ShareThis
Monday, January 31, 2011
30-1-11 Hujan melimpah di Makkal Ponggal
Makkal Ponggal ke 16, anjuran tahunan Pusat pembangunan Masyarakat (CDC) tahun ini dianjur bersama dengan Masyarakat Taman Sri Tanjung dan MPP zon 18 dibawa Saudara S.Arutchelvan.
Namun program tahun ini menyaksikan hujan sepanjang program dari awal pagi sehingga program tamat pada jam lebihkurang 1.30 tengahari. namun demikian kekretifan Pengerusi RT taman Sri tanjung Sdr Karim memastikan program ini dapat dijalankan juga di kawasan tempat letak kereta dibawah Flat dan dikhemah-khemah yang disediakan.
Malah perasmian Ponggal Rakyat dan pertandingan Ponggal yang biasanya dijalankan di tempat terbuka, tahun ini dijalankan dibawah khemah. Namun demikian Ponggal tahun ini menyaksikan satu keunikan dimana ia buat pertama kalinya dijalankan di kawasan majoriti orang Melayu dan hampir separuh atau lebih peserta adalah dari masyarakat Melayu.
Program ini berjaya menjalin rasa perpaduan yang semakin tercabar pada hari ini. Selain itu, penganjur tahun ini juga telah mengadakan pertandingan membuat layang-layang dengan bertemakan ' Bantah FTA". Maka isu FTA juga dapat ditampilkan. Selain program tradisi Ponggal, juga diadakan sukaneka yang disertai oleh ramai kanak-kank di flat tersebut.
Seperti setiap tahun yang lepas , program dilancarkan dengan para peserta sama-sama menaruh segenggam beras kedalam peruik untuk memasak nasi manis ponggal. Laungan Ponggalgal Ponggal dan lagu Melayu saling menyeri program ini. Turut memeriahkan program kali ini adalah Ahli Parlimen Hulu langat Dr. Che Rosli.
Hujan tidak berhenti. Penganjur Encik Karim berkata itu rahmat. Saya pula tersenyum kerana dalam ucapan saya,saya telah bercakap tentang krisis cuaca dan mengapa kita kena menjaga alam sekitar kerana kita tidak mampu menang jika kita bertembung dengan alam sekitar. Hari ini hujan tidak dapat dihentikan tetapi kita telah melakukan beberapa perubahan untuk memastikan program makkal ponggal ke 16 berjaya.
Sunday, January 30, 2011
29-1 54 peserta memasak ponggal di Perayaan Ponggal MPKJ
Pesta Ponggal kakitangan MPKJ telah dijalankan dengan meriah dimana tahun ini memperlihatkan 54 peserta menyertai pertandingan memasak ponggal iaitu lebih tiga orang berbanding dengan rekod tahun lalu.
Tahun ini Perayaan ini dirasmikan oleh Dato YDP MPKJ Hasan Nawawi. Pertandingan ini juga memperlihatkan penyertaan orang Melayu Islam dalam program kebudayaan orang Tamil. Seorang peserta India memberitahu saya, " nampaknya rakyat semua kaum memang bersatu padu...yang mengujudkan masalah perkauman adalah ahli-ahli politik". Sungguh tepat pandangan saudara itu. Kakitangan MPKJ beserta dengan Ahli Majlis turut berseronok dengan program ini yang menyajikan selain dari persembahan tradisi, juga lauk-lauk India Selatan.
28-1-11 Pekerja ladang Denudin gelisah menanti ladang ditutup
Pekerja Ladang Denudin, yang terletak di Batu 3, jalan Bangi melahirkan rasa gelisah kerana ada ura-ura ladang mereka akan dijual. Antara persoalan di kepala mereka adalah isu perumahan mereka, bagaimana dengan pampasan, macamana dengan bekalan elektrik dan sebagainya.
Mereka memberitahu bahawa kebelakangan ini rumah penginapan mereka tidak dibaiki, kawasan ladang tidak dibersihkan dan alatan pekerjaan tidak dibekalkan.
Mereka menjemput PSM untuk membicara masalah mereka. Mereka bertekad akan berjuang bersama-sama untuk perumahan teres di kawasan perumahan mereka. mereka juga mahu kuil dan gereja dikekalkan dan satu taman dengan kemudahan dibina.
Namun buat masa ini, mereka masih menanti notis dari majikan yang akan memberikan gambaran sebenar kedudukan mereka.
Mereka memberitahu bahawa kebelakangan ini rumah penginapan mereka tidak dibaiki, kawasan ladang tidak dibersihkan dan alatan pekerjaan tidak dibekalkan.
Mereka menjemput PSM untuk membicara masalah mereka. Mereka bertekad akan berjuang bersama-sama untuk perumahan teres di kawasan perumahan mereka. mereka juga mahu kuil dan gereja dikekalkan dan satu taman dengan kemudahan dibina.
Namun buat masa ini, mereka masih menanti notis dari majikan yang akan memberikan gambaran sebenar kedudukan mereka.
Friday, January 28, 2011
28-1-11 Bantah Penganjuran Bazaar Tesco Semenyih di Full Council
Hari ini saya membantah Penganjuran Bazaar Semenyih di Tesco Semenyih kerana tidak mengambilkira pandangan Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Pelangi Semenyih.Unit perlesenan MPKJ pada 19 Januari 2011 telah memberi kelulusan kepada KOWARIS. Bantahan saya turut disokong oleh beberapa orang ahli Majlis yang lain dan akhirnya Full Board meminta kelulusan ditangguhkan dan meminta dikaji semula.
Selain itu saya menimbulkan isu bahawa masalah perumahan pekerja ladang Bangi harus diambilkira dan diselesaikan sebelum projek ini diluluskan. YDP mengatakan memang ada syarat sedemikian supaya isu ini dirujuk kepada Exco Perladangan.
27 Januari - Pustaka Kiri mula Diskusi Kiri
25 orang aktivis sosialis dan mereka yang berminat tentang idelogi kiri menyertai Diskusi Kiri pertama yang diadakan di Pustaka Kiri di Balakong.Tiga orang aktivis membentang pandangan mereka tentang kepentingan Teori dan Praktis. Sivaranjani seorang aktivis CDC dan JERIT, Ganesan seorang pejuang Ladang Braemar dan V.Selvam -aktivis veteran dan salah seorang pengasas PSM berbincang tentang persoalan ini dari sudut pandangan mereka.
Rata-rata mengatakan teori dan praktis tidak boleh dipisahkan. Tanpa Teori, hala tuju menjadi kabur. Dengan Teori tetapi tak buat kerja macam cakap kosong sahaja. Dr. Nasir berkata it is not this or that , it is this and that - the dialetics and the unity of the opposites . Selvam berhujah pasal tayangan gambar dan pengaruh manakala Sivan bercakap pasal bertanya soalan dan itu penting.Zaidi pula bercakap pasal kerana bosan di sekolah, beliau lebih suka baca buku Isu ketidakadilan yang berlaku pada diri terus mendorong mereka mencari analisa baru.Melibatkan diri dengan kumpulan progresif seperti JKMI dan CDC turut memantapkan idelogi mereka tentang sosialis dan kiri.
Letchimi yang menjadi moderator terus mengungkitkan soalan-soalan kontroversi untuk memanaskan debat.
Sesi Diskusi Kedua akan berbincang topik - Membina Semula Kiri - karya Marta Heneker pada 17 Februari 2011. Yang miss kali pertama, inilah peluang anda.
Orang awam perlu mendaftar diri sebelum menyertai.
27-1-11 Mesyuarat Pemantauan Aduan - soalan bertulis saya bongkarkan 2 isu
Saya telah membawa dua persoalan satu mengenai Perhentiaan Bas dibina dimana tempat bas tidak lalu manakala isu kedua adalah mengenai dakwaan pemaju bahawa dia telah membayar RM 6,000 kepada MPKJ pada tahun 2002 tetaapi tong sampah masih belum dibekalkan. Penjelasan isu ini akan diketyahui dalam mesyuarat bulan epan. Dibawah adalah isu-isu yang diungkitkan oleh saya -
USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN
JANUARI 2011 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
1. Penganjuran Bazaar Malam Semenyih
• Merujuk kepada Penganjuran Bazaar Malam Semenyih di Tesco Pelangi Semenyih, apakah dan bagaimana proses pemilihan akan dibuat ?
• Saya sebagai Ahli Majlis telah dihantar satu surat bertarikh 10 Disember 2010 oleh Bahagian Perlesenan setelah saya mengadu bahawa saya telah mendengar dari pihak pemohon tetapi belum mendapat surat dari Bahagian perlesenan.
• Kemudian saya difahamkan, satu taklimat promosi telah dibuat dimana saya tidak dijemput. Adakah ini satu kebiasaan atau memang saya sengaja tidak dirujuk walaupun tempat Bazaar ini di kawasan zon saya.
• Apakah prosedur atau formula sebenar untuk memilih penganjur yang betul-betul layak? Apakah kreterianya?
2. Pembinaan pembaikpulih perhentian bas di tempat Bas tidak berhenti
• Sebanyak RM 14,100 telah diperuntukan untuk Jowais Enterprise untuk kerja-kerja menaiktaraf perhentian bas di hadapan Taman Sungai Jelok, Kajang dibawah peruntukan khas ICU JPM, KPKT walaupun tiada bas awam yang berhenti disini untuk lebih 5 tahun.
• Adakah ini satu kecuaian atau penyelewengan ?
3. Misteri Tong Sampah di Taman Haneko, Jlan Sungai Lallang
• Pihak Pemaju mendakwa bahawa beliau telah membuat bayaran RM 6,000 kepada MPKJ untuk menyediakan Tong Sampah di kawasan flat Pangsapuri Sri Haneko ini pada tahun 2002 tetapi sehingga kini ia tidak disupply oleh MPKJ. JK Penduduk juga mengakui pernah memberikan resit kepada MPKJ tetapi sekali lagi ia menjadi misteri walaupun kini MPKJ meminta pemaju menyediakan tong sampah tersebut
4. Taman permainan Kos rendah seksyen 2
• Taman permainan di rumah kos rendah Sek.2, Bandar Rinching tidak dibaikpulih walaupun perkara ini telah dibawah kepada perhatian Bahagian landskap untuk jangkamasa yang agak panjang
5. Padang Bolasepak di Taman Manikavasagam
• MPKJ dulu janji akan menanam rumput pada tahun 2009 dan kini sudah sampai 2011. Pemain bolasepak pun setuju untuk tidak bermain untuk membolehkan rumput dapat ditanam dan Landskap dulu sudah ambil ukuran dan sebagainya tetapi masih belum diselesaikan walaupun sudah lebih 2 tahun.
• Kita telah cuba meruntuhkan satu struktur bangunan di kawasan padang tetapi tidak Berjaya dipecah secara in-house. Kemudian YDP cadangkan kita cuba buat sesuatu alat permainan dengan struktur itu atau robohkan dengan panggil kontrakter. Tempat itu kekal dan mencemar permandangan
6. Kebakaran gerai dan masadepan Penjaja di Pekan Semenyih
• Mesyuarat telah memutuskan MPKJ mohon tanah dan bina semula gerai dan sewa kepada penjaja asal
• Apakah perkembangan dan komitmen kita selesaikan isu ini pada tahun 2011.
Soalan diutarakan Oleh :
Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2010/2011
Thursday, January 27, 2011
26 Januari - Jawatankuasa Flat DUN Semenyih mula bersidang
Setelah Forum Flat diadakan pada bulan Oktober, hari ini Jawatankuas Flat DUN Semenyih bersidang buat kali pertama. Wakil dan pemimpin dari 7 pangsapuri menyertai mesyuarat pertama ini.
Mereka berbincang tentang aduan-aduan sebelum. Sdr Arul bersama PSM Semenyih bersetuju untuk mengadakan mesyauarat susulan di Pangsapuri Bangi Jaya dan Seri Mawar.
Namun demikian banyak isu berkisar mengenai isu penyelenggaran dan ketidakmampuan JMB atau penduduk kos rendah membaiki pelbagai kecacatan dalam pangsapuri mereka. Mesyaurat menyarankan perlu ada lebih tindakan di pihak kerajaan negeri dan Persekutuan untuk selesaikan isu Masyarakat kos rendah.
Satu mesyuarat dengan kerajaan negeri akan diusahakan untuk mempertengahkan resolusi-resolusi JK Flat.
Dalam Resolusi pada 10 Oktober, 9 perkara telah dipertengahkan
RESOLUSI FORUM PANGSAPURI KOS RENDAH
10 Oktober 2010
1. Kerajaan ambil alih penyenggaran flats kos rendah terutamanya JMB yang bermasalah
2. Penduduk flats kos rendah bayar satu cukai sahaja – taksiran
3. Pastikan pangsapuri kos rendah dijual kepada rakyat yang berpendapatan rendah
4. Wujudkan satu mekanisme kerjasama di antara JMB – Majlis Tempatan – Pemaju
5. Pinda Akta 663 untuk mengatasi beberapa kelemahan seperti penyerahan sinking-fund oleh pemaju kepada JMB
6. Perkhidmatan kutipan sampah pukal dan penyenggaraan lampu disekalikan dalam cukai taksiran dan dikendalikan oleh Majlis Tempatan
7. Kuatkuasakan hukuman denda kepada pemilik enggan/ingkar bayar kos penyenggaraan
8. Satu geran bantuan diberikan kepada pihak JMB seperti geran yang diberi kepada Rukun Tetangga
9. Meter air pukal – perjuangan untuk meter air sendiri perlu diteruskan -
Wednesday, January 26, 2011
MENGAPA PEMBUNUH G. BALASUNDRAM BELUM DIDAKWA ?
Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara YB Tan Sri Ismail Omar berhubung kes pembunuhan peguam terkenal G. Balasundram. Mendiang saudara G. Balasundram merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia yang telah banyak berjasa kepada rakyat tertindas lebih 30 tahun. Pada 16 November 2010 beliau telah dibunuh dengan kejam dengan ditikam 17 kali .
Hari ini PSM yang diketuai oleh Pengerusi Parti Dr. Nasir Hashim , Setiausaha Agung S.Arutchelvan dan Ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jeyakumar mengetuai satu rombongan 30 orang untuk menyerahkan satu memorandum kepada pihak IGP di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini. Tetapi memorandum itu tidak diserahkan keapda media dan hanya diserahkan kepada polis. 10 orang delegasi yang diketuai oleh Dr. Nasir Hasim, Pengerusi PSM kemudian masuk berjumpa dengan ACP Senu dimana satu dialog selama hampir 45 minit telah diadakan. Dalam Mesyuarat tertutup itu, PSM teah memberikan segala bukti yang ada mengapa PSM berpendirian ada unsur “cover up”
Isu yang dibangkitkan oleh PSM adalah PSM mempunyai maklumat dan sumber yang amat relevan bahawa pembunuh dalam kes ini termasuk pisau yang digunakan sudah didapati. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab sudahpun diketahui tetapi polis tidak mahu mendakwa. PSM berpendapat mereka tidak didakwa kerana mereka mempunyai hubungan kuat dengan polis dan juga ada pegawai polis tinggi dan Datuk Datuk yang mahu melindungi mastermind dalam pembunuhan ini.
Dr. Jeyakumar berkata, kita tahu polis tahu. Maka mengapa tidak didakwa? Dr. Nasir pula memberi amaran andaikata pembunuh Peguam rakyat ini jika tidak dibawa ke pengadilan, maka masyarakat marhaen yang pernah Peguam Balasundram mewakili akan bangkit dan membantah. S.Arutchelvan pula berkata polis yang rajin sudah berjaya menangkap tetapi kini ada halangan. Kita mahu polis bersikap profesyenal dan berintergriti
Ramai pemberita yang turut hadir untuk mengetahui berita terkini berhubung pembunuhan kejam ini. Selain itu beberapa orang petani dan pekerja yang pernah menerima perkhidmatan peguam dengan saudara Bala turut hadir dan berkongsi pengalaman mereka bersama beliau. Saudara Bala telah memperjuangan banyak kes-kes perkerja ladang, tanah pertani kecil dan pekerja kilang yang dibawah oleh PSM terutamanya di kawasan Perak. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada kaum tertindas dan juga PSM. Oleh itu PSM berpendirian pihak polis perlu bersikap profesional dan segera mendakwa pembunuh tersebut di mahkamah untuk menegakkan keadilan.
Jika pembunuh tidak didakwa, maka PSM akan membongkarkan isu ini kepada umum.
25 Januari - Flat Sri Haneko - usaha untuk tubuhkan MC
Akhirnya kita berjaya membawa bersama Pemaju Flat Sri Haneko dengan Jawatankuasa penduduk untuk duduk bersama dalam satu mesyuarat. Mesyauarat dipengerusikan oleh Sdr. S.Arutchelvan dan dihadiri oleh dua orang Pegawai COB - Encik Azman dan Encik Azhari. Penduduk yang datang seramai 4 orang mempertengahkan 19 permasalahan. banyak daripada masalah ini berkisar mengenai isu-isu yang melibatkan kemudahan awam, kerosakkan bangunan dan penyelenggaran flat ini.
Hasil mesyuarat memutuskan bahawa MPKJ akan meneliti beberapa isu seperti isu tong sampah yang hilang, isu tekanan air rendah, hakisan dibelakang Flat, isu cukai pintu yang tinggi dan lampu diluar pagar flat. manakala kita juga menyeru pemaju untuk selesaikan beberapa isu keselamatan seperti wayar tanah tak ada dan sebagainya.
Namun demikian sebagai langkah kedepan 27 February diputuskan sebagai tarikh untuk memanggil mesyuarat JMC pertama dengan harapan dapat membentuk satu JK baru untuk ambilalih dan mengutip yuran dan menyelesaikan isu-isu yang lain.Pemaju juga diarahkan untuk mengemukakan audit dalaman pangsapuri tersebut.
24-1-11 Dijemput ke Program Jawatankuasa kabinet Masyarakat India , JPM
Hari ini saya telah dijemput oleh Pasukan petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri oleh Dr. Denison Jayasoorian. Yang turut hadir adalah Dato Sivasubramaniam, Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kesavan, wakil-wakil dari SUARAM, WAO , Vaithilingam dari Hindu Sangam dan Pemimpin MIC termasuk juga pemuda MIC-Mohan. Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu-isu yang banyak dikaitkan dengan masyarkat India seperti EO, Pembuangan daerah, kematian dalam tahanan dan Isu Tembak mati.
Banyak cadangan telah diberikan seperti penubuhan mahkamah koroner, terjemahan isu ke bahsa tamil, desakan untuk meminda akata dan sebagainya. Saya berhujah bahawa saya khuatir jawatankuasa kabinet ini hanya satu bahan hiasan yang akan digunakan oleh BN untuk menjustifikasi bahawa mereka sedang menangani isu orang India padahal banyak cadangan sebelum ini sperti IPCMC dan dari SUARAM dan SUHAKAM tidak dilaksanakan. kewibawaan politik nampaknya tak ada.
Selain itu saya juga berhujah bahawa isu jenayah orang India tidak boleh dilihat secara terasing. Ia mesti dikaitkan dengan isu socio-ekonomi dan untuk menangani isu ini kita harus memastikan mereka ada pekerjaan, pendidikan percuma dan perubatan percuma. Oleh yang demikian melihat satu masalah tanpa kaitan dengan isu yang lebih besar adalah bahaya kerana maka ia mencatatkan analisa kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)