ShareThis

Tuesday, September 27, 2011

Usul Sdr Arul ke Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Bulan September 2011

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2011 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1. Pelupusan Barang dari Stor Penguatkuasaan

· Adakah item barangan yang hendak dilupuskan diumumkan kepada umum sebelum dilupuskan ?

· Adakah Ahli Majlis dan kakitangan MPKJ diberikan keistimewaan membeli dahulu barangan sebelum proses pelupusan.

· Berapa lamakan sebuah barangan boleh disimpan sebelum dilupuskan ?

· Adakah Tuan asal barangan diberikan peluang secukupnya untuk mendapatkan balik barangan mereka sebelum dilupuskan dan apakah prosedur pelupusan yang dipraktikan dan adakah ia berlandaskan mana-mana undang-undang kecil


2. Hadiah kejirannan 2010

· Sudahkan semua hadiah kejiranan 2010 yang diberikan dalam bentuk projek bernilai hadiah wang untuk projek landskap sudah dibereskan?

· Apakah perincian perakauanan untuk pemegang kedua dari Taman Tasik Semenyih dan bagaimanakah wang hadiah mereka sebanyak RM 10,000 dibelanjankan dan untuk apa kerana ia menimbulkan beberapa persoalan di kalangan ahli JK penduduk disana.

3. Bangunan TNB-Sub Stesyen Bercantum Dengan Rumah Kediaman

· Ini adalah aduan lama di rumah kediaman no 2, Jalan Bukit Semenyih 5, Taman Bukit Semenyih yang bercantum secara haram dengan sub-stesyen dan setakat ini tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab walaupun mereka semua setuju bahawa bangunan sub-stesyen tidak boleh bercantum dengan rumah kediaman.

· Kini ada aduan terkini – No Aduan Stars 0838/11/10 mengenai masalah kebocoran dibahagian syiling ketika hujan lebat menyebabkan dinding siling rumah retak dan rosak. Air mengalir dari pencawang TNB terus kepada rumah kediaman.

4. Masalah Sampah sarap tertimbun, air bertakung dan Bau busuk di taman Cheras Prima, Kajang

  • Satu aduan ditandagani oleh 42 orang penduduk telah diserahkan 26 Ogos 2011 kepada MPKJ. Apakah tindakan penyelesaian isu ini memandangkan gambar-gambar yang dikepilkan amat mengerikan

5. Besi penutup longkang hilang

  • Aduan telah dibuat pada 19 November 2010 (nombor aduan 0565/11/10) dimana diberitahu tindakan akan diambil tetapi walaupun ada followup dari pengadu MPKJ tidak mengambil sebarang tindakan

6. Permohonan pengwartaan tapak gerai di jalan pekan Semenyih (Bangi Lama) Lot 29 & 30

  • Ini melibatkan mangsa kebakaran dan MPKJ dikehendaki menyertakan konsep pembangunan dan analisa pembangunan.
  • Jabatan manakah yang bertanggungjawab dan apakah dateline pelaksanaan dan bagaimana susulan akan dibuat untuk memastikan isu ini diselesaikan segera

Soalan diutarakan Oleh :

Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)

Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2010/2011

No comments: