ShareThis

Friday, January 30, 2009

22-1-2009 Usul Penangguhan tentang Krisis Ekonomi dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKJ

Hari ini dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKJ, saya telah membuat ucapan penangguhan mengenai Krisis ekonomi dan tanggugjawab yang patut dimainkan oleh Kerajaan Tempatan untuk mengurangkan beban rakyat.

Ini mungkin kali pertama usul penangguhan sedemikian dibuat diperingkat Majlis Tempatan. Saya cukup gembira apabila usul saya disokong oleh Chandra Mohan dan Tuan Haji Mohd Shafie Ngah. YDP yang pada awalnya tidak begitu berminat terpaksa sekarang membentuk satu Task Force untuk membincangkan usul dan cadangan saya.

Dibawah adalah Usul saya

Krisis Ekonomi yang melanda kita adalah amat serius dan menurut Samsuddin Bardan 200,000 pekerja kilang akan dihentikan dan krisis ini akan berlanjutan untuk 18 bulan. Semasa krisis pada tahun 1998, hanya 885,000 yang dibuang kerja. Krisis ini amat penting dan kita di Kerajaan Tempatan mesti mengambil langkah untuk menguangkan beban rakyat kerana rakyat memang akan menerima kesan daripada krisis ini.

Saya ingin menguatakan beberapa statistik yang mengerunkan


23 Dec 2008: 5,000 pekerja akan dihentikan kerja oleh 137 majikan, menurut Menteri Sumber Manusia S.Subramaniam
13 Jan 2009: 1,500 pekerja Western Digital di Sarawak kehilangan kerja akibat kilang ditutup oleh pemilik syarikat dari US.
300,000 pekerja Malaysia di Singapura dijangka akan kehilangan kerja manakala 17 kilang di Kedah telah membuang 1,429 pekerja setakat ini
19 Jan 2009 : 45,000 pekerja akan kehilangan kerja semasa Tahun Baru Cina untuk 2 atau 3 minggu dan pekerja diminta ambil cutibergaji dan tidak bergaji. Menteri juga juga berkata sejak 12 Januari, 14,000 pekerja dari pelbagai sector telah dibuang kerja

Di kawasan sekitar Hulu Langat, tinjauan kami mendapati
• Solid Gold:20 pekerja dihentikan kerja & Pekerja migran dihantar balik
• Syarikat Sony,Bandar Baru Bangi ditutup dari 25 Dec – 6 Jan 09. Sudah pun hentikan 200 pekerja kontrak. Operasi syarikat dari 24 jam menjadi 17 jam.
• Syarikat Kris Komponen, di Cheras Jaya, Cheras kurangkan hari kerja kepada 4 hari sejak 4/1/09 dan 2 hari dalam seminggu, pekerja dipaksa ambil cuti tahunan atau cuti tidak berbayar; 3 shif jadi 2 shif kerja dan 120 pekerja migran telah dihentikan kerja.
• Guppy Plastik Industries Sdn Bhd: tidak lagi ada Overtime
• Syarikat Asai Kosai: dijangka akan kurangkan pekerja
• Syarikat NSK, di Taming Jaya dijangka akan ditutup
• Syarikat Hitachi juga kurangkan operasi dari 24 jam jadi 1 shif kerja sahaja dan 5 hari kerja jadi 4 hari.
• Ryoka telah mengurangkan masa bekerja dari 12 jam ke 8 jam
• Hitachi Consumer pada May 2008 telah memberhentikan lebih 60 orang pekerja
• Global Manufacturing Solution kini sudah menghantar semua barang mereka untuk dikontrak keluar
• Kilang Onkyo –dijangka akan kurangkan pekerja
• Denso : tiada overtime dam masa kerja 8 hingga 5.30pm
• Kenseisha: tempoh hari kerja dikurangkan sehingga 4 hari

Untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi, saya mengusulkan beberapa tindakan yang boleh diambil di peringkat Majlis tempatan. Saya juga berharap satu perbincangan khas diadakan untuk mengatasi masalah ini
1. Lesen-lesen perniagaan sementera dikeluarkan dan syarat dilonggorkan
untuk memberikan lesen sementera(3 bulan) kepada mereka-mereka yang telah dibuang kerja.
2. Kepada masyarakat berpendapatan rendah dan miskin, dan jika mereka tidak mampu membayar cukai pintu, denda ditangguhkan atau dibatalkan.
3. Majlis memberi penelitian dan syarat khas untuk projek masa depan supaya kontrakter yang diambil untuk membuat kerja memberi keutamaan kepada pekerja tempatan
4. Majlis perlu memastikan tidak ada pembaziran dalam program-program membazir wang dan perlu berhati-hati mengunakan wang

No comments: