Hari satu mesyuarat susulan telah diadakan bersama para penduduk flat Asa Jaya. Mesyuarat pertama bersama penduduk flat Asa Jaya telah diadakan pada tahun 2008 iaitu selepas pilihanraya. Ketika itu, masalah utama yang dibangkitkan adalah mengenai meter air pukal.
Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa beliau akan follow up isu-isu ini dengan pihak-pihak berkenaan dan akan mengadakan satu mesyuarat bersama pihak pemaju, COB, MPKj dan para penduduk untuk membincangkan mengenai isu " master title".
Selepas mesyuarat, satu lawatan telah diadakan disekeliling flat untuk meninjau masalah-masalah di sana. Ketika lawatan, kami mendapati lebih 30 penutup besi longkang telah dicuri. Para penduduk terpaksa menggunakan kayu-kayu serta papan untuk menutup lubang-lubang tersebut. Di samping itu, longkang di kawasan ini juga dipenuhi sampah sarap dan ini menyebabkan longkang tersumbat dan menghalang pengedaran air.
No comments:
Post a Comment