ShareThis

Monday, October 31, 2011

Sunday, October 30, 2011

Datuk Sri Anwar Ibrahim di Ceramah Perdana PSM Sungai Siput






HUJAN LEBAT TIDAK MENGHALANG RAKYAT MENDENGAR TAKLIMAT DATUK SRI ANWAR IBRAHIM - KETUA UMUM PKR DI CERAMAH PERDANA PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) DI SUNGAI SIPUT

Friday, October 21, 2011

Mesyuarat MPP -Bincang pengambilan balik sampah oleh MPKJ


Mesyauarat MPP berbincang secara terperinci beberapa aspek mengenai pengambilan sampah setelah MPKJ ambilalih dari Alam Flora. Selain itu mesyuarat juga berbincang mengenai sambutan Deepavali yang bakal diadakan.

Tuesday, October 18, 2011

Isu Infra yang dibangkitkan untuk bulan Oktober 2011

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - OKTOBER 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

Bdr Rinching Sec 4( Walid 0193506574)

  • Perlu tarkan lorong antara rumah No.17 & no. 19, di jln 4/8 .bandar rinching seksyn 4.

· Jalan 4/8 , separuh jalan ditarkan tapi separuh perlu juga ditarkn

· Longkang utama dijunction 4/8 & 4/9 simen dasarnya telah pecah jadi air longkang bertakung atau menyerap dlm tanah.

Bandar Rinching Sec 5 (Parames 019 -2612269)

· Aduan Lampu sek 5 bdr rinching depan barisan kedai tak nyala. Bila disemak dengan TNB, dikatakan MPKJ tak bayar

ii) Taman Pelangi Semenyih (En.Ghazi – 019-6097272 )

  • Penutup logkang konkrit yang diohon sejak lama masih belum dipasang sepenuhnya walaupun ada kawasan yang dipasang.

iii) Taman Tasik Semenyih (Ahmad 0136790496)

· Trafik light tidak berfungsi bila hujan di persimpangan broga ke semenyih dan masalah ini berlarutan

· longkang pecah akibat akar pokok di no9 jln TTS 6/9


iv) Taman Manikavasagam (Ravi -0166114231)

· Pagar tidak relevan dekat persimpangan jalan masuk ke Taman Manikavasagam perlu ditanggalkan kerana mencemar permandangan dan menyekat smapah

· Kerja-kerja membina culvert dihadapan barisan kedai perlu diteruskan

v) Taman Sri Tanjung (0162432710)

· Jalan berlubang dilorong tengah jalan 14.

· parit hujung jalan 14 tanah mendap

· parit pecah di belakang rumah no 40 jalan 11. Ok tq

vi) PKNS Beranang (0162362504)

· Tidak ada lampu di persimpangan jalan 2, PKNS Beranang (rumah nombor 27)

· Amat merbahaya dan baru-baru ini ada beberapa kemalangan berlaku disini

vii) Sekolah Agama Saujana Impian

· Masalah jalan berlubang di jalan utama menuju ke flat dekat sekolah agama Saujana Impian. Aduan sudahpun dibuat di MPKJ melalui telepon

viii) Taman Damai Indah (0162432710)

· Longkang belakang jalan 1, Taman Damai Indah ada masalaah kerana ada orang membina penyekat simen menyebabkan air tidak mengalir dan longkang berbau busuk dan air bertakung

Sekian Terima Kasih

Yang benar

S.Arutchelvan

Ahli Majlis

Monday, October 17, 2011

6 permintaan semasa mesyuarat Pengindahan bandar

S.Arutchelvan

Zon 18

No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,

43500 Semenyih.

Tel : 019-2537791

17 Oktober 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang,

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih,

Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang

(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BAGI OKTOBER 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)

· Meminta tindakan diambil terhadap kontrakter kerana enggan membuat punggutan sampah pukal di fasa 6 & 7 dan enggan memberikan tarikh sampah ini akan dikutip

· Memohon jadual pembersihan longkang-longkang di fasa 6 dan 7

· sampah haram di Jln Persiaran Pelangi berhampiran IWK –masih belum ada penyelesaian .

· Mohon tebang dan bersihkan pokok-pokok mati di kawasan taman dan bahu-bahu jalan taman pelangi semenyih serta penanaman semula pokok-pokok teduhan yang lain.

· mohon tindakan MPKj berkenaan kawasan semak samun di jalan 4/1 dan 4/12.

2. Taman Tasik Semenyih (En.Ahmad Wasfi – 013 -6790496)

· Jadual kutipan Sampah pukal yang tidak mengikut jadual

3. Bandar Rinching Sek.4 (En.Walid – 019- 3506574)

· Pokok perlu ditrimkan dan yang telah ditrimkan penduduk perlu dibuangkn dahannya oleh mpkj.

· Tong sampah yg menjadi penyebab tankungan air sepatutnya telah diangkut oleh mpkj tetapi tidak dilaksanakan (buang).

· Meminta tindakan diambil kepada tuan rumah yang lorong belakangnya kotor perlu diambil tindakan oleh mpkj.


4. Taman Sri Tanjung (En.Karim – 016 2432710)

· Parit hujung jalan 14 tanah mendap.

· Meminta ranting pokok dipotong di padang permainan jalan 12.


5. Taman Manickavasagam.(En.Naga – 0122231462 )

· Gerai haram dekat busstop Taman Manikavasagam masih belum dialihkan walaupun ada aduan mengenai kebersihannya dan berbau busuk

· Kutipan sampah tidak dilakukan di Taman Manikavasagam sepanjang minggu ini

6. Pemintaan am

· Meminta senarai nama dan handphone semua kontrakter di zon 18 dan DUN Semenyih diberikan kepada Ahli Majlis

Sekian didahului dengan ucapan Terima kasih Yang benar,

S.Arutchelvan

Ahli Majlis

Thursday, October 13, 2011

Sambutan Hari Raya ZON 18

17/9/2011





Hari ini, Sambutan Hari Raya Zon 18 telah diadakan secara sederhana di Dewan Bandar Rinching. Lebih kurang 500 orang telah hadir bersama untuk memeriahkan sambutan Hari Raya pada tahun ini. Tetamu khas Dr. Che Rosli turut hadir ke sambutan ini.


























Dialog flat kos rendah dengan YB Iskandar - berlanjuntan selepas tengahmalam !









Hari ini Komplek Penghulu Semenyih penuh sesak sempena dialog bersama Exco Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Sdr Iskandar . Dialog begitu rancak dan hanya berakhir pada jam tengamalam setelah YB Iskandar menjawan semua soalan yang diungkitkan termasuk memberi respon kepada resolusi yang dibawah oleh penghuni-penghuni flat.

Sebelum dialog, Sdr Arul selaku penganjur mengutarakan persoalan antara kaya dan miskin dan mengapa penduduk flat yang lebih miskin harus membayar lebih berbanding dengan penduduk lain seperti perumahan kelas menengah?

Ramai penghuni flat dana pemimpin flat mengambil kesempatan meluahkan perasaan mereka. Kebanyakan isu berkisar mengenai isu penyelenggaran dan isu lain seperti migrasi air dan sebagainya.

Sunday, October 9, 2011

2,000 bantah Lynas di Kuantan










Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Hari ini PSM turut sertai dalam perhimpunan membantah Lynas dan dihadiri oleh lebihkurang 2000 orang. PSM diketuai oleh Sdr Suresh selaku penyelaras Insinerator dan Sdr Arutchelvan - selaku Setiausaha Agung PSM.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Ucapan dihalang semasa Ahli PSM dan Penyelaras Incinerator sdr Suresh berucap.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

diedit dari blog luar