ShareThis

Tuesday, May 12, 2009

May 11 – Kampung Sirih tanggungjawab siapa?





Kampung Sirih yang terletak bersebelahan dengan Kampong Baru Semenyih merupakan satu kawasan yang terbiar. Disini longkang kelam kabut dan tidak ada kemudahan seperti lampu dan sebagainya.. Apbaila ditanya kepada MPKJ, diberitahu bahawa ini kawasan Pembangunan Luar Bandar, bila tanya kepada Pejabat Tanah, mereka kata ia dibawah MPKJ.

Untuk mengelakkan ini, saya telah mendesak satu lawatan tapak diadakan untuk mengenalpasti kawasan ini jatuh dibawah bidangkuasa siapa. Lawatan Tapak hari ini disertai oleh pihak MPKJ, Perwakilan penduduk dan JKR. Kini diberitahu bahawa cukai akan dikutip mulai Julai 2009 dan segala kemudaan akan disalurkar oleh MPKJ selepas masa tersebut.

May 9 – Terima Kasih atas sumbangan anda









Parti Sosialis Malaysia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada tabung perjuangan PSM. Makam malam untuk mengutip dana ini telah berjaya mengutip sumbangan yang memuaskan.

Terima Kasih kepada mereka yang menyumbang

May 7 – OCPD Brickfield Biadap




Saya biasa tidak menggunakan perkataan kesat terhadap polis kerana saya tahu bahawa mereka juga biasa menjalankan tugas kerana atas arahan tertentu. Namun saya berpendapat tinghkahlaku OCPD Brickfields ACP WAN ABDUL BARI WAN ABDUL TALIB adalah amat biadap dan amat teruk sekali.

Saya pergi ke Bricfields setelah mendengar ada diantara mereka yang pergi untuk menyalakan lilin solidariti kerana penahanan Chin Huat turut ditangkap polis secara tidak sah. Saya diberitahu bahawa OCPD langsung tidak memebrikan mereka masa untuk beredar dan terus menggunakan kuasanya dengan rakus.

Apabila saya disana, saya dapat melihat dengan mata sendiri bahawa cara OCPD Brickfields bercakap dan berlagak macam samaseng. Tidak ada langsung satu inci pun keprofesyenalan pada dirinya. Kemudian beliau menghalau kami keluar walaupun pada masa itu kami hanya menunggu mereka yang ditahan. Yang turut ditahan adalah lima orang peguam yang menunggu untuk membela mereka yang ditahan sebelum mereka.

OCPD Brickfield langsung tidak mahu berbincang dengan sesiapa termasuk Presiden Majlis Peguam Negara. Begitu angkuh sekali tingkahlaku beliau sehingga tidak pernah saya melihat seorang OCPD berkelakuan begitu teruk. Saya menyarankan beliau dihantar untuk khusus pemulihan untuk mendapat latihan tentang bagaimana berintergrasi diantara manusia.

Sungguh sedih sekali. Hari hitam di Perak dan juga di Brickfields.

May 7 – Reformasi dan Malaysian GODS


Hari ini saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel bersama Elizabeth Wong untuk mengulas zaman Reformasi dan pada masa yang sama menonton sebuah rencana keluaran Amir Muhammad bertajuk Malaysian GODS – a year that shook the nation mengenai masa reformasi 1998.

Kami juga diminta mengulas tentang masadepan Malaysia dalam tahun 2018. Saya mengutarakan bahawa harapan untuk Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan persekutuan amat cerah dan hampir pasti. Namun saya mengatakan bahawa penukaran sebuah kerajaan tidak bererti penukaran satu sistem kerajaan. Saya juga menyarankan perlu ada pendidikan massa setiap masa seperti yang berlaku di Venezuela untuk memantapkan gerakan rakyat

Dokumentari Amer amat menarik dan keseluruhan rencana ini diambil dalam Bahasa Tamil dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Ramai diantara mereka yang hadir adalah dari kalangan seniman.

Mei 6, 2009- Pemandu Taxi Semenyih adu dipinggirkan


Satu perwakilan dari Persatuan Pemandu dan pemilik Kereta sewa Semenyih, Hulu Langat telah berjumpa dan mereka mengadu bahawa tempat taxi stand mereka kini di Semenyih Sentral amat tidak strategik dan mereka langsung tidak mendapat keuntungan. Mereka juga mengadu bahawa penumpang mereka biasa disapu oleh taxi sapu yang banyak dikawasan tersebut. Mereka meminta tempat alternatif untuk taxi stand. Saya berjanji akan mengutarakan keluhan mereka kepada pihak MPKJ untuk mencari tempat yang lebih strategik di pekan Semenyih.

May 6 – Mesyuarat pertama MPP Zon 18





Hari ini lebihkurang 30 orang menghadiri mesyuarat pertama MP zon 18. Kehadiran amat memberangsangkan. Wakil Penduduk dari Bandar Rinching, Pelangi Semenyih, Sri Tanjung, Taman Tasik Semenyih dan Taman Manikavasagam menghadiri mesyuarat pertama yang diadakan di Pejabat Penghulu, Semenyih

Agenda mesyuarat membincangkan pembentukan Jawatankuasa MPP Zon 18, Pembentukan Belia, Sukaneka dan aduan-aduan penduduk. Terdapat juga pelbagai cadangan bagaimana untuk memantapkan perkhidmatan perbandaran dan cara komunikasi yang lebih baik.

May 5 – Merayakan Hari Jadi Marx




Karl Marx, Ahli Falsafah dan orang yang dianugerahkan sebagai pemikir paling pintar abad ke 21 telah dilahirkan pada hari ini pada tahun 1818 di Negara Jerman. Marx terkenal dengan teori dialetika, teori buruh dan capital, teori ekonomi dan pemahaman tentang perjuangan kelas.

Di PSM Semenyih, kami telah mengadakan satu jamuan ringkas dikalangan ahli PSM dan mereka yang datang mengunjung ke Pusat Khidmat kami pada hari ini. Satu tayangan gambar progresif juga telah ditayangkan. Ramai komrad yang telah menyumbang makanan kepada program yang agak sederahana ini.

May 3 Isu Bukit Jelutong masih belum selesai



Hari ini saya dan V.Selvam, Ahli JK Pusat PSM dan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan mesyuarat susulan dengan bekas Pekerja ladang Bukit Jelutong. Mesyuarat ini diadakan kerana mungkir janji Guthrie yang masih belum menyiapkan rumah kos rendah yang dijanjikan kepada bekas pekerja ini. Bekas pekerja ini juga leka untuk ketika dan baru sekarang telah meminta semula bantuan PSM. Kami telah membentuk satu Jawatankuasa Baru dan kemudian telah meminta satu lagi mesyuarat untuk mengatur langkah seterusnya

May 3 – Pejabat Zon 18 dibuka secara rasmi










Majlis Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat bagi MPP Zon 18 telah dibuka secara rasminya pada hari ini. Perasmian dibuat oleh Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Bin Che Mat. Turut hadir adalah Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM Nasional dan Encik Kamuralazaman, mewakili Dato YDP MPKJ.

Program ini dipengerusikan oleh saudari Parameswari dari PSM. Ucapan Pembukaan dibuat oleh saya sebagai Ahli Majlis zon 18 dan selaku tuan rumah program ini. Ucapan juga diberi oleh tetamu kehormat yang lain. Kemudiannya Dr. Che Rosli memotong ribbon merasmikan Pusat Khidmat tersebut.

Ramai orang menghadiri program ini dan memberi isyarat bahawa Pusat Khidmat ini nanti akan digunakan secara kolektif oleh masyarakat di kawasan ini. Kemudian Shima, Pembantu tadbir saya juga telah memberikan cenderamata kepada ketua-ketua Kesatuan penduduk.

Makan tengahari juga dihidangkan disamping para tetamu mengunjung pejabat dan Pusat Khidmat masyarakat. Dengan adanya Pusat Khidmat ini diharap dapat memberikan lebih sumbangkan kepada rakyat Semenyih selaras engan slogan zon 18 – Bersama Membina Kuasa rakyat.

May 2, 2009 Perkhawinan Komrad Prakash





Prakash, seorang aktivis dari KOMAS berkhawin pada hari ini di Batang Berjuntai. Kami menghadiri makan malam perkhawinan di Dewan Sekolah Cina yang serba besar dan indah. Perkhawinan ini sungguh unik kerana bapa Prakash iaitu Sinnappan adalah seorang Aktivis Masyarakat veteran dan Pengasas Peopes Service Organisation (PSO). Justeru itu, kami dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan lama dan aktivis lama. Diharapkan Prakash akan terus aktif dan bersama isteri beliau akan melibatkan diri dalam membela hak-hak golongan tertindas.

Malam Bantu Pembedahan Kidney Jeyanthas – 1 Mei 2009



Jeyanthas adalah salah seorang aktivis yang saya kenali sejak zaman Reformasi lagi. Masa sekarang beliau aktif dengan Hindraf. Beliau adalah seorang yang tekun, berdedikasi dan berani. Biasanya beliau nampak sangat “cool” tetapi sejak kebelakangan ini telah memainkan peranan yang penting dalam mengebarkan maklumat mengenai Hindraf dan aktivitnya. Beliau juga membantu mangsa tanpa mengikut kaum dan agama. Malam ini adalah malam mengutip sumbangan kewangan bagi Jeyanthas yang mengalami masalah dengan kidney. Ramai Ahli Politik yang datang ke program ini. Di pihak PSM, saya bersama Dr. Nasir, Selvam dan Mohan turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada beliau.

Saturday, May 2, 2009

Hari Pekerja 2009 - 1 Mei 2009







Deklarasi Mei 1 2009

Tahun 2009, dunia dan negara sekali lagi dilanda Krisis Ekonomi yang dashyat yang akan menyebabkan lebih 50 juta warga pekerja dunia hilang pekerjaan, kemiskinan meningkat dan penindasan berleluasa. Dalam masa yang sama ramai juga rakyat bangkit menuntut kebebasan dari penindasan ini dan menyuruh kerajaan dan kapitalis bertanggungjawab terhadap krisis ini dan menyelamatkan pekerja di setiap pelusuk dunia.

Krisis ekonomi yang kita hadapi sekarang adalah yang paling teruk sejak 1930 . Eksport Negara jatuh hampir 30%. Harga komoditi penting seperti minyak, gas dan kelapa sawit turun di pasaran dunia.Ini
bermakna pendapatan negara berkurangan. Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji! Dijangka lebih 1 juta pekerja akan hilang kerja di Malaysia. Kadar pengangguran pula dijangka berganda 2 kali dari 3.1 pada tahun 2008. Ini juga bererti hampir 60% keluarga di Malaysia yang kini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan akan bertambah miskin!

Apakah jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan? Suntikan wang 67 billion untuk mengurangkan impak kegawatan. Malangnya ianya tidak disalurkan terus kepada rakyat. Hanya 2 billion diperuntukkan untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, manakala sektor swasta menerima 29 billion! 7 billion pula diberi kepada Valuecap, untuk membantu kroni yang kecundang dalam Bursa Saham–ertinya 7 billion wang rakyat digunakan untuk membela peniaga-peniaga yang main judi di Bursa Saham. Jelas sekali, kerajaan Malaysia hanya hendak menyelamatkan kroninya dan bukan rakyat.

Krisis ekonomi bukanlah benda yang baru. Ia merupakan kesan daripada sistem kapitalisma yang tidak
terancang. Setiap 10 tahun sekali, ia akan melanda dunia dan membawa kesengsaraan kepada rakyat. Cukup sudah dengan penindasan dan kegagalan sistem kapitalisme ini. Akibat kegagalan sistem kapitalisme ini ramai pekerja telah terkorban kerana menentangnya, namun perjuangan tidak terhenti kerana penindasan masih berterusan. Mei 1, 2009, adalah ulang tahun kebangkitan kaum pekerja 123 tahun yang lalu.


Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni menjadi laungan Hari Pekerja 2009 dan kami dengan sesunguhnya membuat tuntutan-tuntutan seperti dibawah:

1 Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
2 Pastikan Pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.
3 Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bankbank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .
4 Berikan tanah untuk Pertanian kepada pekerja yang hilang kerja untuk memulakan aktiviti pertanian .
5 Berikan Catuan Makanan – membekalkan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang hilang pendapatan.
6 Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui cukai baru seperti GST.
7 Tunaikan Manifesto Pilihanraya terutamanya cuti bersalin, gaji minima, faedah persaraan dan lain-lain janji yang mengurangkan beban kaum pekerja.
8 Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.
9 Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.
10 Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undangundang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
11 Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.
12 Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.
13 Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan
dipersetujui oleh semua.
14 Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
15 Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat (Pembersihan setinggan 1969). Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.
16 Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.
17 Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
18 Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan

1. Academy of Tamil Studies
2. All Liberty Collective
3. Akar Anak Bangsa Malaysia
(AKRAB)
4. Alaigal
5. Aliran Kesedaran Negara
(ALIRAN )
6. All Women Action Society (AWAM)
7. Ampang Socialist Arts Club
8. Anak Muda Sri Perantau
9. Centre for Independent
Journalism ( CIJ)
10. Centre for Orang Asli Concrens
( COAC)
11. Child Development Initiative
12. Education and Research
Association for Consumers (ERA)
13. Educational Welfare and
Research Foundation
14. Federation of Malaysian
Consumers Association (FOMCA)
15. Gabungan Anak Muda & Pelajar,
JERIT
16. Gabungan Mahasiswa Islam
SeMalaysia (GAMIS) Johor
17. Gabungan Membantah FTA USMalaysia
18. Gerakan Demokratik Belia dan
Pelajar Malaysia (DEMA)
19. Gerakan Mahasiswa Maju
(GMM/UPM)
20. Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI)
21. Group of Concerned Citizens)
22. Hindu Youth Organization
23. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT
24. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Denudin
25. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Glengowrie
26. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Kirby
27. Jawatankuasa Bertindak
Kampung Berembang
28. Jawatankuasa Bertindak
Kampung Papan
29. Jawatankuasa Bertindak
Kampung Temenggong
30. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Abaco
31. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Bangi Lama
32. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Braemer
33. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Brooklands
34. Jawatankuasa Bertindak Ladang
Sg. Rinching
35. Jawatankuasa Kebajikan
Mahasiswa/I , UKM
36. Kesatuan Sekerja Guppy Plastics
37. Kumpulan Anak Bangsa Malaysia
38. Lajnah Pekerja dan Peneroka
Bandar, PAS
39. Malaysian Dravidian Association
40. Malaysian Indian Development
Associations of Selangor
41. Malaysian Tamil Foundation
42. Malaysian Trade Union Congress
(MTUC)
43. Monitoring Sustainability of
Globalization
44. New Era College Student
Progressive Front (NEC SPF
45. New Era College Student Union)
46. PANGGAU, Sarawak
47. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
48. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
49. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
50. Parti Tindakan Demokratik ( DAP)
51. Pemuda Sosialis
52. Penang Watch
53. People’s Service Organization
(PSO)
54. Persatuan Alumni PBTUSM
Selangor
55. Persatuan Bahasa Cina , UM
56. Persatuan Bahasa Cina Universiti
Utara Malaysia (PBC UUM)
57. Persatuan Bahasa Tionghua
Universiti Sains Malaysia (PBT
USM)
58. Persatuan Bahasa Tionghua,
UPM
59. Persatuan Hak Asasi Manusia
Malaysia(HAKAM
60. Persatuan Masyarakat Selangor
& Wilayah Persekutuan
(PERMAS)
61. Persatuan Pengguna Selangor &
Wilayah Persekutuan
62. Persatuan Sahabat Wanita
Selangor
63. Persatuan Tamil Neri Malaysia
64. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
65. Pusat Kesedaran Komuniti
Selangor (EMPOWER)
66. Pusat Khidmat Pekerja Tanjung
(PKPT)
67. Pusat KOMAS
68. Save our Sungai Selangor
69. Sekretariat Silat Kalimah
Antarabangsa (SKA)
70. Semparuthi Iyakkam
71. Serdang Bharu School Alumni
Youth Section
72. SHURA (Sekretariat Himpunan
Ulama Rantau Asia)
73. Sister's In Islam
74. SOS(Save Ourselves)
75. Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM)
76. Suara Warga Pertiwi(SWP)
77. Tamil Youth Bell Club
78. Teras Pengupayaan Melayu
(Teras) Johor
79. Universiti Sains Malaysia Student
Progressive Front (USM SPF)
80. Universiti Utara Malaysia Student
Progressive Front (UUM SPF)
81. Women Aid Organisation (WAO)
82. Youth for Change