ShareThis

Friday, March 25, 2011

23-3-11 Pemimpin PSM sekali lagi buat Deklarasi Aset













Tahun ini sekali lagi Ahli Parlimen , ADUN dan Ahli Majlis Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengistiharkan harta mereka. Tahun ini kali ke-3 kepimpinan PSM secara rasmi mengkotakan janji mereka mengistiharkan harta di kalayak ramai selepas menang piliharaya umum 2008. Empat pemimpin sosialis yang mengistiharkan harta mereka ialah Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen Sg. Siput, Dr. Nasir Hashim ADUN Kato Damansara, Sdr. Arutchelvan Ahli Majlis MPKJ dan Sdr. Sivarajan Ahli Majlis MBSA. Majlis Pengistiharan harta kali ini diadakan di kawasan DUN Kota Damansara pada jam 11am pagi.

Ramai wakil penduduk dari pelbagai kawasan telah hadir ke majlis yang sungguh istimewa ini. Majlis dimulakan dengan pengenalan dan imbasan aktiviti PSM setahun yang lepas iaitu dari Mac 2010 hingga Mac 2011 oleh Sdr. Arutchelvan. Dalam setahun lepas, PSM telah mendapat pelbagai kejayaan seperti menghentikan pindaan Akta pekerja, kemenangan perumahan di beberapa ladang dan kampung serta kempen-kempen nasional seperti kempen bantah Cukai GST , Bantah kenaikan harga barangan, Anti FTA, Bantah penswastaan perkhidmatan awam dan banyak lagi dalam membina kuasa rakyat di bumi Malaysia ini.

Kemudian Sdr Dr. Nasir telah membentangkan kad laporan aktiviti di DUN Kota Damansara setahun yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam memperkasa penduduk di sekitar DUN Kota Damansara. Ia jelas terserlah dalam ucapan tiga orang wakil penduduk yang turut berkongsi pandangan mereka tentang kepimpinan Dr. Nasir di DUN tersebut. Seterusnya Ahli Parlimen Sosialis Dr. Jeyakumar telah membentangkan kad laporan aktiviti di kawasan Parlimen Sg. Siput. Cukup memberangsangkan Dr. Kumar merupakan Ahli Parlimen pertama yang telah menyaman kerajaan Malaysia kerana tidak memberi peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Walaupun tiada dana peruntukan, ia tidak sekali menghentikan usahanya membina kuasa rakyat di Sungai Siput. Pelbagai kejayaan telah dicipta walaupun tiada peruntukan. Satu kejayaan yang perlu dibanggakan adalah Titi gantung rakyat untuk masyarakat orang asli di Perjek, Sungai Siput. Dr. Kumar telah menyumbangkan sendiri 30% daripada gaji Ahli parlimennya iaitu sebanyak RM30,000 untuk pembinaan titi gantung ini yang telah mencecah lebih RM80, 000 dengan menggunakan bantuan penduduk sekitar menjayakan projek ini.

Selepas pembentangan kad laporan ADUN dan Ahli Parlimen, upacara pengistiharan harta telah dijalankan termasuk dua orang Ahli Majlis turut mengistiharkan harga mereka. Bersama ini dilampirkan pengistiharan harta mereka. Selepas pengistiharan harta satu sidang akhbar telah diadakan untuk menerangkan kepentingkan pengistiharan harta dan berjanji kepimpinan PSM akan meneruskan majlis pengistiharan harta ini pada masa masa akan datang. PSM juga mencabar Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat untuk berbuat sedemikian untuk traspransi dan membuktikan pada rakyat kita pemimpin yang bersih. Majlis diakhiri dengam jamuan makan tengah hari. Hidup rakyat, hidup perjuangan sosialis!

Pemberita - Bawani KS , PSM HQ

No comments: