ShareThis

Thursday, May 26, 2016

Sidang Akhbar Isu Kubur Paling Jaya

Pada hari ini, satu sidang akhbar telah diadakan untuk menjelaskan status kubur 100 tahun di hadapan Taman Paling Jaya, Semenyih.

Tuesday, May 24, 2016

Mesyuarat Susulan bersama Komiti kuil Semenyih

24/5/2016, Mesyuarat Susulan bersama Komiti Kuil Semenyih telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih untuk membincangkan berhubung isu kuil mereka.

Lawatan Ke Kawasan Kebun Tebu

24/5/2016, Satu lawatan telah diadakan ke kawasan Kebun Tebu di Sungai Bandar Tech Semenyih, untuk melihat kawasan yang dimusnahkan oleh pemaju Tropicana Hills. Kebun Tebu ini dimiliki oleh Encik Kalimuthu.

Sunday, May 22, 2016

AGM PSM Semenyih ke -9

22/5/2016, AGM PSM Semenyih ke-9 telah diadakan di pejabat PSM Semenyih. Ahli-ahli PSM serta penyokong telah hadir ke AGM.

Tuesday, May 17, 2016

Mesyuarat Komiti Kubur ( Hindu & Kristian) Paling Jaya

17 Mei 2016, Mesyuarat susulan bersama komiti Kubur (Hindu & Kristian) Paling Jaya telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pemaju kawasan tersebut iaitu Bangkit Jaya.

Kes Pekerja Dibuang Kerja

17 Mei 2016, beberapa orang pekerja telah hadir ke pejabat PSM Semenyih dan telah berjumpa dengan Sdr. Arul berhubung isu pembuangan kerja mereka.

Tuesday, May 10, 2016

Mesyuarat bersama Kuil Komiti Ladang Semenyih

10 Mei 2016, Mesyuarat bersama Kuil Komiti Ladang Semenyih telah diadakan.

Mesyuarat Susulan Bersama Bekas Pekerja Ladang Semenyih

10 Mei 2016, Mesyuarat Susulan bersama bekas pekerja Ladang Semenyih telah diadakan di Ladang Semenyih untuk membincangkan isu perumahan mereka.


Mesyuarat Susulan Bersama Pekerja Ladang Denudin

10 Mei 2016, Mesyuarat susulan bersama pekerja Ladang Denudin telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih untuk membincangkan mengenai isu perumahan, kuil dan Gereja.



Sunday, May 8, 2016

Mesyuarat Susulan bersama Penduduk Quarters Hospital

8 Mei 2016, Mesyuarat susulan bersama Penduduk Quarters Hospital di Sg Jeluk yang berhadapan dengan pengusiran paksa telah diadakan untuk membincangkan akan tindakan seterusnya. Pada 26 April 2016, para penduduk telah menerima notis satu bulan daripada Pejabat Tanah untuk mengosongkan rumah yang diduduki. Menurut para penduduk, mereka telah mendiami tempat ini lebih dari 50 tahun.


Mesyuarat Pre- AGM

8 Mei 2016, satu mesyuarat Pre- AGM telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih untuk membincangkan mengenai AGM PSM akan datang.

Wednesday, May 4, 2016

Sumbangan Kepada Puan Devi

4 Mei 2016, Hari ini, PSM Semenyih telah memberi sumbangan peralatan menjual air dan buah-buahan kepada Pn. Devi, bekas pekerja Ladang Semenyih agar beliau dapat menyara kehidupan beliau dengan menjual buah-buahan dan minuman.

Tuesday, May 3, 2016

Mesyuarat bersama EXCO Ganapathi Rao dan Pekerja Ladang Semenyih

3 Mei 2016, satu mesyuarat di antara EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, En. Ganapathi Rao serta Pekerja Ladang Semenyih dan Pemaju Sime Darby serta wakil MPKJ telah diadakan di pejabat EXCO di SUK untuk membincangkan isu perumahan pekerja Ladang Semenyih.

Mesyuarat Bersama EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATIN Kerajaan Negeri Selangor

3 Mei 2016, Mesyuarat bersama EXCO Kerajaan Negeri Selangor En. Ganapathi Rao telah diadakan untuk membincangkan isu perumahan dan rumah ibadat Ladang Denudin di pejabatnya. Mesyuarat ini dihadiri oleh para pekerja serta wakil pemaju Ladang Denudin Inch Kenneth, wakil MPKJ serta JKR.

Sunday, May 1, 2016

Sambutan Hari Pekerja Sedunia

1 Mei 2016, Sambutan Hari Pekerja Sedunia telah diadakan di Kuala Lumpur. Tema Hari Pekerja tahun ini adalah Utamakan Pekerja, Selamatkan Malaysia !!