ShareThis

Friday, March 25, 2011

24-3-11 Tekanan air Taman Manikavasagam memuaskan






Setelah sekian lama membut aduan mengenai tekanan air rendah di Taman Manikavasagam, hari ini atas desakan Ahli Majlis S.Arutchelvan satu misi mencari penyelesaian isu air diadakan di taman yang paling lama di Semenyih.

Pasukan Syabas diketuai oleh Muhammad Zahir Ketua Wilayah Hulu Langat dan anggota-anggota lain. Daripada siasatan hari ini, didapati tekanan air di Taman
Manikavasagam adalah jauh lebih tinggi dari standart pelanggan Syabas. Tekanan air disemak dibeberapa rumah yang sering membuat aduan dan didapati memuaskan. Satu kemungkinan adalah masalah yang timbul disebabkan oleh paip-paip lama dalam rumah dan ini menurut Syabas adalah tanggungjawab penduduk tempatan atau pemaju.

Lawatan hari ini berjaya menjernihkan pandangan yang sekian lama ditimbulkan oleh penduduk Taman Manikavasagam. Ada juga rasa kecurigaan bahawa mungkin hari ini tekanan air luar biasa tinggi kerana lawatan Syabas. Namun demikian, Ahli Majlis menasihatkan orang ramai menghubungi Syabas dengan serta merta bila keadaan ini berlaku dan kita tidak berhujah jika tak ada bukti.

No comments: