ShareThis

Wednesday, February 27, 2013

Pandangan Arul tentang perwakilan wanita dalam Politik

Penyertaan dan Perwakilan Wanita dalam Politik: 30% Kuota

Ini adalah hasil perjumpaan antara Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) dengan pemimpin Parti Socialist Malaysia, Democratic Action Party, GERAKAN and People's Justice Party (PKR) dalam perbincangan berkenaan dengan isu 30% kuota untuk penyertaan dan perwakilan dalam politik.

http://www.youtube.com/watch?v=lpFoDVW1ipE
 

ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih(N24) in the next GE13!

SUPPORT AND VOTE for ARUL: COMRADE OF THE RAKYAT! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS!

More info: http://psmsemenyih.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/PsmSemenyih
Twitter: @PSMenyih12

En.Karim - Arul berjaya dapatkan CF

En. Karim, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Tanjung di Semenyih menceritakan pendapat beliau tentang Arul. ARUL, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan aktivis hak asasi manusia akan menawarkan dirinya sebagai calon di DUN Semenyih pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih(N24) in the next GE13!

SUPPORT AND VOTE for ARUL: COMRADE OF THE RAKYAT! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS!

More info: http://psmsemenyih.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/PsmSemenyih
Twitter: @PSMenyih12





http://www.youtube.com/watch?v=AU5jaBkp6Vs&feature=youtu.be

REPOT KAD ARUTCHELVAN, CALON PSM DI SEMENYIH, DI BAWAH LOGO PSM

26 Feb 2013, Semenyih
Dalam sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurut pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008 bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203.
Pusat Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.
Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan
Picture1Seorang aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun lalu telah mempelajari dari pengalaman bahawa kewibaan politik adalah satu-satunya ‘tool’ untuk menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti (PSM) terutamanya selepas pilihanraya tahun 1998 apabila kebanyakan calon pemerintah dan pembangkang enggan mahu tandatangan akur janji yang di tuntut oleh masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Saudara Arutchelvan  telah bersetuju dengan kehendak Parti (PSM) untuk bertanding dalam  pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri menafikan hak PSM untuk mendaftarkan parti sejak permohonannya pada April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008.OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya ‘empowerment’ atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya ‘handouts’, budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman.
Picture6Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.
 Picture4
Rugi, jika Arul tidak dipilih!
Encik Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASemua wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini iaitu Puan Low Yoke Thin – AJK JKK Broga, Encik Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin telah berkata bahawa saudara Arutchelvan adalah seorang yang sederhana, mudah didekati, turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. “Rugilah kepada rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih”.
Picture7
Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:
  1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
  2. Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk  menggerakan kempen ini yang  kini telah di mansuhkan;
  3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
  4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
  5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
  6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
  7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
  8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
  9. Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
  10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
  11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
  12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
  13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
  14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis
 Picture5
Semenyih sudah menjadi Semi-Urban
Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak ‘township’ dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan (ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan.
Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan
Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih, anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya tidak terhingga.  Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.
Dalam sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat.
Picture2
Saudara Arul – pilihan pengundi?
Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah ‘genuine’ maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah.  Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya ‘handouts’ dan berani untuk membawa perubahan.
PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan.
Picture8
oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih

Tuesday, February 26, 2013

Sidang Akhbar : Pencapaian Arul Calon N24 Semenyih


Hari ini rakyat Semenyih bersama PSM Semenyih telah mengadakan sidang akhbar menyatakan sokongan mereka kepada Arul untuk bertanding di Semenyih. Track record kerja-kerja yang dilakukan oleh Arul sebelum dan selepas 2008 sehingga kini membuktikan beliau seorang yang rajin turun padang, berjumpa rakyat tanpa mengira kaum dan mengambil usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Turut hadir wakil penduduk Encik Kamal Zakaria, Encik Halim Zainal Abidin, Ms. Low Yoke, Encik Subramaniam dan Encik Francis yang masing-masing berkongsi pengalaman bekerja bersama Arul dan mereka turut menyatakan sokongan supaya Arul menjadi calon di DUN Semenyih.

Sunday, February 24, 2013

Majlis Perundingan Rakyat di Flat Seri Rinching

Hari ini, Majlis Perundingan Rakyat (MPR) telah diadakan di pangsapuri kos rendah Seri Rinching, Flat ini terletak di Bandar Rinching Seksyen 5. Seramai lebih kurang 50 penghuni telah hadir ke perjumpaan ini.

En. Azman, selaku pengerusi JMB di flat ini telah membantu kami untuk perjumpaan ini. Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Arul kerana sudi hadir ke flat mereka untuk mendengar masalah para penduduk.

Menurut En. Azman, Flat ini dibina pada tahun 2007 dan terdapat tiga unit blok iaitu blok B, C dan F. Kebanyakan penduduk adalah penduduk tempatan segelintir adalah warga asing. Flat ini turut disewa oleh para pelajar dari Kolej VETA.

Beliau turut memaklumkan bahawa, JMB di flat mereka baru ditubuhkan dan berharap mereka akan mendapat kerjasama daripada para penduduk untuk melaksanakan tugasan mereka.

Pemaju Flat ini adalah National Land Finance Co-Operation Society (NLFCS) seolah-olah tidak bertanggungjawab menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di kawasan flat ini. Malah, ada juga rumah kedai yang dimiliki mereka dipenuhi dengan air akibat permasalahan paip. Kedai ini dipenuhi air dan air melimpah keluar dari kedai ini.

Kawasan flat ini juga dipenuhi dengan rumput-rumput dan lalang-lalang yang panjang. Akibatnya, para penduduk berhadapan dengan bahaya ular-ular berbisa. Tiada pihak yang bertanggungjawab untuk memotong rumput-rumput ini demi menjaga keselamatan para penduduk.



Antara isu lain yang diungkitkan adalah seperti berikut:

  • Lampu Jalan tidak nyala 
  •   
  • Bonggol Jalan

  • Jalan berlubang
  • Longkang sumbat
  •  Bumbung rosak
  • Pembiakan nyamuk

Sdr. Arul cukup bangga dengan para penduduk yang begitu aktif memberi aduan serta memberi pandangan. Beliau  memaklumkan bahawa isu-isu yang dikemukan ini akan dimajukan kepada pihak-pihak tertentu agar isu penduduk dapat diselesaikan. Selepas perbincang, Sdr. Arul bersama JMB telah mengadakan lawatan serta memantau kawasan flat ini.

    Saturday, February 23, 2013

    Edar Risalah di Bandar Teknologi

    Edaran risalah memperkenalkan PSM telah diadakan di Bandar Teknologi Fasa 1, 3 dan Taman Anggerik. Ada juga penduduk yang berminat bertanya siapakah calon yang bertanding di Semenyih. Kami memberi penerangan bahawa PSM akan bertanding di Semenyih dengan menggunakan logo PSM sendiri iaitu Tangan Kiri. Kami berharap Pakatan Rakyat tidak akan meletakkan calon mereka di Semenyih untuk mengelakkan "three corner fight".
    Team edar risalah berehat selepas penat membuat edar risalah di Taman Anggerik, Bandar Teknologi

    House loan paid but no strata title – never ending problem!

    23 Feb 2013, Taman Asa Jaya, Semenyih

    OLYMPUS DIGITAL CAMERAToday at about 10 a.m onward owners of the low cost flat houses at Asa Jaya flats were trickling in. Arutchelvan, the MPKj counsellor for Zon 18 was there on invitation.

    At about 10.30am the lawyers representing the developer and the developer themselves  arrived – Housing Management and Development  Sdn Bhd. Immediately, they started checking on the attendance of the people.

    OLYMPUS DIGITAL CAMERAFor a while, I was a bit confused as to why  they are taking attendance while  some families were complaining that their attendance is denied because they are not the actual owners of the units.
    Only at about 11a.m MPKj officials from the Commission of Building arrived with their PA system. Then Comrade Arutchelvan took the lead to explain to the people about the purpose of the meeting. That solved the confusion.
    A while later, some representatives from Syabas arrived.
    Formation of MC (Management Corporation)
    OLYMPUS DIGITAL CAMERA
    Yes, the meeting today at Asa Jaya Flats were to form MC and to do that, the meeting quorum must be 50% of the owners holding their strata title. Apparently 281 of them already received the title out of 500. Unfortunately only 31 owners were present. People were grumbling about some owners who are not bothered to attend because they have rented their houses to others. More than 10 people were complaining that they already paid full payment for the house, how come they did not receive the strata title while some who have not paid full, can get the title!
    OLYMPUS DIGITAL CAMERA 
    Azhari from COB explained that the problem with the land title is because the developer   were unable to collect sufficient tax to pay the Department of Land- unless the accumulative tax amount is paid, the strata title issue will not be solved.
    OLYMPUS DIGITAL CAMERA 


     Where is the Solution?
    OLYMPUS DIGITAL CAMERAA very vocal gentleman from the people, Mr. Ayemenen (57 years old) were pouring out his frustration when there was accusation from developer about residence not paying fees. Mr. Ayemenen said  ”we are poor people living in these flats and you want us to pay for everything and we cannot afford – maintenance fees, tax, insurance, assessment fee and so on, whether we use the service or not, we are obliged to pay – why? He continued “you are telling we are not paying you but look how bad is the condition of this flat – it is the reason why people don’t pay”

    I was thinking about why the people have so much issue? What were the FederalOLYMPUS DIGITAL CAMERAgovernment and the previous BN state government were doing? The 5 blocks here was completed in 1989, which means it is in existence for about 22 years. 
    Meanwhile Syabas representatives explained about water migration from bulk meters to individual water meters.
    5 years ago, the greatest challenge for the people here were frequent water cut. After 2008 election, the problem was addressed but not fully rectified. The process of changing the meter is still ongoing as it involves some procedures and payment to Syabas.
    OLYMPUS DIGITAL CAMERAI still remember when PSM team visited the flats in 2008, there was lot of complaints about frequent water cut, poor maintenance and hygiene. Even some railings were missing.  There are 500 units of houses and because of these problems many left the place.
    In 2010, Arutchelvan as MPKj councilor and Secretary General of PSM along with his team & JERIT took the initiative to have a consultation with more than 20 residence committee low cost flats in DUN Semenyih on their various plight. One of their demand to  the State and Federal Government was to abolish either one of the tax that these people are forced to pay. Also the MPKj was asked to provide support such as cutting grass and clean the drains if the residence committee are inactive. Such support is now in practice and the State government agreed to less assessment fee by 25% since Oct 2012.
    But the core issue here is, most low cost flats are rent out. This means it’s a propertyOLYMPUS DIGITAL CAMERAbusiness for some. The genuine people who needs a home or can only afford low cost houses become the victims – in the sense – there can never be full payment or commitment as stipulated in the law. To have a stable residence committee, to manage the place is a biggest challenge unless there are change of laws!
    Another consultation on these issue  is a must.  PSM is certain Arul, a responsible leader would continue to step up effort on this issue.

    Reported by
    Letchimi
    PSM Semenyih News Desk

    RAKYAT SEMENYIH TOLAK POLITIK PERKAUMAN!

    Dua Sekolah Tamil Runtuh di DUN Semenyih

    18 Feb 2013, Semenyih
    Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Semenyih yang dibina 50 tahun dahulu. Kali terakhir sekolah tersebut diubahsuai 13 tahun yang lalu. Hari ini siling sekolah tersebut runtuh sebab kayu/papan dah reput dan kena makan anai-anai.


    20130218_173740
    Para pemimpin kita Saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, YB Dr.Xavier (EXCO Negeri Selangor) dan YB Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat ) telah turun melawat tempat kejadian. Mereka  diiringi oleh En. Ponnusamy, ketua PIBG Ladang Sekolah Tamil Semenyih.

    Bantuan segera yang diulurkan oleh kerajaan negeri adalah RM 60,000.00  - dana untuk membaiki bangunan sekolah tersebut.

    Sebuah lagi sekolah yang menimpa masalah yang sama ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Dominion, di Jalan Kacau. Ia dibina 75 tahun dahulu!
    Masalah yang sama di hadapi iaitu ancaman  anai-anai. Pemimpin-peimimpin juga telah melawat sekolah ini pada hari yang sama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan menjanjikan bantuan dana sebanyak RM 30,000.00 untuk membaikpulih sekolah tersebut.

    20130219_133123

     Lebih daripada 450 murid-murid yang sedang belajar di kedua-kedua sekolah ini dan lebih kurang 400 murid-murid yang bakal belajar di sekolah ini bermanfaat dari bantuan dana yang di hulurkan oleh pihak Kerajaan Negeri.


    20130219_133631


    Laporan oleh Rajan
    PSM Semenyih News Desk

    Thursday, February 21, 2013

    Ceramah Perdana : Are You Ready For Ambiga

    Ceramah Perdana Are You Ready for Ambiga telah dianjurkan oleh PSM Semenyih di Kg. Baru Semenyih. Lebih daripada 1,000 orang telah hadir ke ceramah ini untuk memberi sokongan kepada Dato' Ambiga, Pengerusi bersama BERSIH. Ini merupakan pertama kali Dato' Ambiga hadir ke Semenyih.







    Antara penceramah lain yang hadir pada hari itu adalah Sdr. Adam Adli, aktivis pelajar, YB Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar dan YB Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong.





    Pn. Rogayah: Arul PSM bantu semua kaum

    Pn. Rogayah, salah seorang penduduk di Semenyih menceritakan pendapat beliau tentang Arul. ARUL, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan aktivis hak asasi manusia akan menawarkan dirinya sebagai calon di DUN Semenyih (N24) pada pilihanraya umum ke-13.



    ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih(N24) in the next GE13!

    SUPPORT AND VOTE for ARUL: COMRADE OF THE RAKYAT! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS!

    More info: http://psmsemenyih.blogspot.com/
    FB: https://www.facebook.com/PsmSemenyih
    Twitter: @PSMenyih12

    Tuesday, February 19, 2013

    Datuk Ambiga talks about Arul of PSM

    What does the Co- Chair of BERSIH, Datuk Ambiga says about Arul of PSM? There's a teaser at the end of the video! Make sure watch it till the end ya! Thank you!

    ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih(N24) in the next GE13!

    SUPPORT AND VOTE for ARUL: COMRADE OF THE RAKYAT! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS!



    More info: http://psmsemenyih.blogspot.com/
    FB: https://www.facebook.com/PsmSemenyih
    Twitter: @PSMenyih12

    Sehari Kempen bersama Calon DUN Semenyih


    Kempen Bersama Calon DUN Semenyih

    17 Feb 2013, Ahad
    Bermula dari pukul 8.00 pagi di Pasar Pagi Beranang dengan edaran risalah, berakhir dengan satu ceramah  di Taman Manickavasagam Semenyih, anjuran PKR. Program tersebut habis pada lebih kurang 11.30 malam – ‘election mood’ sudah ada tapi ‘election’ sahaja tak tahu bila mau mari! Sekarang ura-ura ialah pada bulan Jun. Asalkan bukan ‘emergency’ yang di ‘declare’ cukuplah.
    Bakal calon pilihanraya kami Saudara Arutchelvan untuk kerusi N24 Semenyih, yang juga  Setiausaha Agung PSM memang banyak stamina – walaupun saya letih sehari suntuk berjalan, tapi saudara Arul memang ‘steady’. Sebenarnya sesiapa pun boleh rasa ‘motivated’ dengan calon-calon pilihanraya Parti Malaysia Malaysia – Sdra Dr. Kumar, Dr. Nasir, Comrade Saras dan Arul  yang mempunyai motivasi  begitu tinggi untuk berkhidmat pada rakyat lebih dari 16 jam setiap hari tanpa lesu. Memang membanggakan ‘to be part of PSM’ – satu parti yang berprinsip, berani dan BERSIH.
    DSCN9007
    Respon Penduduk
    Sehari sebelum saya ada menghadiri program Saudara Arul di Kampung Sri Tanjung di mana penduduk di sini amat selesa dengan Saudara Arul, cara mereka berinteraksi dan itu satu kemajuan yang amat ketara. Antara isu Taman Sri Tanjung ini telah di bantu oleh Saudara Arul ialah isu CF, kini kebanyakan taman perumahan sudah mendapat CF. Satu perubahan yang juga dinikmati oleh penduduk di Taman Pelangi dan Broga yang mendapat jalan bertar dan lampu jalan yang menjamin keselamatan mereka.
    DSCN8998
    Di Beranang, majoriti penduduk etnik Melayu-Muslim. Di kawasan ini memang kurang undi yang diterima oleh Sdra Arul pada tahun 2008. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh lebih bagus dari segi tahap penerimaan wakil ‘opposition’, tak ada ‘hostility’ dan kita yang mengedarkan risalah rasa lebih selesa kerana tidak terasa asing. Ini, saya rasa kerana saudara Arul sebagai ahli Majlis Zon 18 yang juga mempunyai pusat khidmat di Rinching telah banyak membuat kerja di kawasan ini sejak 2008.
    Selepas Beranang, kami mengedar risalah sambil jumpa penduduk di pekan Semenyih – lebih ramai orang yang kenal saudara Arul dan ‘volunteer-volunteer’ PSM – mereka terus berjabat tangan dan bertanya khabar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memberi aduan.
    Kemudian, kami sambung memberi risalah di Semenyih Central – yang melucukan apabila kawan-kawan yang menyambut Tahun Baru Cina meminta ‘angpau’, saudara Arul terus berkata, ‘ambil angpau dari BN, beri undi pada Pakatan’ – “betul, betul, betul itu” begitulah respon ceria penduduk.
    DSCN9040
    Selepas makan tengahari, kami beredar pula ke Kampung Bharu di mana beberapa kawan-kawan di sana telah membawa kami melawat penduduk rumah ke rumah. Tahun 2008, aduan pertama mereka kepada saudara Arul ialah mengenai isu geran tanah – hari ini majoriti sudah dapat geran. Majoriti penduduk di sini beretnik Cina. Nampak Arul sahaja, mereka terus angkat tangan perjuangan mereka – ‘ini kali mesti menang, mesti menang’ – begitu tinggi harapan mereka untuk membawa satu perubahan dan semangat ini sangat penting untuk calon-calon kita bekerja kuat.
    DSCN9019
    Selepas itu, kita ada satu ceramah kelompok di hadiri oleh lebih kurang 60 orang di Kg. Sireh. Sebuah kampung yang telah mendapat ‘recognition’ atas usaha saudara Arul dan rakan-rakannya. MPKj pun tak kenal adanya satu Kampung Sireh, kini mereka sudah ada papan tanda, jalan bertar, pungutan sampah dan sebagainya.
    Ceramah kecil-kecilan ini bertujuan memberitahu hasrat PSM mengenai pilihanraya ke 13.  Beberapa soalan penting telah diajukan oleh penduduk semasa ceramah kelompok ini, antaranya ‘jika kita mengundi opposition, kerajaan boleh tahuke?’ Menurut Sdra Arul, sejak pilihanraya 2008, nombor siri yang tertera di sebelah setiap nama pengundi tidak wujud lagi, maka government tidak boleh mengesan, lagipun undi adalah rahsia. Maklumat tambahan saudara Arul, polis dan askar pun boleh mengundi kali ini di depan kehadiran pihak pembangkang. Memang BERSIH telah membolehkan perubahan-perubahan ini.
    Satu mesej saudara Arul semasa ceramah kelompok ini tentang logo PSM yang sangat menarik ‘ini adalah tangan perjuangan, bukan tangan yang meminta sedekah atau mengambil rasuah. Di mana-mana sahaja berlaku perjuangan rakyat, di situ setiap orang secara automatik akan menghayun tangan ke udara dengan tegas – itulah tangan perjuangan yang selama ini dan selama-lamanya akan membawa perubahan nyata’.