ShareThis

Friday, April 29, 2016

Mesyuarat Bersama Penduduk Hospital Kuaters Sg. Jeluk

Hari ini 29/4/2016, satu mesyuarat telah diadakan bersama penduduk hospital kuarters Sg. Jeluk berhubung isu notis pengusiran.

Tuesday, April 19, 2016

Mesyuarat bersama Komiti Kubur Hindu & Kristian Ladang Denudin

Hari ini 19/4/2016, satu mesyuarat bersama Komiti Kubur Hindu & Kristian Ladang Denudin telah diadakan di Pejabat PSM untuk membincangkan berhubung peruntukan tanah untuk Kuil dan Gereja Ladang Denudin.

Mesyuarat Bersama Komiti Kubur Hindu & Kristian Paling Jaya

Hari ini 19/4/2016, mesyuarat susulan di antara Komiti Kubur Hindu dan Kristian Paling Jaya telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih.


Thursday, April 14, 2016

Perayaan di Kuil Sg. Rinching

Hari ini 14/4/2016, Sdr. Arul serta wakil-wakil PSM Semenyih telah dijemput ke perayaan di Kuil Sg. Rinching. Jawatankuasa Kuil turut memberikan cenderamata sebagai satu penghargaan kepada PSM Semenyih. 

Sunday, April 10, 2016

Edaran Beras Untuk Keluarga Kurang Mampu


PSM Semenyih telah menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang mampu dengan mengedar beras untuk mengurangkan bebanan mereka. 

Monday, April 4, 2016

Mesyuarat Isu Perumahan Ladang Denudin


Hari ini 4/4/2016, satu mesyuarat penyelesaian isu perumahan bekas pekerja ladang Denudin telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih. Mesyuarat ini diadakan di antara bekas pekerja ladang Denudin dan pemaju Inch Kenneth. 



Sunday, April 3, 2016

Melawat Penyokong PSM


Hari ini 3/4/2016, pasukan PSM Semenyih telah melawat beberapa ahli dan penyokong PSM. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahli dan penyokong serta berkongsi perkembangan serta aktiviti terkini, di samping mengedarkan Berita Sosialis.