ShareThis

Saturday, February 16, 2013

Majlis Penyerahan Tong Sampah Pangsapuri Kos Rendah ZON Semenyih


Majlis Penyerahan Tong Sampah kepada Pangsapuri Kos Rendah ZON Semenyih telah berlangsung pada hari ini 16/2/2013(Sabtu) pada pukul 10.00 pagi di Pangsapuri Kos Rendah Sri Tanjung,Semenyih. Program ini adalah anjuran MPP Zon 18 & COB (Commission of Building) MPKj atas inisiatif Sdr.Arutchelvan selaku Ahli Majlis MPKj ZON 18. Sebanyak 13 buah Pangsapuri Kos Rendah telah menerima bantuan tong sampah ini hasil sumbangan Kerajaan Negeri Selangor.


Semasa ucapan, Sdr.Arul memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil pelbagai initiatif untuk membantu mengurangkan bebanan JMB/JMC seperti pelaksanaan Skim Ceria, pengurangan cukai dan sebagainya. Malah, kini pihak MPKj juga telah mengambil alih kerja-kerja pemotongan rumput serta pembersihan longkang.

Seramai 50 orang telah hadir ke program ini. Turut hadir adalah En.Azwan dari COB, En.Karim Pengerusi RT Tmn.Sri Tanjung dan En.Halim Pengerusi Pangsapuri Sri Tanjung Blok A.

wakil-wakil yang telah terima bantuan tong sampah
Pangsapuri-pangsapuri yang menerima bantuan tong sampah adalah seperti berikut:

1.Pangsapuri Taman Bangi Jaya
2.Pangsapuri Taman Sri Tanjung
3.Pangsapuri Bandar Seri Putra Bangi
4.Pangsapuri Taman Semenyih Mewah
5.Pangsapuri Taman Asa Jaya
6.Pangsapuri Taman Semenyih Indah
7.PangsapuriSeri Suria, Taman Sunway Semenyih
8.Pangsapuri Bdr.Rinching Sek.5
9.Pangsapuri Taman Seri Mawar
10.Pangsapuri Mutiara,Taman Bukit Semenyih
11.Pangsapuri Seri Permai,Kpg .Baru Semenyih
12.Pangsapuri Desa Mewah,Semenyih.

No comments: