ShareThis

Sunday, February 24, 2013

Majlis Perundingan Rakyat di Flat Seri Rinching

Hari ini, Majlis Perundingan Rakyat (MPR) telah diadakan di pangsapuri kos rendah Seri Rinching, Flat ini terletak di Bandar Rinching Seksyen 5. Seramai lebih kurang 50 penghuni telah hadir ke perjumpaan ini.

En. Azman, selaku pengerusi JMB di flat ini telah membantu kami untuk perjumpaan ini. Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Arul kerana sudi hadir ke flat mereka untuk mendengar masalah para penduduk.

Menurut En. Azman, Flat ini dibina pada tahun 2007 dan terdapat tiga unit blok iaitu blok B, C dan F. Kebanyakan penduduk adalah penduduk tempatan segelintir adalah warga asing. Flat ini turut disewa oleh para pelajar dari Kolej VETA.

Beliau turut memaklumkan bahawa, JMB di flat mereka baru ditubuhkan dan berharap mereka akan mendapat kerjasama daripada para penduduk untuk melaksanakan tugasan mereka.

Pemaju Flat ini adalah National Land Finance Co-Operation Society (NLFCS) seolah-olah tidak bertanggungjawab menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di kawasan flat ini. Malah, ada juga rumah kedai yang dimiliki mereka dipenuhi dengan air akibat permasalahan paip. Kedai ini dipenuhi air dan air melimpah keluar dari kedai ini.

Kawasan flat ini juga dipenuhi dengan rumput-rumput dan lalang-lalang yang panjang. Akibatnya, para penduduk berhadapan dengan bahaya ular-ular berbisa. Tiada pihak yang bertanggungjawab untuk memotong rumput-rumput ini demi menjaga keselamatan para penduduk.



Antara isu lain yang diungkitkan adalah seperti berikut:

  • Lampu Jalan tidak nyala 
  •   
  • Bonggol Jalan

  • Jalan berlubang
  • Longkang sumbat
  •  Bumbung rosak
  • Pembiakan nyamuk

Sdr. Arul cukup bangga dengan para penduduk yang begitu aktif memberi aduan serta memberi pandangan. Beliau  memaklumkan bahawa isu-isu yang dikemukan ini akan dimajukan kepada pihak-pihak tertentu agar isu penduduk dapat diselesaikan. Selepas perbincang, Sdr. Arul bersama JMB telah mengadakan lawatan serta memantau kawasan flat ini.

    No comments: