ShareThis

Wednesday, April 27, 2011

24 april - Flat Taman Bangi Jaya berjaya tubuh JK sementera




Setelah sekian lama beroperasi secara ad-hoc dan tak tentu hala, hari ini satu JK sementera telah ditubuhkan di Flat ini. Proses pemilihan dilakukan secara demokratik. Puan Rogaya dipilih menjadi Ketua.

Dalam perjumpaan kedua ini, beberapa langkah telah diatur antaranya membuat gotong royong membersihkan rumah kosong. Selain itu satu mesyuarat dengan pemaju juga mesti diatur untuk membincangkan pelbagai isu yang tak pernah dibuat umpamanya penyelenggaran flat ini.

Sdr. Arul mengucapkan tahniah kepada JK ini kerana berjaya menubuhkan satu JK untuk kepentingan mereka. Beliau mengatakan perubahan pasti berlaku bila rakyat memimpin diri. Pasukan PSM juga memberi syor akan sentiasa membantu mereka dalam usaha mereka mengatur semula flat mereka yang sudah teruk dan buruk.

Nampaknya JK baru memang ada motivasi untuk mengambil langkah-langlah perlu.

No comments: