ShareThis

Thursday, April 30, 2009

SPR lulus logo gengaman tangan PSM





PSM KINI BOLEH MENGUNAKAN LOGO GENGAMAN TANGAN DALAM PILIHANRAYA

Sempena dengan ulang tahun ke 11 permohonan Pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30hb. April, 1998, akhirnya PSM telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah bersetuju meluluskan simbol parti PSM mengikut kehendak peraturan 11(1)(c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Keputusan ini diambil dalam Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia kali ke 692 pada 15hb. April 2009 dan dimaklumkan kepada PSM melalui satu surat dari SPR bertarikh 20 April 2009.

PSM dan Barisan Fron PSM mengalu-alukan keputusan ini. PSM berpendirian bahawa perjuangannya yang berterusan dan berani selama sebelas tahun ini merupakan inti kepada kejayaan PSM mendapat pendaftaran dari pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam negeri (KDN) dan kini SPR walaupun kebebasan untuk menubuhkan satu parti politik adalah satu hak yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara.

Keputusan ini juga memberi implikasi bahawa PSM kini boleh menggunakan simbol ini dalam Pilihanraya kecil dan Umum yang akan datang. Dalam tiga Pilihanraya Umum sebelum ini, PSM telah menggunakan simbol parti Pembangkang iaitu DAP pada tahun 1999 dan PKR pada tahun 2004 dan 2008.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada warga pekerja dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama kami dalam satu dekad ini.

Dengan kelulusan ini, kami berasa perjuangan sosialis di bumi Malaysia akan terus melangkah maju ke hadapan.

Yang Benar,


S.Arutchelvan Mohd Nasir Hashim
Setiausaha Agung Pengerusi Nasional



Kornologi Isu Simbol PSM

19-8-2008 - Parti Sosialis Malaysia (Baru) PSM telah mendapat pendaftaran dengan nombor pendaftaran 1434-08- SEL dan didaftarkan secara sah dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
18-9-2008 - PSM telah memohon untuk mendaftar dengan SPR. Pihak kami telah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak SPR iaitu satu salinan sijil Pendaftaran, satu salinan undang-undang pertubuhan, satu salinan AhliJawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia bagi 2008/2009 dan 8 salinan logo berwarna Parti Sosialis Malaysia
3-1-2009 - Disebabkan tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak SPR, kami telah mengutus surat kedua
19-1-2009 - Kami kemudian telah menerima satu jawapan dari pihak SPR dimana kami diberitahu bahawa kedudukan permohonan pendaftaran kami masih dalam proses kajian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seandainya pihak KDN telah memutuskan untuk meluluskan permohonan tersebut dan memaklumkan kepada SPR, maka pihak SPR akan mengambil tindakan proaktif untuk mendaftarkan PSM dengan kadar segera.
6-2-2009 - Kami kemudian telah menghantar satu surat melalui peguam kami,Ragu Kesavan dari Kesavan Advocates & Solicitors meminta penjelasan terperinci.
13-2-2009 - Kami kemudian mendapat maklumbalas dari pihak SPR dimana dimaklumkan bahawa SPR dalam mesyauarat 14 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya mendapat penjelasan lanjut daripada Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan simbol PSM kerana pada pandangan SPR ianya kurang sesuai dari prinsip moral kerana simbolnya bercorak kekerasan dan SPR mempunyai kuasa untuk menolak pendaftaran simbol parti politik mengikut peruntukan Seksyen 16(1) (bb) Akta Pilihanraya 1958.
19-3-2009 - PSM menghantar satu memorandum kepada SPR kerana tidak puas
hati dengan tindakan SPR melengan-lengankan pendaftaran simbol PSM dan memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol ini. Tindakan SPR ini secara tidak langsung menyekat hak demokrasi PSM untuk bertanding dalam pilihanraya dan terlibat langsung dalam politik tanahair.
15-4-2009 - Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia kali ke 692 telah
meluluskan simbol PSM

Wednesday, April 29, 2009

26 April 09 - Majlis Perundingan Rakyat di Fasa 4, Bandar Rinching





Majlis Perundingan Rakyat (MPR) Bandar Rinching Fasa 4 telah diadakan di Bandar Rinching Fasa 4. Ia dihadiri oleh ramai penduduk disana yang telah menimbulkan pelbagai isu tempatan. Antara isu paling utama ialah isu jalanraya di tempat itu yang teruk, masalah lain yang telah diutarakan adalah mengenai papan tandanama yang usang, keperluan bonggol disetiap jalan, pengambilan sampah pukal, isu anjing liar, Pembinaan pagar di padang dan lampu jalan utama. Ramai orang termasuk Persatuan Penduduk telah mengutarakan isu ini melalui satu memorandum. Saya telah memberi syor akan membuat perundingan dengan pihak MPKJ untuk datang dan menyelesaikan beberapa masalah dengan penduduk disana. Makanan ringan juga disediakan dan isu kebajikan individu juga diuruskan oleh Pasukan sukarelawan PSM.

26 April 09 Perayaan Tamil Tahunan Di Bandar Rinching





Perayaan Tamil diadakan dengan meriah di Dewan Bandar Rinching Semenyih. Yang unik tentang perayaan ini adalah perayaan ini disertai oleh orang pelbagai agama yang berketurunan Tamil.Pengerusi Persatuan Pembaca Tamil Semenyih Kasim telah menjemput ramai orang ke program ini.Antara tetamu yang hadir adalah Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Hulu Langat dan Encik Ponnusamy, Pengerusi Persatuan Kesusasteraan Tamil Semenyih. Semua tetamu kehormat dikalungkan bunga malai dan 'Ponnadai'. Saya seperti biasa menolak dan hanya menerima dengan tangan bunga malai tersebut. Ini selaras dengan pendirian PSM tidak mahu menerima bunga malai. Namun demikian, acara diadakan dengan meriah dan penuh tradisi.

Monday, April 27, 2009

24-2-09 Ceramah Krisis Ekonomi di Kota Damansara




Hari ini saya dijemput oleh PSM Subang untuk memebri ceramah mengenai krisis Ekonomi di

Walaupun isu ini adalah penting tetapi jumlah kehadiran agar kurang. Justeru itu, kami telah membuat format diskusi. Turut bersama memberi ceramah adalah Sdr. Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang DAP dan Pengerusi PSM dan tuan rumah Dr. Nasir Hashim.

Sdr. Charles telah menganalisa secara terperinci mengenai sebab krisis dan reaksi Kerajaan Malaysia. Beliau berpendapat langkah yang diambil Kerajaan tidak dapat menyelesaikan isu dan mengatakan cara BN menangani isu ini adalah tidak telus. Dr. Nasir pula mendedahkan sistem kapitalis sebagai punca krisis ini manakala saya mengajak rakyat untuk turut bersama dalam Perayaan hari Buruh dan menuntut bahawa wang 60 billion itu disalurkan kepada rakyat biasa dan bukan kroni kapitalis. Sudah tiba masanya kaum pekerja menuntut dan merebut bahagian mereka dari 60 billion tersebut.

Sunday, April 26, 2009

22 April 2009 : TUJUH perkara yang diutarakan dalam Mesyuarat JK Infra dan Lalulintas MPKJ

Saya telah mengutarakan permasalahan dari tujuh kawasan dalam mesyuarat Infra kali ini. Saya akan mendapat maklumbalas dalam masa sebulan


ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ PADA 22 APRIL 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini melalui surat dan mungkin diulang sekali lagi kerana tidak mendapat maklumbalas


i) Kampung Sungai Sekamat

1. Penduduk meminta satu lampu isyarat di simpang jalan masuk ke Kampung mereka di jalan Cheras.

ii) Taman Jasmin

PIBG Sekolah kebangsaan Taman Jasmin meminta
1. Membina penutup longkang di jalan Jasmin 2, Taman Jasmin
2. Pembersihan longkang dikeliling SK Taman Jasmin
3. Menambahkan lampu jalan di Jalan Jasmin 2, Taman Jasmin



iii. Pekan Kajang – Tandas di taman permainan

1. Ada aduan bahawa tidak ada tandas awam di Taman Permainan bersebelahan Hospital kajang.
2. Ini menyukarkan pengguna taman ini yang bersenam dan kemudian mereka yang menunggu anak-anak mereka dari sekolah

iv. Banjir di Kampung Broga
1. Banjir di Broga disebabkan oleh Sungai Seringgit yang tidak dapat menampung kapasiti air
2. Kerja-kerja baikpulih, mendalam dan melebar dan membersihkan sungai mesti dilakukan

v. Banjir di Kampung Sentosa dan Kawasan sebelah jalan Semenyih-Broga

1. Banjir di kampung Sentosa dan kawasan lain disepanjang Jalan Semenyih-Broga dilanda banjir dan ini disebabkan parit yang dibina adalah kecil dan tidak dapat menampung air.
2. Masalah sudah dikenalpasti tetapi kerja-kerja tidak dilakukan oleh pihak JKR

vi. Jalan Semenyih ke Bandar Rinching – Penglebaran dan lampu

1. Meminta JKR melebarkan jalan di hadapan Esso ke Taman Pelangi dan diharap bina dari Taman pelangi hingga ke pekan semenyih. Jalan sempit dan bahaya kepada motosikal.
2. Tiada lampu jalan dari Pekan Semenyih ke Bandar Rinching

vii. Perpustakaan

1. Perpustakaan Di Pekan Semenyih sentiasa ditutup
2. Menubuhkan sebuah perpustakaan dan ruang membaca di Taman Pelangi Semenyih

viii. Lain-lain
Saya berharap mendapat maklumbalas atau isu-isu ini dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Lalulintas

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

22-4-09 – Tuan Punya ladang buat mesyuarat dengan pekerja Ladang Semenyih




Faizal yang kini dengan Sime Darby bersama Pengurus ladang baru dan Penolong Pengurus telah mengadakan mesyuarat dengan Penduduk di Pejabat baru Ladang Semenyih di pekan Semenyih.

Penduduk telah menimbulkan isu mengenai penyelenggaran dan kerja pembersihan. Majikan setuju berbuat pembersihan yang minima kerana itulah janji mereka. Saya menimbulkan isu bahawa sehingga bekas pekerja diberi rumah alternatif tetap, pihak Tuan Ladang bertanggungjawab mengekalkan staus-qua kawasan tersebut.

Mengenai isu perumahan, saya diberitahu bahawa perbincangan akan diadakan melalui Exco Xavier dan perbincangan hari ini tidak membincangkan isu ini walaupun nampak ada satu kebarangkalian untuk memberi perumahan kepada bekas pekerja ini

21-4-09 – Di Balik Pulau, ramai peminat kiri






Hari ini, saya dan Dr. Nasir ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk memberi ceramah mengenai krisis ekonomi. Penceramah lain adalah Abdul Razak dari MTUC dan Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi.

Kami turut gembira apabila Bekas Timbalan Mayor, Balik Pulau dari Barisan Sosialis iaitu Pak Omar hadir. Ramai juga orang yang hadir. Sesi berjalan dengan hangat dan antara soalan yang dikemukan adalah mengenai isu saham PNB.

Selepas ceramah saya mengadakan perbincagan dengan ramai orang tempatan dan ramai yang mengatakan mereka menyokong fahaman sosialis dan memang arif tentang perjuangan kiri.

Mengenai ceramah anjuran PSM Pulau Pinang ini, reaksi orang ramai memang peka tapi cemas mengenai krisin ini.

20-4-2009 - Nakarin Visitsin, Thailand


Nakarin, seorang anak muda yang dulunya dari Turn Left Thailand elah dating mengunjungi kami beberapa hari. Beliau juga ada berbincang sedikit mengenai sitausi semasa di thailand

20-4-2009 - Peruntukan untuk atasi Masalah Banjir di Broga



Akhirnya, peruntukan yang diminta untuk membaiki parit di Broga mendapat sedikit kemajuan apabila Cikgu Lee tampil untuk membantu membereskan sedikit masalah berkenaan dengan peruntukan wang. Selain dripada itu, Alice juga mengutarakan isu Sungai Seringgit yang sering akibatkan banjir. Saya bersetuju membawa isu ini kepada perhatian mesyuarat Infra untuk membolehkan JPS mengambil langkah mengorek sungai ini supaya masalah banjir dapat diatasi.

20-4-09 – Pertemuan dengan Dr. Poh Soo Kai




Hari ini, kepimpinan PSM telah mengadakan satu dialog dengan Dr. Poh Soo Kai. Beliau adalah salah seorang Pemimpin kanan Barisan Sosialis (Socialist Front) dan telah ditahan dibawah ISA untuk 17 tahun. Kepimpinan PSM banyak belajar dari pengalaman beliau terutamanya mengenai sejarah perjuangan Barisan Sosialis dan tingkahlaku Lee Kuen Yew menghancurkan gerakan kiri di Singapura. Turut bersama adalah seorang lagi pemimpin Fron Sosialis Sdr. Tan Jing Quee.

18 & 19 April 09 – Sekolah idelogi di Ipoh






Hari ini lebih 50 orang menghadiri sekolah Idelogi anjuran Biro idelogi, PSM. Sekolah dua hari ini diadakan di Ipoh. Antara isu yang dibincang kali ini adalah mengenai Ekonomi Marxist dan Krisis ekonomi pada hari pertama dan diikuti oleh perbincangan mengenai perjuangan rakyat Tibet dan Sri Lanka pada hari kedua dan diikuti oleh perbincangan mengenai Gerakan Hindraf dan Gerakan Bahasa Ibuanda. Saya turut memberi satu kertas mengenai Hak Menentukan nasib sendiri. Antara penceramah luar yang datang adalah Prof Dr. John Ure yang kini mengajar di Universiti Singapura dan Sdr. Nagarajan, bekas wartawan dan Penkaji

16 April 2009 – Peguam-peguam Hak Asasi Bebas




Hari ini saya telah pergi untuk mendengar keputusan perbicaraan kes dimana tujuh orang Peguam ditahan dan didakwa kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada hari hak Asasi Manusia tahun lalu. Sebenarnya saya juga turut terlibat dalam perhimpunan tersebut malah merupakan salah seorang yang telah membuat rundingan dengan polis. Antara peguam yang ditahan adalah Amer Hamzah, Latheefa Koya, Sivarasa, Edmond Bon, Surinderan, Eric Paulsen dan aktivis seperti Arif. Peguam bagi Peguam hak asasi pula adalah Puravelan. Hakim mahkamah Session Komathi hari ini membebaskan para peguam tanpa meminta mereka membuat pembelaan. Hakim mengatakan bahawa tindakan Polis yang membenarkan perarakan itu pada awalnya dan tindakan penahanan dibuat tanpa memberi notis yang munasabah adalah antara sebab mengapa kes ini dibuang. Syabas kepada Hakim Komathi yang terkenal kerana memberi perintah yang pro- rakyat.

14 April 2009 –Pemimpin Sosialis India melawat Malaysia




Hari ini seorang Pemimpin dari parti CPI(ML) Liberation, Kavita Krishnan melawat Malaysia untuk satu hari. Beliau telah dibawa ke Pejabat PSM Semenyih, mengadakan perbincangan dengan JERIT dan juga perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. CPI(ML) adalah parti kiri ketiga kuat di India. Mereka mempunyai keahlian kebihkurang 5 juta dan bercadang bertanding dalam 83 kerusi dalam Pilihanraya ini. Mereka terkenal kerana perjuangan yang diterajui oleh Gerakan Naxalbari.

13 April 2009 Minta Xavier campurtangan



Hari ini perwakilan pekerja dari dua Ladang di kawasan Semenyih iaitu Ladang Bangi dan Ladang Semenyih telah mengadakan satu mesyauarat denagan Saudara Xavier, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai kebajikan Pekerja Ladang. Ini adalah mesyauarat ketiga mereka dengan Sdr. Xavier. Tujuan mereka datang adalah untuk meminta satu mesyuarat diatur antara pihak pekerja dengan Majikan. Sdr. Xavier berjanji akan cuba mengatur mesyuarat dalam dua minggu.

12 April 2009 – Ceramah di Balakong




Hujan lebat yang turun sepanjang hari ini telah menyebabkan banyak program tergendala. Ceramah di kawasan perumahan Pangsapuri Balakong Jaya turut terjejas kerana hujan yang begitu lebat. Namun ada juga penduduk yang memberanikan diri untuk menghadiri ceramah anjuran PSM kajang ini. Saya bersama Najiteram dari DAP telah memberikan ceramah. Najiteram telah focus mengenai isu masalah pinjaman bank dan sebagainya manakala saya pula berbincang mengenai krisis ekonomi. Selepas tamatnya ceramah, para pemimpin DAP tempatan dan penduduk juga memberi banyak aduan mengenai penyelenggaran flat ini Saya meminta mereka membuat satu mesyuarat dengan penduduk untuk membincangkan isu ini. Isu penyelenggaran flat terutamanya di pangsapuri kos rendah adalah sesuatu yang amat mustahil. Saya telah membuat usul agar Majlis Tempatan mengambilalih semua penyelenggaran flat kos rendah.

11-4-2009 - Banjir Kg Sentosa Masih tiada penyelesaian




Kampung Sentosa mengalami banjir sejak Projek Pembesaran Jalanraya ke Broga. Penduduk di kampong terbabit telah menulis kepada banyak pihak termasuk membuat aduan polis. Pihak kementerian juga sudah mengenalpasti masalah iaitu pembentung air telah dimasuki tanah, namun pihak JKR tidak menjalankan kerja dengan konsisten untuk mengorek parit tersebut. Hari ini, pasukan PSM telah ke kawasan tersebut setelah mendapat aduan dari penduduk berkenaan. Kami turut mendapati sistem perparitan disini juga kelamkabut. Kami akan membawa isu ini kepada perhatian pihak Infra MPKJ tetapi yang lebih penting saya hendak mengenalpasti mengapa walaupun masalah sudah dikenalpasti, mengapa tidak ada langkah diambil oleh pihak kementerian berkenaan.

11 April 2009 – Majikan diskriminasi bekas Pekerja Ladang Semenyih



Hari ini kami mengadakan mesyuarat dengan Bekas Pekerja ladang Semenyih. Kebelakangan ini, separuh daripada Ladang Semnyih sudah dijual kepada Pemaju. Yang tinggal hanyalah perumahan bekas pekerja Ladang Semenyih. Pekerja ladang Semenyih marah kerana majikan telah membina tiga rumah baru dan bagi rumah ini air diberi 24 jam dan rumah-rumah mereka dicat baru. Bekas pekerja menuntut rumah mereka juga dicat dan air juga diberi 24 jam. Mereka juga akan menulis satu surat kepada Pengurus baru meminta satu mesyuarat dengan kadar yang segera untuk membincangkana isu ini.