ShareThis

Sunday, November 22, 2009

9 November 2009 Ahli Majlis cabar KCB untuk saman mereka


Selepas mengangkat sumpah menjadi Ahli Majlis pada tahun lalu, Ahli Majlis baru telah membatalkan satu kontrak yang memberi satu syarikat swasta hak monopoli mengurus baner dan banteng MPKJ. Kami merasakan sistem memberi hak monopoli kepada syarikat swasta mengendalikan kerja yang sebelum ini dilakukan oleh MPKJ amat mencurigakan. Sebagai seorang Ahli Majlis Sosialis, saya turut dapat melibat bagaimana neo-liberalisma cuba meresap kedalam PBT.

Nasib baik, Ahli Majlis Baru PR Berjaya membatalkan kontrak ini dan kemudian Syarikat yang ditawarkan Kontrak tersebut menulis satu surat menuduh sebahagian Ahli Majlis sebagai bersikap diskriminasi dan pelbagai tuduhan lain.

Pada Mesyuarat penuh Ahli Majlis 28 Oktober yang lalu, saya telah mengemukan satu soalan kepada Full Board bertanyakan perbezaan pendapatan atau hasil yang diperolehi pada tahun ini apabila MPKJ mengendalikan dan berbanding dengan masa KC Bizs menjalankannya.

Jawapan yang saya perolehi adalah amat menakjubkan iaitu antara Mei 15, 2008 sehingga 19 March 2009 , KC Biz menapat pendapatan sebanyak RM 131,250 iaitu purata RM 13,125 sebulan, manakala MPKJ untuk tempoh 20 march 2009 sehingga 30 September 2009 memperolehi RM 236,235 iaitu purata RM 37,500 sebulan.

Ini bererti dibawah MPKJ , kita memperolehi keuntungan 300% lebih tinggi berbanding dengan syarikat swasta.

Kini sebahagian Ahli majlis termasuk saya yang tidak menyokong pengswastaan ini mencabar Syarikat ini untuk menamakan nama alam surat bantahana mereka atau menyaman kami.

Hari ini pengswastaan dijalankan bukan kerana ia lebih berkesan tetapi kerana ada orang mahu buat duit.

No comments: