ShareThis

Tuesday, September 27, 2011

Usul Sdr Arul ke Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Bulan September 2011

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2011 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. Pelupusan Barang dari Stor Penguatkuasaan

· Adakah item barangan yang hendak dilupuskan diumumkan kepada umum sebelum dilupuskan ?

· Adakah Ahli Majlis dan kakitangan MPKJ diberikan keistimewaan membeli dahulu barangan sebelum proses pelupusan.

· Berapa lamakan sebuah barangan boleh disimpan sebelum dilupuskan ?

· Adakah Tuan asal barangan diberikan peluang secukupnya untuk mendapatkan balik barangan mereka sebelum dilupuskan dan apakah prosedur pelupusan yang dipraktikan dan adakah ia berlandaskan mana-mana undang-undang kecil


2. Hadiah kejirannan 2010

· Sudahkan semua hadiah kejiranan 2010 yang diberikan dalam bentuk projek bernilai hadiah wang untuk projek landskap sudah dibereskan?

· Apakah perincian perakauanan untuk pemegang kedua dari Taman Tasik Semenyih dan bagaimanakah wang hadiah mereka sebanyak RM 10,000 dibelanjankan dan untuk apa kerana ia menimbulkan beberapa persoalan di kalangan ahli JK penduduk disana.

3. Bangunan TNB-Sub Stesyen Bercantum Dengan Rumah Kediaman

· Ini adalah aduan lama di rumah kediaman no 2, Jalan Bukit Semenyih 5, Taman Bukit Semenyih yang bercantum secara haram dengan sub-stesyen dan setakat ini tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab walaupun mereka semua setuju bahawa bangunan sub-stesyen tidak boleh bercantum dengan rumah kediaman.

· Kini ada aduan terkini – No Aduan Stars 0838/11/10 mengenai masalah kebocoran dibahagian syiling ketika hujan lebat menyebabkan dinding siling rumah retak dan rosak. Air mengalir dari pencawang TNB terus kepada rumah kediaman.

4. Masalah Sampah sarap tertimbun, air bertakung dan Bau busuk di taman Cheras Prima, Kajang

  • Satu aduan ditandagani oleh 42 orang penduduk telah diserahkan 26 Ogos 2011 kepada MPKJ. Apakah tindakan penyelesaian isu ini memandangkan gambar-gambar yang dikepilkan amat mengerikan

5. Besi penutup longkang hilang

  • Aduan telah dibuat pada 19 November 2010 (nombor aduan 0565/11/10) dimana diberitahu tindakan akan diambil tetapi walaupun ada followup dari pengadu MPKJ tidak mengambil sebarang tindakan

6. Permohonan pengwartaan tapak gerai di jalan pekan Semenyih (Bangi Lama) Lot 29 & 30

  • Ini melibatkan mangsa kebakaran dan MPKJ dikehendaki menyertakan konsep pembangunan dan analisa pembangunan.
  • Jabatan manakah yang bertanggungjawab dan apakah dateline pelaksanaan dan bagaimana susulan akan dibuat untuk memastikan isu ini diselesaikan segera

Soalan diutarakan Oleh :

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)

Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2010/2011

Monday, September 26, 2011

Pelancaran kempen 4 Ekar Tanah untuk Deepavali, Cahayakan Bukit Jalil (dipetik dari JERIT)







4 Ekar Tanah untuk Deepavali, Cahayakan Bukit Jalil (dipetik dari JERIT)
PDF
Tuesday, 27 September 2011

26/09/2011 – “4 ekar tanah untuk deepavali, cahayakan bukit jalil” inilah yang diminta oleh bekas pekerja ladang Bukit Jalil yang sekaligus melancarkan kempen di ladang Bukit Jalil pagi tadi. Kempen intensif sebulan ini dilancarkan untuk menuntut kerajaan untuk selesaikan masalah perumahan mereka menjelang deepavali 2011. Mereka minta hanyalah 4 ekar tanah daripada 26 ekar tanah yang asal. Isu penduduk Bukit Jalil telahpun dibawa ke perhatian ahli-ahli politik tetapi sehingga kini belum ada penyelesaian.

bkt jalil

Penduduk Bukit Jalil melancarkan kempen di peringkat nasional agar Perdana Menteri dapat memahami isu dan beri 4 ekar tanah sebagai hadiah deepavali kepada 41 keluarga yang telah bertungkus lumus demi pembangunan ekonomi.

Kad deepavali, t-shirt dan lencana (badge) yang mengandungi tuntutan 4 ekar tanah telah dikeluarkan untuk menyampaikan mesej disamping menarik perhatian semua lapisan masyarakat.

Hari ini hari pertama dan tuntutan 4 ekar tanah bagi 4 generasi untuk 4 minggu diharapkan mencapai matlamat dengan kerjasama rakyat and NGO serta kerajaan untuk menunaikan pemberian 4 ekar tanah.

Pelancaran kempen ini dihadir sokong lebih kurang 60 orang termasuk kumpulan-kumpulan NGO seperti JERIT, MIPAS, Komas, Power, Sahabat Wanita, Permas dan juga Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Saturday, September 24, 2011

Hari Raya disambut dengan meriah di Dewan Bandar Rinching








Hari raya Anjuran Sdr Arul bersama dengan persatuan penduduk Bandar Rinching mendapat sambutan yang mengalakkan dan dihadiri oleh ramai orang jugak memandangkan pada hari tersebut ada banyak lagi kenduri raya. Turut hadir memeriahkan sambutan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat , Dr. Che Rosli yang turut hadir walaupun tak begitu sihat. YDP MPKJ Datuk Hasan Nawani juga turut hadir memberi sokongan kepada penganjur. Syabas kepada Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan petugas PSM yang membantu dalam menjayakan sambutan pada tahun ini.

Beraya dengan kanak-kanak istimewa sempena hari raya




Hari ini saya dan Rajen singgah sekejab bersarapan pagi dengan kanak-kanak istimewa dari PDK Semenyih.

cebisan dari blog http://seciput.wordpress.com/2010/07/28/pdk-semenyih/

me and my friends just came back PDK semenyih, for our external CAS. PDK stands for pemulihan dalam komuniti. it is a place for the disabled. parents will send their kids, or even their relatives who either suffer cerebral pulsy, down syndrom, mental disorder and.. i dont know what else. basically its a place for them to learn how to be more independant.it’s not a nursery and not a school, but this is where they were sent to learn stuffs like button up your cloths, tie your shoes, iron your clothes, eat using fork and spoon, and even how to hold your cup when drinking. it may sound simple for people like us. but for them, its like learning higher level of additional mathematics !

Friday, September 23, 2011

Dr. Nasir merasmikan buku Dr. Kua -Patriots or Pretenders !





Book Launch of " Patriots & Pretenders: Malayan's People's Independence Struggle" written By SUARAM Director Dr. Kua Kia Soong.

The Book Launch was followed by Forum titled " Will the Real Patriots Please Stand Up".

The speakers are:

1. YB Dr. Nasir Hashim (Kota Damansara Assemblyman and PSM Chairman).

2. Dr. Kua Kia Soong (Author of the book and Director of SUARAM)

3. Jacqueline Ann Surin (co-founder and the editor of The Nut Graph)

4. N. Sureendran (Human Rights Lawyer and Vice President PKR)

Tuesday, September 20, 2011

Soalan Sdr Arul semasa Mesyuarat Infra 20 september 2011


S.Arutchelvan

Zon 18

No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,

43500 Semenyih.

Tel : 019-2537791

20 September 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang,

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih,

Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang

(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - SEPTEMBER 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

Bdr Rinching Sec 3(En.Rajarathnam-019 2097575)

· Meminta Papantanda KPJ diturunkan dipersimpangan jalan simpang Bandar Rinching dan pelangi Semenyih kerana tidak ada lessen dan mencacatkan permandangan

Bandar Rinching Sec 5 (Ramachandran 0133300684)

· Bumber jalan 5/25, antara rumah no 1 dan rumah nombor 3.

ii) Taman Pelangi Semenyih (En.Ghazi – 019-6097272 )

  • Memohon tapak gerai yang dicadangan dan dipersetujui dibina dan disiapkan dengan segera.

iii) Kesuma (Ramalingam

· Jalan Belakang Blox X Tiada lampu di Jalan persiaran – banyak berlaku pembuangan sampah haram

iv) Taman Manikavasagam (Ravi -0166114231)

· Tempat lapang di jalan hadapan kedai diminta dibina culvert untuk menghalang lori parking secara tidak tentu dan menghalang lori –kereta kelaur masuk


v) Semenyih – Umum

· Lampu trafik di persimpangan jalan Semenyih dan Jalan Sungai Jelok rosak

· Lampu jalan dihadapan Pusat Hospital Kajang dekat Villaraya rosak dan pernah mengakibatkan kemalangan baru-baru ini

Sekian Terima Kasih

Yang benar


S.Arutchelvan

Ahli Majlis

Sunday, September 18, 2011

Lynas dapat diberhentikan dengan kuasa rakyat -Arutchelvan



KUANTAN, 19 Sept - Program "Badar Fund Raising Dinner - An Evening With People Leader" di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini malam tadi telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan orang ramai. Antara tetamu kehormat yang dilihat hadir ialah YB Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS & Exco Kerajaan Negeri Kelantan), Tuan Hj Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia & Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), YB Datuk Mejar Aznizam Abd Rahman (Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri kelantan), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Razali Alias (Pengarah Telekomunikasi PKR Pahang), Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau), YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang), Ustaz Nasrun Amir (Yang DiPertua PAS Indera Mahkota) dan Andansura Rabu (Pengerusi Lajnah Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang). Majlis malam tadi adalah acara penutupan rogram "Clean Up The World 2011" yang telah bermula pada 17 dan 18 September 2011. Program yang diuruskan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia (LASPAS) itu telah berlangsung di Kampung Sungai Ular dan juga di Kampung Balok sebelum itu.

Saya berucap di program diatas. Saya menekankan isu bagaimana motif utama Lynas adalah keuntungan dan keselamatan diabaikan. saya berkata rakyat bersatu dapat memberhentikan Lynas. Kuasa di tangan rakyat,


Thursday, September 15, 2011

Jamuan Penghargaan Pembebasan EO6

15/9/2011


Hari ini, PSM Semenyih telah menganjurkan satu jamuan ringkas penghargaan pembebasan EO6. Jamuan ini diadakan khasnya untuk menghargai segala sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh warga Semenyih ketika penahanan 6 ahli PSM dibawah Akta Darurat (EO). Keenam-enam tahanan EO adalah Sdr. Saras, Dr. Kumar, Sdr Chun Kai, Sdr. Sugu, Sdr Letchu dan Sdr. Babu.


Ketika penahanan EO6, PSM Semenyih bersama warga semenyih telah menganjurkan dua candle light vigil di Semenyih. Di samping itu, PSM juga turut menerima sokongan dan bantuan yang berterusan daripada warga Semenyih. Sokongan dan tekanan yang berterusan inilah yang berjaya membebaskan EO6 pada 29/7/2011.


Di jamuan penghargaan ini, seramai lebih kurang 100 orang telah turut serta. Di samping itu, 3 bekas tahanan EO iaitu Sdr. Saras, Sdr. Letchu dan Sdr Babu telah turut hadir serta mengkongsi pengalaman mereka.

Sunday, September 11, 2011

Mesyuarat NC ke 11- Cawangan perlu dimantapkan lagi!






11/9/2011

Mesyuarat National Committee (NC) yang ke-11 telah diadakan pada 11/9/2011 di Dewan JKKK, Klang. PSM Klang telah menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Mesyuarat NC kali ini.

Mesyuarat NC ke -11 diadakan selepas kongres PSM yang diadakan pada bulan Jun 2011. Justeru itu, semua cawangan dan juga perwakilan Negeri telah membentangkan aktiviti satu yang hendak dijalankan di area masing-masing.

Isu utama yang dibincangkan di mesyuarat NC kali ini adalah mengenai cara-cara untuk memantapkan lagi cawangan PSM. Di samping itu, NC kali juga telah membincangkan mengenai isu 6P.

Wednesday, September 7, 2011

Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?



Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?
Forum Ini Diadakan Di KLSCAH KL-Selangor Chinese Assembly Hall.3Panel Yang Hadir Adalah Prof Dr Abdul Aziz Bari,pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Hishamuddin Rais Dan Mohamad Sabu,Timbalan Presiden PAS

Forum ini amat menarik. Sila tengok Youtube -

http://www.youtube.com/watch?v=pfP2SAItho4

http://www.youtube.com/watch?v=bVcKoO_3ddM

Sunday, September 4, 2011

Evaluasi PSM Semenyih yang ke -3 - PSM bertanding Guna LOGO SENDIRI !

4/9/2011

Hari PSM Semenyih telah mengadakan Evaluasi PSM Semenyih yang ke-3. Tahun ini sesi evaluasi hanya diadakan untuk satu hari sahaja dan diadakan di Pejabat PSM Semenyih di Bdr. Rinching.

Seramai 12 ahli yang mengambil bahagian dalam sesi Evaluasi ini, telah membincangkan mengenai kekuatan serta kelemahan yang perlu diatasi di Cawangan PSM Semenyih. Sesi evaluasi ini juga telah menampakkan ramai ahli semakin memahami serta sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan semata-mata untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Satu perkara penting yang dibincangkan adalah mengenai pilihanraya PSM ke 13. Cawangan PSM Semenyih secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PSM bertanding di pilihanraya ke 13 dengan logo sendiri.

Selain itu, PSM Semenyih juga telah merancang aktiviti-aktiviti untuk dijalankan dalam satu tahun yang akan datang. Antaranya adalah Malam Salam Perjuangan PSM, Sambutan Hari Habitat, dan lain-lain.

Malah, PSM Semenyih juga telah berazam untuk memantapkan lagi keahlian dalam satu tahun akan datang. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk mengaktifkan ahli-ahli yang kurang aktif serta sesi ideologi untuk memperkasakan fahaman serta perjuangan rakyat!

Friday, September 2, 2011

Polis kacau ahli PSM lagi...sekarang kes hasutan pulak !




Siasatan polis mengenai kes hasutan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berterusan dengan sembilan daripada ahlinya dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan polis sekali lagi.
Mereka yang diminta berbuat demikian, termasuk lima daripada enam ahli yang baru-baru ini dibebaskan daripada Ordinan Darurat (EO). Mereka dikehendaki merakamkan kenyataan di ibu pejabat polis daerah Arau, Perlis, Isnin depan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama di ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PSM S Arulchelvan, ahli parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar dan peguam N Surendran berkata tindakan polis sebagai satu bentuk gangguan.
"Semua individu ini telah dipanggil untuk disoal siasat, mereka pernah ditahan dan disoal mengenai isu yang sama. Jika anda menyoal mereka sekali lagi, ini adalah penyalahgunaan kuasa dan satu bentuk gangguan oleh pihak polis.
"Ini membimbangkan, kita lihat selepas ditangkap, mereka dikenakan tahanan reman dan kemudian dikurung mengikut Ordinan Darurat. Kini, mereka memasuki fasa kedua mendakwa PSM6 dan beberapa yang lain," kata Surendran.
Surendran yang juga adalah naib presiden PKR mewakili kesembilan-sembilan ahli PSM itu.
Lima daripada PSM6 itu adalah Jeyakumar, M Sukumaran, P Letchumanan, Choo Chon Kai dan R Saraibabu.
Empat anggota lain PSM itu adalah MC Subramane, P Indra, S Thivyakumar dan M Ravindran. Mereka antara ahli PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu.
Menurut PSM, siasatan pihak berkuasa itu tidak wajar kerana parti itu percaya ia berkaitan dengan risalah kempen "Udahlah tu, Bersaralah"di mana kesembilan-sembilan mereka telah didakwa di mahkamah.
Risalah itu memperincikan kesan negatif sekiranya BN terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.