ShareThis

Sunday, November 22, 2009

20 Nov - Mesyuarat Infra - 6 soalan dari Sdr. Arul

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

20 November 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI NOVEMBER 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Saujana Impian

Jalan susur ke Tesco Kajang. Ada satu lubang besar di tengah-tengah jalan yang boleh menyebabkan kemalangan.(Pengadu 019-6693412)

ii) Taman Bangi Raya


Di Taman Bangi Raya, Jalan 1, semua lampu jalan tidak menyala selama 2 minggu lepas. (nota: salah satu tiang lampu ada tulis JKR 4) tetapi dikatakan semua lampu dibuat dengan tiang besi (Pengadu 019-6693412)

iii) Seksyen 5, Bandar Rinching

1. Jalan Bandar Rinching 5, jalan keluar. Jalanraya yang dikorek dan ditar dengan tidak sempurna. Jalan berlubang dan berlobak (012-6602253)
2. Kawasan sekolah Seksyen 5- tak ada lampu dekat sekolah an papanBesi buruk mencemarkan pandangan ke sekolah


iv) Jalan Semenyih, Klinik Kesihatan Kajang


Jalanraya utama di hadapan klinik Kesihatan Kajang dah lama berlubang dan makin besar. Kalau hujan, penunggang motosikal menghadapi bahaya kemalangan.
(012-6602253)

iv) Taman Paling Jaya

1. Jalanraya dihadapan Taman Paling jaya yang menuju dari Sem,enyih ke kajang. Manhole terlalu tinggi dari[ada bonggol. Dah lama dan agak bahaya bila kenderaan laju dijalan tersebut (012-6602253)
2. Jalan Paling Jaya. Pokok telah menyebabkan longkang pecah dan menjadi sempit ( 012-6048254)

v) Kampung Sirih

Tidak ada sebarang papannama kawasan tersebut.Diharap papan nama boleh diletakkan di dua lokasi dan jalan masuk dicantikkan.

vi) Sungai Rinching

• Aduan telah dibuat mengenai lampu jalan tidak bernyala. Nombor aduan 0565/03/08 pada tahun 2008 tetapi tidak dibaiki walaupun ada tiang (016-3575956)


Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis