ShareThis

Saturday, April 30, 2011

30-4-2011 HARI PENUBUHAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA





Salam perjuangan. Pada 30hb. April 1998. PSM telah membuat permohonan untuk menubuhkan satu parti sosialis setelah sejak 1990, tidak ada satu pun parti di tanahair atas nama Sosialis setelah PSRM mengugurkan perkataaan Sosialis.

Namun demikian Pendaftar Pertubuhan tidak mahu mendaftar PSM atas isu kononnya Keselamatan negara. Pada tahun 2009, setelah 11 tahun berjuang dan setelah kekalahan teruk BN dalam PRU ke 12, PSM akhirnya didaftarkan dengan nama PSM Baru.

Kongres PSM ke 11 pada tahun 2010 membuat usul bahawa hari penubuhan PSM diistiharkan pada 30hb. April setiap tahun.

HIDUP SOSIALIS DI BUMI MALAYSIA !
HIDUP PERJUANGAN KELAS !
HIDUP PERJUANGAN RAKYAT !
HIDUP PERJUANGAN PEKERJA !
BANGKIT RAKYAT !
KUBURKAN POLITIK PERKAUMAN DAN BN !
HANCURKAN KAPITALISMA !
SELAMATKAN NEGARA DAN DUNIA !

KAUM SOSIALIS AKAN TETAP WUJUD SELAGI PENINDASAN WUJUD !
HUDUP PSM - MENJANA KUASA RAKYAT DAN PERUBAHAN TULIN !

29-4-11 Minimum Wage Act- Government buying time





This morning a round table discussion was initiated by Charles Santiago to discuss three main issues - I ) How should the wage council be 2)What should be the sum proposed as a minimum wage 3) How to get business to agree with this. The RT was attended by mainly interested groups and NGOs. Some Pakatan MPs were also present. PSM, JERIT, Sahabat Wanita, Tenaganita as well as Unions MTUC, NUBE were also present. Only one person from the Employers association attended.

In the RT, PSM proposed that the minimum wage should be a national one with RM 1,500 and that Pakatan State Govt should try to implement this first. PSM felt that the Government is not serious and their intention is just to announce the setting up of the Minimum Wage Council Law which will be tabled soon in parliament. From then on- the Government will say that they have done their part.

Overall everyone felt that the value of labour is not appreciated. We need to come out with a proper formula and Irene xavier proposed a minimum wage of RM 3,000 taking into accounts many factors and how wage was calculated in other Asian countries.

There was also call for the union to be more consistent in the issue and take it on. MTUC is proposing a sum of RM 1,200 - that was ten years ago. Based on the Security Guard minimum wage recently announced- sadly it was set in a range from RM 450 to RM 550 - way behind the poverty line of the country.

It looks like Minimum wage will ultimately come but how and when is still a big question mark.?

28-4-11 IKRAM usahakan meja bulan mengenai kematian dalam tahanan dan isu penyiksaan





Hari ini, Sdr Syed Ibrahim mempengerusikan satu persidangan meja bulat mengenai isu kematian dalam tahanan dan isu penyiksaan pihak berkuasa. Antara NGO yang hadir dalam meja bulat ini adalah wakil dari Majlis Peguam, SUARAM, Lawyers for Liberty, CIJ, SABM, Karisma dan Friends of Beng Hock. Saya turut ahdir mewakili PSM dan SUARAM.

Meja Bulat ini diambil inisiatif oleh IKRAM, yang dulunya JIM dan merupakan inisiatif kumpulan NGO Melayu pertama menangani isu seperti kematian dalam tahanan. Semua NGO yang hadir memberi sokongan kepada inisiatif murni ini.

Meja Bulat tersebut berpendirian satu gerakan baru harus dilancarkan untuk menangani isu ini supaya kematian sifar berlaku dalam tahanan pihak berkuasa. Hak untuk hidup adalah satu hak asasi yang paling utama.

27-4-11 Bukit Jalil case decision day on 10 May









This morning, judge, Zabariah Mohd Yusof, defered her judgement on the inter-parte hearing involving Ladang Bukit Jalil ex-workers and DBKL to May 10.

The Bukit Jalil ex-workers were represented by two ex- Bar Council chairpersons -
Ragunath Kesavan and Ambiga Sreenivasan while DBKL was represented by Adnan Ali.

At the case today - DBKL lawyer claimed that the ex-workers are squatters all the way and that they cannot seek a permanent injunction against the Government. He said the use of the Emergency Ordinance 1969 and the notice send in 2007 is valid and the ex-workers did not do anything to move out before this.

Ambiga said the the question of taking an injunction is a matter settled in the courts today. She claimed that the notice served on 1 march is invalid as it makes no reference to any laws. She also said that it was dangerous to imply that the court has no jurisdiction over public officials.

Ragu Kesavan said that DBKL are not the plaintiff and are acting extremely busy-body. The question if the ex-workers are squatters or not should be tried in the court in a full trial.

DBKL lawyer claims that the court should not interfere in State matters while the ex-workers lawyers said that the rights to property and livelihood is a fundamental rights under the Constitutional.

A huge crowd of more than a hundred people attended the open court hearing. Outside the court, they shouted slogans and put forwards their demands. Also to lend support was the Federation of Malaysian Indian Organisation chief A Rajaretinam and his members. They carried a huge banner calling for the Government to give the 4 acres of land demanded by the ex-workers. The Banner said the people will be the real judge. PSM, JERIT as well as some other NGOs were also present.

S.Arutchelvan - PSM Secretary General ended a press conference saying " let's see if the courts have the guts to decide for the marginalised

Thursday, April 28, 2011

25-4-11 Umumkan Program 1 Mei







Hari ini, JK Mei 1 mengumumkan program sambutan mei 1 dalam satu sidang akhbar di SCAH. Sidang akhbar turut mengatakan tema tahun ini iaitu - barang sudah naik..gaji bila lagi?.

Sidang akhbar dimulakan dengan satu tayangan video memaparkan rakyat malaysia dan asing pelbagai kaum dan latarbelakang menuntut gaji dinaikkan.

Dalam sidang akhbar Penyelaras utama KS. Bawani menerangkan program dan aturcara. Sdr. Arul menjelaskan kesignifikan hari mei 1.

Jangan lupa - hari keramat para pekerja

1 Mei 2011(Ahad)

10.30 pagi

Berkumpul di Monorail Chow Kit

Wednesday, April 27, 2011

24-4-11 NGO sokong perjuangan pekerja ladang bukit Jalil






Hari ini satu taklimat diberikan oleh pekerja ladang Bukit Jalil kepada beberapa pertubuhan NGO untuk mendapatkan sokongan mereka. Dialog ini yang juga disajikan dengan tayngan video berjaya merapatkan NGO dengan leluhan penduduk ladang bukit jalil. Ekoran daripada itu, satu pertubuhan baru POWER berjanji akan bersama berjuang dengan penduduk ladang Bukit jalil

24 april - Flat Taman Bangi Jaya berjaya tubuh JK sementera




Setelah sekian lama beroperasi secara ad-hoc dan tak tentu hala, hari ini satu JK sementera telah ditubuhkan di Flat ini. Proses pemilihan dilakukan secara demokratik. Puan Rogaya dipilih menjadi Ketua.

Dalam perjumpaan kedua ini, beberapa langkah telah diatur antaranya membuat gotong royong membersihkan rumah kosong. Selain itu satu mesyuarat dengan pemaju juga mesti diatur untuk membincangkan pelbagai isu yang tak pernah dibuat umpamanya penyelenggaran flat ini.

Sdr. Arul mengucapkan tahniah kepada JK ini kerana berjaya menubuhkan satu JK untuk kepentingan mereka. Beliau mengatakan perubahan pasti berlaku bila rakyat memimpin diri. Pasukan PSM juga memberi syor akan sentiasa membantu mereka dalam usaha mereka mengatur semula flat mereka yang sudah teruk dan buruk.

Nampaknya JK baru memang ada motivasi untuk mengambil langkah-langlah perlu.

24-4-11 sejenak di program Tamil Thirunal




Saya melawat sejenak program tamil Thinunal anjuran Persatuan Tamil Thirunal Semenyih. Program tersebut penuh padat dengan orang ramai dan disajikan dengan beberapa acara seperti nyanyian, pidato dan tarian tradisi. Program ini diadakan di SRJK Tamil Rinching.

24-4-11 Zon 18 Semenyih - zon ulung sambut Hari Bumi




















Zon 18 Semenyih menjadi zon ulung di HulU Langat yang menyambut Hari Bumi. Hari Bumi disambut pada 22 April diseluruh dunia. Tempat yang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini adalah Taman Tasek Semenyih yang diketuai oleh Persatuan penduduk disana yang aktif dan prihatin tentang alam sekitar.

Mengikut Ahli Majlis zon 18 - Saudara Arul dan rakan seperjuangnya dalam PSM, Taman Tasek Semenyih dipilih kerana JK disana sering mendesak MPKJ menghijaukan taman dan menanam pokok berbanding dengan taman-taman lain yang sering meminta pokok ditebang.

Pada hari ini , antara program yang dijalankan adalah pertandingan melukis untuk kanak-kanak, program menanam pokok, dialog, menubuhkan rakan alam sekitar dan melancarkan tongsampah kitar semula.

YB Dr. Che Rosli - Ahli parlimen Hulu Langat merasmikan program ini manakala Encik Amirul Ariffin Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Shah Alam cukup terharu dengan program ini. Beliau juga memperkenalkan beberapa inisiatif kerajaan kearah itu.

Dato Ahmad Fuad bin Embi -Pengerusi Persatuan penduduk bercakap tentang kepentingan menanam pokok yang boleh memberi teduh. Beliau cakap pokok itu lebih penting dari pokok yang serang diselenggara.

Sdr. S.Arutchelvan mengariskan beberapa tuntutan pokok antaranya desakan untuk menghentikan reaktor nukluer, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan, hentikan pembinaan insinerator, sediakan sistem pengangkutan awam yang efisyen dan desakan untuk hentikan projek pemprosesan nadir bumi.

Program ini walaupun usaha yang kecil tetapi sedikit sebanyak memberi kesedaran. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Sdr Ahmad Wasili dari Taman Tasek Semenyih dan S.Paremas dari PSM kerana usaha gigih mereka menjayakan program ini.

Pelbagai hadiah juga diberikan kepada kanak-kanak dan para hadirin.