ShareThis

Friday, January 30, 2009

17 Januari 2009 Dewan orang ramai Kesuma milik siapa ?

Saya telah mendapat aduan dari sebahagian Penduduk Pangsapuri Baiduri, Tasek Kesuma bahawa mereka tidak dapat menggunakan Dewan mereka untuk aktiviti dan jika mereka mahu gunakan terpaksa membayar bayaran tinggi. Saya kemudian telah mengemukakan soalan kepada Bahagian Infrastruktur MPKJ dan saya diberitahu bahawa Dewan di Pangsapuri memang milik bersama penduduk disana dan mengatakan bahawa ada JMC sudahpun ditubuhkan di pangsapuri tersebut dan merekalah mengendalikan urusan Dewan.

Saya kemudian telah meminta satu mesyauarat dipanggil antara Jawatankuasa JMC dan Pemaju untuk membolehkan isu ini dibincangkan terutamanya mengenai kemudahan Dewan. Dengan kerjasama MPKJ, satu mesyuarat telah dipanggil tetapi malangnya yang hadir adalah pihak JMC manakala pemaju tidak hadir. Saya kemudian diberitahu memang perangai Pemaju Agenda Istimewa adalah tidak hadir mesyuarat. Wakil pemaju pula tidak dapat dihubungi walaupun kita mencubanya banyak kali.

Namum, saya sempat mengadakan mesyuarat dengan wakil JMC yang diketuai oleh Pengerusinya Mohd Mazlan. Hasil daripada pertemuan ini saya mendapati JMC tidak dapat berfungsi dengan berkuasa kerana mereka masih belum menerima Perjanjian asal dan juga ada kawasan termasuk Dewan masih belum ada dalam tanggungjawab mereka.

Mendengar keluhan mereka, saya berjanji bahawa pihak MPKJ akan mengarahkan pemaju datang ke Pejabat MPKJ untuk menjawab beberapa soalan termasuk tanggungjawab pemaju yang masih belum dilaksanakan. Rakyat mesti mempunyai hak memimpin dan melaksanakan tanggungjawab mereka. Kadangkala terdapat pihak ketiga yang memonopoli kemudahan awam seperti Dewan dan mereka juga mempunyai hubungan rapat denagan pemaju. Saya mahu bincang denagan pemaju bersama JK penduduk untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini.

No comments: