ShareThis

Monday, January 25, 2010

24 Januari - Makkal Ponggol ke 15 di Kajang Utama















Makkal Ponggol atau Ponggol Rakyat ke 15 telah diadakan di Kajang Utama tahun ini. Satu jawatankuasa Bersama dari PSM , PAS, Rukun Tetanggan dan Persatuan Penduduk sama-sama menjayakan program yang mendapat sambutan yang cukup baik. Turut hadir adalah Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM dan ADUN Kota Damansara dan Dr. Shafie - ADUN Bangi. Antara acara menarik adalah pertandingan melukis Baner GST dan pertandingan memasak Ponggol (nasi manis). Tahun ini juga tradisi memasak Ponggol bersama juga telah diadakan.

24 Januari- Meninjau access road di Taman Tasek Semenyih






Hari ini satu lawatan bersama dengan Ahli Majlis OSC telah diadakan di Taman Tasek Semenyih. Saya mengerusikan mesyuarat ini. Para penduduk juga mengambil kesempatan untuk membuat beberapa aduan lain seperti kewujudan kilang papan yang memudaratkan kesihatan, isu lampu dan kutipan sampah di jalan 6.

Para penduduk melahirkan rasa tidak senang dengan Pembinaan Bangunan Confucius Centre kerana isu kesesakan jalan semasa pembinaan dan selepas pembinaan. Chandramohan – Ahli Majlis OSC mengatakan tujuan beliau dan Sdr. Lee datang adalah untuk melihat sendiri isu ini supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak semasa mesyuarat OSC nanti. Para Pemimpin I-Kuan Tao turut hadir dalam lawatan ini.

Makan Malam PKR Hulu Langat mendapat sambutan Baik





Makan malam anjuran Cikgu Lee . ADUN Kajang mendapat sambutan yang amat baik. Program ini diadakan di New Era Koler pada 16 januari 2009. Penceramah yang hadir antaranya adalah Zaid Ibrahim, Dr. Hatta, Dr. Xavier, Dr. Che Rosli dan Tian Chun. Zaid Ibrahim dalam ucapan belia mengatakan BN boleh memberi beras, beg sekolah dan duit tetapi mereka tidak boleh memberi perpaduan. Saya rasa itu adalah kenyataan yang paling tetap sepanjang program ini.

Perayaan Ponggol MPKJ






MPKJ telah mengadakan perayaan Ponggol buat kali kedua pada 16 Januari 2010 bersebelahan dengan Stadium Kajang. Program yang penuh berirama, meriah ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai kanan MPKJ termasuk YDP dan isterinya.

23 Januari - 20 tahun JKMI













Hari ini, satu program merayakan Bekas Ahli Jawatankuasa kebajikan mahasiswa/i UKM telah diadakan di Dewan kecil MPKJ. Tujuan Program ini adalah untuk mendapat sumbangan dan komitmen bekas Ahli Kebajikan UKM supaya mereka boleh terus melibatkan diri dalam program-program Kebajikan. Mereka yang datang adalah sejak dari batch 1988.

22 Januari - Melawat dan meninjau Broga







Hari ini saya membuat lawatan bersama dengan Pengerusi PSM Semenyih Sdr. Ramalingam. PA Saya Bawani, Ahli MPP Broga Alice dan Ketua Kampung untuk meneliti beberapa masalah. Isu utama adalah jalanraya yang baru dibina tidak dibuat dengan betul. Selain itu ada longkang yang sudah pecah dan tidak terurus. Kami turut melawat benteng Sungai Broga.

Soalan saya kepada Bahagian Landskap, MPKJ

S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12, Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791

30 Disember 2009

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP- Encik Norazman – Ketua Bahagian Landskap)

Tuan,

ADUAN UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN LANDSKAP

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan seperti dibawah dan mengharapkan tindakan dan maklumbalas . Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Merawat Padang permainan

• Padang bolasepak di kawasan-kawasan ini perlu dirawat dan ditanam semula dengan rumput. Pihak Persatuan penduduk bersetuju untuk memastikan tidak ada pihak yang menggunakan padang semasa pihak landskap membuat rawatan padang tersebut. Padang-padang yang dimaksudkan adalah
• Padang Taman Manikavasagam
• Padang Taman Sri Tanjung
• Padang Taman Fasa 4, Bandar Rinching (air bertakung)

Penyandang Pintu Gol

• Padang Bola Fasa 4 meminta penyandang gol.
• Begitu juga Padang Bolasepak Sri Tanjung jika tidak ada perancangan membina padang baru dalam fasa baru..

ii. Bandar Rinching

• Mohon pokok hiasan simpang masuk utama bdr rinching fasa1,2,3 dan 4 ditebang atau dicabut. Ia Menghalang penglihatan kereta ketika berda di simpang
• Sepohon pokok yang sudah lama diadu di Fasa 4, Bandar Rinching dekat dengan pondok Persatuan. Masih belum ditebang.

iii. Taman Tasek Semenyih

• Taman Tasik Semenyih-Persiaran Semenyih, jalan 3 &4 pokok yang ditebang 3 bulan lalu belum dikutip
• Padang permainan di Jalan 6, Taman Tasek Semenyih memerlukan gelanggang multi-purpose.

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,


S. Arutchelvan
Ahli Majlis

20-1-10 Forum Bantah GST dapat Sambutan Baik








Forum bantahan GST anjuran PSM mendapat sambutan cukup baik dan semua pakar yang dijemput bersependapat GST akan membebankan rakyat dan ini adalah masa yang tidak sesuai untuk melaksanakan skim ini. Tema Forum adalah GST: Cukai Yang Miskinkan Lagi Rakyat! Ahli Panel:* YB Tony Pua, MP for Petaling Jaya Utara, DAP National Publicity Secretary. Balasubaramaniam, Naib Presiden MTUC, Dr. Subramaniam Pillay, Exco Member of Aliran, Associate Professor, Business School, University of Nottingham dan Dr. Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia

Cukai GST, yang akan diluluskan pada bulan Mac 2010 merupakan satu lagi langkah ‘mesra koperat’ kerajaan pro-kapitalis Najib Tun Razak, kononnya untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Cukai ini akan memiskinkan lagi 60% rakyat pendapatan rendah. Tidak adakah cara lain untuk meningkatkan pendapatan kerajaan, seperti menghentikan rasuah dan kebocoran wang rakyat? Tanpa peningkatan gaji, adakah kaum pekerja mampu menanggung satu lagi perbelanjaan?