26 Feb 2013, Semenyih
Dalam
sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara
Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan
adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara
Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.
Menurut
pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar
Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008
bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen
pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon
Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140,
di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar
28,203.
Pusat
Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih
daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes
polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu
perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.
Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan
Seorang
aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun lalu telah mempelajari dari
pengalaman bahawa kewibaan politik adalah satu-satunya ‘tool’ untuk
menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar
dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh
pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang
anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti (PSM) terutamanya selepas
pilihanraya tahun 1998 apabila kebanyakan calon pemerintah dan
pembangkang enggan mahu tandatangan akur janji yang di tuntut oleh
masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Saudara Arutchelvan telah
bersetuju dengan kehendak Parti (PSM) untuk bertanding dalam
pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri
menafikan hak PSM untuk mendaftarkan parti sejak permohonannya pada
April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008.
Apabila
Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih
(sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap
hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri
Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek
Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil
jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang
aktivis percaya ‘empowerment’ atau proses memperkasakan rakyat itu amat
penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan
budaya ‘handouts’, budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya
mengharapkan orang dan budaya perkauman.
Maka,
dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari
bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan
Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di
semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan
di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan
masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan
dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh
setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.
Rugi, jika Arul tidak dipilih!
Encik
Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik
Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching
berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara
Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri
mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana
sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut
Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar
Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis,
langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.
Semua
wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini iaitu Puan Low Yoke
Thin – AJK JKK Broga, Encik Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk
Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin telah berkata bahawa
saudara Arutchelvan adalah seorang yang sederhana, mudah didekati,
turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk
berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut
memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. “Rugilah kepada
rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih”.
Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:
- Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
- Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk menggerakan kempen ini yang kini telah di mansuhkan;
- PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
- Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
- Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
- Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
- Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
- Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
- Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
- Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
- Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
- Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
- Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
- Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis
Semenyih sudah menjadi Semi-Urban
Menjawab
soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi
semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak
‘township’ dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini
Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang
memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah
kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan
(ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan
isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus
stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya
tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu
pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan
dan pemilikan.
Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan
Sebagai
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga
memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun
ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih,
anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah
sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya
tidak terhingga. Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan
sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.
Dalam
sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun
sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat
deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam
masa terdekat.
Saudara Arul – pilihan pengundi?
Jumlah
pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50%
pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini
adalah ‘genuine’ maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN
Semenyih adalah lebih cerah. Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan
sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya ‘handouts’ dan
berani untuk membawa perubahan.
PSM
percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih
calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti
saudara Arutchelvan.
oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih
No comments:
Post a Comment