma menghalang pemaju bekerja.
Suresh turut mempersoalkan, mengapa pihak polis hendak mengklasifikasikan kes ini sebagai jenayah walhal pihak pemaju sudah pun mengambil kes sivil di mahkamah?
"Apakah niat untuk mendakwa mereka dalam tuduhan jenayah apabila isu-isu cukup jelas ia adalah isu kes sivil?" katanya yang turut ditemani Setiausaha Agung PSM S.Arutchelavan.
Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Peguam Negara, iaitu Pegawai Perhubungan Awam Nasrudin Mahmud.
Sebelum ini, Majistret Cameron Highlands Nik Habri Muhamad telah membebaskan kesemua tiga orang pada 30 Julai 2012 kerana ada isu keselamatan rumah penduduk Green Cow, pemandu jentolak tiada lesen memandu jentolak dan permit menolak tanah pemaju meragukan.
Bukan itu sahaja, baru-baru ini Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Shaani Abdullah dalam lawatannya ke kawasan berkenaan pada 16 September 2012 mendapati isu keselamatan penduduk adalah sahih.
Green Cow adalah kawasan berbukit yang terletak di persimpangan jalan Sungai Palas, ia termasuk di dalam kawasan Kea Farm, Cameron Highlands.
Majlis Daerah Cameron Highlands telah meluluskan projek membina enam blok kedai pejabat empat tingkat berjumlah 65 unit dan 256 unit tempat letak kereta dengan nilai projek RM20 juta.
Dengan pembinaan struktur besar ini, rumah penduduk Green Cow yang terletak di bawah kaki bukit terdedah kepada batu dan tanah runtuh, ianya mengancam nyawa penduduk dan pengguna jalan raya.
-harakahdaily




Penduduk Ladang Bangi sebulat suara bentuk JK Kawalan ladang dan bina pondok kawalan

 Hari ini mesyauarat penduduk ladang Bangi diadakan di balairaya Ladang tersebut. Mesyuarat membincangkan isu mengenai keperluaan untuk mendirikan pondok keselamatan. Juga dibincangkan kutipan dana bulanan untuk membantu perjuangan semasa Ladang Bangi.

Mesyuarat juga membincangkan persediaan untuk menghadapi rundingan dengan pemaju.


Thursday, September 20, 2012

Setiausaha Agung PSM buat aduan polis terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri



Hari ini Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan membuat aduan polis terhadap Menteri yang kurang bertanggungjawab kerana cuba mempengaruhi siasatan terhadap SUARAM. Hari ini juga puluhan aduan polis dibuat terhadap menteri tersebut.


LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!

Rakan- rakan seperjuangan
Hari ini 8 laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana salahguna kuasa, berniat jahat, cuba campurtangan dan mempengaruhi proses penyiasatan terhadap SUARAM.
SUARAM menjemput rakan- rakan NGO dan orang awam untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda. Tekanan yang diberikan mampu membuat perubahan!
LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!
Sila hantarkan salinan report yang dibuat melalui emel atau faks:
Emel: righttojustice@suaram.net (Sila scan dalam bentuk .jpg, .png atau .pdf)
Faks: 03-77843526
Kalau sesiapa dipanggil untuk memberi keterangan, sila hubungi SUARAM di 0133845740 @  03-77843525 untuk mendapatkan nasihat.
Di bawah adalah sample laporan polis yang diguna pakai. Sila tukar yang mana berkenaan.
Terima kasih!
- – - -
ADUAN POLIS
Tarikh – 20 September 2012
Aduan terhadap – Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia
Aduan dibuat Oleh-
Saya membuat aduan polis ini terhadap Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana beliau telah campurtangan dan mempengaruhi proses pendakwaan.
Tindakan Beliau mengatakan SUARAM akan didakwa sebelum siasatan tamat adalah tindakan berniat jahat dan mala-fide. Tindakan ini juga akan memberi tekanan kepada kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sedang membuat dan masih membuat siasatan.
Tindakan beliau membuat kenyataan sebelum Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa juga memperbodohkan tugasan Peguam Negara dan ia sekaligus memberi pendirian dan keputusan politik untuk mendakwa SUARAM sebelum  proses siasatan selesai.
Pihak Polis mesti menyiasat kenyataan  Datuk Ismail pada 18 sepetember 2012 dimana akhbar antara tajuk media adalah:Utusan: “Suaram akan didakwa minggu ini” dan Malaysiakini: “Minister: Suaram to be charged this week”.
Saya berharap pihak polis membuat siasatan terhadap Menteri yang tidak bertanggungjawab ini secara serius kerana beliau telah membatasi kuasa beliau dan telah mencemarkan proses siasatan terhadap SUARAM.

Mangsa Bestino banjiri Menteri Kewangan !

 Lebih 500 mangsa penipuan Syarikat Bestino membanjiri Kementerian Kewangan untuk mendapat kataputus dari Menteri kerana gagal menyelesaikan masalah secara pro-aktif.

Timbalan Pengerusi Nasional PSM menerajui perjuangan ini.Lebih 6ribu pelabuh menjadi mangsa Bestino.





Mesyaurat Bk Jalil bincang mobilisasi besar pada 10 Oktober !

 Satu mesyaurat penting diadakan di ladang Bukit Jalil untuk membincangkan mobilisasi besar-besaran yang dicadangkan diadakan pada 10 Oktober 2012


Wednesday, September 19, 2012

Peluru polis sesat ke kereta Pemuda PSM

 Rubben - ahli Pemuda PSM semasa sedang dalam perjalanan, mendapati satu peluru polis sesat terkena kereta yang dipandu oleh tunangnya.

Ekoran insiden tersebut beliau mengadu kepada pejabat PSM. Walaupun beliau tidak cedera serius tetapi insiden tersebut telah mengujudkan trauma kepada beliau.