ShareThis

Sunday, August 12, 2012

Mesyuarat Bersama Penduduk Ladang Bangi

Hari ini, mesyuarat bersama penduduk ladang Bangi telah diadakan pada jam 8.00 malam. Mesyuarat ini adalah mesyuarat susulan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu perumahan para penduduk.

Di mesyuarat tersebut, Sdr. Arul telah memberitahu para penduduk perkembangan yang telah berlaku sejak insiden pencerobohan oleh pihak pemaju dan kontraktornya. Beliau memaklumkan bahawa, pihak MPKj telah mengeluarkan "stop work order" maka, pihak pemaju tidak boleh melakukan kerja-kerja penolakan pokok di kawasan "100 meter".

Selain itu, beberapa keputusan penting juga telah diambil di mana, para penduduk telah bersetuju untuk mengutip wang RM10 sebulan, sekeluarga. Wang kutipan ini akan digunakan untuk kerja-kerja perjuangan mereka.


Para penduduk yang hadir sebulat suara bersetuju untuk meneruskan perjuangan untuk perumahan mereka. Malah, belia-belia yang hadir turut bersama dalam perjuangan ibu bapa mereka.

No comments: