ShareThis

Wednesday, July 29, 2009

28 Julai 09- Anugerah Cemerlang MPKJ




Hari ini satu upacara yang agak meriah telah diadakan di Hotel Oriental, Kajang untuk memberi hadiah kepada mereka yang bersara dan mereka yang khidmat cemerlang. Ahli Majlis sesi yang lalu termasuk saya diberikan cenderamata oleh YDP Kajang. Satu jamuan high tea diiringi oleh dendangan lagu oleh kumpulan band MPKJ mengakhiri program ini

26 Julai 09 - MPR di Bandar Rinching Sec 5 kecewa




Hanya 6 orang sahaja hadir untuk program Majlis Perundingan rakyat -MPR di Bandar Rinching Section 5. Disebabkan pihak kami sudah menempah makanan dan minuman, maka terpaksa disajikan kepada budak-budak yang bermain bolasepak. Namun setelah sambutan yang kurang mengalakkan ini, kami mendapat tahu bahawa satu masalah besar ialah tiadanya Persatuan penduduk yang aktif. Maka kami berazam untuk membentuk satu JK baru untuk mengaktifkan penduduk di Fasa ini.

24 Julai 09- Ceramah Mansuh ISA di Kajang








Satu ceramah dalam siri mansuhkan ISA menjelang perhimpunan besar membantah ISA 1 Ogos diadakan pada hari Jumaat di Kajang. Sya adalah salah seorang penceramah bersama Cikgu Lee - ADUN Kajang, Sdr. Mohd Sabu dari PAS, Sdr Teng Chang Khim - Yang Dipertua DUN Selangor dan Norlaila- isteri tahanan ISA. Seramai 700 orang menghadiri ceramah ini. Ramai juga polis yang datang untuk memantau ceramah ini. Sdr Sabu berceramah sehingga hampir tengah malam dan para hadirin terpegun dengan ceramah beliau.

1 OGOS 2009 !
TURUN UNTUK KUBURKAN ISA

49 tahun yang lalu, pada 1hb. Ogos 1960, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah digubal di Parlimen Malaya oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Akta zalim ini telah digunakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, dari Tengku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Razak. Ia telah digunakan terhadap semua kaum dan agama di negara ini. Ia berjaya membenteras gerakan mahasiswa, gerakan pekerja dan gerakan reformasi. Ia berjaya memenjarakan pemimpin politik pelbagai aliran dan idelogi politik.

Ia adalah senjata yang paling berbisa dimiliki oleh Parti Perikatan dulu dan Barisan Nasional sekarang untuk menentang hak demokrasi dan kebebasan rakyat.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru segala ahli parti dan barisan fron parti untuk turun beramai-ramai untuk menuntut akta zalim ISA dibubarkan, Kem kamunting ditutup dan tahanan dibebaskan. Jadikan 1 Ogas, sebagai tarikh memprotes akta yang maha zalim ini.

Hak berhimpun secara aman adalah hak demokrasi rakyat Malaysia dan PSM menyeru pihak polis untuk menghormati hak ini dan tidak membuat sebarang tindakan untuk mencabul hak ini.

Cukup sudah kesengsaraan ISA ! Marilah kita sama-sama menguburkan akta zalim ini.


S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Telephone: 019-2537791

21 Julai 09 - Dialog pekerja ladang di SUK



Setelah sekian lama menunggu, akhirnya isu beberapa ladang seperti Ladang Semenyih dan Ladang bangi dibincang di SUK dipengerusikan oleh Dr. Xavier. Semua pihak hadir termasuk pihak majikan dari Sime Darby. Untuk ladang Semenyih, satu pelan perancangan baru akan dibentang dimana ada skim perumahan untuk pekerja ladang.Manakala untuk Ladang Bangi, pihak Majikan ladang diminta mengemukakan rancangan untuk membina rumah yang dibincang beberapa tahun yang lalu.

20 Julai 2009 - kematian tanpa sebab






Saya bersama kepimpin PSM, Dr. Nasir Hashim, V.Selvam dan A.Sivarajan bersama ratusan orang lain menghadiri upacara pengebumian mendiang Teoh Beng Hock di Tanah Perkuburan Nirvana di Semenyih. Saya tertarik dengan kehadiran berbilang kaum ke upacara tersebut. Rata -rata ada ribuan soalan mengenai bagaimana Teoh meninggal dunia. SPRM mesti bertanggungjawab kerana Teoh mati dalam tahanan dan penjagaan mereka. Jangan biarkan kematian ini sia-sia sahaja. Kita harus mencari kebenaran dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.

17-19 Julai- Penilaian CDC ke 17





Selama tiga hari, saya bersama aktivis-aktivis dari Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) membuat penilaian selama 3 hari di Port Dickson. Ini adalah penilaian tahun ke 17. Antara isu-isu yang dibincang adalah bagaimana membuat kerja akarumbi secara berkesan di Kajang dan kawasan sekitar, mobilisasi rakyat dan isu menjadi pekerja sepenuh masa. CDC adalah sekretariat untuk JERIT.

PELANCARAN BUKU - Malaysia at the crossroads

TARIKH - 5 OGOS 2009
MASA - 8 malam
TEMPAT - DEWAN PERHIMPUNAN CINA, SELANGOR, JALAN MAHARAJALELA , KL



Saturday, July 18, 2009

16 Julai 2009 - Penghuni Flat bosan- buat sidang akhbar





Penghuni Flat Taman Permata di Dengkil amat bosan dengan kehadiran ahli politik kerana untuk sepuluh tahun masalah mereka tidak dapat diselesaikan walaupun banyak pihak terlibat. Justeru itu, mereka membuat sidang akhbar untuk mengatakan bahawa mereka sudah membentuk Jawatankuasa Penduduk dan telah melantik JERIT untuk membantu mereka. Saya juga diminta menjadi penasihat memandangkan kami pernah bersama bekas pekerja ladang ini untuk sekian lama semasa berjuangn untuk isu-isu ladang. Kini para JK Baru telah membawa pemberita melawat kawasan perumahan mereka. Mereka juga sedang membuat persiapan untuk membawa isu mereka kepada perhatian Menteri Besar Selangor supaya isu mereka mendapat pembelaan.

11 July - Jamuan Makan Malam Jelapang mendapat sambutan baik





Program Makan Malam Salam Perjuangan PSM Jelapang mendapat sambutan yang amat baik apabila seribu orang penduduk tempatan memberi sokongan padu. Hujan lebat tidak menghalang kehadiran ramai orang. Saya turut memberi sokongan dan memuji Komrad Saras yang walaupun kalah dalam pilihanraya 8 Mac, terus memainkan peranan penting di Jelapang. Nampaknya rata-rata penduduk Jelapang menyokong Saras dicalonkan balik sebagai calon pembangkang menentang BN dalam pilihanraya depan.

Friday, July 17, 2009

10 Julai Peneroka Bandar Selangor mahu jumpa MB


Dalam satu mesyuarat dikalangan wakil 8 Peneroka Bandar di negeri Selangor, satu keputusan diambil untuk membawa isu peneroka bandar kepada perhatian YAB Menteri Besar Selangor. Para Peneroka berpendirian walaupun Kerajaan Negeri telah menjamin tidak ada pengusiran tetapi isu perumahan rakayat miskin masih belum selesai. JERIT telah diminta menulis surat kepada MB meminta satu temujanji.

10 Julai Angkat sumpah untuk penggal kedua Ahli Majlis

Hari ini saya bersama 21 orang AHLI MAJLIS yang lain di MPKJ telah ambil sumpah untuk memegang Jawatan Ahli Majlis sehingga Julai 15, 2010. Dikatakan MPKJ mempunyai jumlah Ahli Majlis yang paling banyak dikekalkan. Namun saya berpendirian bahawa pada masa depan rakyat tempatan harus diberikan kuasa untuk membuat pilihanraya untuk Kerajaan Tempatan ini. Sebelum 1969, memang ada pilihanraya untuk Majlis Tempatan tetapi disebabkan pembangkang banyak menang kerusi ini, maka parti pemerintah telah tukar kepada sistem lantikan. Saya juga telah membuat kenyataan akhbar bahawa saya tidak akan meneruskan jawatan ini bagi penggal ketiga jika ditawarkan kerana berpendirian bahawa Jawatan ini mesti dibuat pilihanraya dan rakyat patut diberi kuasa memilih. Pemilihan politik boleh membawa kepada amalan pilihkasih, bodek dan diskriminasi.


New faces want to be more accountable

THIRTY-four new faces have made it to the councillors list for 2009/2010. The list of names was announced by the State Local Government, Research and Studies Committee chairman Ronnie Liu on Monday.
However, Liu only read out 18 to 20 names to the press, with the remaining to be announced later. Each local authority has 24 councillors, headed by the council president or mayor.
Liu said the list will also include nine Orang Besar Daerah, a palace representative for nine districts in the state.
The new faces in the Selangor councillors line up are:
·Shah Alam City Council (MBSA - three new faces)
Ng Boon Teck, Khairudin Osman and Richard Yeoh Yong Wei.
·Petaling Jaya City Council (MBPJ - two new faces)
Tiong Boon Kiong and Choong Yew Lim.
·Selayang Municipal Council (MPS - two new faces)
Sian Keng Eng and Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
·Hulu Selangor Municipal Council (MPS - six new faces)
Velumoni Perumal, Law Say Hin, Law Suet Peng, Yong Chan Hee, Cheah Chee Mun and Chan Kok Siew.
·Kuala Langat Municipal Council (five new faces)
Munusamy Erishin, Maniarasan Ramasamy, Yong Keh Chin, Yap Lai Keng and Lau Win See.
·Klang (MPK - three new faces)
Choo Tak Keang, K. Deepakaran and Gan Heng Kim.
·Ampang Jaya (MPAJ - one new face)
Dr Fan Seng Choy.
·Subang Jaya (MPSJ - two new faces)
Rajiv Rishakaran and Choong Hoon Ming.
·Kajang (MPKj- one new face)
Ng Tien Choo,
·Sepang (MPSp - two new faces)
Foo Weng Foi and Goh Hong Ting,
·Kuala Selangor (five new faces)
Pua Leng Bee, Lim Tian Meng, T. Thirumurthi, Azli Idris and Shamsuddin Dahalan.
·Sabak Bernam (three new faces)
Abu Talip Ujang, Azman Masni and Hamidah Abdul Malik.
Meanwhile, Subang Jaya Residents Association chairman A. S. Gill said the association hoped that the councillors would not approve any new developments as Subang Jaya was already overdeveloped.
“The councillors should consider the projects’ density, traffic impact assessment and social impact assessment.
“However, there shouldn’t be any more developments that do not benefit the people,” he said.
Gill added that other issues that the councillors should look into are traffic congestion and greening of the township.
On the appointment of Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh’s special assistant Rajiv Rishyakaran as the MPSJ councillor, he said Rajiv was a right candidate.
“I know him since last year’s election. He is young, sincere, has a lot of ideas and does not come with a baggage unlike the old-timers who might be championing their own, or other people’s agenda,” he said.
Tan Jo Hann, who is reappointed as MPSJ councillor, said he would continue to promote accountability.
“People used to be angry as they had no say in issues but for the past one year, we tried to get them involved meaningfully in the decision-making process, such as attending meetings concerning traffic and developments,” he said.
Tan added that as an NGO representative, he would also continue to advocate people’s rights.
“Whether a councillor or not, the work will continue and I will not hesistate to bring up issues that warrant public attention, especially on the poor community,” he said.
The Petaling Jaya City Council (MBPJ) will see Petaling Business and Industry Association chairman Choong Yew Lim joining its board of councillors this month.
When contacted, the 55-year-old who previously served for MPSJ, said he heard of the reshuffle but had yet to receive the news.
In MPSJ, Choong was in charge of infrastructure and business licensing and said he was now ready to serve the people in PJ.
“I have learnt a lot from being a first-time councillor in MPSJ,” said Lim who is also the adviser to the Catholic High School Board of Governors.
All-Petaling Jaya Residents Associations Coalition (APAC) chairman Liew Wei Beng hoped the new councillors would be able to contribute to the city more constructively unlike the previous ones where many were unfamiliar with their areas.
Contractor Tengku Zulpuri Shah Raja Puri, formerly the Malay Electrical and Mechanical Contractors’ Association Malaysia secretary, is one of the two new councillors for the Selayang Municipal Council (MPS).
Tengku Zulpuri, 44, who will celebrate his 45th birthday on July 15 said he would study the laws of the council.
Another new councillor is Sian Keng Eng, who helps Bukit Bintang MP Fung Kui Lun.
Councillor Kuan Perk Siong, who is retained under the DAP quota, said he planned to work even harder and restructure the residents committee in his zone because it was shaped like a snake and criss-crosses other zones.
Councillor Gopalan Krishnan Rajoo said if he remained as a councillor, he would bring out all the problems that he had faced.
Kajang municipal councillor S. Arutchelvan, nominated again under the NGO quota, said the public should have more say in the appointment of councillors.“
It must be a democratic process so that councillors are accountable to the public rather than the political parties,” he said, adding that one-term was too short for councillors to learn the law and process and for them to make the right decisions.
--

Tuesday, July 7, 2009

5 Julai 5 pm - Pertemuan dengan AJK Penduduk Taman Tasek Semenyih di kelab





Pertemuan kita denagan JK ini adalah di kelab House Taman tasek Semenyih. Inilah perbezaan Taman ini berbanding dengan Taman lain di Semenyih.Ramai dikalangan AJK disini adalah mereka berpendidikan tinggi dan hidup dalam situasi yang agak selesa. Isu-isu yang diungkitakan oleh mereka pula kadangkala berbeza seperti mereka membincang jenis pokok yang patut ditanam dan patut ditebang, berapa inci rumput yang patut dipotong supaya hakisan tanah tidak berlaku dan pembinaan kolam renang di Semenyih. Namun perbincangan dengan mereka amat berfaedah kerana mereka mengungkitkan banyak isu dan memberi pelbagai cadangan. Antara isu mereka adalah pokok tidak ditebang,tiada lampu di jalan besar Broga, tiada kerja pembersihan selepas rumput dipotong, masalah anjing liar dan jalan mereka digunakan sebagai sirkit melumba. Saya akan menghubungi mereka secara IT kerana JK ini juga arif dan biasa menggunakan email. Selepas mesyuarat , saya juga melawat Jalan 6 iaitu kawasan perumahan kos rendah. Disana dua orang AJK meengutarakan masalah mereka

5 Julai 4 petang- Broga "kita sangat slow"




AJK di Broga pula berpendapat cara bantuan yang disalurkan oleh Pakatan Rakyat terlalu slow dan perlu dipertingkatkan. Mereka mengatakan banyak aduan mengambil masa yang lama untuk selesaikan sehingga ia mencabar kewibawaan PR. Saya cuba menjelaskan bahawa ada diantara masalah ini adalah birokrasi dan juga kerana ada agensi lain seperti JPS yang terlibat dimana mereka memang perlahan bertindak.Namun tujuan kami pergi ialah mendengar aduan dan cuba memperbaiki perkhidmatan kita. Apa yang dikatakan mereka ada kebenarnya. Saya memberi syor akan followup isu mereka dan cuba mempercepatkan proses menyalurkan bantuan.

5 Julai 2 petang - Kini Kg Sirih dibawah bidang kuasa MPKj




Untuk sekian lama, Kampung Sirih yang terletak berhampiran dengan kampung Baru Semenyih agak terbiar. Semak samun, longkang tak teratur, tiada lampu dan sampah bertaburan menjadi senario hidup harian mereka. Apabila kami mula membuat aduan tentang kes ini, Nasib Kg Sirih umpama bola yang disepak kesana kesini tanpa mana-mana pihak mahu mengambil tanggungjawab. MPKJ katakan Bidangkuasa Pembangunan Luar bandar, Kementerian kata bawa Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah pula kata bawah MPKj.Akhirnya keputusan diambil bahawa mulai 1hb. Julai, ia akan dibawah bidangkuasa MPKj. Hari ini kami menerangkan kepada penduduk disana keputusan ini kerana ada yang keliru mendapat notis dari majlis padahal tiada perkhidmatan diberikan oleh majlis. Ramai penduduk juga merunggut bahawa penduduk tempatan tidak mendapat tanah ini kerana MIC memberi kapada orang mereka yang tinggal di luar sehingga menyebabkan ramai lot yang ada sekarang terabai dan penuh denagansemak samun. Selain itu, isu kuil tiada geran tanah juga diutarakan. Saya memberi nasihat bahawa hanya dengan kerjasama dan kuasa mereka bersama sahaja dapat mencari penyelesaian. Namun setelah bertahun-tahun, akhirnya kita tahu kini ada pihak bertanggungjawab keatas tanah mereka.Ini adalah satu berita baik.

5 Julai 12 t.hari Semak aduan dengan JK Sri Tanjung




Walaupun beberapa masalah seperti isu longkang besar sudah dibersihkan, namun kebanyakkan aduan penduduk masih belum diselesaikan. Antara aduan penduduk Sri Tanjung yang masih belum selesai adalah isu padang permainan dan alatan permainan yang rosak dan tidak diganti, masalah longkang Dewan yang belum ditutup da masalah rumah kosong bersemak samun. Namun isu utama mereka ialah isu CF dimana kebanyakkan mereka kini tidak boleh memperolehi CF kerana rumah diubahsuai tanpa pelan. Tetapi CF hanya diperolehi sepuluh tahun selepas mereka menetap dan ramai yang terpaksa mengubahsuai rumah terlebih dahulu. Kini kami sedang cuba mengatur mesyuarat antara penduduk terbabit, pemaju dengan MPKJ untuk menyelesaikan isu ini yang lama berlarutan.

5 Julai 11pagi - JMC Flat Seri Mawar dapat Sijil


Setelah pelbagai rintangan dan usaha, akhirnya penduduk rumah pangsa Kos rendah Seri Mawar berjaya mendapat sijil JMC. Kini mereka boleh membuat urusan penyelenggaran flat ini dengan sendiri. PSM membantu mereka sejak dulu dan telah mengadakan beberapa perbincangan dengan penduduk disini. Kini kita membantu memantapkan Jawatankuasa mereka dan memberi nasihat bagaimana mengendalikan Jawatankuasa ini dengan telus dan berkesan. Mereka juga mengungkitkan beberapa masalah dan antaranya adalah isu membela anjing di pangsapuri dan isu tiadanya satu pejabat untuk mereka. Bersama kita berjanji mencari penyelesaian bagi masalah mereka