ShareThis

Wednesday, January 26, 2011

MENGAPA PEMBUNUH G. BALASUNDRAM BELUM DIDAKWA ?








Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara YB Tan Sri Ismail Omar berhubung kes pembunuhan peguam terkenal G. Balasundram. Mendiang saudara G. Balasundram merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia yang telah banyak berjasa kepada rakyat tertindas lebih 30 tahun. Pada 16 November 2010 beliau telah dibunuh dengan kejam dengan ditikam 17 kali .

Hari ini PSM yang diketuai oleh Pengerusi Parti Dr. Nasir Hashim , Setiausaha Agung S.Arutchelvan dan Ahli Parlimen Sg. Siput Dr. Jeyakumar mengetuai satu rombongan 30 orang untuk menyerahkan satu memorandum kepada pihak IGP di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini. Tetapi memorandum itu tidak diserahkan keapda media dan hanya diserahkan kepada polis. 10 orang delegasi yang diketuai oleh Dr. Nasir Hasim, Pengerusi PSM kemudian masuk berjumpa dengan ACP Senu dimana satu dialog selama hampir 45 minit telah diadakan. Dalam Mesyuarat tertutup itu, PSM teah memberikan segala bukti yang ada mengapa PSM berpendirian ada unsur “cover up”

Isu yang dibangkitkan oleh PSM adalah PSM mempunyai maklumat dan sumber yang amat relevan bahawa pembunuh dalam kes ini termasuk pisau yang digunakan sudah didapati. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab sudahpun diketahui tetapi polis tidak mahu mendakwa. PSM berpendapat mereka tidak didakwa kerana mereka mempunyai hubungan kuat dengan polis dan juga ada pegawai polis tinggi dan Datuk Datuk yang mahu melindungi mastermind dalam pembunuhan ini.

Dr. Jeyakumar berkata, kita tahu polis tahu. Maka mengapa tidak didakwa? Dr. Nasir pula memberi amaran andaikata pembunuh Peguam rakyat ini jika tidak dibawa ke pengadilan, maka masyarakat marhaen yang pernah Peguam Balasundram mewakili akan bangkit dan membantah. S.Arutchelvan pula berkata polis yang rajin sudah berjaya menangkap tetapi kini ada halangan. Kita mahu polis bersikap profesyenal dan berintergriti

Ramai pemberita yang turut hadir untuk mengetahui berita terkini berhubung pembunuhan kejam ini. Selain itu beberapa orang petani dan pekerja yang pernah menerima perkhidmatan peguam dengan saudara Bala turut hadir dan berkongsi pengalaman mereka bersama beliau. Saudara Bala telah memperjuangan banyak kes-kes perkerja ladang, tanah pertani kecil dan pekerja kilang yang dibawah oleh PSM terutamanya di kawasan Perak. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada kaum tertindas dan juga PSM. Oleh itu PSM berpendirian pihak polis perlu bersikap profesional dan segera mendakwa pembunuh tersebut di mahkamah untuk menegakkan keadilan.

Jika pembunuh tidak didakwa, maka PSM akan membongkarkan isu ini kepada umum.

No comments: