ShareThis

Monday, May 23, 2011

12-5-11 Kerajaan Anti Hari Buruh









Hari ini Jawatankuasa Mei 1 bersama lebih kurang 50 orang pekerja dan rakan NGO telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Sumber Manusia menggesa pihak Kerajaan menghormati hak pekerja menyambut Hari Pekerja.

Mei 1 disambut oleh Jawatankuasa Mei 1 sejak tahun 1994. Sejak mula lagi pihak polis sering mengganggu perhimpunan Hari Pekerja diadakan. Sejak kebelakangan ini juga pihak polis yang dipercayai bertindak atas arahan pihak Kerajaan menghalang Sambutan Hari Pekerja dan juga membuat tangkap tanpa sebab. Sehingga hari tiada seorang pun yang ditahan semasa Mei satu didakwa di mahkamah. Ini bermakna pihak polis tidak mempunyai alasan yanhg kukuh dan berniat jahat. Pihak Kerajaan tidak mahu para pekerja bersatu dan mengemukakan tuntutan mereka semasa Hari Pekerja.

Ini jelas menunjukkan sikap hipokrasi pihak pemerintah. Menurut Sdr Arulchelvan, Setiausaha Agung PSM, TV di negara ini selalu menayangkan sambutan hari pekerja di seluruh dunia. Para pekerja berarak, mengadakan perhimpunan dan mengemukakan tuntutan pekerja. Tetapi di Malaysia sendiri pihak Kerajaan bersama polis tidak membenarkan rakyatnya berhimpun dan mengadakan hari pekerja.

Mei 1 adalah Hari Keramat para pekerja. Ia mempunyai sejarah perjuangan pekerja yang lama dan cukup bermakna. Jangan nafikan hak pekerja ini.

Hidup Rakyat ! Hidup Perjuangan !

Ditulis oleh Simon K untuk JK Mei 1

No comments: