ShareThis
Friday, January 30, 2009
17 Januari 2009 Tahniah kerana tolak Najib. Kuala Terengganu milik PAS
Saya bersama dengan Dr. Nasir, Dr. Jeyakumar , Selvam dan Rani telah berkempen dua hari di Kuala Terengganu. Tahniah atas kemenangan PAS. Saya telah diminta menulis pandangan saya dan dibawah adalah komen saya
Untuk editorxkutif@yahoo.com
Referundum Pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan kemenangan majority selesa kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut menewaskan calon UMNO, Barisan Nasional Wan Ahmad Farid dengan majoriti 2,631. Calon bebas Azharudin pula hanya menerima 193 undi dan tidak dapat mempengaruhi undi seperti pilihanraya yang lalu. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 80%.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini sebenarnya adalah pilihanraya besar kerana ia merupakan satu referendum samaada rakyat Malaysia dapat menerima kepimpinan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri malaysia yang keenam atau tidak. Ini merupakan pilihanraya pertama dimana Najib berkempen sebagai bakal Presiden UMNO dan Bakal Perdana Menteri.
Datuk Najib sendiri mengakui kesignifikanan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu kerana beliau sendiri berkata ia merupakan pilihan raya yang penting bagi dirinya samada rakyat dapat menerima UMNO dan BN. Pilihanraya ini dilihat sebagai pilihanraya yang dapat member nafas
baru kepada UMNO-BN atau pilihanraya yang akan menguburkan UMNO-BN sama sekali.
Justeru itu, pilihanraya kali ini dilihat sebagai satu referendum keatas kepimpinan Najib Tun Razak. Najib pun turun padang setiap hari dan mengetuai kempen pilihanraya Kuala Terengganu. Najib memang tahu bahawa Kuala Terengganu perlu dimenangi BN.
Kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat terbukti bahawa rakyat menolak Barisan Nasional dan menolak Najib Tun Razak sebagai penganti Abdullah Ahmad Badawi. Rakyat Malaysia khususnya rakyat di Kuala Terengganu memberi isyarat penting bahawa isu-isu tradisi seperti hudut dan wang pembangunan tidak lagi dapat mempengaruhi mereka. Rakyat kini
terutamanya generasi muda tidak termakan umpan Barisan Nasional yang suka bermain dengan politik wang dan mengapi-apikan sentiment perkauman.
Namun sepanjang kempen tersebut dan semasa saya berada di KT, saya diberitahu bahawa undi Melayu 50-50 dan diharapkan adalah undi kaum Cina. Namun keputusan ini menunjukkan bahawa undi kaum melayulah yang telah menyebabkan kemenangan PAS dan ini amat signifikan sekali, kerana ia memberikan implikasi bahawa rakyat Melayu islam menolak UMNO.
Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional ini akan terus melemahkan parti yang telah 50 tahun memerintah Negara. Nampaknya kali ini, tanda-tanda kehancuran BN semakin ketara dan menanti masa lenyap dari scenario politik tanahair. Walaubagaimanapun harimau yang luka akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya. UMNO akan balik kepada penggunaaan ISA sebagai penyelamatnya, namun adakan komponen BN yang lain dan rakyat jelata dapat menerima penggunaan ISA sedimikian dan keadaan krisis ekonomi yang semakin parah akan menajamkan fikiran rakyat marhaen untuk terus berjuang demi perubahan.
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
PSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment