ShareThis

Tuesday, November 23, 2010

Masalah Pencemaran di Sg Lalang oleh Kilang Glopadu

Berikut adalah maklum balas yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar Ngr Selangor (JAS)berhubung masalah pencemaran di Sg. Lalang

Sila klik pd imej surat


Masalah Pencemaran di Sg Lalang oleh Kilang Glopadu

19/10/2010

En. Yahya bin Othman
Ketua Cawangan
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kajang
Tingkat 3, Kompleks Perhentian Kajang,
Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor.


Tuan,


Per: Masalah Pencemaran di Sungai Lalang, Semenyih Oleh Kilang Glopadu (M) Sdn. BHd.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan bertarikh 18/2/2010, No. Rujukan : Kj (B)35/130/102/016 ( ).

Di dalam surat tersebut, tuan telah memaklumkan bahawa pihak tuan telah membuat siasatan terhadap aduan yang saya kemukakan berhubung pencemaran Sungai Lalang oleh kilang Glopadu. Hasil siasatan mendapati bahawa kilang tersebut menjalankan proses kitar semula plastik yang melibatkan proses perincihan dan basuhan plastik terpakai. Air basuhan plastik dilepaskan ke alur air berdekatan tanpa ditapis terlebih dahulu mengakibatkan terdapat sisa-sisa plastik terlepas ke alur air.

Tambahan pula, pihak kilang telah diarah mengambil langkah-langkah seperti membina perangkap sisa plastik beserta perangkap minyak bagi mengelakkan sebarang sisa plastik terlepas dan pihak kilang diminta mengemukakan cadangan pemasangan alat-alat ini kepada pihak tuan dalam tempoh masa dua minggu.

Kini sudah hampir lapan bulan, namun, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas berhubung isu ini dari pihak tuan. Saya tidak pasti sama ada pihak kilang telah memasang alat-alat perangkap sisa plastik dan minyak seperti yang dicadang oleh pihak tuan.

Sementara itu, saya masih menerima aduan daripada En. Hamzah berhubung pembakaran terbuka serta aktiviti pencemaran sungai oleh Kilang Glopadu. Aduan-aduan ini dikemukan oleh beliau menerusi blogspot saya.

Oleh yang demikian, saya meminta kerjasama pihak tuan untuk terus menyiasat perkara ini serta mengawasi aktiviti-aktiviti kilang Glopadu. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 019-2537791.

Sekian.

Yang benar,


S. Arutchelvan
Penyelia DUN Semenyih &
Ahli Majlis Kajang

Wednesday, November 17, 2010

Pejuang Rakyat Bala meninggal dunia


No one is indispensable we often hear, but for the PSM and the marhein, Bala is indispensable

Comrade G. Balasundram was stabbed to death on November 16, 2010. He is really, truly no more, but the mind refuses to register this unacceptable reality. That’s because he was so alive, bubbling with life, loud, boisterous. So many of us have seen him, or had a meal with him or got a call or a witty sms from him just in the 24 hours before his sudden and tragic death.
Just a day earlier, he had turned up at the Ipoh High Court as co-counsel with Vengkat, his soul buddy, to appeal the conviction of four activists, including Segar of PSM, who had gathered with hundreds of others to demand the relocation of a rubber factory that was polluting the Kuala Kuang New Village in Chemor.
Bala was involved in many legal battles fought between poor, oppressed communities on the one hand and developers or the government on the other. One day in March 1996, close to 200 villagers from Kg Chekkadi had marched to the Buntong police station to make a few police reports against forced eviction. They ended up all being arrested and detained; the presence of the FRU blew up the issue. Bala, who had not yet started legal practice in Ipoh then, turned up of his own accord to make a police report on the unlawful arrest. He didn’t know us then, but what he heard must have made him indignant enough to act. That was the Bala we got to know - he would ‘tremble indignation at every injustice’ (Che Guevara’s words) and step in to play a role.
Since then, Alaigal first, and then the PSM have virtually claimed Bala for our own, endlessly taking him away from his paying cases to do our pro-bono cases. He has worked round the clock, giving his best, researching and scrutinizing all aspects while preparing our cases.
Bala had no illusions about the Malaysian judiciary, and often groused about it. There were many ‘impossible’ cases he fought for us. These were usually eviction cases brought about by or taken against the government, or plantation companies or developers. Some examples are:
-in 1999, he represented the Kg DBI villagers of Spooner Road at the Ipoh High Court and won an injunction against the mayor of Ipoh, compelling him to abide by the guidelines on the dismantling of asbestos material when demolishing the ex-workers houses
-the Perak State Economic Development Corporation’s eviction case against Strathisla Estate workers fighting for alternative housing earlier promised them by the plantation company Golden Hope
-the Kg Sri Klebang residents’ suit against the government for illegally demolishing the homes they had built on land allocated to them
-the case of the third generation farmers of Tanah Hitam who were fighting a court decision in favour of a housing developer who was about to move in and evict the farmers from their highly productive farmland
-the case of a small businessman facing eviction by rail conglomerate, MMC Gamuda
-the Kg Pinang villagers’ case against developers trying to evict them
-numerous labour and industrial cases in which he openly made known his indignation at the many loopholes in the labour laws, and the bias of officers from the related departments
He was also our counsel for the election petition filed by then Sg Siput parliamentary candidate, Kumar Devaraj, challenging the 1999 general elections result for the Sg Siput constituency.
Bala was the de facto legal consultant for PSM and he and Vengkat formed a formidable team whom we could rely on for sound legal advice, able representation, and free services. He was ever generous with his time, always ready to discuss and throw light on the many legal issues that cropped up in our work.
In all our cases, Bala’s standard advice was for us to keep up and carry on the ground fight while he took care of the court battle. He believed in people’s power and had little faith in the judiciary meting out justice. His complementing the ground battle with his competent legal representation helped win many victories for communities marginalized by development.
He was humble about his talents and scholarship, and would appear in gatherings of the poor communities he was representing, and just fit in without fanfare.
No one is indispensable we often hear, but for the PSM and the marhein, Bala is indispensable. And if not for the escalating lawlessness in this country, Bala would still be with us today. He had no known enemies, certainly no one he had harmed enough to pay with his life. If only more attention and resources were spent by the government on identifying and addressing the underlying causes of crime in the country, life and limb would have the value and sanctity it once had.
Bala’s family has lost a doting father, a beloved husband, a very dear son and an esteemed brother. Those who knew him have lost his valuable and selfless friendship. The PSM has lost a comrade in its struggle for a more just society. The working class and marhein have lost a spirited fighter.
We deeply mourn our loss.
Rani Rasiah
PSM Deputy Secretary Geneal
17 November 2010

Wednesday, November 10, 2010

3-11-2010 - Perlu memantapkan perjuangan peneroka di Kampung Kenangan, Klang





hari ini, saya bersama Ahli JK Pusat PSM Sdr Selvam dan wakil JERIT Sdr Theva melawat dan mengadakan mesyuarat di kampung Kenangan , Klang. Nampaknya penduduk disana sudah lesu dengan perjuangan yang mengambil masa panjang walaupun mereka masih menanti untuk diberikan tanah.

Namun demikian , tempat ini dicadangkan untuk projek pembangunan PKNS. Wakil-wakil PSM menasihatkan penduduk disana untuk memanggil satu lagi mesyuarat dan memantapkan perjuangan. Hanya melalui tuntutan jelas dan perpaduan Peneroka sahaja, mereka boleh membuat tuntutan dan memperjuangkan nasib mereka.

30-10-10 - Pansapuri Haneko = penghuni sedikit, masalah banyak







Daripada 200 unit, hanya 40 diduduki dan anatara itu, 50% adalah penyewa.Namum masalah di pangsapuri Haneko adalah banyak. Pemaju nampaknya sudah cuci tangan manakala satu JK beusaha dengan mengutip RM 15 setiap bulan. Dalam mesyauarat bersama penduduk, mereka melahirkan banyak masalah antaranya isu lampu jalan, penyelenggaran, rumah sampah tad ada tong, tekanan air rendah, jalan berkumpuh, bumbung rosak dan ketiadaan cat.

Saya memberitahu akan menyaman Pemaju untuk satu mesyuarat di MPKJ bersama dengan JK penduduk dan Pesuruhjaya Bangunan (COB). Pemaju mesti melaksanakan 80% daripada masalah manakala MPKJ juga perlu campurtangan desak supaya isu ini diselesaiakan.

30 Okt - JK Kuil Taman Tasek Kesuma sedia meneliti cadangan JMB




Susulan daripada mesyuarat dengan JMB Pangsapuri Baiduri semalam, saya telah mengadakan mesyuarat dengan JK Kuil pula untuk memberitahu cadangan JMB dan bertanyakan pandangan mereka. JK Kuil hendak melihat dahulu tempat yang dicadangkan oleh JMB kuil sebelum membuat sebarang keputusan. Mereka juga melahirkan kerisauan jika kawasan baru juga menghadapi masalah yang sama. Mereka mahukan sesuatu yang lebih pasti.

30-10-10 - Jalan Pintas SK Bandar Rinching dalam proses siap





Akhirnya permintaan Ahli Majlis S.Arutchelvan untuk mentar jalan pintas yang diguna ramai di Sekolah menengah Bandar Rinching akhirnya dalam proses penyiapan. Namun kerja mentar tergendala ekoran hujan. Namun kontrater memberi syor akan menyiapkan mengikut spesifikasi. Jalan pintas ini dibina melalui peruntukan yang dikhaskan untuk Ahli Majlis. Usaha untuk mentar ini melalui banyak proses birokrasi kerana melibatkan sempadan antara dua pemaju.

30 Okt 2010 - Broga dibanjiri aduan










Hari ini saya membuat lawatan ke Broga ekoran permintaan daripada JK Penduduk disana. Dari masa saya disana, saya dibanjiri pelbagai aduan antaranya hakisan tanah, longkang pecah dan runtuh, jalan rosak, isu pokok dan lain-lain.

Setelah melawat Broga, nampaknya isu adalah agar besar dan memerlukan bajet yang tinggi. Satu lagi lawatan perlu dilakukan dengan kehadiran jabatan Kejuruteraan.

30-10-10 - Taman Tasek Semenyih mahu bantuan keselamatan



Taman Tasek Semenyih adalah antara Taman yang paling banyak mempunyai kawalan keselamatan. Malah mereka juga mempunyai sebuah pondok polis. Namun demikian mereka meminta supaya satu ruang dibina dibelakang rumah-rumah mereka dan semak samun kerana khuatir ia terdedah kepada perompok untuk memasuki dari kawasan belakang.

29-10-10- Mesyuarat dengan JMB Pangsapuri Baiduri - isu pmbinaan kuil di Taman Tasik Kesuma






Hari ini saya bersama pasukan PSM duduk bersama JMB Pangsapuri Baiduri di taman Tasik Kesuma untuk mendengar bantahan mereka mengenai pembinaan sebuah kuil hindu dibelakang pangsapuri Blok X. JMB juga mencadangkan satu kawasan alternatif dan bercakap cadangan mereka adalah mereka merasakan tempat alternatif ini lebih sesuai untuk dibina kuil. Selain itu meereka juga mengatakan bahawa majoriti penduduk disana adalah beragama Islam.

Sdr. Arul menjelaskan bahawa isu majoriti satu kaum bukaan lagi menjadi satu dasar untuk meluluskan pembinaan satu rumah ibadat atau tidak. Beliau berkata bahawa pihak kuil memang membina di tapak yang disediakan oleh pemaju tetapi beliau akan duduk berbincang dengan JK Kuil dan pihak pemaju samada mereka setuju dengan cadangan dari JMB.

Mesyuarat berjalan dengan suasana aman dan mesra. Sdr Arul juga berkata ini adalah satu fenomena baru di Malaysia dimana 20 tahun yang lalu memang tidak ada masalah untuk tempat ibadat pelbagai agama didirikan di tempat bersebelahan. Hari ini setiap pembinaan tempat ibadat disusuli dengan bantahan

29-10-2010 = Dr.Kumar wakil rakyat pertama saman kerajaan kerana ingkar bagi peruntukan pembangunan







KUALA LUMPUR,29 Okt – Ahli Parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan Persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa “peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik.”

“Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya,” kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Dipetik dari Selangor Kini

Untuk afidavit sepenuhnya :http://www.parti-sosialis.org/articles/1233

Gambar -PSM

28-10-2010 Peneroka Bandar merungut kepada Dr. Nasir dan PSM






Hari ini Peneroka Bandar dari 4 kawasan iaitu Kampung Keroyong, Kampung Papan, Kampung Fajar dan Kampung Kenangan datang ke Pejabat ADUN Kota Damansara untuk merungut mengenai masalah mereka dan mereka juga tidak puas hati bagaimana kerajaan Negeri menangani masalah mereka. Selain daripada itu, wujud juga masalah dalaman di kalangan peneroka dari segi tuntutan berbeza dan isu perpaduan.

Dr. Nasir bersama dengan Sdr. Selvam, saya dan wakil dari JERIT turut menasihati mereka. Beberapa langkah susulah telah diatur antaranya mengadakan rundingan langsung dengan pihak Kerajaan negeri dan memantapkan lagi barisan peneroka di kampung masing-masing.

28-10-10 Beri latihan kepada aktivis mengenai Hak semasa perhimpunan



Hari ini seramai tujuh orang aktivis NGO menghadiri satu kursus bagaimana menangani isu dan undang-undang semasa satu perhimpunan. Antara perkara yang disentuh adalah isu samada perlu mengambil permit atau tidak, bagaimana membuat rundigan, isu penting yang perlu diatur sebelum dan semasa satu perhimpunan. Program ini dianjurkan oleh SUARAM dan diadakan di pejabat Amnesty International. Saya menjadi trainer untuk program ini.

28 okt 2010 - Mesyuarat khas Isu kebakaran Gerai Semenyih





Hari ini atas inisiatif Sdr. Arul, MPKJ telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan para peniaga dan pemilik kedai yang menajdi mangsa ekoran kebakaran gerai dihadapan Bangunan Telekom. Turut hadir adalah Ahli Majlis Ong yang mempengerusikan mesyuarat dan Sdr Shamsul dari PAS. Pihak lain yang turut hadir adalah Pejabat Tanah dan Bahagian Pelesenan MPKJ.

Dalam mesyaurat tersebut, semua mangsa diberi tempat berniaga alternatif di Semenyih Sentral sehingga menanti pihak MPKJ memohon tanah tersebut di lokasi asal tempat gerai tersebut dari pihak Pejabat tanah. Cadangan MPKJ adalah untuk membina balik gerai disana dimana keutamaaan akan diberi kepada peniaga masa kini.