ShareThis

Wednesday, May 1, 2013

AMANAT TERAKHIR AMBIGA !


Terima Kasih kepada JERIT atas sokongan !



JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

Kenyataan Akhbar 1/5/2013

HARI PEKERJA SEDUNIA :
UNDI CALON AKTIVIS PEKERJA & PRO PEKERJA


1/5/2013 adalah Hari Pekerja Sedunia yang ke 217. Setiap tahun Hari Pekerja Sedunia akan disambut oleh JERIT dan rakan-rakan NGO lain dengan perarakan dan himpunan pekerja.
Tahun 2013 tiada perhimpunan pekerja kerana rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke-13. Pilihanraya ini sangat penting kerana semangat rakyat untuk UBAH! kerajaan sangat tinggi.

Rakyat juga bersungguh-sungguh dalam berkempen untuk perubahan dan menyokong calon pilihan mereka. Dalam keghairahan ini JERIT ingin mengingatkan kepada Rakyat supaya pilih calon yang benar-benar berkaliber dan menyokong aspirasi rakyat dan perjuangan kaum pekerja.

JERIT menyokong Calon PSM DUN Semenyih,  Saudara Arul, seorang aktivis pekerja yang sentiasa komited dalam perjuangan pekerja dan menjadi perintis dalam Sambutan Mei 1 sejak 1994. Beliau telah memimpini banyak perjuangan pekerja sejak 1994, terutamanya perjuangan Gaji Bulanan Pekerja Ladang, Akta Gaji Minima , Melindungi Hak Pekerja , dan banyak lagi perjuangan rakyat tertindas. Di DUN Semenyih pula, saudara Arul mula membuat kerja-kerja sosial sejak zaman mahasiswa lagi. Perjuangannya bersama rakyat tertindas di DUN Semenyih bermula di ladang-ladang dan berterusan sehingga kini. Lagipun setelah beliau kalah dengan undi yang sedikit pada PRU -12, beliau telah terus berkhidmat disini dengan membuka 2 pusat khidmat di Semenyih. Maka siapa lagi yang lebih layak untuk bertanding di Dun Semenyih bagi pihak rakyat kalau bukan Saudara Arul di DUN Semenyih? Maka JERIT menyokong penuh ARUL dari PSM untuk Calon DUN Semenyih.

Kami berpendapat bahawa rakyat harus memilih calon yang berkaliber, bersih, berprinsip dan mengutamakan aspirasi rakyat.  JERIT juga menyokong calon –calon berikut yang merupakan aktivis pekerja & pro pekerja:-

1. Dr. Jeyakumar        -           Calon PSM Parlimen Sungai Siput, Perak
2. Sarasvathy .M        -           Calon PSM DUN Jelapang, Perak
3. Dr. Nasir Hashim             Calon PSM DUN Kota Damansara, Selangor    
4. Mohd Sabu             -           Calon PAS Parlimen Pendang, Kedah
5. Aiman Athirah         -           Calon PAS , Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan
6. Dr. Mohd Hatta       -           Calon PAS, Parlimen Kuala Krai, Kelantan
7. CheguBard              -           Calon PKR , DUN Sg, Acheh, Penang
8. Chang Lih Khang    -           Calon PKR, DUN Teja, Perak
9. Tan Kar Hing           -           Calon PKR, DUN Simpang Pulai
10. Dr Lee Boon Chye -          Calon PKR, Parlimen Gopeng
11. Chua Yee Ling      -           Calon PKR – DUN Kuala Sepetang, Perak
12. Sim Tze Tzin         -           Calon PKR – Parlimen Bayan Baru, Penang
13. Simon Ooi             -            Calon PKR- DUN Bakar Arang, Kedah
14. Chan Ming Kai      -           Calon PKR – Dun Indera Kayangan, Perlis
15. Charles Santiago -           Calon DAP – Parlimen Klang

Rakyat harus memenangkan calon-calon ini kerana mereka adalah calon-calon yang benar-benar berada dalam perjuangan pekerja dan sentiasa mengutamakan aspirasi rakyat.

Perubahan yang kita lakukan sekarang dalam PRU 13 mestilah satu perubahan yang tulen dan benar-benar memanfaatkan rakyat . Maka mengundi calon yang berkaliber adalah penting untuk memastikan aspirasi rakyat sentiasa diutamankan.

JERIT ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia dan juga Selamat Mengundi. Undilah calon Aktivis Pekerja, Aktivis Rakyat & Pro Pekerja demi masa depan Negara dan juga generasi yang akan datang.

Hidup rakyat! Hidup Perjuangan!
Salam Hari Pekerja

Dikeluarkan oleh :
Sekretariat JERIT.

Untuk maklumat lanjut hubungi :- Theva – 013-3845740            

Press Advisory: 1 May 2013

Malaysian Spring is bringing colour of change to Semenyih!
 
To commemorate the International Labour Day and the people's aspiration for a new and better Malaysia, PSM Candidate for N24 Semenyih Arul and PSM Semenyih are organizing a cycling for change and Malaysian spring program on 1 May.

The cyclists will set off for their ride of change at 9am at Pasar Kg Baru Semenyih carrying little yellow flags. Arul and the cyclists are set to stop by at Bangi Jaya (near Bangi Flats) to plant these "flowers of change", symbolizing the arrival of Malaysian spring in Semenyih. Arul and PSM Semenyih cordially invite representatives of your organization to witness this meaningful moment together with us.

The Malaysian spring will also sprout in front of  Billion Shopping Center and nearby Tesco Semenyih with the help of a group of volunteers and well-wishers.

For further information, please contact: 019-2612259

Pilih Genggaman Tangan untuk Lawan Dacing!

(dengan terjemahan B. Melayu)
致:新闻编辑
士毛月选区 新闻稿
28 April 2013
黄进发博士特地赶至士毛月,力挺社会主义党候选人阿鲁仄万
28/4,净选盟 3.0集会一周年,带领净选改革运动的政治学者黄进发博士,以及声名大噪的年轻学运份子巴瓦妮(Bawani),特地在早餐时刻到来士毛月新村巴杀来支持阿鲁,希望他能胜出,以便打倒一党独大的国阵。
黄进发说,阿鲁是他的战友,一起并肩作战,从净选盟运动、到反对《内安法令》、关乎民生、民权的课题上都站在同一阵线。不害怕恶势力,没有私心地服务人民,正是人民所需要的州议员。
黄进发并现场挥了一幅对联,赠给反对党阵营的社会主义党(PSM)候选人,“怒奋空拳为人民,横挥铁腕除暴政”,灵感来自华教民权斗士林连玉先生的语录。
他表示,这一次,在士毛月的州议席,有三个候选人,一个是“秤头”、一个是“拳头”阿鲁仄万 、一个是半路杀出的“程咬金”。在士毛月州选区,可以打倒“秤头”的是“拳头”。
他吁,当地人勿在士毛月这个州选区中投错票,千万不要投给半路杀出来骑劫议席的程咬金,因为这样就会让国阵得利。“拳头” 打“秤头”,不要看错“眼”。
随后,黄进发既在中午时分赶回吉隆坡。
此外,今早在士毛月早市拜票时,更有多名各族朋友表示支持社会主义候选人阿鲁。
 chin huat support arul 2
国家文学家Pak Samad Said,社会主义党讲座上主讲人
昨晚(27/4),社会主义党在Sri Jeluk的讲座中,国家文学家 Pak Samad Said 也是其中一位主讲人。
Translation:
Undi Arul, undi Genggaman Tangan!
28hb April 2013 merupakan ulang tahun BERSIH 3.0 , Dr Wong Chin Huat , aktivis BERSIH dan aktivis mahasiswa Bawani KS telah sampai ke Kampung Semenyih dan memberi sokongan kepada S.Arutchevan(Arul) dalam usaha untuk mengulingkan regim Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihan raya ini.
 “Arul merupakan rakan seperjuangan saya . Kami telah bekerjasama sejak perjuangan dalam BERSIH , gerakan anti-ISA dan isu-isu hak asasi lain. Beliau tidak takut kepada keganasan regim kerajaan dan tetap berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa. Inilah wakil rakyat yang kita mahu.”
Dr Wong juga menghadiahkan dua helai tulisan kaligrafi kepada calon PSM ini yang bermaksud “Wave the iron wrist, against tyranny; raise the angry fist, for the people!”  Ilham ini dipetik daripada Pejuang Bahasa Ibunda , Encik Lim Liam Geok. (LLG)
Dr Wong berkata terdapatnya pertandingan tiga penjuru dalam DUN Semenyih  iaitu calon Dacing , Genggaman Tangan dan Mata . Tetapi, calon yang boleh menewaskan calon Dacing adalah Calon Genggaman Tangan.
936219_544082792301839_1113184461_nBeliau juga menyeru penduduk tempatan mengundi Arul dan jangan undi kepada calon “Payung Terjun” yang tidak pernah berkidmat di kawasan tempatan. Sebab hal ini akan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam pilihanraya ini . Pilih “Genggaman Tangan” untuk lawan “Dacing”, jangan silap terpilih “Mata”.
Semasa dalam kempen pilihan raya di  Pasar Semenyih , terdapat banyak masyarakat daripada berbilang kaum memberikan sokongan penuh dan mereka kata pasti akan undi Arul sebagai wakil rakyat DUN Semenyih.
Malam 27hb April , Sasterawan Negara , Pak Samad ( A. Samad Said) juga hadir dan menjadi ahli panel dalam ceramah Sri Jeluk sebagai tanda sokongan kepada Arul.

BARISAN RAKYAT MELAWAN BARISAN NASIONAL!

29 Apr 2013, Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
Pilihanraya Umum 13 adalah penting. Pilihanraya ini akan menentukan samada perubahan yang di nantikan oleh rakyat akan di capai atau tidak. Maka, ini bukanlah lagi Pakatan Rakyat vs. Barisan Nasional, sebaliknya Barisan Rakyat melawan Barisan Nasional, menurut Arul, calon PSM N24 Semenyih.
imagesArulParti Sosialis Malaysia hari ini mengadakan satu sidang akhbar untuk meminta calon PKR di Semenyih tarik diri untuk membolehkan PSM menang kerusi ini untuk Pakatan Rakyat. Kenyataan ini dibuat hari ini memandangkan  Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali memaklumkan PAS akan tarik diri dari bertanding di DUN Kota Damansara.
Sebelum hari penamaan, PSM telah membuat rayuan beberapa kali kepada Pakatan Rakyat terutamanya PKR agar aspirasi rakyat untuk satu lawan satu dihormati dan tidak pecahkan undi. Malah PSM juga telah bersetuju dengan syarat PKR iaitu bertanding menggunakan logo PKR di Semenyih. Namun situasi 3 penjuru di wujudkan di Semenyih oleh calon PKR dan ini telah banyak mengelirukan pengundi-pengundi.
Maka, sekali lagi Setiausaha Agung PSM, Saudara Arul membuat rayuan, demi menghormati aspirasi rakyat, calon PKR di DUN Semenyih diminta tarik diri. Sekurang-kurangnya, pengundi akan lebih jelas dan kemenangan terjamin kepada Pakatan.
Sebelum hari pencalonan, lebih kurang 26 Jawatankuasa Penduduk Tempatan telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong penuh pencalonan saudara Arul di Semenyih kerana kerja-kerja akar umbi yang telah dilaksanakannya selama ini. Selepas hari pencalonan, organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis seperti Dr Kua Kia Soong, Liau Kok Fah (pengerusi Civil Rights Committee KLSCAH), Kong Wee Cheng (wakil KLSCAH Youth), Lee Soo Wei (wakil LLG Foundation Development Centre Civil Society Committee), Yong Kin Yin (wakil Malaysian Youth and Student Democratic Movement dan Encik Lew Bon Hoi (akademik) telah meminta calon PKR undur dan memberli laluan kepada Arul, calon terbaik. Begitu juga 23 organisasi India termasuk Malaysia Indian Progressive Association, Angkatan Warga Aman Malaysia, Group of Concerned Citizens dan ramai lagi telah menyeru Hamidi, calon PKR di Semenyih tarik diri agar Arul boleh menang.
imagesNasir
Manakala di Kota Damansara, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di alu-alukan namun di dapati calon PAS masih menjalankan kempen dan tidak lagi menarik diri dan ini akan terus menimbulkan kekeliruan kepada pengundi-pengundi.
Saudara Arul dalam kenyataanya juga menyentuh tentang kekeliruan yang ditimbulkan oleh Sdr. Sivakumar dari DAP mengenai hubungan PSM dan PR. 2 ahli PSM telah menggunakan logo parti PR untuk bertanding dalam PRU ini, dua lagi ahli PSM masih menjadi Ahli Majlis dalam Kerajaan PR di Selangor. PSM diseluruh Malaysia berkempen untuk kemenangan PR dan membantu calon-calon PR. Dalam mesyuarat dengan pihak PR juga, kami dimaklumkan bahawa penyertaan PSM dalam PR akan dibuat selepas PRU dan ini juga termasuk beberapa parti lain dari Sabah yang ingin menyertai PR. ‘Dalam kawasan yang ada penindihan kerusi, PSM masih menyokong calon parlimen PR. Dalam suasana ini, PSM juga ingin  mengatakan PSM bukan parti bebas tetapi adaah parti berdaftar menggunakan logo parti dan mengambil posisi untuk bersama dengan PR dan gerakan rakyat yang lain untuk melawan BN’.
PSMlogo