ShareThis

Friday, January 30, 2009

10 Januari 2009 Polis Israel di Bumi Malaysia



Itulah perasaan marah kami apabila PDRM bertindak ganas menyerang serta menahan 21 orang aktivis kerana ingin mengadakan perhimpunan aman menyalakan lilin membantah perang di Gaza dan Sri Lanka. Kami ditahan walaupun kami mengatakan kepada polis bahawa jika mereka tahan kami kerana demo ini maka seluruh dunia akan ketawakan Malaysia. Memang itu yang terjadi kerana di Israel sendiri, rakyat dapat berhimpun secara aman membantah tindakan Negara tersebut pergi ke Perang tetapi di Malaysia, kita tidak dapat berhimpun secara aman.

Isu ini terus digunakan di Kuala Terengganu dan terus dipaparkan disemua blog. Menteri Dalam Negeri memberi pelbagai alasan mengapa protes ini tidak dibenarkan dan satu daripada alasan bodoh beliau adalah kerana ia melibatkan Sri Lanka. Yang anihnya, pada malam itu, PSM juga telah mengadakan protes nyalaan lilin di Ipoh, Seremban, Johor Bharu dan Pulau Pinang tetapi tiada insiden. Nampaknya Polis Dang Wangi lagi ganas kerana mereka telah jadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Darurat. Kami semua termasuk beberapa orang dari PSM Semenyih juga ditahan. Kami dibebaskan sebelum tengahmalam dan disambut oleh ramai penyokong di luar Balai Polis Dang Wangi. Seperti kata Dr. Nasir, apa yang dirasai oleh rakyat Palestine lagi teruk dari kita dan kita rela dipenjarakan demi memperjuangkan nasib rakyat Palestine dan Sri Lanka.

No comments: