ShareThis

Thursday, October 13, 2011

Dialog flat kos rendah dengan YB Iskandar - berlanjuntan selepas tengahmalam !









Hari ini Komplek Penghulu Semenyih penuh sesak sempena dialog bersama Exco Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Sdr Iskandar . Dialog begitu rancak dan hanya berakhir pada jam tengamalam setelah YB Iskandar menjawan semua soalan yang diungkitkan termasuk memberi respon kepada resolusi yang dibawah oleh penghuni-penghuni flat.

Sebelum dialog, Sdr Arul selaku penganjur mengutarakan persoalan antara kaya dan miskin dan mengapa penduduk flat yang lebih miskin harus membayar lebih berbanding dengan penduduk lain seperti perumahan kelas menengah?

Ramai penghuni flat dana pemimpin flat mengambil kesempatan meluahkan perasaan mereka. Kebanyakan isu berkisar mengenai isu penyelenggaran dan isu lain seperti migrasi air dan sebagainya.

No comments: