ShareThis

Sunday, February 17, 2013

Bantuan tong sampah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih

16 Feb 2013, 10.00 pagi, Semenyih
“Menguruskan JMB lebih susah dari uruskan kerajaan negeri….” begitulah saudara Arutchelvan  memberi semangat kepada ahli-ahli Jawatankuasa penduduk yang menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Tong Sampah Rumah Pangsapuri Kos Rendah DUN Semenyih anjuran MPP Zon 18 dan COB (Pesuruhjaya Bangunan) MPKj.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Bantuan ini adalah atas usaha saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj. Sebanyak 13 pangsapuri kos rendah telah dikenalpasti untuk menerima bantuan tong sampah ini yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor. Antara pangsapuri-pangsapuri tersebut ialah Tmn Bangi Jaya, Tmn Sri Tanjung, Bandar Seri Putra Bangi, Tmn Asa Jaya, Tmn Seri Mawar, Tmn Bukit Semenyih, Tmn Sunway Semenyih, Bandar Rinching Sek 5, Tmn Desa Mewah, Kg. Baru Cina. Lebih kurang 60 wakil penduduk (JMB/JMC) telah hadir, termasuk En. Azuwan dari COB.
OLYMPUS DIGITAL CAMERAMajlis ringkas ini dipengerusikan oleh En. Karim selaku Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Tanjung. Katanya dalam ucapan pembukaan, Sdra Arul telah banyak membantu selesaikan permintaan-permintaan penduduk Sri Tanjung – antaranya membina gelanggang bola tampar, parit untuk elakkan banjir di kawasan surau dan juga bantuan kewangan untuk membuat pelbagai aktiviti di Taman seperti sukan dan Ponggal.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASaudara Arutchelvan, yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dalam ucapan beliau juga menerangkan tentang tuntutan-tuntutan yang telah di bawa oleh PSM (dan JERIT) ke perhatian Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban penduduk di Pangsapuri Kos Rendah dari segi pembayaran cukai. Dua cukai perlu dibayar – cukai pintu dan cukai penyelenggaran berbanding penghuni rumah teres yang hanya bayar cukai pintu. Kerajaan Negeri Selangor faham bahwa kebanyakan penduduk di flats adalah golongan berpendapatan rendah, maka cukai pintu dikurangkan 25% sejak Oktober 2012. Menurut Sdra Arul lagi, pihak MPKj juga telah bersetuju untuk menolong memotong rumput, membersih longkang dan sebagainya jika  JMB/JMC tak mampu.
OLYMPUS DIGITAL CAMERAKatanya lagi, kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai Skim Ceria untuk tujuan penyelenggaran pangsapuri – 80% dibayar oleh kerajaan negeri dan 20% oleh penduduk. Ini berbeza dari Skim Ceria di bawah kerajaan Perseketuan dimana kerajaan hanya menanggung 50%.
Majlis tamat dengan pemberian 20 tong sampah besar. Beberapa wakil penduduk telah ditemuramah oleh Media PSM untuk memahami sejauh mana  cabaran pihak JMB/JMC menguruskan pangsapuri masing-masing.
DSCF7264Menurut Puan Umi Khaltom, wakil pengerusi Flat Sri Tanjung, mereka hanya ada 2 tong sampah untuk 2 blok dengan 270 unit rumah, jadi memang mereka perlukan lebih banyak tong sampah agar pembuangan sampah lebih terurus. Mereka juga menjalankan gotong-royong 2 minggu sekali dan Puan Umi sangat bangga dengan usaha JMB kerana persekitaran di jaga dengan baik. Manakala Puan Rogayah, setiausahaflat Taman Bangi Jaya berkata, “kami tak ada tong sampah, tempat pembuangan sampah kami terbuka, ada banyak tikus dan nyamuk. Pernah ada kes denggi di sini. Cabaran terbesar, penduduk rumah teres membuang sampah-sampah pukal mereka di tempat kami. Baguslah hari ini kami dapat 2 tong sampah besar dan kami juga jalankan gotong-royong sebulan sekali”
En. Suresh dari Flat Sri Permai (2 blok – 124 unit rumah) berkata sejak beliau ambil alihOLYMPUS DIGITAL CAMERA
JMB pada tahun 2009, tak ada kes denggi dilaporkan. Mereka sudah ada 2 tong sampah dan hari ini mendapat 2 lagi. Wakil Flat Sri Mawar, En. Tamilselvam mengadu masalah yang sama seperti wakil-wakil lain iaitu, ‘sampah dari luar yang dibuang oleh jiran-jiran dari rumah teres terlalu banyak, jadi berapa banyak tong sampah ada pun, tak cukup juga!’
Jadi, wajarlah pandangan Saudara Arul, memang satu cabaran besar menyelenggaraDSCF7269pangsapuri rumah kos rendah terutama jika penghuni bukan pemilik rumah. Mungkin kerajaan tempatan harus ambil alih penyelenggaran seperti mana diamalkan di Singapura.
Laporan oleh,
PSM Semenyih News Desk

No comments: