ShareThis

Sunday, November 22, 2009

19-11-09 Siapa cakap gaji pekerja Ladang RM 1,700





Jawatankausa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menuntut Menteri tarik balik kenyataan palsu berkaitan gaji pekerja ladang dan meminta maaf secara terbuka kepada pekerja ladang.

Kami mahu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok tarikh balik kenyataan palsu yang dikeluarkan di Parlimen mengenai isu pekerja ladang yang mengatakan gaji pekerja ladang adalah sehingga RM1700.00 sebulan dan meminta maaf secara terbuka kepada pekerja ladang. Kami juga menjemput Menteri untuk datang ke ladang-ladang dan melihat sendiri reaksi marah pekerja ladang akibat daripada pembohongan.

Ini adalah cabaran yang diserukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald oleh JawatanKuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang merupakan salah satu gabungan daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam satu persidangan akbar yang telah diadakan di Parlimen pada pagi ini. Pagi ini JSML bersama dengan MP Sungai Siput Dr. Jeyakumar telah mengadakan suatu persidangan akbar di lobi Parlimen bagi membidas kenyataan palsu Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Cerit alnjut ke : jerit.org