ShareThis

Friday, October 24, 2008

Selamat kembalikan Cahaya Deepavali


Deepavali adalah hari untuk untuk merayakan kemenangan kebaikan keatas kejahatan. Hari untuk merayakan cahaya keatas kegelapan. Namun perayaan Deepavali tahun ini berdepan dengan dilemma. Dilemma bahawa ramai orang masih ditahan dibawah undang-undang zalim tanpa bicara seperti ISA, krisis kewangan kapitalis turut mengancam masyarakat berpendapatan rendah dan isu perkauman terus dipermainkan.

Deepavali akan lebih bermakna jika kejahatan dan kegelapan itu dapat diatasi. Pada hari yang berbahagia ini semoga kita sama-sama mengambil masa merayakan secara sederhana dan bersedia untuk berjuang untuk mengembalikan kebaikan dan cahaya.

Arul

Wednesday, October 22, 2008

Kempen Basikal sudah dilancar

Kempen Basikal keseluruh negara dengan tema Rakyat pengayuh Perubahan sudah dilancar. Kempen ini akan bermula pada 30hb. November 2008.
Rakyat Semenyih yang ingin menyertai kempen berkayuh basikal bersejarah ini, boleh menghubungi kami. Kita juga perlu bersedia menerima pengayuh-pengayuh basikal dari selatan yang akan melalui pekan Semenyih.

Untuk keterangan lanjut, sila ke laman web JERIT di http://jerit.org

Tuesday, October 21, 2008

First ever Carnival Deepavali di Semenyih




This year for the first time in Semenyih, Deepavali stalls has been set up in Semenyih Sentral. The organisers is a new NGO in Semenyih called Semenyih Indian Welfare and Cultural Society. A moderate Opening ceremony was held on the 18 October 2008. Comrade S.Arutchelvan was called to officiate the event as well as deliver a speech. In his speech he spoke about the current economy crisis and the agony of ISA. Also present were Organising chairperson RS Chandra and Secretary M.Rajendran.

Rumah Terbuka Hari Raya





Sempene dengan Hari Raya Aidil Fitri, Sdr Arul bersama rakan seperjuangan melawat beberapa program hari terbuka di sekitar Kawasan Semenyih dan Beranang. Beliau juga sempat berbual mesra dengan ramai orang. Walaupun krisis ekonomi dan inflasi mencengkam rakyat, namum hari istimewa ini turut disambut dengan meriah.

Thursday, October 16, 2008

ALAM FLORA , MPKJ TURUN KE TAMAN MANIKAVASAGAM





Ekoran aduan rakyat kepada Ahli Majlis Sdr. Arul semasa Program Majlis Perundingan Rakyat di Taman Manikavasagam maka Sdr. Arul telah mengatur satu perjumpaan antara Kontrakter Alam Flora, Pegawai Pemantau Alam Flora dan Pegawas MPKJ untuk datang dan mendengar sendiri keluhan dari penduduk di Taman Tan Sri Manikavasagam.

Antara isu-isu yang diutarakan semasa Program pertemuan rakyat dan aduan kepada Pejabat PSM adalah aduan mengenai isu masalah sampah, longkang dan rumput yang tidak dipotong di Taman Manikavasagam,

Lawatan meninjau kawasan dan diolog dengan JK Penduduk dihadiri antaranya oleh En. Mohd Yazid bin Yahaya (Pegawai Pengawas MPKj T. Manikavasagam), En Sharifuddin (Alam Flora Sdn. Bhd) dan En. Herman( Kontraktor Alam Flora)

Penduduk telah memberitahu rumput tidak dipotong secara kerap serta semak samun di rumah kosong telah menyebabkan masalah ular dan penyakit. Sampah sarap juga tidak dapat dipungut secara sistematik kerana kebanyakkan rumah tiada tong sampah. Daripada perbincangan En. Sharufuddin meminta setiap rumah perlu menyediakan tong sampah bagi memudahkan kerja memungut sampah.

Beliau juga berjanji sampah akan dikutip tiga kali seminggu iaitu hari selasa, khamis dan sabtu, longkang akan dicuci sebulan sekali dan rumput akan dipotong tiga minggu sekali.

Beliau meminta penduduk membuat laporan pada beliau sekiranya perkara-perkara di atas tidak dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Saudara Arutchelvan juga telah meminta penduduk taman mengadakan satu mesyuarat antara penduduk bagi menyelesaikan masalah tong sampah di rumah masing-masing sementera ada juga masalah mengenai reban ayam dan sebagainya yang perlu dibincangkan secara dalaman antara penduiduk disana.

Lawatan dan tinjauan juga berjaya mengenalpasti pelbagai masalah yang wujud dan terapat banyak isu lain yang perlu ditangani.

Tuesday, October 7, 2008

Sila sambut kemenangan pendaftaran PSM selepas 10 tahun

Jemputan ke sambutan kemenangan Pendaftaran Parti Sosialis Malaysia

Kepada semua Komrad dan rakan seperjuangan,

Kami amat mengalu-alukan kehadiran saudara/i, komrad ke Majlis Sambutan Kemenangan Parti Sosialis Malaysia (PSM) setelah sepuluh tahun dinafikan pendaftaran. Sila datang beramai-ramai ke sambutan ini dan sebarkan kepada kawan-kawan dan rakan seperjuangan. Datanglah untuk merayakan bersama kami.

Friday, October 3, 2008

Arutchelvan aims to empower the people

Friday October 3, 2008


Story by GEETHA KRISHNAN


THE red T-shirt he wears has become a symbol of sorts. At the recent swearing-in of new councillors for the Kajang Municipal Council, some reporters were actually expecting Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S. Arutchelvan to show up in his trademark red T-shirt because he is never seen in public without it.

But in keeping with the social dictum of the day, he wore a shirt, to the disappointment of a few.

Arutchelvan: Proper change will only be brought about through a system where councillors are elected by the people.

The red T-shirt symbolises empowerment for Arutchelvan, a passionate student activist from his varsity days at University Kebangsaan Malaysia (UKM). The habit of aiding others was stirred in him as a student in his hometown of Ipoh.

Before he was appointed Kajang municipal councillor, Arutchelvan tirelessly championed and still avidly continues to champion the rights of the down-trodden estate workers by destroying the perception of a feudal system through landowners and multi-national corporations.

He advocates change through empowerment and keenly believes this should be the clarion call to set the wheels of change in motion.

“Take for example the Taman Bukit Semenyih issue. The residents are dead-set against the construction of a permanent telecommunications tower opposite their flats.

“They had embarked on a signature campaign and had held protests to voice their discontent.
“At the end of the day, the residents should feel that they are the ones who stopped the telco company from disregarding their rights.”

The frequent flooding in Bangi Estate was addressed by the estate workers drawing up a budget for drain-deepening work and hiring a contractor to do the job themselves after submitting the proposal to the state government through the Selangor health, plantation workers and caring government committee chairman Dr Xavier Jeyakumar, after his visit.

“This is empowerment because they are not relying on elected or appointed representatives or councillors to fight their case,” he added.

Arutchelvan hopes to bring the empowerment ideal into the council. “My appointment as a councillor is only temporary.

“Proper change will only be brought about through a system where councillors are elected by the people, from my viewpoint,” he said.