ShareThis

Wednesday, April 27, 2011

24-4-11 Zon 18 Semenyih - zon ulung sambut Hari Bumi




















Zon 18 Semenyih menjadi zon ulung di HulU Langat yang menyambut Hari Bumi. Hari Bumi disambut pada 22 April diseluruh dunia. Tempat yang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini adalah Taman Tasek Semenyih yang diketuai oleh Persatuan penduduk disana yang aktif dan prihatin tentang alam sekitar.

Mengikut Ahli Majlis zon 18 - Saudara Arul dan rakan seperjuangnya dalam PSM, Taman Tasek Semenyih dipilih kerana JK disana sering mendesak MPKJ menghijaukan taman dan menanam pokok berbanding dengan taman-taman lain yang sering meminta pokok ditebang.

Pada hari ini , antara program yang dijalankan adalah pertandingan melukis untuk kanak-kanak, program menanam pokok, dialog, menubuhkan rakan alam sekitar dan melancarkan tongsampah kitar semula.

YB Dr. Che Rosli - Ahli parlimen Hulu Langat merasmikan program ini manakala Encik Amirul Ariffin Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Shah Alam cukup terharu dengan program ini. Beliau juga memperkenalkan beberapa inisiatif kerajaan kearah itu.

Dato Ahmad Fuad bin Embi -Pengerusi Persatuan penduduk bercakap tentang kepentingan menanam pokok yang boleh memberi teduh. Beliau cakap pokok itu lebih penting dari pokok yang serang diselenggara.

Sdr. S.Arutchelvan mengariskan beberapa tuntutan pokok antaranya desakan untuk menghentikan reaktor nukluer, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan, hentikan pembinaan insinerator, sediakan sistem pengangkutan awam yang efisyen dan desakan untuk hentikan projek pemprosesan nadir bumi.

Program ini walaupun usaha yang kecil tetapi sedikit sebanyak memberi kesedaran. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Sdr Ahmad Wasili dari Taman Tasek Semenyih dan S.Paremas dari PSM kerana usaha gigih mereka menjayakan program ini.

Pelbagai hadiah juga diberikan kepada kanak-kanak dan para hadirin.

No comments: