ShareThis

Thursday, September 15, 2011

Jamuan Penghargaan Pembebasan EO6

15/9/2011


Hari ini, PSM Semenyih telah menganjurkan satu jamuan ringkas penghargaan pembebasan EO6. Jamuan ini diadakan khasnya untuk menghargai segala sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh warga Semenyih ketika penahanan 6 ahli PSM dibawah Akta Darurat (EO). Keenam-enam tahanan EO adalah Sdr. Saras, Dr. Kumar, Sdr Chun Kai, Sdr. Sugu, Sdr Letchu dan Sdr. Babu.


Ketika penahanan EO6, PSM Semenyih bersama warga semenyih telah menganjurkan dua candle light vigil di Semenyih. Di samping itu, PSM juga turut menerima sokongan dan bantuan yang berterusan daripada warga Semenyih. Sokongan dan tekanan yang berterusan inilah yang berjaya membebaskan EO6 pada 29/7/2011.


Di jamuan penghargaan ini, seramai lebih kurang 100 orang telah turut serta. Di samping itu, 3 bekas tahanan EO iaitu Sdr. Saras, Sdr. Letchu dan Sdr Babu telah turut hadir serta mengkongsi pengalaman mereka.

No comments: