ShareThis

Monday, May 23, 2011

11 Mei - PSM dan JERIT tetapkan RM 1,500 sebagai gaji minima yang munasabah





Hari ini satu mesyuarat penting kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) memutuskan gaji minima yang munasabah dan yang tidak keterlaluan adalah RM 1,500. Angka ini diambil berdasarkan perbelanjaan isirumah, perdapatan perkapita negara, ketidakadilan pengagihan pendapatan dan keadilan asasi.

Mesyuarat ini juga berpendapat bahawa tindakan Kerajaan yang akan mengumumkan Majlis Gaji Minima dalam persidangan Parlimen nanti hanya satu sandiwara politik untuk melembutkan hati pekerja. Pada hakikatnya, isu yang lebih penting adalah apakah gaji minima yang akan dicadangkan? Adalah menjadi pandangan dalam mesyaurat PSM-JERIT bahawa Gaji Minima yang akan diimplementasi Kerajaan nanti akan kurang dari garis kemiskinan dan sekitar RM 500 sahaja. Justeru itu, satu perjuangan rakyat besar-besaran harus dilakukan.

Ungkapan dibawah dipetik dri blog JERIT

Kerajaan bersandiwara lagi ….
Rhetorik kerajaan
March 2010 - Kerajaan akan melancarkan blog Gaji Minima untuk dapatkan respon orang awam
22 April 2010 - Gaji minima pangawal keselamatan akan diamalkan pada 1 Julai 2010
13 Jun 2010 - Pelaksanaan gaji minima untuk pengawal keselamatan akan ditangguhkan
24 Jun 2010 - Gaji Minima tidak dapat dilaksanakan kerana hanya 77 orang sahaja yang respon
2011 - Kerajaan akan buat Makmal Gaji Minima untuk dapatkan pandangan. Pihak Bank Dunia akan buat kajian - Tak habis – habis dengan kajian….

• Menteri Sumber Manusia kata 34% pekerja di Malaysia menerima gaji sebanyak RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan …..
• Kerajaan kata kita kena beralih dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi….
• TAPI… Hingga ke hari ini masih takde AKTA GAJI MINIMA???

JELAS KERAJAAN MENIPU RAKYAT DALAM ISU AKTA GAJI MINIMA
KERAJAAN BN INI TIDAK IKHLAS DALAM MENGUBAL AKTA GAJI MINIMA RAKYAT TIDAK HARUS TERPEDAYA ! KITA HARUS BERSATU MENUNTUT PERUBAHAN TULEN
INGAT! PERUBAHAAN HANYA BOLEH BERLAKU DENGAN KEKUATAN RAKYAT….. FIKIRKAN…

No comments: