ShareThis

Thursday, August 2, 2012

Perbincangan Mengenai Pejuang P. Veerasenan

Thursday, 2 August 2012

Hari ini, sempena pertandingan bola sepak piala pejuang P. Veerasenan, satu perbincangan telah diadakan. Tetamu khas saudara Kattayah yang juga merupakan salah seorang ahli kesatuan telah hadir ke perbincangan ini. Saudara kattayah telah berkongsi maklumat mengenai kesatuan sekerja pada tahun 1940an dan sumbangan mereka dalam kemerdekaan serta perjuangan mereka menuntut hak para pekerja.



sebahagian hadirin

Lebih kurang 50 orang telah hadir ke perbincangan ini. Malah, mereka juga mengambil kesempatan ini untuk mengajukan pelbagai persoalan kepada saudara Kattayah. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan maklumat berhubung P. Veerasenan tidak dapat diperolehi di Malaysia kerana telah rahsiakan.


Pengerusi PSM Semenyih memberi cederamata kepada Sdr. Kattayah

No comments: