ShareThis

Saturday, February 23, 2013

Dua Sekolah Tamil Runtuh di DUN Semenyih

18 Feb 2013, Semenyih
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Semenyih yang dibina 50 tahun dahulu. Kali terakhir sekolah tersebut diubahsuai 13 tahun yang lalu. Hari ini siling sekolah tersebut runtuh sebab kayu/papan dah reput dan kena makan anai-anai.


20130218_173740
Para pemimpin kita Saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, YB Dr.Xavier (EXCO Negeri Selangor) dan YB Che Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat ) telah turun melawat tempat kejadian. Mereka  diiringi oleh En. Ponnusamy, ketua PIBG Ladang Sekolah Tamil Semenyih.

Bantuan segera yang diulurkan oleh kerajaan negeri adalah RM 60,000.00  - dana untuk membaiki bangunan sekolah tersebut.

Sebuah lagi sekolah yang menimpa masalah yang sama ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Dominion, di Jalan Kacau. Ia dibina 75 tahun dahulu!
Masalah yang sama di hadapi iaitu ancaman  anai-anai. Pemimpin-peimimpin juga telah melawat sekolah ini pada hari yang sama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan menjanjikan bantuan dana sebanyak RM 30,000.00 untuk membaikpulih sekolah tersebut.

20130219_133123

 Lebih daripada 450 murid-murid yang sedang belajar di kedua-kedua sekolah ini dan lebih kurang 400 murid-murid yang bakal belajar di sekolah ini bermanfaat dari bantuan dana yang di hulurkan oleh pihak Kerajaan Negeri.


20130219_133631


Laporan oleh Rajan
PSM Semenyih News Desk

No comments: