ShareThis

Friday, January 30, 2009

20 Januari 2009 MB berdiolog dengan Ahli Majlis

Hari ini dari pagi sampai petang, saya di SUK, Shah Alam. Disebelah pagi, kami mendengar ceramah dari Derek seorang Ahli Majlis MPPJ dan aktivis Alam Sekitar dari Petaling Jaya dan Nadeswaran, seorang pemberita dari SUN. Dua ceramah ini amat berguna kerana penceramah membincangkan tugas Ahli Majlis dan peranan yang patut dimainkan oleh kami sebagai Ahli Majlis. Kemudian satu penerangan telah diberi mengenai Ombusdman, Akta Kebebasan Informasi dan Pilihanraya Majlis Tempatan. Ramai Ahli Majlis telah bersuara dan memberi pandangan. Suasana forum memang baik tetapi adakalanya ada Ahli Majlis yang utarakan isu-isu remeh.

Disebelah petang, YAB Menteri Besar Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan Ahli Majlis. MB memberitahu banyak perkara antaranya bahawa dia tidak boleh sewenang-wenangnya buang YDP Majlis dan Kerajaan Negeri sedang menangani beberapa masalah dari masa ke semasa. Ramai Ahli Majlis pula merunggut kerana kurang elaun. Realitinya kerani Ahli Majlis mendapat gaji lebih tinggi dari Ahli Majlis. Terdapat juga pandangan segelintir kecil Ahli Majlis yang berpendapat bahawa cara Forum ini diadakan tidak baik kerana semua speaker yang dibawa kutuk Kerajaan Pakatan dan kakitangan Kerajaan Negeri.

Saya balik dari Mesyuarat tersebut dengan pandangan bahawa selagi tidak ada pilihanraya Majlis Tempatan, selagi itu kewibawaan Ahli majlis akan sentiasa dipertikaikan. Kerajaan Pakatan Rakyat pula nampaknya belum mengambil langkah drastik untuk mengubah keadaan tetapi mengambil langkah berjaga-jaga. Adakah reform boleh dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat atau adakah Pakatan Rakyat akan mengambilalih tabiat kerajaan BN. Inilah cabaran paling besar bagi Kerajaan Pakatan. Rakyat buat masa ini masih bersama Pakatan tetapi soalan akan terus timbul jika kita gagal melaksanakan program-program yang betul-betul memperkasakan rakyat.

No comments: