ShareThis

Tuesday, December 31, 2013

Say No to GST ! Say No to Price Hike!

Bersama rakyat jelata di protes bantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka.

Wednesday, December 11, 2013

Mesyuarat J/k Ladang Semenyih

Satu mesyuarat telah diadakan bersama J/K Ladang Semenyih bersama majikan mereka Sime Darby untuk membincangkan mengenai penempatan semula kuil ladang dan gereja ke tempat lain. Sdr. Arul selaku penasihat J/K Ladang Semenyih turut hadir ke mesyuarat ini. Ladang Semenyih telah menamatkan operasi serta telah dijual untuk tujuan pembangunan. Namun, sehingga kini para penduduk masih menanti rumah alternatif yang dijanjikan kepada mereka.

Sunday, December 8, 2013

Pertandingan Bola Sepak Piala P.Veerasenan ke -20

 

Pertandingan bola sepak Piala P.Veerasenan ke-20 telah diadakan pada 8 Disember 2013 di Stadium Bandar Baru Bangi. Pihak penganjur tahun ini adalah PSM Kajang dan JERIT. Terdapat beberapa perkara penting yang berlaku pada tahun, antaranya

  • kali ini merupakan kali pertama pertandingan piala P.Veerasenan diadakan di sebuah Stadium iaitu di Stadium Bangi. Pada awalnya, pihak penganjur ingin mengadakan pertandingan ini di Stadium Kajang dan telah membuat booking. Namun, pada saat akhir pihak MPKJ telah memaklumkan bahawa pertandingan ini tidak dapat dijalankan di Stadium Kajang kerana masalah parking akibat kerja-kerja pembinaan MRT dan juga stadium tersebut tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan yang banyak.
  • selepas sekian lama, pertandingan piala P. Veerasenan telah mendapat sokongan yang banyak daripada pasukan-pasukan. Di mana, sejumlah 22 pasukan telah mengambil bahagian dalam perlawanan ini yang berlarutan hingga ke jam 6 petang.
  • Permainan P.Veerasenan juga telah semakin mendapat respon yang baik daripada golongan anak muda.


Juara Piala P. Veerasenan adalah pasukan Maju Jaya, manakala Pasukan EWRF B telah memenangi tempat kedua. Pihak penganjur menyediakan hadiah sehingga ke tempat lima. 

Di Samping itu, "pop-kuiz" juga telah diadakan di mana, soalan-soalan berkaitan P.Veerasenan ditanya dan sesiapa yang berjaya menjawab soalan tersebut mendapat hadiah. Permainan timbang bola juga dijalankan. Timbang bola yang paling banyak iaitu lebih 100 mendapat hadiah.  

Siapakah Pejuang P. Veerasenan

P. Veerasenan merupakan seorang pemimpin pekerja yang telah ditembak mati pada 3 Mei 1949 oleh penjajah British yang tercabar dengan perjuangan pekerja di Malaya pada masa itu. P. Veerasenan, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura pada tahun 1945 telah berganding bahu dengan pejuang pekerja S.A Ganapathy dan ramai lagi pejuang pekerja untuk menubuhkan General Labour Union (GLU) yang menyatukan semua pekerja Malaya tanpa mengira pekerjaan atau pendapatan mereka.

Bagi menguatkan lagi perjuangan pekerja di Malaysia semua GLU peringkat negeri telah bergabung untuk menubuhkan Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) untuk menyatukan pekerja di semua negeri di Malaya. P.Veerasenan bersama rakan-rakannya telah berjuang untuk kenaikan gaji pekerja dari 55 sen kepada 99 sen, kurangkan hari bekerja dari tujuh hari kepada 6 hari, 8 jam kerja sehari dan sumber air yang bersih kepada rakyat yang miskin. 

 
 

Saturday, December 7, 2013

Malam Salam Perjuangan Ke-2

PSM Semenyih telah mengadakan Malam Salam Perjuangan yang kedua pada 7/12/2013 di Gelanggang Bola Keranjang, Kg Bahru, Semenyih. Lebih kurang 300 orang telah hadir ke malam salam perjuangan ini. Tujuan malam salam perjuangan ini diadakan adalah untuk mengutip dana untuk PSM Semenyih. Pelbagai acara telah diadakan di program ini. Antaranya adalah tarian khas dari anak-anak pelarian Myanmar, tarian Barathanatiyam, nyanyian lagu, tarian, cabutan bertuah dan ucapan. PSM Semenyih mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang serta penyokong PSM yang sentiasa memberi sokongan dalam kerja-kerja PSM serta perjuangan rakyat.

Wednesday, December 4, 2013

Mesyuarat Bersama Penduduk Ladang Bukit Raja

Hari ini, para penduduk Ladang Bukit Raja, Klang telah berjumpa dengan Sdr Arul untuk mengutakan masalah perumahan ladang yang masih berlarutan.

Tuesday, December 3, 2013

Mesyuarat Bersama J/K Flat Taman Permata Dengkil

Mesyuarat susulan bersama J/K Flat Taman Permata Dengkil dengan Sdr. Arul telah diadakan pada hari ini. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perjuangan para penduduk yang masih tinggal di Khemah untuk lebih 130 hari. Keadaan Flat mereka yang semakin membimbangkan dan tidak selamat untuk diduduki. Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah alternatif untuk pembinaan rumah teres untuk para penduduk ini.

Perjumpaan dengan Penduduk Pangsapuri Prima Cempaka 2

Para penduduk Pangsapuri Prima Cempaka 2, kajang Prima telah menjemput Sdr. Arul ke tempat mereka untuk mengutarakan permasalahan yang dihadapi para penduduk di sana. Antara masalah yang dihadapai adalah bumbung rumah rosak, bangunan yang masih tidak dicat, retakan dan masalah kebersihan.
Setelah meneliti masalah mereka, Sdr. Arul telah menasihatkan para penduduk agar para penduduk dikehendaki memeriksa status JMB pangsapuri tersebut. Di samping itu, beliau juga menasihatkan para penduduk untuk memohon Skim Ceria yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Wednesday, October 30, 2013

Happy Deepavali

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali bersama keluarga tercinta.

Monday, October 7, 2013

KG Hakka Serah Memorandum di SUHAKAM

Hari ini, para penduduk Kg Hakka dari Mantin, Negeri Sembilan telah hadir ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat aduan mengenai keganasan serta salah laku polis ketika pengusiran paksa serta perobohan rumah yang berlaku pada 30/9/2013.

Sdr. Arul, Setiausaha Agung PSM telah memberi penerangan mengenai insiden-insiden yang berlaku serta bagaimana pihak polis bertindak kasar terhadap para penduduk biasa yang hanya hendak mempertahankan rumah mereka yang diduduki lebih seratus tahun. Video kekasaran pihak polis turut ditayangkan kepada pihak SUHAKAM.

Pada 30/9/2013, pihak polis gagal bertindak secara neutral tetapi menunjukkan "keberanian" mereka kepada rakyat jelata dengan bertindak kasar. Akibat kekarasan ini, ada penduduk yang cedera, malah ada yang patah tangan. Bukan itu saja, aktivis-aktivis yang membantu penduduk turut dipukul selepas ditahan di dalam van. Seramai 15 orang telah ditahan pada hari itu.

Tindakan polis ini harus dikecam dan pihak polis seharusnya berasa malu kerana hanya pandai menunjukkan keberanian mereka terhadap rakyat miskin yang hanya ingin mempertahankan hak perumahan mereka!


Sunday, October 6, 2013

Sambutan Hari Habitat Sedunia

Hari Habitat Sedunia disambut pada setiap Hari Isnin minggu pertama bulan Oktober. Pada tahun ini, hari habitat jatuh pada 7/10/2013. Sempena hari Habitat Sedunia, lebih 200 orang telah berkumpul di Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyambutnya. Mereka terdiri daripada para penduduk Kg Hakka yang sedang berhadapan dengan masalah pengusiran paksa akibat pembangunan mega projek di tanah mereka; penduduk ladang dari ladang Semenyih dan Denudin yang masih menanti rumah alternatif kerana ladang mereka telah dijual untuk pembangunan; masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah pengambilan tanah; Penduduk Tmn Permata yang tinggal di khemah untuk hari ke-119 akibat keretakan pada flat mereka yang mengancam serta bahaya kepada mereka; badan-badan bukan Kerajaan; golongan anak muda dan para pelajar serta individu-individu telah bersama untuk menuntut hak perumahan.

Hari Habitat ini dianjurkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas atau lebih dikenali sebagai JERIT yang merupakan satu kumpulan masyarakat yang memperjuangkan hak perumahan rakyat. Tema tahun ini adalah "Rakyat Mahu Rumah ! Bukan Menara Warisan". Ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan yang beria-ia untuk membina projek mega menara warisan tetapi tidak langsung mengendahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Harga rumah yang semakin melambung juga menyukarkan ramai orang yang berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah yang selesa.

Para penduduk yang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sejak jam 3.30 ptg, berarak menuju ke jalan Sultan Ismail dengan laungan slogan "Rumah-Rumah,  Hak Rakyat! Hidup Rakyat!". Wakil-wakil penduduk dan NGO telah memberikan ucapan dan program hari Habitat berakhir dengan bacaan Deklarasi seperti berikut:

DEKLARASI HARI HABITAT SEDUNIA 2013


RAKYAT MAHU RUMAH

BUKAN MENARA WARISAN!

Sempena Hari Habitat Sedunia 2013, JERIT bersama kumpulan -kumpulan Organisasi Masyarakat menuntut kerajaan Malaysia;

1. Menyediakan Perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti

2. Hentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman & Projek Petrokimia di Pengerang

3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi Flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.

4. Mengubal Undang –undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang

5. Iktiraf tanah adat orang asli/asal, hentikan rampasan tanah adat.

6. Hentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak Peneroka Bandar


Pada 2012, dalam Budget 2013 , Perdana Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini dengan mudah dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000. Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksimum dalam memiliki rumah pertamaku. Tapi apakah 70% rakyat Malaysia dengan pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3000 dapat memiliki satu rumah mampu milik? Adakah PR1MA ini telah menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia terutamanya di bandar –bandar besar.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini harga hartanah di Malaysia melonjak sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi sekali sehingga gaji RM 3000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam keadaan ini apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang “decent”?

Bukan itu sahaja, keghairahan kerajaan dalam membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak memanfaatkan rakyat seperti pembinaan Menara Warisan yang akan menelan belanja lebih kurang 5 billion tidak membantu dalam penyelesaian isu perumahan rakyat.

Apakah fungsi Menara Warisan 100 tingkat kepada rakyat, manakala ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai rumah yang selesa mahupun rumah untuk tinggal? Bukan setakat tiada rumah, tetapi tindakan kerajaan yang membenarkan syarikat seperti Kilang Lynas beroperasi di Malaysia, merosakkan habitat rakyat dan mengancam nyawa rakyat.

RUMAH RAKYAT SARANG BURUNG! MENARA DIBINA BAGAIKAN ISTANA KACA!

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) sempena Hari Habitat Sedunia pada 7 Oktober 2013 menuntut kerajaan mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986 yang ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen untuk menyediakannya untuk rakyat. Akan tetapi apakah langkah –langkah yang diambil selain daripada polisi –polisi kosong ?

Di peringkat Antarabangsa hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia diberikan keutamaan dan dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa. Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa. Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah Deklarasi Habitat Agenda 1992 , Agenda 21 dan Resolusi Suruhanjaya Persatuan bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.

Di Malaysia polisi-polisi dan pelaksanaan perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan pembentukkan Negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan petempatan golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja Ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka Bandar (setinggan), masyarakat Orang asli/orang asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani, masyarakat miskin Bandar dan juga kelas pertengahan bandar.

Akibat harga rumah yang melambung tinggi masyarakat miskin dan kelas pertengahan Bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka Bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternative.

Polisi-polisi Kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan cynide dan nadir bumi projek LYNAS di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan penduduk yang tinggal disekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang) menyebabkan masyarakat Orang asli/asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah Adat yang sangat bernilai pada mereka.

Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor hartanah.

Dalam keadaan ini, kerajaan pula berbelanja dengan boros untuk perkara –perkara seperti pembinaan Menara Warisan –RM 5 billion, rumah terbuka Perdana Menteri – RM 2.88 dan menjadikan Pejabat PM bangunan hijau – RM 110 million, Projek MRT ( Lembah Kelang ) –RM 43 billion dan sebagainya. Kalau kerajaan menggunakan duit rakyat untuk projek mega sebegini, bagaimana ia boleh menyelesaikan isu perumahan rakyat ?

Isu perumahan rakyat biasa semakin hari semakin teruk dimana harga rumah adalah terlalu tinggi sehingga rakyat biasa tidak dapat memilikinya, masalah rakyat “homeless” meningkat dan habitat rakyat diancam dengan projek mega ataupun projek yang membahayakan nyawa rakyat.

Adalah tugas sebuah kerajaan untuk memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi. Rumah adalah satu keperluan asas. Maka perlulah kerajaan Malaysia menggariskan satu polisi perumahan rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu ini daripada membelanjakan untuk projek mega. Kerajaan harus mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus kepada ‘vote bank”.

Perumahan untuk semua!





Thursday, October 3, 2013

Kampong Hakka – when 100 years existence is not a matter- Arutchelvan



Kampong Hakka – when 100 years existence is not a matter- Arutchelvan


The first Monday Every October is designated by the UN as the World Habitat Day. The main purpose to celebrate this date among others is to reflect on the basic right of all to adequate shelter. UN has dedicated one day to highlight the plight of people fighting for shelter as it seems that the right to a home is one of the most fundamental human rights. With this, let me argue the case of kampong Hakka in Mantin, Negeri Sembilan.

When I first stepped into kampong Hakka a year ago, I was amazed that a Chinese new village complete with temple, community hall and school existed in this village and I was further shocked to learn that all the people living there have been declared as illegal’s just because some rich company has bought their land.

When I looked at the building structure of their homes and their life style, I was convinced that these villagers have a history to talk about and they have lived here for many decades. Most of the villagers were elderly people as their children have left to more urban town centres. Their economic activity varies with most of them being petty traders and self employed.

I then met a whole bunch of them in the community hall. I was warmly welcomed and they related to us about their plight. I listened and posed them two major questions which will determine my own intention if I want to continue working with them.

The first question was if they think that they have a right to stay in their current homes and the second is, if someone else claims that they have the grant titles of their land, then will they move out. They responded strongly that they have rights, they spoke how their fore fathers came many years ago, how they build this village and said that they will fight to be here. I was shown a photo of the village taken in the year 1960s where there were only 2 building in Mantin town which I recognised as the rest must have come up after the village was set up. Some questioned me, where do you want us to go?

Looking at all angles, I was convinced with their plight. Along with friends from Community Front (CF) a front of PSM, we decided that the people have a legitimate right to struggle and that they have a genuine case.

During our discussion we also learned of many disturbing issues among them that some villagers have already taken compensation and left. The amount that has been given ranged between RM 1,500 till RM 7,500. The amount is low by any standard. Many claim that they were either cheated or threatened into accepting the amount. When asked what would their demand would be, the remaining villagers wanted to stay put in the current land or failing which they want to be given a plot of land or a house in the same location. I thought their request was reasonable.

The Hakka villagers claim that their village is more than 100 years old. They trace their history right back to 1860. Most of them came from Hui Zhou, China and was brought by the British to work in the tin mines, they settled in a village in Mantin known as Kampung Attap because of its roofing. Today the same village is known as kampong Hakka. They have a temple Tokong Tan Gong and a school SJK Chi Chi Mantin, both with a hundred years history.


Today these same people are humiliated as squatters, illegals’ and chased away. The Developer Mega 9 which only existed in this history in the year 2005 is now calling them squatters. Squatters is equated to criminals by the former Lord President Tun Azlan Shah. They are defined as people who illegal built houses in Government land.

In the case of Kampung Hakka, these villagers were given TOL (Temporary Occupation Licence) by the Seremban land Office since 1960s. They also have been paying quit rent to the local Municipal Council even till now. Looking at all this, there is no way that they can be called squatters or illegal.

But sadly, going by experience, we have one big problem in this country. It is how our Judiciary and legal system define who has rights or not. It is narrowly defined that those who hold the land title are the legitimate owners. In this case of kampong Hakka, somewhere in 1987, the villagers heard that their land is being taken away for a development project. The Government then sold the land to private developer and it became clear in 2005, when the local Government decided that Mega 9 a private company will be given the Kampong Hakka land to built a mixed development project which includes 374 houses including 116 low cost houses and shop lots.

Therefore Mega 9 who came last to the land overnight becomes the King while the people who initially built the village and the settlement are condemned as squatters and illegals. This is the sad reality where the might is decided by money and corruption while justice is buried under a paper called “geran tanah”.

On 26 August 2013, the villagers lost their case in the Seremban High Court. The decision was made in chambers while the villagers waited in the open court. The court only saw who had the land title and it was decided that the villagers must give vacant possession to Mega 9. Mega 9 took an Order 89 application and was successful. This is unbelievable. In normal circumstances, the court should reject the Order 89 application and order for a full trial since Order 89 is a summary proceeding which is normally done in clear cut trespassing issues. Here a trial is warranted as there is a long history of the villagers’ existence. This not a simple case of someone trespassing or not paying a rent.

The High Court narrowly interpreted the issue. This is an issue of equitable rights, this is an issue of rights to shelter and this is an issue of rights to livelihood as enshrined in the Federal Constitution Article 5. But the court seems to have chosen just to see who has the land title and gave the death sentence to the villagers. 

The lawyers for the villagers applied for a stay of execution and obtained a court date to hear the stay on 17th. October 2013. However on 25th September, Mega 9 developer served notices to the houses giving them 7 days to vacate the land. But in less than 5 days, they came with the full might of the police force, TNB and court bailiffs to evict the people.

Why the hurry, when there is a court date pending on the 17th? Why the hurry when there is an appeal? Why couldn’t the bailiff just wait for 30 minutes extra to allow the villagers lawyers to be present when their lawyer, a State Assemblyman was in the Dewan Negeri and said that he will be there by 11.30am.

In spite of all that, the bailiff citing higher orders carried on with the eviction. The police used excessive force to arrest, injure and humiliate those who were protecting the houses. 13 people were arrested and 3 houses were demolished. The demolition machine engine only stopped when the villagers lawyers finally came 15 minutes later. Later an interim stay was granted till the 17th. October 2013. I greeted this news with a huge applause with the other detained along me at the Mantin police lock-up. At least, the entire village was not in ruins.

As we celebrate world habitat date, I hope the State Government will come to its senses. It is the role of the State to ensure its people be given adequate houses. In this case, in the first place how could the State Government approve a development plan without first resolving the issues faced by the Kampong Hakka villagers. Isn’t this policy called profit before people. Why can’t the state resolve the housing issues or better still, why not make this a heritage settlement. It seems the State authorities have been paid off handsomely by the developer. This is the only logical explanation I can come to and many people feel likewise.

As the remaining villagers ponder their future, I repeat the question to them. Do you want to surrender or fight on?  They said that they have no choice but to fight on. More villagers have now come forward after the rude awakening they got on 30 September.

As for us in the PSM, this is a class war between the rich powerful against the poor. The policemen while recording my statement after the arrest asked if I lived in Kampong Hakka or if I have relatives there. For him, it is a joke that among 13 people arrested, there were 6 Malaysian Indians caught protecting Chinese villagers. I told him that, I have been arrested before for supporting the plight of Palestinians, so what is the big deal in supporting affected people in Mantin, Negeri Sembilan. He felt embarrassed and soon started to speak our language- the language of the poor.

While there are still people keep arguing on technical matters if the villagers  were right to defend their homes, why didn’t they take the compensation etc but the bigger issue remains that a 100 year old village and the villagers are being forcefully evicted because some big company has made a move and some big people have taken a cut. The rest of us have a choice where we want to stand in this dispute.

For those who want to support, the kampong Hakka struggle, please contact Ghandi at 0166862080.   



Written by,
Arutcheclvan
Activist & PSM’s Secretary General

Thursday, July 11, 2013

Polis jadi alat Kapitalis tahan 2 pemimpin ladang - S.Arutchelvan

Penangkapan 2 pemimpin pekerja dari Ladang Bangi
Apabila Polis menjadi alat kapitalis

oleh S.Arutchelvan

Kajang, Julai 10, 2013



Pagi ini dua pemimpin utama perjuangan Ladang Bangi;  Krishan - Pengerusi dan Rajan Bendahari telah ditangkap oleh pasukan D7 dari balai polis Kajang. Kedua-dua pemimpin itu ditangkap dari rumah dan tempat kerja mereka. D7 adalah sebuah pasukan yang bertanggungjawab untuk tangkapan kumpulan kongsi gelap. Penangkapan itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi. Polis pada mulanya menipu mereka dengan berkata bahawa mereka hanya  diperlukan untuk merekodkan kenyataan. Kemudian mereka sedar bahawa mereka telah ditahan.


Kenapa kedua-dua pemimpin utama ini telah ditahan? Krishnan dan Rajan adalah dua pemimpin utama perjuangan Ladang Bangi, sebuah kawasan ladang hanya satu kilometer dari bandar lama Bangi di Selangor. Kedua-dua pemimpin mengetuai 24 keluarga pekerja ladang yang lain dalam memperjuangkan hak perumahan setelah mereka telah diberhentikan kerja pada Mei 2000. Walaupun terdapat dasar Kerajaan Negeri Selangor dimana pekerja ladang mesti ditawarkan perumahan alternatif  kekal ganti, tetapi namun selepas 13 tahun dari berhenti kerja, mereka masih menghadapi pengusiran dan masih terus berjuang untuk rumah.

Selepas notis pengusiran telah disampaikan pada tahun 2000, pertikaian itu pergi ke Mahkamah Buruh. Pada tahun 2002, Pekerja ladng menang di Mahkamah Buruh yang anugerahkan mereka faedah berhenti kerja dan menolak permintaan syarikat Perladangan (I & P) bahawa mereka mesti diusir dari rumah mereka jika mereka mahu wang faedah berhenti kerja. Syarikat perladangan tidak berpuas hati dan pergi merayu kes di Mahkamah Tinggi tetapi pada tahun 2006, sekali lagi pekerja ladang menang apabila Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Buruh.



Faedah berhenti kerja yang mereka dapat adalah kecil dan tidak cukup untuk keluarga untuk bertindak. Kebanyakan pekerja selepas bekerja kira-kira 20 tahun, hanya memperolehi sekitar RM10 ribu sebagai pampasan. Selepas empat generasi membanting tulang, kapitalis kini mengambil keputusan untuk menjual tanah ladang untuk keuntungan manakala para pekerja dibiarkan reput. Inilah sebabnya ada orang mengambarkan pekerja ladang sebagai oren disedut.

Dengan kekalahan pemilik ladang di Mahkamah Tinggi dan menjelang pilihan raya umum pada tahun 2008, MIC telah mengatur mesyuarat yang dihadiri oleh pihak berkuasa tempatan serta Kerajaan Negeri. Mesyuarat yang diadakan pada bulan Ogos 2006 telah mengarahkan syarikat perladangan untuk membina 43 unit rumah untuk pekerja ladang serta memastikan pekerja mempunyai sebuah kuil di kawasan perumahan mereka.

Ini adalah satu-satunya janji yang dibuat secara hitam putih tetapi masih belum dilaksanakan. Selepas pilihan raya pada tahun 2008, pekerja pula dikejutkan apabila mendapati bahawa tanah ladang mereka telah dijual kepada pemaju hartanah swasta - Transloyal Development Sdn. Bhd Transloyal kini pemilik baru tanah pula berani melabel pekerja ladang yang sudah 4 generasi disana sebagai setinggan dan haram. Ia amat menakjubkan bagaimana pemilik estet berjaya melarikan diri daripada tanggungjawab membina rumah untuk pekerja ladang.



Pemaju enggan membina rumah tetapi bersetuju untuk membayar sedikit pampasan. Mereka terus cuba mengusir bekas pekerja dengan membawa samseng untuk merobohkan rumah-rumah kosong, membersihkan pokok-pokok getah sekitar estet supaya debu dan banjir akhirnya boleh mengusir mereka. Rumah-rumah estet yang terletak di tanah yang rendah manakala pokok di peringkat atas mengancam hakisan dan tanah runtuh. Mereka cuba untuk merasuah beberapa pemimpin dan menggunakan pemimpin UMNO dan pemimpin tempatan MIC untuk membantu mereka mengusir pekerja. Namun, Pemaju menghadapi rintangan. Taktik membuang wang tunai tidak berjaya.

Para pekerja berjuang keras. Dengan bantuan PSM dan JERIT, mereka mengorganisati dn mengatur diri. Mereka mengadakan mesyuarat kerap. Membuat pelbagai aduan polis terhadap pemaju. Menghentikan kerja pemaju berhampiran rumah mereka, menghantar surat bantahan kepada SUHAKAM dan rondaan malam diadakan bagi memastikan keselamatan. Banyak mesyuarat juga telah diadakan di negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat termasuk Majlis Tempatan MPKj.


PR Kerajaan Negeri Selangor dan exco pada tahun 2009 mensyaratkan bahawa jika pemaju tidak membina rumah untuk pekerja maka Syarikat tidak akan diberi kebenaran untuk membangunkan bidang tanah di mana rumah-rumah estet kini berada. MPKj juga menafikan kebenaran Merancang dan hanya membenarkan mereka untuk membina kolam takungan untuk mengawal banjir. Transloyal diberi 3 bulan untuk membina kolam tadahan bermula dari 1 Ogos 2012 tetapi mereka masih belum memulakan apa-apa kerja sehingga hari ini.

Pemaju bermain kayu tiga dengan Kerajaan Negeri dan MPKj. Di satu pihak mereka bercakap merancang untuk membina rumah untuk pekerja tetapi di belakang, perkara lain yang dlakukan. Pada bulan Oktober tahun lepas, Pemaju memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pemilikan kosong. Namun pada awalnya kes tidak berlangsung kerana kedua pihak meminta tarikh lanjutan untuk membolehkan mereka membuat rundingan diluar mahkamah. Namun pada 22 April tahun ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memberikan satu keputusan yang amat mengejutkan dimana mereka membenarkan tuntutan  Syarikat bagi pemilikan kosong pada tarikh yang ditetapkan untuk sebutan kes dan bukan bicara. Para pekerja merayu keputusan aneh ini dimana pada tarikh sebutan, satu perintah diberi tanpa sebarang perbicaraan. Akhirnya pekerja berjaya mendapat satu perintah menyekat pelaksanaan (stay order) pada 1 Julai tahun ini.


Jika keputusan mahkamah itu adalah pelik, lebih banyak kejutan telah berlaku. Ia masih membingungkan bagaimana pemaju boleh mendapatkan perintah pengusiran pada tarikh sebutan kes. Ia juga mengelirukan bahawa pemaju boleh terus mengabaikan keputusan Kerajaan Negeri. Bagaimana pemaju begitu kuat dan angkuh? Adakah kuasa wang?


Walaupun pekerja-pekerja mendapatkan perintah penangguhan, walaupun MPKj tidak membenarkan pemaju untuk melakukan kerja-kerja 100 meter dari rumah-rumah ladang dan  walaupun Kerajaan Negeri meminta mereka membia rumah dahulu tetapi Syarikat Transloyal terus menceroboh tanah estet dan terus memotong pokok. Mereka sama sekali tidak menghormati dan tidak takut.

Dalam minggu ini sahaja, terdapat tiga kejadian apabila pekerja berjaya menghentikan kerja pemaju. Dalam semua peristiwa ini, polis hadir dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pemaju juga mengancam bahawa mereka akan merobohkan rumah-rumah dan juga berkata bahawa mereka akan guna jentolak untuk menolak pekerja jika dihalang.

Namun bekas pekerja termasuk wanita warga tua dan anak-anak mereka menghadapi jentolak, pemaju dan kadang-kadang samseng beliau. Menjaga pokok-pokok sekitar kini telah menjadi rutin harian seminggu ini.

Pemaju mula tidak sabar dengan polis tempatan kerana mereka merasakan bahawa pihak polis tidak mahu mengambil tindakan. Pagi ini tiba-tiba pihak polis telah mengambil tindakan. Mereka menangkap 2 pemimpin utama dan sangat berkeras untuk menahan reman mereka. Mereka telah kerana kononnya ugutan jenayah. Walaupun berpuluh-puluh laporan yang sama terhadap pemaju telah dibuat, namun tiada pemaju ditahan sehingga hari ini.


Pagi ini apabila kami member tekanan kepada polis, kami diberitahu bahawa penangkapan itu dibuat atas arahan pihak polis Negeri Selangor - IPK. Ramai polis di Kajang mengakui kepada saya bahawa penangkapan ini adalah dibuat atas arahan daripada IPK. Mereka juga berkata bahawa pemaju mempunyai kabel yang kuat dan mereka telah menggunakan sambungan mereka untuk membuat tangkapan ini. Pada mulanya OCPD  berkata tangannya diikat dan dia akan menahan mereka kerana ini adalah arahan atasan.

Nampaknya Pemaju kini telah mendapat polis bekerja untuk mereka. Pada mulanya mereka menggunakan samseng dan mahkamah dan kini mereka telah menggunakan polis. Ini nyata perjuangan kelas antara golongan kaya dan miskin. Ramai anggota polis berpangkat rendah sangat bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja. Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak percaya "dua uncle " ini boleh ditahan.

Tangkapan hari ini meletakkan perjuangan Ladang Bangi di tahap ayng lebih tinggi. Ia seolah-olah bahawa pemaju kini telah mendapat polis untuk  bekerja di pihak mereka.

Reaksi Masyarakat ladangan Bangi adalah marah. Mereka mula berkumpul di balai polis Kajang. Mereka tidak mempunyai kata-kata manis untuk polis. Mereka mempersoalkan bagaimana  banyak laporan yang mereka buat tidak ada kesan manakala laporan Pemaju terus boleh ada tangkapan ?. Pekerja-pekerja kemudian mula tunjuk perasaan dengan piket. Polis datang untuk menghalang mereka tetapi diberitahu bahawa masyarakat estet kesemuanya sedia untuk ditangkap. Polis pula kelam kabut apabila pekerja ladang tidak gentar.

Para pekerja ladang dan ahli keluarga mereka bertekad untuk terus bantah duduk dalam balai polis itu sehingga pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan. Aktivis PSM dan JERIT turut  bersama. Wathyamoorthy Timbalan Menteri yang baru juga datang dengan memberi sokongan.



Para pekerja membuat 40 laporan polis terhadap penangkapan ini yang merka dakwa adalah tidak sah dan satu pencabulan hak asasi. Penangkapan itu adalah tidak adil dan telah dilakukan semata-mata untuk memuaskan hati kapitalis.  Adalah menyedihkan bahawa polis Kajang terpaksa melakukan kerja kotor kerana arahan daripada IPK. Ini adalah satu kenyataan bahawa pasukan polis boleh dibeli oleh golongan kaya dan berkuasa.


Para pekerja kemudian bersedia untuk berkhemah dan mula mobilisasi orang ramai ke balai Kajang.  Kami juga beri amaran kepada Ketua Daerah Kajang bahawa kami akan tinggal di sini sehingga mereka semua dibebas. Ramadan pertama penuh aksi di balai polis Kajang. Ketua Polis yang pada mulanya bercakap tentang nak reman, mula berlembut mengatakan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik. Beliau juga terperanjat apabila kami persoalkan mengapa tiada pemaju yang ditangkap walaupun kami ada buat aduan polis. Nampak sangat diskriminasi dan berat sebelah.

Tiba-tiba 15 minit selepas itu, 2 pemimpin pekerja telah dibebaskan. Ia adalah kemenangan kecil untuk rakyat dan satu kekalahan kepada kapitalis. Kedua-dua pemimpin yang telah dibebaskan mendapat tepukan kuat . Krishnan berkata pemaju mempunyai kuasa wang dan kami pula mempunyai kuasa rakyat. Mari kita melihat siapa yang menang. Rajan yang baru dibebas berkata beliau sedia untuk terus hentikan jentolak. Ramai pekerja lain bersetuju bahawa perjuangan masih belum selesai. Hari ini kita balik dengan kemenangan dan esok kita akan terus berjuang sehingga kita mendapat rumah. Perjuangan berterusan  ........

S.Arutchelvan
019-2537791

Arrest of 2 worker leaders - when police became tool of the capitalist - S.Arutchelvan

The blatant arrest of 2 worker leaders from Ladang Bangi
When Police became the tool of Capitalist by S.Arutchelvan

Kajang, July 10, 2013
This morning two key leaders of the Ladang Bangi struggle – Krishan – the Chairperson and Rajan the Treasurer were arrested by the D7 team from the Kajang police station. Both these leaders were picked up from their home and their workplace respectively. D7 is a team in charge of secret society. The arrest took place around 11.30am. The police initially tricked them by saying that they are needed to record a statement. Later they were told that they are being arrested.


Why were this two key leaders were picked up ? Krishnan and Rajan are the top two leaders of Ladang Bangi, a plantation estate just a kilometre away from the old Bangi town in Selangor. These two leaders lead 24 other plantation families in fighting for a house after they were retrenched from work in May 2000. Though there is a Selangor State Government policy that no estate workers must be evicted from their estate homes until they are provided with an alternate permanent houses, yet after 13 years from being retrenched, they still face eviction and still continue to fight for a home.

After eviction notice was served in 2000, the dispute went to the Labour Court.  In 2002, the Labour court awarded the plantation workers their retrenchment benefits and rejected the Plantation company (I&P) request that they must be evicted from their homes if they wanted the retrenchment money.  The plantation company was unhappy and went on to appeal the case in the High Court but in 2006, once again the workers won when the High Court agreed with the Labour Court decision.


The retrenchment benefit they got was small and hardly enough for a family to get going. Most workers after working around 20 years, just obtained around RM10 thousand as compensation. After four generation toiling the fields, the capitalist now decides to sell the land for more profit while they workers are left to rot. This is why some describe the plantation workers as sucked oranges.

With the plantation owner defeat in the High Court and a General election coming, the MIC brokered a meeting attended by the Local authorities as well as the State Government. The meeting held in August 2006, instructed the plantation company to built 43 units of houses for the plantation workers as well as ensure the workers have a temple at their housing estate.

This was the only promise on houses and yet this promise was not kept and after the election in 2008, the workers were shocked to find that their estate land has been sold to a private property developer – Transloyal Development Sdn. Bhd.  Transloyal now the new owner of the land called the four generation plantation workers as squatters and illegals. It is amazing how the estate owner managed to escape from his responsibility in building houses.

The Developer refuse to built houses but agreed to pay some compensation. They harassed the workers by bringing thugs to demolish empty houses, the wanted to clear the rubber trees surrounding the estate so that dust and flooding can ultimately evict the people. The estate houses are located in a low land while the trees are at the upper level. They tried to bribe some leaders and used UMNO and MIC local leaders to help them evict the workers. The developer faced resistance. His tactics of throwing some cash is not picking up.


The workers fought hard. With the help of PSM and JERIT, they organised themselves. They held meetings regularly. The lodged many police report against the developer. Stopped the developer’s work near their homes, send protest letter to SUHAKAM and held night patrols’ to ensure safety. Many meetings were also held at the now Pakatan Rakyat controlled state Government including meeting at the Local Council MPKj. 

The PR Selangor State Government and its exco in 2009 declared that if the developer does not built houses for the workers then the Company will not be given permission to develop the piece of land where the current estate houses are located. The MPkj also denied the Company permission and only allowed them to construct a detention pond to control flooding. Transloyal were given 3 months to build the detention pond starting from 1 August 2012 but they have yet to start any work till today.


While the company continued to play lip service with the State Government and the MPkj that they plan to built houses but behind their back on October last year, they filed a case at the Shah Alam High Court for vacant possession. The case never took off as at every court dates, both parties agreed to postpone the case pending a settlement outside court. On 22 April this year, the Shah Alam High Court gave a shocking decision allowing the Company’s request for vacant possession on a mention date. The workers appealed again this blatant order given on a mention date without even a day of hearing. The workers successfully obtained a stay order on July 1 this year.

If the decision of the court was bizarre, more surprises were developing. It is still puzzling how  the developer can get an eviction order on a mention date. It is also puzzling that the developer can continue to ignore the State Government decision. How come the developer is so powerful? Is it the power of money?


In spite of the workers getting the stay order, in spite of MPKj not allowing developer to do work 100 meters from the estate houses and in spite of the State Government order, the Transloyal company continue to encroach the estate land and continue to cut trees. They had totally no respect nor fear.

In the last one week, there were three incidents when he workers successfully stopped the developers work. In all these occasion, the police were present and there were no untoward incidents. The developer also threatened that they will demolish the homes and even said that he will steamroll over the workers who stop his work. The ex workers including elderly women and their children faced the bulldozers, the developer and sometimes his thugs. Guarding the surrounding trees was becoming a daily routine in the last one week.

The developer was getting very impatience with the local police as they felt that the police did not want to take action. This morning  suddenly the police took action. They arrested 2 key leaders and were very adamant to remand them. They were arrested for criminal intimidation. In spite of dozens of similar reports against the developer, yet no developer was arrested till to date.

This morning when we pressured the police, we were told that the arrest were made on the orders of the Selangor State police - IPK. Many policemen in Kajang conceded to me that this arrest is the work of instruction from IPk. They also said that the developer has a strong cable and they have used their connection to make this arrest. Initially the OCPD said that his hands are tied and he will remand them as this was the IPK call.


The developer has now got the police working for them. Initially they used gangsters and the courts and now they have utilised the police. This is class struggle between the rich and the poor. Many lower rank policemen were very sympathetic with the plight of the workers. Some said that they don’t believe the” two uncles”  did anything wrong.     
 

The arrest today puts the struggle to a new height. It seems that the developer has now got the police working on their side.

The plantation community of Bangi estate started to gather at the Kajang police station. They did not have kind words for the police. They questioned how come their many reports had no weight. The workers then started to carry placard. The police came to stop them but were told that the entire estate community is prepared to be arrested.

They workers were ready and wanted to stay put in the police station until their leaders are released. PSM and JERIT activist stood by the oppressed workers. Wathyamoorthy the new Deputy Minister also came by to lend support.


The workers lodged 40 police report against this unlawful and blatant arrest. The arrest was unjust and was merely done to appease the capitalist. The police were definitely on the take. It is sad that the Kajang police had to do the dirty job because of the instruction from IPK. It is a reality that the police force can be bought by the rich and powerful.

A vigil was planned for the night and mobilisation was starting to take place. We declared to Kajang District Chief that we will stay here until they are released.his is the first day of Ramadan and what a day it has been for the Kajang police station.  The police Chief who initially talked about remand, started to now say that he will do his best. He was also dumbfounded when questioned why no developer was arrested in spite of reports against them. 

Suddenly 15 minutes after that, the 2 worker leaders were released. It was small victory for the  people and a setback for the capitalist. Both leaders were released and the loud applause was heard . Krishnan said that the developer may have money power and we have people power. Let’s see who wins. Rajan the other released leader said that he is ready to stop the bulldozer again. Many other workers agreed that the fight is still on. Today we go back with a victory and tomorrow we will continue to fight on till we have a home. The Struggle continues........

  

S.Arutchelvan  
019-2537791