ShareThis

Sunday, October 9, 2011

2,000 bantah Lynas di Kuantan










Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Hari ini PSM turut sertai dalam perhimpunan membantah Lynas dan dihadiri oleh lebihkurang 2000 orang. PSM diketuai oleh Sdr Suresh selaku penyelaras Insinerator dan Sdr Arutchelvan - selaku Setiausaha Agung PSM.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Ucapan dihalang semasa Ahli PSM dan Penyelaras Incinerator sdr Suresh berucap.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

diedit dari blog luar

No comments: